image

1. Saya terbaca satu tulisan tip kesihatan di media sosial yang memberi kaedah mudah jika anda terkena serangan jantung ketika bersendirian. “Tip kesihatan” dari tulisan tersebut menyebutkan bahawa sengaja batuk akan menyelamatkan nyawa ketika serangan jantung berlaku. Kononnya panduan kesihatan itu ditulis oleh seorang pakar jantung (Cardiologist) bernama Dr Ⓝ Siva.

image

2. Sebenarnya tulisan tersebut sudah berlegar dimedia elektronik sejak 1999 lagi. Tulisan yang tiada rujukan dan tidak mempunyai fakta kukuh. Malah Pakar Jantung yang dinamakan tersebut itupun tidak pernah wujud.

3. Terdapat kajian yang menyarankan kaedah tersebut tetapi tidak terbukti keberkesanannya malah ianya mendatangkan kesan negatif kepada pengidap serangan jantung. Secara logiknya juga pengidap serangan jantung tidak mempunyai kudrat dan masa untuk melakukan sedemikian kerana serangan jantung itu terlalu sakit.

4. Kaedah terbaik jika terkena serangan jantung adalah
a. Belajar tanda² awal serangan jantung. Seperti sakit yang menusuk dan menekan di bahagian dada. Kesakitan merebak ke sebelah kiri dagu dan lengan (Pun begitu terdapat tanda yang tidak secara spesifik-boleh dapatkan maklumat lanjut dari Doktor keluarga anda)
b. Simpan nombor² penting samada orang terdekat, Hospital, nombor kecemasan seperti 999 atau pun doktor perubatan keluarga anda.
c. Dapatkan rawatan segera di klinik² atau hospital².

Sekian
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
W: suhazeli.com
F: fb.com/drsuhazeli
14.11.2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...