Hari ini saya ada menerima 2 email dari sahabat. Menceritakan mengenai dua jenis makanan yang biasa kita makan. Katanya kilang memperoses makanan tersebut telah memasukkan bahan haram seperti katak dan cacing. Serbuan telah dibuat tapi tindakan tidak diambil oleh pihak tertentu.
Email tersebut adalah email yang berantai (forward email) dari satu penerima kepada satu penerima lain. Email sebegini akan berkembang dengan cepat dalam alam maya. Ianya ibarat sistem MLM, seorang penghantar email akan mem’forward’kan kepada katakan 10 orang, penerima email berkenaan pula akan forwardkan kepada 10 orang lain. Bermakna dari satu email asal, dengan satu klick sahaja sudah 100 orang dapat membacanya. Penerima ketiga pula akan forward kepada sesiapa yang dia kenali atau semua mail address…..bayangkan email sebegini akan cepat merebak.

''Hai orang-orang yang beriman! Jika datang kepadamu orang fasik membawa
suatu berita, maka ber-tabayyun-lah (konfirmasikanlah), agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan itu,'' (QS Al Hujurat: 6)
Kemusykilan saya adalah, email sebegini adalah sama seperti surat layang. Mempercayai surat layang sama seperti mempercayai berita palsu. Dan jika kita mem'forward' berita palsu ini, kita akan terpalit sama menyebar fitnah. Dosanya amat besar sekali. Katakan satu email satu dosa, dengan cepat kita memperolehi dosa yang kita forwardkan tadi. Mungkin 100 dosa, mungkin 1000 dosa dan ianya akan berpanjangan selagi email tersebut dihantar oleh rakan maya kita kepada rakan maya mereka.

Jikalah benar dakwaan seperti yang dinyatakan dalam email tersebut, bukan ruang siber untuk meluahkannya. Jika ianya benar-benar berlaku, maka wajib bagi orang menemui kemungkaran seperti yang disebutkan itu melaporkan kepada pihak yang berwajib seperti polis atau biro pengaduan awam atau Persatuan Pengguna. Jika beliau tidak berbuat demikian, ia juga adalah satu dosa.

“DARIPADA Abu Said katanya: aku dengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda: siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman (Muslim).

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePenubuhan CRC Peringkat Negeri Terengganu Tepat pada masanya.
Next articleBelajar sehingga liang lahad
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com