Saya mencari-cari artikel “The Amazing Fact of Human Body”; menyentuh tentang janggut lelaki yang mengandungi testesterone dan boleh menyuburkan wanita. Artikel ini telah dikongsi oleh seorang penceramah bebas yang juga seorang doktor perubatan hebat tanah air.

Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita. Justeru beliau memberi nasihat agar isteri senantiasa membelai janggut suami terutama kepada pasangan yang tidak mempunyai anak atau jarang.

Carian dalam Cochrane dan Google Scholar tidak ditemui fakta tersebut.

Saya temui satu artikel kajian yang telah dijalankan oleh sebuah Universiti terkemuka. Mereka menggunakan hormon Testesterone untuk merangsang kesuburan telur wanita semasa proses persenyawaan berhadas (Intra Uterine Insemination).[1] Namun kajian tersebut dilakukan ke atas haiwan dan masih belum dibuktikan atas manusia.

Justeru, menggosok dan membelai janggut suami tiada kaitan langsung bagi mendatangkan kesuburan sesorang wanita. Hatta, jika janggut suami direndam rebus dan diminum airnya pun masih tidak boleh mengalir hormon testesterone ke badan wanita. Apatah lagi membelai mesra dengannya.

Tidak dinafikan janggut mempunyai kelebihan sepertimana yang dinukilkan oleh hadis Nabi SAW. Tetapi ia bukan menjadi satu prinsip asas kehidupan manusia. Jika tidak mempunyai janggut pun tidak menjadi sesuatu yang aib bagi seseorang. Khasiat perubatan mengenai janggut mungkin wujud, namun sains masih belum menemuinya secara sahih. Bukan bermakna sabdaan Rasulullah itu silap. Sains mungkin akan membuktikannya kelak. Itu pun tidak menjadikan iman kita lemah jika masih belum ada bukti sains. Wujudnya Quran dan hadis sudah cukup bagi membuktikan keimanan kita tanpa hadirnya hukum sains.

Rujuk
[1] Kajian menggunakan hormon testesterone atas haiwan. https://www.urmc.rochester.edu/news/story/4022/female-fertility-whats-testosterone-got-to-do-with-it.aspx

Dr Suhazeli Abdullah 
_Al Faqir ilallah_
Fb.com/drsuhazeli

27.10.2016
Putrajaya

P/s: Kesian pulop abang² sado yang tak berjanggut. Adakah mereka ‘dayus’ untuk mensuburkan wanita? Wak Doyok pula akan senyum sampai telinga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePerempuan Muslim Paling Bersih
Next articleDashboard Kereta Penyebab Kanser
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com