Oleh: Dr Abdul Rahman Kadir 

Kadang kala kami tak faham kenapa bila orang sakit mereka datang ke hospital. 

2 bulan lepas ada seorang pesakit yang datang mengadu kencing berdarah dan sakit belakang. Pandai pula dia datang ke jabatan kecemasan. Saya beri ubat dan scan dia. Kelihatan batu karang di buah pinggang dia dengan jelas. Ujian renal profile masih normal menandakan tidak ada sumbatan (obstructive uropathy) yang menjejaskan buah pinggang dengan signifikan pada peringkat itu. 

Jadi seperti biasa, saya mendapatkan appointment di klinik pakar supaya dia boleh mendapatkan rawatan susulan. Sementara itu, saya beri dia ubat2 yang sepatutnya. Nasihat berjela2 sudah pasti menjadi sebahagian dari pakej rawatan. 
Dua bulan berlalu dan kali ni pesakit yang sama datang balik dengan complain masalah yg sama (sakit belakang). Ditambah pula kini dengan rasa letih lesu, hilang selera makan dan muntah-muntah. Rupanya kelihatan sangat pucat. Menurutnya, kini  masalah kencing berdarah sudah tiada lagi kerana telah elok. Sekali pandang saja saya sudah boleh mengagak bahawa pesakit ini sudah mengalami masalah kerosakan buah pinggang yg serius.
Saya pun bertanya sama ada pesakit ini menghadirkan diri semasa appointment di klinik pakar yang telah diaturkan. 

Pesakit mengatakan tidak. Pesakit ini telah ikut  nasihat sahabatnya untuk pergi berjumpa dengan bomoh untuk menjalani pembedahan batin. Menurutnya, batu tu sudah dikeluarkan. Isteri pesakit yang berada di sisinya semasa konsultasi telah mengeluarkan botol kecil yang mengandungi batu dan ditunjukkan pada saya sebagai bukti. 

Saya melihat sekali pandang saja untuk menjaga hati pesakit. Dalam hati saya tergetus, “Entah batu akuarium mana bomoh tu rembat utk temberang pakcik malang ini.” 
Saya bertanya lanjut bagaimana kaedah pembedahan batin yang dijalankan. Pesakit itu mula bercerita dengan penuh semangat kepada saya. Pesakit kata, dia terasa getaran di belakangnya apabila sang bomoh dia bila bomoh menunjukkan jarinya. Selepas itu, ‘batu karang’ tersebut telah keluar dari bahagian abdomen depan pesakit secara ajaib. 
Saya mendengar dengan penuh simpati. Buah pinggang itu adalah organ retroperitoneal. Namun batu tu telah dikeluarkan dari depan oleh bomoh tersebut. Kiranya batu itu telah tembus bahagian intraperitoneum, organ2 lain dan muncul di kulit abdomen pesakit ibarat keluarnya unta betina dari batu persis mukjizat Nabi Saleh. ?
Pesakit tersebut memuji melangit pembedahan batin dan bomoh tersebut. Menurutnya, masalah kencing berdarahnya telah sembuh terus. Malah, air kencingnya juga semakin berkurangan dan dia tidak perlu ke tandas secara kerap seperti dulu. Kali terakhir beliau membuang air kecil adalah 2 hari sebelumnya,  itupun pada kuantiti yang amat sedikit. ?

Kencing berdarah telah ‘pulih’ dengan terus tiada air kencing kini. 
Saya terus scan semula buah pinggang pesakit itu. Buah pinggangnya ternyata telah bengkak (gross hydronephrosis). Batu karangnya masih ada dan sedikit pun  tidak terusik. Dari keputusan darah pesakit, ternyata buah pinggang beliau telah rosak teruk. Pakcik tersebut mungkin perlu menjalani dialisis buah pinggang hingga ke akhir hayatnya. 

Saya pun menerangkan kepada pakcik tersebut tentang batu yg masih ada dan kerosakan buah pinggangnya. Pesakit saya tidak percaya. Mana mungkin bomohnya menipu. Pasti doktor hospital yang tersilap.
Sia-sia para pakar urologi belajar 5 tahun untuk degree, 4 tahun untuk jadi pakar bedah am dan beberapa tahun lagi untuk latihan subspeciality urology. Bomoh bedah batin boleh remove batu karang dengan hanya menggunakan jari sahaja tanpa pembedahan.
Inilah mentaliti menyedihkan rakyat kita yang amat mudah terpedaya pada mitos dan tahyul. Pendapat para pakar yang berautoriti dan berilmu akan ditolak. Tetapi pendapat golongan ruwaibidhoh dari kalangan saudara mara, rakan-rakan dan bomoh akan dijunjung dan dijulang. 
Benarlah sabdaan Rasulullah SAW, 
“Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” 
(Hadis riwayat Bukhari no 6015)
Semoga bermanfaat. 
*Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir*

*Pakar Kecemasan dan Trauma*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleBisa Durian dan Habbatussauda? 
Next articleSnap Gambar Cantik Semasa Kursus 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com