Seorang muslimah yang jaga akidah, syariat dan akhlaknya sudah tidak dapat dinafikan kesuciannya. Bukan sahaja suci bersih secara rohani, tetapi secara fizikalnya inshaAllah dijamin oleh Islam.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Bermaksud: Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. [al-Hujurât/49:13]
Dalam ayat lain Allah Azza wa Jalla berfirman:
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Bermaksud: Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik (di dunia), dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka (di akhirat) dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. [an-Nahl/16:97]
Tanpa menyuluh dan menceduk mana² bukti sains, sememangnya muslim dan muslimat yang bertaqwa adalah paling bersih.
Saya membaca satu artikel dalam bahasa inggeris[1] dan juga bahasa arab[2] bahawa seorang doktor pakar Yahudi bernama Robert Gillham dari “Albert Einstein Institute” memeluk Islam kerana ketakjuban atas seorang wanita muslim. Artikel tersebut telah tersebar serata dunia dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa melayu. Kononnya doktor pakar embriologi tersebut mengesahkan cairan protein (imprint water man) dari seorang lelaki akan hilang 99.9% setelah 3 kali suci sorang wanita yang diceraikan. Ianya bertepatan dengan hukum iddah bagi wanita yang bercerai.
Konklusi yang disebut dalam artikel tersebut: “Oleh itu wanita muslim adalah wanita paling bersih di bumi” sebenarnya tidak tepat kerana hukum iddah dalam Islam bukan ingin mensahihkan seseorang wanita itu suci dari “cairan protein suami” tetapi ingin menjaga kesinambungan nasab.
Teori cairan protein suami ini pun tidak wujud dalam dunia perubatan. Mana mungkin jisim lelaki terus kekal dalam badan seorang wanita? Bahkan doktor pakar bernama Robert Gillham di Institut Albert Einstein tidak wujud.[3]
Andaikata teori “cairan” tersebut benar, apa pula hukum ke atas iddah wanita yang
Wanita yang ditalak tiga (talak baa’in). Wanita yang telah di talak tiga hanya menunggu sekali haidh saja untuk memastikan dia tidak sedang hamil. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan, “Wanita yang dicerai dengan tiga kali talak, masa iddahnya sekali haidh. Dengan haidh sekali berarti sudah terbukti bahwa rahim kosong dari janin dan setelah itu ia boleh menikah lagi dengan lelaki lain [4]? Tempoh iddah mereka adalah satu kali haid sahaja. Begitu juga bagi wanita yang diceraikan semasa hamil. Iddah mereka sebaik sahaja bersalin. Adakah mereka tidak suci kerana air protein suami masih belum hilang?
Rujuk:
[2] Website Viral bahasa Arab. http://yemen-press.com/mobile/news11860.html
Dr Suhazeli Abdullah
26.10.2016
Tawau Sabah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSangkaan Baik atau Sial Majal dalam Perubatan 
Next articleJanggut Suami Ubat Subur?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com