image

Seorang pesakit bertanya: “Boleh ke Doc minum air Kangen?” Sambil tunjukkan sebotol air Kangen depan saya.

Saya akan jawab, “Boleh minum¹. Secara umum apa sahaja air pun boleh minum selagi tidak mendatangkan mudarat.”

“Tapi kerajaan larang jual, sebab tak masuk duit dalam cukai kerajaan kan?” Soalan menguja dari beliau.

“Tuan, peraturan yang melarang minum itu bukan berkait dengan masuk duit kepada kerajaan atau tidak. Ia sebenarnya melibatkan dakwaan yang salah jika apa-apa air termasuk Air Kangen boleh merawat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Ini dah jadi misleading maklumat kesihatan kepada orang ramai. Kesannya, ada pesakit saya yang tinggal terus ubat kencing Manis gara-gara percaya. Gula naik mencanak”

“Begitu juga terdapat satu akta khusus bagi larangan membuat iklan yang mendakwa sesuatu produk boleh merawat 20 jenis penyakit.”[1] Panjang juga ulasan..

“Dalam peraturan 360b tersebut melarang mana-mana individu atau syarikat yang menjalani pembungkusan produk tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan. Isu ini juga timbul dalam penjualan air jampi.[2] KKM mengambil langkah pengawalan ini bagi mengelakkan pengambilan air dari sumber yang tidak selamat samada mengandungi coliform (kuman) atau logam berat yang berbahaya. Jika ia bebas dibungkus dan dijual tanpa standard piawaian tertentu, tiada jaminan tapisan keselamatan mutu.”

“Tapikan doktor, air ni kan ada banyak khasiat.” Tanya lagi dalam sedikit sangsi.

“Tuan, pengalaman individu tidak boleh dipukul rata kepada semua orang. Dalam perubatan setiap ubatan perlu melepasi tahap ujian klinikal yang melepasi piawaian berkualiti, berkesan dan selamat. Tahap ujian klinikal tersebut menunjukkan majoriti (biasanya melebihi 70% berkualiti, berkesan dan selamat), baru lah boleh mendakwa sesuatu bahan boleh digunakan dalam masyarakat.”[3]

“Terdapat kajian berkenaan air beralkali ni. Tetapi hasil kajian tidak meyakinkan. Malah ianya lebih kepada kesan psikologi kepada pengguna.”[4, 5]

“Tuan, badan kita ada sistem keseimbangan asid-alkali (acid-base balance). Jika perut serap air alkali sekali pun, darah kita akan menyeimbangkan semula kepada pH 7.35 – 7.45. Jika pH darah terlalu alkali, ia memudaratkan badan.”[6]

“Saya risau juga, jika dalam perut terlalu beralkali, boleh menyebabkan kesan sampingan kesihatan yang lain. Ada kajian menyebut jika makan terlalu kerap dan berpanjangan Antacid (ubat gastrik yang beralkali), risiko jangkitan kuman paru-paru akan bertambah.” [7,8]

“Okay Doktor, terima kasih kerana penerangan tu.” Jawabnya separa puas hati.

“Doktor ni sokong kerajaan ek?” Beliau menyerkap pegangan politik saya.

“Saya sokong peraturan yang boleh menyelamatkan ummah serta masyarakat terbela. Jika pembangkang tadbir Malaysia pun, peraturan ini tetap wujud dan saya akan sokong seutuhnya.” Saya semat pendirian saya disini.

“Angguk faham”….

*kesimpulan*

1. Nak minum, silakanlah, sebab manfaatnya belum diketahui secara jelas. Selagi tak datang mudarat silakan. Cuma jangan overclaim boleh itu dan ini menyebabkan salah faham masyarakat awam.
2. Semua Kajian yg dibuat oleh mereka skeptical dan bias.
3. Kena hati² guna air beralkalli pada pesakit buah pinggang kerana kandungan mineral tinggi terutama potassium boleh memudaratkan lagi panyakit.
4. Isi kandungan air beralkali tidak dapat ditentusahkan oleh pihak berwajib kerana tidak berdaftar. Apa sahaja yang diistiharkan oleh mereka tidak pasti. Jika jujur, tidak memasukkan bahan terlarang lain.[9] Sebalik jika dimasukkan bahan terlarang, pengguna juga yang akan menanggung akibatnya.

Dr Suhazeli Abdullah
Insan Faqir
Fb.com/drsuhazeli

8 Julai 2016
3 Syawwal 1437

Rujukan tepi
[1] Larangan iklan 20 jenis penyakit. http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/berita/04-dis-2012/berwaspada-dengan-iklan-iklan-haram.html
[2] Larangan Jual air Jampi. http://www.sinarharian.com.my/mobile/wawancara/amaran-tindakan-kepada-air-jampi-komersial-1.438411
[3] Evidence based Medicine. http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0019483216301857
[4] Alkaline Water Beneficial? http://m.huffpost.com/us/entry/7762588.html
[5] Hoax Alkaline water. http://www.precisionnutrition.com/alkaline-water-legit-or-hoax
[6] keseimbangan pH darah. http://www.medicinenet.com/script/main/mobileart.asp?articlekey=10001
[7] Ubat Gastric mungkin penyebab pneumonia. http://www.m.webmd.com/heartburn-gerd/news/20101219/heartburn-drugs-linked-to-pneumonia-risk
[8] Alkalinization cause pneumonia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8578208
[9] Senarai Ubatan barang terlarang. http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/adulterated

P/s ¹. Minum dibolehkan atas risiko sendiri. Tanpa melihat dari sudut kesihatan, sama juga dengan meminun air perigi, air sawah, air kolam, air jeram dll yang tidak melalui proses rawatan air. Bukan bermakna air Kangen tidak melalui proses rawatan, tetapi tidak ada pembuktian bahawa air Kangen itu sempurna dirawat semasa proses pengeluarannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleLembaran Raya Buat Sahabat
Next articleTapak Semaian Vaksin dari Janin dan Ginjal Monyet…..Betul ke?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com