Thursday, April 25, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Penyakit Anjing Gila

image

Dilaporkan terdapat 55 ribu kes Anjing Gila (Rabies) berlaku seluruh dunia setiap tahun. Kebanyakannya menyerang anak-anak yang berumur bawah 15 tahun. Rabies adalah sejenis penyakit yang menyerang saraf manusia, termasuk otak. Punca kemasukan virus Rabies ini ke dalam tubuh manusia adalah melalui gigitan haiwan yang telah dijangkiti virus rabies. 99% kes ini merebak melalui gigitan anjing. Pun begitu Rabies boleh merebak melalui monyet, kucing, dan kelawar.

Apabila seseorang itu digigit oleh anjing gila, belaiu mempunyai resiko dijangkiti penyakit Rabies ini. Gejala awal rabies adalah demam, sakit kepala, lemas, tidak nafsu makan, mual serta timbul rasa nyeri dan nyilu pada bekas gigitan. Selanjutnya dapat diperhatikan gejala khas rabies lainnya iaitu hydrophobia (rasa takut terhadap air), sensitif terhadap cahaya, suara, mahupun angin. Pengidap akan sering mengalami kejang, keluar air liur berlebihan, dan diakhiri dengan kelumpuhan. Mereka yang sudah dijangkiti virus rabies boleh membawa maut, biasanya setelah 4 – 6 hari setelah gejala awal timbul. Jangkitan rabies yang menyerang anak lebih berat dibandingkan orang dewasa.

Kejadian kes Anjing Gila ini telah dilaporkan sejak sekian lama dalam negara tetapi agak terkawal dan kes berlaku agak terpencil. Pada 17 September lalu, 3 negeri Semenanjung Malaysia telah diistihar sebagai kawasan Penyakit Anjing Gila. Dengan kata lain mana-mana pesakit yang digigit anjing di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang perlu mendapat rawatan khusus.

Berikut adalah nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menghindari penyakit Anjing Gila ini:

Rawatan khusus

Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.

Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang  digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dr Suhazeli Abdullah
Dr Suhazeli Abdullah
Dilahirkan di Kota Bharu Kelantan. Pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Perol dan Sultan Ismail College (SIC), Kelantan. Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perubatan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini berkhidmat di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu sebagai Pakar Perunding Perubatan Keluarga. Banyak terlibat dalam menyampaikan ceramah mengenai fikah perubatan. Menulis secara aktif dalam laman web peribadi beliau berkaitan isu-isu semasa termasuk vaksin dan sebagainya. Motto utama hidup beliau adalah Hidup Bermanfaat. Maklumat lanjut mengenai beliau dan hasil penulisan lain boleh diperolehi dari laman web www.suhazeli.com

Popular Articles