image

ULASAN GAMBAR  HIDANGAN  BESAR

Gambar yang menunjukkan hidangan besar yang hanya dikelilingi oleh beberapa orang yang berpakaian arab kadang-kadang menjadi bahan bualan di alam maya.

Gambar ini sering kali diberi ulasan negative, bahkan ada yang mengatakan inilah tok arab! Bangsa jahat! Tiada orang arab yang baik melainkan nabi saja yang baik! Sebab itu berita arab banyak lebong!

Sehinggakan ada yang tidak mahu  pergi umrah, merasa jengkel melihat mereka yang memakai jubah dan lain-lain yang berkaitan bangsa arab.

Lebih parah lagi diregukan gambar di atas dengan keadaan di Afrika yng kekurangan makanan!

Saudaraku, Islam mengajar kita berlaku adil dalam setiap perkara. Sebelum mengulas berkenaan gambar di atas, pastikan kesohihan gambar tersebut terdahulu.

Jika gambar tersebut benar, tanya kepada diri sendiri berapa ramaikah yang memakannya?

Hidangan tersebut adakah untuk beberapa orang atau untuk jamuan besar?

Kita andaikan benar, adakah yang melakukannya orang Islam atau bukan Islam?

Perkataan orang arab memang jahat! Adakah ianya menepati ajaran Islam?

Siapakah yang dimaksudkan dengan arab di dalam perkataan di atas?

Islam menyatakan manusia yang paling baik ialah mereka yang paling bertaqwa tanpa mengira bangsa.

Walaubagaimanapun, saudara perlu ingat firman Allah :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Bagaimana Allah menjaga al Quran?

Melalui pemeliharaan Bahasa arab kerana al Quran adalah tulisan yang menggunakan Bahasa arab. Siapakah yang pakar dalam Bahasa arab yang sentiasa mempertahankan dan mengkaji Bahasa arab ?

Jawapan pakar Bahasa Arab dan pakar qiraat serta ilmuawan muslim. Jumhur mereka adalah berbangsa arab sehingga ke hari ini. Jika mereka bukan berbangsa arab, jaluran guru mereka mesti ada yang berbangsa arab.

Mereka yang mempunyai sanad ilmu Islam , dalam sanad akan tercatat hampir keseluruhannya berbangsa arab.

Di India, gedung ilmu hadis di Deoband, sanad hadis mereka, kebanyakan guru-guru dalam sanad itu adalah orang arab!

Bagi tiada sanad , guru kepada guru kamu itu berbangsa arab jika ianya ada berkaitan dengan  ilmu Islam.

Baginda bersabda

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ
RIWAYAT AL BAIHAQI

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia.

Hadis ini memberitahu, baginda hendak menyempurnakan akhlaq yang baik yang masih diamalkan oleh orang jahiliyyah!!

Bukannya baginda bukan bermula dari kosong !!!

Islam tersebar melalui pejuang yang kebanyakannya berbangsa arab. Kajilah sejarah penyebaran Islam ke seluruh alam dari dulu sehingga kini , kebanyakan yang terlibat ialah bangsa arab!

Solahuddin al Ayyubi yang kita rindui untuk bertemu dengannya berbangsa Kurdi, berjaya mengibarkan bendera Islam, kebanyakan tenteranya berbangsa arab!!!

Tulisan ini bukan untuk menafikan peranan bangsa lain tetapi untuk menolak tomahan jahat bahawa orang arab jahat!!

Setiap bangsa ada yang baik dan ada yang jahat!

Bagi menjadikan ucapan orang arab jahat, berapakah ramaikah orang arab yang kamu maksudkan?

Kamu menghitung semua?

Atau beberapa kerat atau kebanyakan?

Jika ya,
buktikan!!

Saya pernah menghadiri seminar Arus Pemikiran  Dalam Dunia Islam ketika berada di al Azhar, seorang pakar pemikiran menyebut, bahawa tiga cara musuh Islam sering menggunakannya bertujuan merosakkan imej Islam atu mendatangkan perasaan syak kepada Islam iaitu melalui Bahasa, sejarah dan al Quran.

Tiga saluran itu berkait rapat dengan bangsa arab!!

Sebab itu timbul pendapat memakai tudung kepala itu adat orang arab bukannya ajaran syarak!!

Semoga Allah pelihara kita semua dari perkara yang sia-sia dan yang dimurkai olehNya

مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

Wallahua’lam

PENULIS BUKAN BERBANGSA ARAB, BUKAN JUGA DARI BANI TAMIM.

Ustaz Ahmad Tarmizi Taha
Pengerusi
Pusat Talaqqi Batu Rakit
Fb.com/PusatTalaqqiBR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleHukum Darah, Lendir dan Air Ketuban Sebelum Bersalin
Next articleTuan Guru Hj Abdul Hadi Sokong Vaksin
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com