Fenomena Kerang Naik Pantai Rusila

image

Fenomena Kerang spesis Ananda naik ke pantai Rusila Marang amat memeranjatkan. Habitat kerang jenis ini sepatutnya berada di muara air payau dan berlumpur, tetapi memenuhi pantai yang ekosistem masin dan berpasir. Kenapa Pantai Rusila yang menjadi destinasi? Bukannya di sekitar muara Sungai Marang atau pantai sekitarnya? Tidak tahu apa ramalan yang akan timbul akibat perubahan habitat kerang darah ini? Sukar ditafsirkan.

Mengimbau kembali peristiwa 25 Disember 2004, di mana para nelayan Kuala Kedah melaung gembira kerana ikan tuna terdapat di perairan Kuala Muda. Akhbar harian sehari sebelum Thunami melaporkan bahawa nelayan Kuala Kedah akan menjadi orang kaya baru akibat peningkatan hasil ikan tuna. Tidak sepatutnya ikan tuna berada di sana, kerana habitatnya bukan Pantai Kuala Muda. Rupanya 26 Disember 2004 berlaku Thunami yang mengorbankan nyawa hampir setengah juta umat di Asia.

Makhluk Allah amat peka dengan perubahan ekosistem dan mereka mula mencari ruang selamat supaya kehidupan lebih terjamin. Apabila berlaku sesuatu yang membahayakan mereka, terus mencari ruang menyelamatkan diri. Ini adalah fitrah semulajadi alam yang ditentukan Allah.

Saya tidak mahu berandaian lebih dari sekelumit ilmu mengenai apa yang bakal berlaku? Mungkinkah Kerang Darah spesis Ananda (Sumber zat besi tinggi) ini lari akibat mendengar ura-ura Bukit Besi akan di lombong semula? Mungkinkah juga mereka sendiri mengagahkan diri untuk naik pantai dan seterusnya naik ke Masjid Rusila bertemu Tuanguru Hj Hadi, agar kes rasuah projek lombong besi itu dibongkar segera?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...