Dua tiga hari ini aku dihujani dengan pelbagai reaksi dari posting sebelum ini (Transfer Factor Lebih Testimoni dari Saintifik?). Beberapa komen membina dan ada juga yang menghina daku terima dari facebook, email dan shoutbox. Terima kasih kembali kepada semua rakan. Rasanya posting yang aku buat bukannya bernada menghina mana-mana produk. Aku cuma berfikir sendirian dan menulis kerana diterjah dengan satu fakta yang antagonis dengan diri selama ini. Mana pernah aku dengar orang kata dengan mengambil ubat sekian-sekian ‘completely’ Kencing manis hilang dan tak perlu makan ubat hospital. Jika lah benar seperti yang dikatakan itu kenapa KKM tidak masukkan dalam bluebook dan aku boleh prescribe kepada semua pesakit kencing manis dibawah jagaan ku. Sampai ada seorang makcik dah frust dengan ubat yang aku bekalkan setiap bulan. That’s why aku tanya bersendirian dalam blog beberapa soalan tu. Adakah pernah ada dibuat kajian head to head TF tu seperti dalam kes ALLHAT Study atau UKPDS study? Inilah kajian saintifik yang aku maksudkan.

Sebenarnya aku bukanlah orang sombong atau tidak terbuka minda. Tapi kalau ada orang nampak aku sedemikian perbetulkan diri ni supaya benar dengan jalan yang Allah redhai. Aku insan biasa yang mencari-cari ruang ilmu di alam buana ini. Aku pasrah…

…Sesungguhnya hikmah itu sesuatu yang hilang dari kaum muslimin…maka kejarkanlah.

Setiap dari kita ada hak untuk berbeza pendapat dan pandangan yang tidak menyentuh akidah. Tapi aku percaya kita tidak akan bertelagah dari menyatakan bahawa Tuhan itu Satu, Al Quran itu Satu dan Nabi Muhammad itu satu.
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleTransfer Factor: Lebih testimoni dari kajian saintifik?
Next articleEkonomi Negara Semakin Pulih.
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com