“Jadi apa kesudahan dengan perbincangan mengenai Produk X ni doktor?” Tanya seorang peminat yang selalu berkunjung ke laman blog (((hidup bermanfaat))).
“Kalau digunakan untuk pemakanan tambahan dan ada duit poket lebih silakan…tapi kalau digunakan sebagai ubatan utama dan meninggalkan terus ubatan hospital, pohon jangan sekali-kali”. Jawabku ringkas.

Perubatan alternatif, Perubatan Pelengkap vs Perubatan moden

Saya meletakkan label produk X di atas agar isu ini tidak tertakluk kepada mana-mana produk yang sudah berada dipasaran. Ramai dari pesakit yang saya ketemui bertanyakan sesuatu yang mereka amalkan demi menjaga kesihatan mereka. Ada yang menanyakan mengenai Misai Kucing untuk rawatan darah tinggi, ada yang bawa piring apabila berjumpa saya, yang kononnya berkuasa aura magnetik. Harganya Masya Allah hampir mencecah RM3000 sekeping. Piringnya sebesar muka cawan. Ada juga yang memakainya di lengan setelah bertemu “promoter” di pasar malam. Tak kurang juga ada pesakit yang menawarkan kepada saya produk yang mereka makan untuk saya uji dahulu sebelum mereka makan secara “intensif”. Dengan ertikata lain setelah mendapat jaminan dari doktor.
Segala bentuk perubatan yang saya nyatakan di atas adalah kaedah perubatan alternatif (Alternative Medicine) dan perubatan pelengkap (Complimentary Medicine). Ianya boleh diterima selagi mana tidak bercanggah dengan hukum, tidak memudaratkan, tidak syirik dan tidak bercanggah dengan etika berubat. Ianya juga diambil sebagai perawatan tambahan selain dari kaedah perubatan arus perdana.
Sesuai dengan nama, perubatan alternatif dan perubatan pelengkap adalah berfungsi menampung kaedah perubatan alopati. Kaedah perubatan alternatif dan pelengkap ini tidak mempunyai asas pembuktian saintifik yang jelas (Evidence based medicine). Jika sekiranya sesuatu produk itu telah terbukti melalui kajian, ia tidak akan termasuk dalam kategori ini. Ia akan dimasukkan ke dalam perubatan moden/alopati.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleSalah Siapa, Negara kita ramai penzina?
Next articleHidup Bermanfaat
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com