Oleh: Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah


Ramai mempersoalkan mengapa jahitan episiotomi dilakukan tanpa bius dengan erti kata lain, ibu akan merasakan seolah mereka dijahit hidup-hidup.

Ada juga mempersoalkan keperluan episiotomi itu sendiri dilakukan semasa proses labour. 

Ada juga yang tidak pernah mendengar tentang episiotomi…

Bukan sedikit kisah kembali semula ke wad semasa dalam pantang kerana wound breakdown. Akibat menyapu minyak gamat, manjakani serta kurang menjaga kebersihan yang satu itu. Akibatnya, 2kali merasa sakit dan ia mempengaruhi emosi si ibu sendiri kan.

______

Apa itu Episiotomi 

Episiotomi adalah satu prosedur yang dilakukan jika perlu semasa bersalin dimana faraj ibu akan digunting sedikit bagi memudahkan laluan bayi. 

Guntingan akan dilakukan apabila kepala bayi telah sampai ke mulut faraj.

*Selepas proses kelahiran selesai, luka akan dijahit dengan benang yang akan larut / hancur sendiri dalam satu tempoh tertentu.

Tidak semua ibu-ibu memerlukan episitomi kerana ia bukan prosedur yang mesti bagi setiap kelahiran kecuali

1) kandungan sulung

2) sebelum procedure vacum atau forcep

3) untuk kelahiran sonsang

4) Proses kelahiran yang terlalu lama

5) Kepala atau bahu bayi terlalu besar.

6) Ibu yang telah keletihan atau tidak mampu untuk menolak bayi keluar

7) Bayi didalm keadaan stress/tekanan (fetal distress)

Jenis koyakan semasa melahirkan

First Degree Tear; satu koyakan kecil pada kulit yang lazimnya pulih sendiri dan tidak memerlukan jahitan.

Second Degree Tear; koyakan yang lebih mendalam yang melibatkan otot-otot dan kulit, dan biasanya memerlukan jahitan.

Third Degree Tear ; koyakan mendalam yang melibatkan kulit dan otot-otot perineum. Koyakan itu juga melibatkan otot-otot yang mengelilingi anus dan selalu memerlukan jahitan.

Forth Degree Tear ; koyakan parah yang melebihi paras otot-otot anus anda. Koyakan mungkin sejauh bahagian usus yang terletak selepas anus, dan selalu memerlukan jahitan.

Bagaimana menjaga Luka Episiotomi 

Normalnya, wanita yang pernah mengalami episiotomi cukup faham tentang ‘peritnya’ kawasan jahitan itu,

Bagi mengelakkan luka episiotomi mengalami jangkitan/terbuka, saya menasihatkan ibu-ibu untuk

1) Memastikan kawasan perineum  bersih kerana Darah Nifas serta air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka dibersihkan samaada dengan air suam, atau dengan ubat sapu yang telah dibekalkan oleh pihak hospital. 

* Elakkan menyapu benda lain seperti serbuk manjakani atau minyak gamat yang kita tak tahu tahap kebersihannya di kawasan perineum.

2) Elakkan dari sembelit kerana sembelit akan memberikan tekanan di bahagian perineum semasa meneran dan ini akan menyebabkan luka terlerai sedikit atau mungkin terus. Minum banyak air dan makan banyak sayuran serta buah buahan bagi membantu pelancaran proses pembuangan najis.

** Mitos berkaitan minum air yamg banyak akan menyebabkan perineum ataupun peranakan berair selain makan sayur akan menyebabkan angin tidak benar sama sekali. Minum air yang kurang juga akan menyebabkan gangguan pada penghasilan susu badan. Kekurangan air juga akan menyebabkan luka episiotomi lambat sembuh.

3) Senaman dinding pelvic ataupun Kegel Exercise boleh dilakukan secara rutin. Ia akan membantu dalam pelancaran darah di vagina selain akan membantu dalam proses penyembuhan luka.

4) Perhatikan tentang tanda-tanda jangkitan kuman, seperti;

~ Kemerahan

~ Bengkak di luka episiotomi

~ Sakit yang teramat di kawasan luka terutama semasa bergesel sewaktu berjalan.

~ Pengeluaran discaj berbau

~ Demam. 

Segeralah ke hospital/maklumkan kepada jururawat yang melawat di rumah.

* Luka boleh diperiksa dengan menggunakan cermin. Minta kerjasama suami untuk melakukan pemerhatian. 

5) Jika kesakitan terhadap luka episitomi tidak dapat dikawal, pengambilan paracetamol serta ponstant boleh diambil (atas arahan doktor).

6) Pakai seluar dalam dari jenis kapas yang boleh menyerap peluh bagi mengelakkan kelembapan di perineum. 

7) Tukar pad dengan kerap dan lap kering perineum setelah ke tandas bagi mengelakkan potensi infeksi.

8) Cuci perineum DARI DEPAN KE BELAKANG (perineum ke anus) bagi mengelakkan flora pada anus menjangkiti luka episiotomi.

9) Elakkan dari mencangkung. Seeloknya gunakan tandas duduk bagi mengelakkan regangan pada luka episiotomi.

*******
Ada yang mengeluh, apabila baru melahirkan, disuruh berjalan pula.. Letih meneran tak habis lagi. Belum 3- 4 jam sudah disuruh berjalan. 

Sebenarnya, ambulasi awal adalah penting bagi mengelakkan pengumpulan darah beku di perineum. Pengaliran darah yang sempurna membantu dalam penyembuhan luka episiotomi.

** Buat suami-suami di luar sana, bawa-bawalah bersabar dari menyetubuhi isteri anda. Pastikan lukanya benar-benar sembuh. Takkan lari gunung dikejar derr.. Berpuasa sekarang lagi bagus dari terpaksa ‘berpuasa’ selama-lama. 

Notakaki;

Kebiasaannya, semasa jahitan episiotomi dilakukan, bius setempat akan diberikan; cuma pemberian bius yang terlalu banyak akan menyebabkan bengkak di kawasan perineum dan apabila bengkak surut, dikhuatiri akan menganggu kesan jahitan itu. Kawasan kulit di perineum mempunyai saraf yang sensitif, walaupun telah diberikan bius, sakit dan pedih tetap akan terasa. Tanggapan bahawa tiada pemberian bius semasa menjahit luka episiotomi adalah salah. 
Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Jururawat Terlatih

Medical MythbustersMalaysia

#HashtagBelNawhen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleKudis Buta (Scabies)
Next articleHomeopati Bukan Vaksin 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com