#SayNoToVape
#StopSmoking

image

1. Ketagihan Nikotin melalui pelbagai kaedah era kini menjadi satu cabaran baru kepada pengamal perubatan. Terbaru adalah dengan wujudnya rokok elektronik (e-cigs) atau Vape. Ianya menjadi bertambah sukar kerana ketagihan nikotin seperti Vape diluar kawalan dan tiada piawaian standard. Akan tetapi para penggemar Vape menjadikan alasan bahawa Vape adalah alternatif terbaru untuk mereka berhenti terus dari merokok. Perbahasan isu Vape yang menjadi alternatif ini terus dihangatkan dimedia sosial. Jawapannya masih tidak konklusif dan memerlukan penemuan² baru melalui kajian saintifik.

2. Saya meneliti satu artikel berwibawa dan bertaraf pelaporan sistematik (Systematic review dan Meta Analysis) yang melibatkan lebih 7500 subjek kajian merentasi 6 kajian saintifik yang terpilih seluruh dunia sekitar 10 tahun lalu. Artikel tersebut ditulis oleh Muhammad Aziz Rahman dan rakan-rakan yang bertajuk “E-Cigarettes and Smoking Cessation: Evidence from a Systematic Review and Meta-Analysis”. Beberapa poin penting yang ditemui oleh para pengkaji ini.
i. E-cigs bernikotin lebih berkesan berbanding e-cigs tanpa nokotin dalam mengurangkan jumlah perokok.
ii. E-cigs bernikotin dilaporkan berjaya hanya 18% para perokok mengurangkan rokok dalam tempoh minima 6 bulan.
iii. Tiada kajian yang boleh diambil dalam menentukan samada e-cigs lebih berkesan berbanding dengan kaedah Terapi Gantian Nikotin (TGN seperti Ubat Verinecline, Nicotine patch, Nicotine gum atau Nicotine inhaler).
iv. Kajian emperikal secara rawak terkawal (randomised control trial) perlu dijalankan bagi mengenalpasti kelebihan keberkesanan e-cigs dalam memberi alternatif kepada para perokok untuk berhenti merokok.

3. Kesimpulan yang boleh saya katakan bahawa; e-cigs tidak boleh dijadikan alternatif pada masa ini untuk menggantikan kaedah berhenti merokok konvensional TGN. Namun jika sekiranya hendak dijadikan juga sebagai alternatif TGN, mestilah dengan syarat ianya dijalankan dibawah penyeliaan ketat pengamal perubatan dan ahli farmasi.

4. Ⓔ-cigs dinegara kita tiada satu akta yang mengikat kecuali Akta Racun 1952. Jika ianya diaktakan, pengedaran, penjualan dan penggunaan e-cigs mestilah dalam jumlah yang standard dan dikawal selia dengan ketat. Ini kerana nikotin tulen sudah terbukti merbahaya dalam jumlah/dos tertentu.

5. Manakala rokok, selain Akta Racun 1952, ianya termaktub dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983. Ini menjadikan penjualan, pengedaran dan pengambilan rokok terselia dalam dos nikotin yang terkawal secara ketat. Begitu juga dengan Terapi Gantian Nikotin yang digunakan oleh pengamal perubatan dan ahli farmasi didalam dos yang tetap dan dikawal selia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleCARA MENGEMBALIKAN FILE / FOLDER YANG HILANG AKIBAT VIRUS SHORTCUT
Next articleRegulasi e-rokok dan Vape: Dulu, kini dan akan datang.
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com