image

Assalamualaikum Warahmatullah
================
kepada: Dr. Suhazeli
kategori: Kanser Rahim

soalan:

Assalamualaikum Dr. Adakah amalan minum ais ketika haid, menjadi punca berlakunya cyst, fibroid dan dll yang sama waktu dengannya? Adakah ini satu fakta@auta?

Soalan tambahan:
Apakah benar message ni?

??? DAUN RERAMA ???
.
Pernahkah dengar tentang ‘DAUN RERAMA’ ?
.
Tahukah anda bahawa daun rerama mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit KANSER/BARAH serta sakit-sakit kronik yang lain…
.
penggunaan daun rerama untuk merawat penyakit kanser merupakan satu ikhtiar…dan pakar2 perubatan telah mengesahkan bahawa daun rerama dapat merawat penyakit berkaitan sel darah merah.
.
??_KAJIAN SAINTIFIK_??

Ujian makmal Institut Bioteknologi Melaka  menunjukkan daun rerama mengandungi tiga belas sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan.

Kajian saintifik penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM turut berjaya menemui ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan pada tumbuhan berkenaan.
.
Kajian UPM menyatakan daun rerama bukan sahaja boleh merawat BARAH/KANSER, tetapi  berupaya merawat

?Semua jenis Kanser
?SLE
?Thyroid
?Leukimia
?Darah tinggi
?Kencing manis
?Kolesterol/Asid Urik
?Gout
?Masalah berkaitan darah
?Stroke
?Senggugut
?Asma
?Migrain
?Resdung
?Demam campak
?TB
?Denggi
?Masalah usus
?Masalah sendi
?HIV
?Angin dlm badan
?Sebagai suppliment
….. bla bla bla……

sekian.

Dari Ummi

JAWAPAN

Kanser adalah pembunuh utama wanita masa kini. Statistik mendapati setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payudara (AS).  Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payudara (AS).  Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payudara (UK). Manakala kanser pangkal rahim pula adalah ke 2 tertinggi kejadiannya dikalangan wanita (Selepas kanser payudara dan paru-paru).  Terdapat 500,000 kejadian baru, 274,000 kematian (tahun 2002) dan  16.5 setiap 100,000 orang mati.

Terdapat pelbagai mitos yang disebarkan dalam masyarakat akibat dari kerisauan mereka dihidapi kanser. Namun, mitos atau petua seperti minum ais dan seumpamanya penyebab kanser hanya andaian tanpa bukti secara klinikal dan kajian epidemiologi. Ais juga tidak menyebabkan penyakit cyst, fibroid dll ke atas wanita. Kenyataan yang disebarkan itu jauh tersasar dari realiti yang berlaku dalam dunia perubatan. Tidak dapat dikaitkan secara langsung, sama seperti makan nasi lemak penyebab kanser serviks! Kenyataan yang tiada bukti dan dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ubat Anti Kanser
Semua pihak berusaha mencari jalan untuk menghindarkan kanser. Pihak berwajib menghabiskan berjuta-juta ringgit jalankan pembangunan kajian dan membeli ubat-ubatan bagi rawatan kanser. Antara usaha yang telah dilakukan adalah kajian dari UPM yang menemui Daun Rerama merencat sel kanser pada tikus makmal yang dikaji. Kajian lanjut perlu dilakukan bagi mengiktiraf secara sah bahawa daun ini adalah ubat rawatan kanser. Selagi tidak melepasi ujian klinikal, dakwaan hanya diperingkat teori makmal, tidak boleh diaplikasikan kepada rawatan manusia.

image

Begitu juga kajian yang dijalankan ke atas Durian Belanda. Kajian hanya baru dalam peringkat makmal (in vitro). Tiada bukti lagi Durian Belanda lebih kuat 10,000 kali dari ubat kemoterapi. Kajian perlu dijalankan ke atas manusia bagi mempastikan teori makmal itu terbukti (Fasa kajian klinikal).

image

Konsep yang sama perlu diambil dalam mengesahkan sesatu bahan/ubat/herba yang mendakwa mempunyai manfaat kesihatan. Wajib menjalani ujian klinikal kepada sebilangan manusia dan dicatat dalam satu metodologi kajian tersusun. Ini penting bagi mengelakkan bias atau kecenderungan tertentu. Testimoni tidak boleh dijadikan asas dakwaan.

image

Timbul masalah yang sukar dibendung adalah terdapat dikalangan kita mencari keuntungan perniagaan dengan mengambil fakta pra-matang ini. Mereka membuat promosi jualan besar-besaran dengan menokok tambah fakta pra-matang tadi dengan beberapa jenis penyakit lain lagi. Langsung tiada sikap tanggungjawab kerana memberi maklumat yang tidak tepat. Malah memberi pengharapan palsu kepada pengidap kanser. Seolah-olah ubatan kemoterapi tidak berkesan serta perlu dijauhi. Produk yang mereka adunkan itu lebih selamat kerana bebas ‘racun kimia‘. Masyarakat kita cepat mempercayai ubat ajaib ini.

Saya kesian fenomena ini berlarutan dalam masyarakat.

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
10.5.2016

Fb.com/drsuhazeli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleIsu Ubat Tiada Logo Halal JAKIM
Next articleWanita Hamil Setelah Putus Haid?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com