27hb Januari 2010.ACC Kuala Terengganu. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah mencatat sejarah pada hari ini dengan pelancaran Pusat Kajian Klinikal (CRC). Pusat ini bertempat di bangunan Pusat Rawatan Harian HSNZ. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr Hjh Nordiyanah Haji Hassan, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu. Dengan wujudnya CRC ini akan menambah nilai lagi kajian-kajian klinikal yang akan dijalankan nanti. Setiap pengkaji dikehendaki mendaftarkan diri dalam CRC ini. Segala maklumat boleh diperolehi di website CRC (http://www.crc.gov.my).

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTestimoni bukan bukti saintifik?
Next articleHati-hati Forward Email
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com