image

Ramai yang mengajukan soalan kenapa Kementerian Kesihatan bertindak merampas Vape, tetapi rokok boleh dijual bebas tanpa ganguan.

1. Kementerian Kesihatan bertindak atas kapasiti dan bidang kuasa yang sedia ada sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Di mana, Vape yang mempunyai racun nokotin sahaja akan dirampas kerana menyalahi akta Racun 1952 (Nikotin adalah racun kelas C dalam jadual racun yang terlarang).

2. Nikotin yang dijual melalui Vape adalah berbentuk cecair nikotin tulen 4mg/ml. Berbanding dengan nikotin yang terdapat dalam sebatang rokok adalah 1mg/batang. Justeru jumlah nikotin dalam cairan Vape adalah tinggi.

3. Nikotin yang terdapat dalam rokok dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Manakala penjualan vape ini masih belum ada satu akta yang mengawalnya kecuali Akta Racun 1952.

4. Racun Nikotin tulen Vape ini boleh mendatangkan mudarat segera kepada penggguna yang menyalahgunakannya. Kajian dari Pusat Racun Negara menyatakan Racun Nikotin ini akan menyebabkan gangguan perut dan usus jika diambil serendah 2mg. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 4mg boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak manakala 40 mg boleh menyebabkan kematian di kalangan orang dewasa.

#SayNoToVape
#StopSmoking

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Words Format E Book
Previous articleCeramah Isu Vape Prof Harmy
Next articleCARA MENGEMBALIKAN FILE / FOLDER YANG HILANG AKIBAT VIRUS SHORTCUT
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com