image

Kepada : Ustaz Ahmad Tarmizi
Kategori: sihir

SOALAN

Benarkah jika bermimpi digigit atau dipatut ular ada kaitan dengan sihir?

JAWAPAN

وعليکم السلام ورحمة الله

Sihir adalah satu perkara yang luarbiasa atau perkara yang mencarik adat. Makna luarbiasa ialah di luar dari adat kebiasaan  atau hukum tabi’i.  Contohnya api yang panas boleh membakar sesuatu yang kering dan menerima hangus.

Ini dinamakan hukum adat iaitu menurut ketetapan kebiasaan. Hukum adat ini boleh berlaku sebaliknya iaitu berlaku lain dari kebiasaan seperti Nabi Ibrahim tidak terbakar ketika dibakar dan air keluar dari jari.

Menurut ahli Sunnah, sihir adalah benar bukan suatu khayalan. Manakala golongan Muktazilah berpendapat sihir suatu khayalan dan tidak mungkin berlaku.

Di antara perkara pelik atau luar biasa yang disenaraikan oleh ilmu tauhid ialah:

⑴ Sihir : Perkara ganjil yang berlaku kepada orang jahat  dengan cara mengamalkan ilmunya.

⑵ Karamah: Keajaiban yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. buat hamba-hamba-Nya yang soleh yang tidak mendakwa kerasulan atau kenabian.

⑶ Ma’unah: Keajaiban yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hamba yang biasa yang tersepit dalam kesusahan sebagai pelepasan buat mereka daripada kesusahan tersebut.

⑷ Irhash : Keajaiban yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebelum mereka mencapai tahap kenabian atau kerasulan, seumpama pada waktu kecil mereka.

⑸ Istidraj : Perkara ganjil yang diberikan Allah S.W.T. kepada mereka yang kafir dan mendustakannya agar mereka terus tenggelam dalam kesesatan mereka.

⑹ Mukjizat: Keajaiban yang berlaku kepada para nabi dan rasul.

ADAKAH MIMPI MELIHAT ULAR DAN PERKARA YANG MENAKUTKAN  TANDA TERKENA SIHIR?

Jika mimpi melihat perkara tersebut sekali sekala kemungkinan ianya mimpi biasa.

Jika bermimpi melihat perkara tersebut secara berterusan, pada kebiasaannya ada kaitan dengan makhluk halus. Menurut pengalaman perawat, mimpi dipatuk oleh  ular berkali-kali menunjukkan gangguan tersebut berada paha tahap yang agak kritikal.

Di antara cara mengatasi masalah ini ialah:
⑴ Kuatkan hubungan dengan Allah dengan menyempurnakan amalan wajib dan sunat.
⑵ Amal makthurat dan ayat-ayat  jampi secara berterusan.
⑶ Memohon bantuan pihak yang soleh untuk merawat dan mendoakan kebaikan untuknya diri.

Sebagai peringatan untuk kita nabi SAW sendiri pernah disihir oleh si Yahudi dan baginda menyuruh membaca surah tertentu untuk menhindari sihir dan seumpamanya.

Juga sebagai satu peringatan, bagi mereka yang terkena sihir, jauhi menaruh syak atau menuduh seseorang yang menyihir dirinya, sibukkan diri dengan reda dan merawat penyakit yang dialami tanpa mencari siapakah yang melakukan kejahatan itu kepadanya.

WALLAHUA’LAM

-TAMAN ILMU 3-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleHukum Cairan dari Kemaluan Wanita
Next articlePuasa Ramadhan bagi Orang Sakit
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com