Kambing Minum Susu Anjing

kambing susu anjingViral dalam medan sosial gambar seekor anak kambing meminum susu anjing dan pembongkaran sebuah kolam ikan keli yang diberi makanan haram. Setelah berbincang dengan agamawan dan buat sedikit bacaan, saya letakkan disini sebagai ilmu yang berguna kepada kita semua. Terutama sekali bagaimana kita membuat reaksi apabila isu ini timbul.
Hukum kedu-dua binatang tersebut diberi nama binatang jallalah.
Binatang jallalah adalah haiwan yang pada dasarnya boleh makan, tetapi sering makan kotoran atau najis.

Hadits-hadits berkaitan dengan binatang jallalah

1. Hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ra:

نهى عن أكل الجلالة وألبانها

“Rasulullah SAW melarang makan binatang yang memakan najis dan meminum susunya.” (H.R. Hakim dan Tirmizi)
2. Hadis yang diriwayat dari Ibnu Abbas ra:

نهى عن لبن الجلالة

” Nabi SAW melarang minum susu binatang yang memakan najis.” (H.R. Tirmizi dan Hakim)
Dalam kitab Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin dijelaskan terjadi khilaf ulama Syafi’iyah hukum memakan binatang jallalah. Pendapat al-Rafi’i dalam al-Muharrar haram makannya apabila nyata berubah bau daging dengan sebab memakan kotoran. Namun Imam al-Nawawi seorang ulama rujukan dalam kalangan ulama pengikut Syafi’iyah sesudahnya berpendapat hanya makruh.[1] Pendapat makruh ini berpendapat larangan dalam hadits hanya bersifat makruh karena disamakan dengan daging berubah baunya yang disebabkan lama disimpan yang hukumnya hanya makruh dimakan.
Selanjut dalam Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin dijelaskan, adapun apabila sudah hilang baunya dan menjadi baik dagingnya dengan sebab diberikan makanan yang suci kepada binatang jallalah, maka halal memakannya tanpa makruh. Ibnu Umar mengatakan :

ان النبي صلعم نهى عن أكل الجلالة وشرب وألبانها حتى تعطف اربعين ليلة

“Sesungguhnya Nabi SAW melarang memakan binatang jallalah dan minum susunya sehingga diberikan makanan yang suci selama empat puluh malam. (H.R. Darulquthni, al-Hakim dan Baihaqi, al-Hakim mengatakan shahih isnad, sedangkan Baihaqi mengatakan tidak kuat) [2].
Penyebutan diberikan makanan yang suci selama empat puluh malam hanya mengikuti kebiasaan, bukan qaid yang dapat diambil mafhum mukhalafahnya. Karena itu, apabila dapat menghilangkan baunya dalam waktu kurang dari empat puluh malam, juga hukumnya halal dimakan. Khilaf di atas juga berlaku pada hukum meminum susu dan telur binatang jallalah.
Kolam BabiRingkasnya isu ini boleh disimpulkan seperti berikut: [3]
1) definisi jallalah ada dua:
Definisi menurut mazhab hanafi: binatang yang halal di makan yang tidak diberi makan melainkan najis sahaja.
Definisi jumhur: binatang yang halal  yang kebanyakan makanannya adalah najis .
2) Hukum memakan jallalah
i-haram iaitu pendapat hambali
ii-makruh iaitu pendapat jumhur.
3) Cara menghilangkan hukum jallalah pada binatang tersebut ialah: diberi makan makan yang tidak najis sehingga hilang bau najis pada binatang tersebut. Apabila hilang bau najis dari dagingnya, makan harus dimakan iaitu tidak makruh.
4) Tempoh untuk mengubah status jallalah kepada tidak jallalah iaitu tempoh memberi makanan yang tidak najis kepada binatang jallalah untuk menjadikan tidak makruh@tidak haram memakannya;
i- Fuqaha menetapkan tiga hari untuk ayam, 4 hari untuk kambing@biri-biri,10 hari untuk lembu dan unta.
ii- Apa yang jelasnya, tempoh tersebut terserah kepada pakar binatang untuk menentukan tempoh tersebut.
5) Persoalannya yang timbul, bagaimana hendak tahu binatang itu berbau najis? Ikan keli di atas temasuk haiwan jallalah jika berterusan diberi makan najis sehingga diambil dari sangkar. Tetapi jika selepas itu dibeli oleh penternak lain dan diberi makan makan tidak najis, maka ia tidak dinamakan jallalah.
 Link Rujukan
[1] Jalaluddin al-Mahalli, Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, (dicetak pada hamisy Qalyubi wa Umairah) Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Indonesia, Juz. IV, Hal. 261
[2] Jalaluddin al-Mahalli, Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, (dicetak pada hamisy Qalyubi wa Umairah) Dar Ihya al-Kutub al-Arabiyah, Indonesia, Juz. IV, Hal. 261
[3] Tulisan Ustaz Ahmad Tarmizi Taha apabila ditanya berkaitan dengan isu ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...