Dr Suhazeli Abdullah
Family Medicine Specialist, Charity Activist: Warga Cakna, Aid4Palestine, Book Writers, MedTweetMY, Papisma, MedicalMythBusters Malaysia, MMC
*Berita Pfizer Minta Maaf: Antara Kealpaan dan Komitmen Terhadap Kesihatan Global*
Tersebar bahawa syarikat Pfizer memohon maaf kerana mempromosikan berita berkaitan dengan vaksin yang belum dilesenkan.
Kisahnya CEO Pfizer dan beberapa kakitangan syarikat pembuat vaksin terbesar COVID-19 itu terlebih awal menyebarkan berita melalui media sosial bahawa vaksin yang dicipta oleh Pfizer berkesan 95% pada awal November 2020. Sedangkan FDA belum lagi meluluskan penggunaan vaksin tersebut. Vaksin Comirnaty itu kemudiannya diluluskan untuk kegunaan kecemasan oleh FDA pada 11 Disember 2020. Manakala kelulusan untuk kegunaan kanak-kanak pada 10 Mei 2021.
Mengikut Akta penyebaran maklumat dan Akta syarikat itu sendiri, apa-apa yang berkaitan dengan mempromosi ataupun membuat kenyataan berkaitan sesuatu ubatan perlulah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa ubat terlebih dahulu. Kesilapan yang berlaku di sini adalah beberapa individu di dalam syarikat tersebut termasuk Albert Bourla dan Berkeley Philips terlebih awal membuat promosi vaksin itu melalui media sosial mereka.
Perkara ini telah dibicarakan oleh Prescription Medicine Code of Practice Authority (PMCPA) bahawa mereka telah pun melanggar etika penyebaran maklumat di media sosial. Beza dengan kelulusan sebenar FDA hanya beberapa hari sahaja. Mungkin mereka terlalu bersemangat (eager) nak maklumkan kepada masyarakat bahawa sudah berjaya mencari solusi vaksin yang ditunggu-tunggu seluruh dunia pada ketika itu.
Itu sahaja isunya. Ia tidak pun berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatan vaksin yang telah pun diberikan kepada seluruh penduduk dunia sehingga kita dapat keluar daripada pandemik dari COVID-19.
Bayaran denda yang dikenakan ke atas pun ciput sahaja iaitu £34,800 berbanding dengan jualan yang mendapat keuntungan berjuta ringgit.
Suhazeli Abdullah
18/4/2024
... See MoreSee Less
- Likes: 12
- Shares: 6
- Comments: 4
4 CommentsComment on Facebook
Benak sngt
Ramai yg x tahu record jenayah Pyzer. Yahudi Mastermind terbesar menipu umat manusia. Ubat & vaksin yg dihasilkan memudaratkn manusia. Kenapa ada pihak yg nk backup penjenayah!!! Otak dekat mana? Boikott Pizer!!
Lampir skali ayat quran dr..Baru lg konfiden.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-An'aam, Ayat 125:
فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُۥ ضَيِّقًا حَرَجٗا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي ٱلسَّمَآءِۚ كَذَٰلِكَ يَجۡعَلُ ٱللَّهُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ
Maksudnya: "Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya)."
...
Allah SWT memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan melapangkan dada dan memudahkan hati untuk menerima Islam.
Bagi mereka yang Allah biarkan tersesat, mereka akan merasa kesempitan dan kepayahan dalam hati mereka, seakan-akan mereka sedang mendaki ke langit.
Ini menunjukkan bahawa petunjuk dan kesesatan adalah di bawah kehendak dan kekuasaan Allah SWT, dan Ia memberikan petunjuk kepada orang yang mencari kebenaran dengan hati yang terbuka.
Refleksi dari ayat ini menunjukkan bahawa teguran, petunjuk, atau pencerahan dari Allah adalah anugerah-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang bersedia menerima dengan hati yang terbuka dan menerima kebenaran. Tanpa "teguran dari Allah," kita tidak akan menyedari bahawa kehidupan bukan hanya tentang bernafas, tetapi ada hal-hal yang perlu kita pelajari dan tingkatkan dari waktu ke waktu. Ini mengajarkan kita pentingnya kesediaan untuk menerima petunjuk dan kebenaran dari Allah SWT.
... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
KALAU
Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
فَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَّرَ اللَّهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
Maksudnya: "Apabila sesuatu yang tidak diingini menimpa kamu, janganlah berkata: "Kalau saya tidak melakukan itu, ini tidak akan terjadi," tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia kehendaki, Dia lakukan." Kerana 'kalau' membuka pintu bagi syaitan."
- Sahih Muslim
Kita sebagai manusia tidak sepatutnya terlalu asyik dengan pemikiran 'kalau' yang boleh membawa kepada rasa penyesalan atau kesal atas sesuatu yang telah berlaku.
Sebaliknya, kita harus menerima dengan hati yang terbuka bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah ketentuan dari Allah SWT dan kita harus berserah kepada kehendak-Nya.
Ini membantu kita untuk tidak terjebak dalam siklus negatif yang boleh dimanfaatkan oleh syaitan untuk membawa kita jauh dari ingatan dan kepercayaan kepada Allah SWT.
... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook