RIHUL AHMAR DAN DOA STROKE

image

Saya terima pesanan whatsapp berkaitan asal-usul kejadian Angin Ahmar atau bahasa perubatan disebut Stroke. Dikisahkan penyebab kepada angin ahmar ini adalah akibat dari kemasukan lembaga yang bernama Rihul Ahmar. Lembaga ini akan kekal hidup sehingga kiamat bagi menyerang anak Adam. Bentuk rasukan lembaga tersebut yang mengakibatkan berlakunya angin ahmar atau stroke ini. Diriwayatkan juga lembaga tersebut menyerang cucunda Rasulullah SAW sehinggalah Malaikat Jibril mengajarkan doa yang boleh menghindarkan Angin Ahmar berkenaan.

Stroke/Angin Ahmar adalah sejenis penyakit fizikal diakibatkan saluran darah dibahagian otak samasa pecah atau tersumbat. Ia diakibatkan pelbagai faktor. Penyakit kencing manis dan darah tinggi selalu dikaitkan dengan penyakit ini. Statistik menunjukkan pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi mempunyai resiko diserang Angin Ahmar ini sebanyak 4 kali ganda. Ringkasnya ia berpunca mungkin dari tekanan darah tinggi yang mengakibatkan saluran darah ke bahagian otak pecah. Ianya mungkin akibat dari saluran darah tersumbat kesan dari kolesterol yang tinggi bagi pengidap penyakit kencing manis atau darah tinggi.

Berkaitan dengan asal riwayat kesahihan kisah Nabi Sulaiman dan Rihul Ahmar pula, pernah di bincangkan dalam AhkamOnline sebagaimana berikut: 

1. Sepanjang pengetahuan dan pencarian kami , tidak ditemui asal usul doa angin ahmar yang menjadi pegangan sebahagian masyarakat melayu.

2. Doa ini sememangnya di amalkan oleh masyarakat melayu dengan tujuan supaya serangan angin ahmar dapat dielakkan lantaran penyakit tersebut yang cukup digeruni serta amat berbahaya.

3. Apa yang kami temui ialah riwayat-rimayat doa angin ahmar dalam kitab-kitab perubatan melayu yang setelah diteliti ianya tidak sahih dan merupakan rekaan semata-mata.

4. Adalah lebih baik jika kita memohon kepada Allah swt dengan doa-doa yang memang thabit dari Sunnah Rasulullah saw dalam menghindari serangan apa jua penyakit dan musibah. Ini kerana beramal dengan sunnah Rasulullah saw adalah suatu perkara yang lebih baik.

http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-07-0150-doa-angin-ahmar

Di Fikrah.net, ada perbincangan dan seorang ahli bertanya sebegini, “Saidina Hassan ra lahir pada tahun 2 hijrah, kanak2 pun kena stroke juga ke?”

Kesimpulan: Serangan Angin Ahmar bukan berpunca dari Rihul Ahmar. Doa Angin Ahmar bukan sahih dari Rasulullah SAW. Namun doa tersebut tidak salah dan boleh dibaca dan diamalkan selagi ia tidak bercanggah dengan akidah dan syariat, dengan niat doa. 

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
w: www.suhazeli.com
f: fb.com/drsuhazeli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...