Saya berdiri teguh di belakang Ketua Pengarah kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bagi menjalankan langkah pengharaman VAPE Di Malaysia. Berikut adalah beberapa sebab sokongan saya.
1. Vape diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan [Irsyad Fatwa ke 63: http://www.muftiwp.gov.my/]. Ianya disokong oleh ulama-ulama muktabar dunia seperti Sheikh Muhammad Saalih al-Munajjid. dimana dalam jawapan beliau terhadap isu penggunaan rokok elektronik mengatakan bahawa rokok elektronik hukumnya adalah sama seperti rokok tradisional iaitu haram. Padanya tidak ada kebaikan bagi mereka-mereka yang ingin cuba meninggalkan amalan menghisap rokok beralih dari rokok tradisional kepada rokok elektronik kerana mudaratnya juga sama seperti rokok biasa berdasarkan laporan dari pakar perubatan. Begitu juga Sheikh Uthman al-Khamis juga berpendapat bahawa rokok elektronik adalah haram kerana ianya memudaratkan. Setiap yang memudharatkan, maka Islam terlebih dahulu akan menolaknya demi menjaga maslahah sekalian umat.
2. Malaysia bersetuju dalam deklarasi Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ini menunjukkan kesungguhan negara dalam melindungi generasi masa kini dan akan datang daripada kesan buruk tembakau, produk yang telah membunuh hampir 6 juta orang setiap tahun. Di Malaysia sahaja, 8 individu terbunuh setiap hari disebabkan oleh tembakau dan ramai lagi yang terlibat daripada segi kos yang ketara dalam kesihatan, sosial, ekonomi dan persekitaran.
3. Pengedaran Dadah merbahaya disahkan mula memasuki pasaran negara. Ini akan menimbulkan kegawatan dan kemusnahan kesihatan bagi pengguna VAPE tanpa kawalan.
#SayNoToVape
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga