Pesanan Makanan Lemak Babi dari Dr Safurah Jaafar 

*#SENARAI_MAKANAN_UNSUR_BABI_PALSU*

Ada manusia tidak pernah belajar untuk mencari ketepatan dan kesahihan sesuatu berita. Terima sahaja, berita yang berbentuk sensasi terus disebarkan tanpa selidik terlebih dahulu. Sedangkan sebagai muslim kita dianjurkan tabayyun sesuatu berita yang diterima.

Kini diviralkan kembali satu tulisan yang kononnya kenyataan rasmi dari Dr Safurah Jaafar (Kini menjawat sebagai Pengarah BPKK). Antara kenyataan itu adalah menyeru umat Islam berhati-hati dengan senarai barangan/makanan yang mengandungi babi dan juga beralkohol. Senarai lengkap diberikan hingga kita merasai bahawa ada kebenaran dari tulisan itu.

Toh Puan Dr Hjh Safurah Jaafar telah beberapa kali membuat penafian ini sejak dizaman sebaran email lagi. Terkini, melalui laman facebook Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, penafian juga dikeluarkan oleh beliau. Malah kenyataan (palsu) itu tidak berkait pun dengan jabatan yang beliau terajui pada masa tersebut.

Sebaran yang sebegini boleh mengundang ketidakselesaan bagi pengusaha makanan / barangan yang jujur walaupun mereka non muslim. Jika kita sebagai muslim tidak berselera dengan hasil tangan mereka, cukup lah sekadar tidak menjadikan pilihan dalam membeli. Tidak perlulah kita menabur pasir fitnah dalam periuk mereka. Fitnah itu akhirnya akan terpercik kepada muka umat Islam sendiri.
Jangan jadikan jari jemari kita lebih laju dari kewarasan otak berfikir.
Dr Suhazeli Abdullah 
_insan faqir_
Fb.com/drsuhazeli
19.10.2016
Seberang Perai 
Pulau Pinang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...