image

Tahniah kepada AKP yang menang dan terus menerajui Turkey. Ramai yang bangga dengan kemenangan ini. Sebagai sebuah parti yang dikatakan moderat dan progresif dalam dunia sekular yang menjalar dikalangan rakyat.

Turkey yang padatnya 81.6 juta penduduk dengan polarisasi 71.5% berada di bandar-bandar besar. Sosiopolitik turkey agak berbeza dengan negara-negara timur seperti Malaysia. Perbezaan ini dapat dilihat dengan komposisi kaumnya: Turkish 70-75%, Kurdish 18%, minoriti lain 7-12%. Begitu juga dengan komposisi agama: Islam 99.8% (kebanyakan Sunni), lain-lain 0.2% (Kristian and Yahudi).

Pun begitu, melalui pintasan ringkas saya setelah berada di Turkey Ramadhan tahun lepas, penegasan hidup beragama agak longgar. Ini tidak menjadikan saya bangga dengan kejayaan parti AKP ini menang pada pilihanraya tersebut. Sehingga saya merasakan betul ke AKP ini nak memartabatkan Islam atau hanya sampingan sahaja?

Contohnya apabila kami sampai pada siang hari, kedai-kedai makan di lapangan terbang dan bandar Ankara mahupun Istambul dibuka tanpa segan. Tapi kami berseloroh, mereka semua yang sedang makan tu bukan muslim kut atau semua bermusafir macam kami (tapi kami berpuasa walaupun musafir), atau mungkin mereka amalkan mazhab tertentu yang benarkan tidak berpuasa di bandar-bandar (entah….mungkin kut)? Sekali saya singgah disebuah kedai buah-buahan. Pekerja tersebut beria-ia minta kami belikan timun susu. Kononnya sedap dan manis. Lantas dibelah timun susu dan dihulurkan kepada kami untuk turut merasa nikmatnya.
“Are you muslim brother?” tanyaku hairan
“Yes….dalam dialek turkey”. Jawabnya penuh yakin
“Ramadhan…..soum..soum (bahasa arab)”. Tegur ku bagi menyatakan bahawa saya berpuasa dan memerli berhemah bahawa dia tak puasa di bulan Ramadhan.
“Hanya tersengih”
Keadaan ini berlaku juga dibeberapa lokasi lain yang saya perhatikan. kebanyakan penegasan hidup beragama tidak ada.

Cerita ringkas ini mungkin tidak menjadikan testimoni kuat bagi menyatakan gambaran keseluruhan kejayaan Parti AKP yang dikagumi oleh kebanyakan Parti Islam seluruh dunia.

Namun peratus kekagumanku pada AKP sudah terguris!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...