Soalan 

Saya nk minta pendapat ustaz. Saya sekarang mengandung 6 bulan. bulan puasa haritu masa saya buat checkup doc dapat detect ada cecair dalam perot baby. Jadi kami disuruh refer pakar untuk buat detail scan di Hospital. Lepas tu doc dpt detect jantung baby bengkak sebab kurang darah merah. After pelbagai prosedur, baby kami disahkan penghidap Talasemia dan doc advice untuk termination of pregnancy (TOP) dan prosedurnya akan berjalan esok. dari sudut Islam berdosa x kami ustaz?
Apa kesan kpd baby slps dilahirkan? dan mcmana kehidupannya slps itu?

Jawapan 

Waalaikumsalam

Menurut maklumat ringkas dari puan ini, kami beri diagnosis bayi tersebut berpenyakit *hydrop fetalis*. Hydrops fetalis – di mana anggota-anggota penting bayi sudah dipenuhi air menyebabkam badan membengkak atas pelbagai sebab dan bayi tidak berupaya hidup dgn sempurna setelah dilahirkan. Puan dan suami disahkan pembawa perwarisan penyakit thalassemia. Apabila berlaku keberangkalian antara genetik ibu dan bapa, bayi tersebut diturunkan secara penuh penyakit Talasaemia major. Bayi ini tiada peluang hidup jika lahir pramatang atau normal (ikut tarikh jangka).

Dalam keadaan begini, doktor Pakar akan ambil ketetapan untuk mengugurkan bayi tersebut, kerana zhan yang kuat bahawa 
1. Bayi tidak ada harapan hidup kerana cacat. 
2. Jika dibiarkan usia kandungan meningkat, akan mendatangkan mudarat pada ibu semasa proses bersalin nanti.
3. Keadaan ibu sekarang pun sudah kekurangan darah. Letih dan tidak bertenaga jika meneruskan kandungan.

Termination of Pregnancy (TOP) bukannya pembedahan. Pakar akan memasukkan ubat setiap 3 jam pada pangkal rahim untuk membantu membuka pintu rahim bertujuan membolehkan bersalin secara normal. Melakukan TOP pada usia kandungan lebih awal, terlebih selamat dari mendatangkan risiko bahaya kepada ibu.

Implikasi hukum

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 dalam membincangkan isu Menggugurkan Janin Pembawa atau Pengidap Penyakit Thalassemia ialah :

1. MAKRUH menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga 40 hari sekiranya TIDAK mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri;
2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah HARUS sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu; dan
3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah HARAM kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah ke atas janin yang telah ditiupkan roh *KECUALI* pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab kecacatan yang teruk.

Dalam keadaan sebegini, saya menyokong TOP dilakukan terhadap bayi puan. Ikhtiar dan berdoalah agar semuanya selamat.

Dr Suhazeli Abdullah 
Insan Faqir 
Fb.com/drsuhazeli

5 Ogos 2016
_Insan Faqir_
Phnom Phen, Cambodia

Fb.com/drsuhazeli 
Ahli #MedTweetMY #MedicalMythBustersMalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTuliskan Niat Kami 
Next articleBisa Durian dan Habbatussauda? 
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com