Minggu ini kita dikejutkan dengan beberapa siri berita mengenai pembuangan bayi. Ia menjadi satu topik hangat merentasi pelbagai kategori umur. Dari pak menteri sehinggakan orang kampung di kedai kopi bercakap mengenai kebejatan sosial ini.
Kenapa ianya timbul? Salah satu darinya adalah kerana media yang membesar-besarkan isu ini. Menyebabkan sipelaku dosa akan menganggap bahawa bukan dia sahaja yang buang bayi tapi ada orang lain lagi yang membuang bayi. Ianya menjadi satu budaya yang akhir akan diterima oleh masyarakat. Seperti Pak Pandir berkata “ada anak orang lain mati juga hari ni…”.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articlePendedahan Zahrain Bukti Ada Pihak Cuba gugat Keamanan Negara
Next articleSalah Siapa, Negara kita ramai penzina?
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com