Terdengar dicorong radio semasa perjalanan pulang dari kerja perbahasan menarik mengenai produk sunnah susu kambing. Rancangan temubual tajaan tersebut mengesyorkan setiap orang mengambil susu kambing kerana khasiatnya ‘amazing’ ditambahi ianya adalah makanan sunnah para Nabi. Tegas mereka lagi semua pelakon Bollywood pun minum susu kambing, sebab tu mereka handsome dan comel-comel. Kata mereka lagi, produk tersebut juga telah terbukti secara saintifik iaitu ujikaji makmal.
Walaubagaimana pun mereka masih lagi menggunakan kalimah testimoni sebagai bukti kukuh kenapa produk itu berkesan. Ianya berkesan melepasi sempadan pelbagai penyakit dengan hanya satu produk.
Dalam hal ini saya mempunyai prinsip hidup yang jelas. Segala apa maklumat yang kita terima mestilah berdasarkan bukti yang kukuh. Saya pernah menulis artikel sebelum ini bahawa bukti saintifik adalah sebahagian dari Islam. Testimoni sebenarnya bukan bukti saintifik. Bukti saintifik adalah sesuatu kajian yang melibatkan dua kumpulan pesakit yang mempunyai penyakit yang sama. Satu kumpulan diberi ubat yang akan dikaji dan satu kumpulan lagi diberi placebo atau ubat lain. Kajian ini dijalankan mengikut satu tempoh tertentu berdasarkan metodologi kajian yang tertentu.
Hasil kajian ini akan dikira mengikut kiraan statistik. Inilah bukti saintifik yang saya maksudkan.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleCD MP3 Mari Bertarannum
Next articlePenubuhan CRC Peringkat Negeri Terengganu Tepat pada masanya.
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com