Hukum Membaca Al Quran Pada Air

  1. Membaca al Quran pada air untuk diminum atau mandi adalah dibolehkan.
  2. Akan tetapi menjual air tersebut dengan penentuan harga air berdasarkan kekerapan bacaan, ianya tidak dibolehkan kerana membuka pintu fitnah.
  3. Begitu juga ianya tidak menepati ciri-ciri barang jualan yang dinyatakan dalam ilmu fiqh. Di antara ciri barang jualan ialah bermanfaat. Manfaat secara umumnya dapat diukur dan dikecapi. Penetapan harga berdasarkan kekerapan bacaan menyebabkan timbul fitnah jika air yang diminum itu tidak membawa apa-apa kesan, lalu timbul perasaan bacaan tersebut sia-sia.
  4. Adapun menjual air bukan kerana kekerapan bacaan tetapi kerana mutu air atau seumpamanya, maka ianya harus.
  5. Membaca al Quran pada air bukanlah bidaah tetapi mengkomersialkan air bacaan tersebut perlu dihindari.
  6. Adapun membaca al Quran pada air kemudian diminumnya maka ianya bagus jika niat untuk berubat.

    Wallahua’lam.

    Ustaz Ahmad Tarmizi Taha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...