Menyekat jalan dosa adalah pilihan terbaik.

image

Sa’du Zarai’e adalah satu istilah fekah bagi menjaga kepentingan ummat ataupun individu muslim. Istilah ini bunyinya payah, sebenarnya tak lah payah sangat. Maksud Sa’du Zarai’e ialah menyekat jalan. Istilah ini digunakan oleh para ulamak Usul Fiqh. Ulamak Islam dapat memahami ada hukum yang disyariatkan oleh Allah sebenarnya bagi bertujuan mencegah daripada berlakunya satu benda lain yang lebih buruk.

Contoh yang biasa disebut adalah seperti perbuatan yang menjurus kepada perzinaan. Zina itu sendiri jelas haramnya dan berdosa besar. Oleh demikian, segala perlakuan yang menghampiri zina juga perlu dicegah sedari awal seperti berdua-duaan, bersolek dengan berlebihan dan sebagainya. Sehinggakan sesuatu perbuatan yang awalnya baik tetapi boleh menimbulkan fitnah juga perlu dielakkan. Sebagai perumpamaannya, seorang muslim dengan niat yang betul bersendirian ke rumah pelacur untuk berdakwah. Tetapi ianya dilihat kepada umum bahawa beliau ingin berlanggan dengan pelacur. Pada pandangan pertama orang lain akan melihat sedemikian sebgai melakukan maksiat, lantas menimbulkan fitnah dikalangan ahli keluarganya dan masyarakat beliau. Kecuali ianya dilakukan dakwah secara berkumpulan dan dapat memberi penjelasan dengan bersaksi perbuatan tersebut.

Isu terbaru seperti yang dilontarkan oleh Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan mengharamkan vape kerana berlandaskan kaedah fekah ini. Pelbagai berita yang tidak menyenangkan masyarakat sehingga menimbulkan hegamoni politik. Lebih membimbangkan terdapat bukti bahawa vape ini adalah jalan masuk kepada penyalahgunaan dadah, adalah amat sesuai penetapan hukum sebegini dikeluarkan.

#SayNoToVape
#stopsmoking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...