, ,

Raja Satung

Pagi tadi seorang pesakit separuh umur datang jumpa saya di klinik. Beliau adalah pesakit kencing manis tegar tak terkawal. Ubat pil sudah optima, saya cadang pada beliau agar ambil suntikan insulin pula. Huh macam nak perang kat klinik kerana tuduh insulin ini agenda Yahudi dan ada kandungan babi. Saya terangkan dengan tenang akan kebaikan insulin dan kandungannya yang bebas dari unsur kinzir. Tapi seperti biasa…minda tersekat dengan doktrinasi entah dari mana beliau dapat.

Saya buat pemeriksaan menyeluruh atas beliau. Ternampak ketuat yang berjengket-jengket atas tengkuk. Awalnya cuba beliau sembunyikan kerana tak nak saya rawat. Setelah bertanya lebih, beliau mengaku ketuat itu sudah 6 bulan melekat, semakin membesar.
“Bomoh tradisional Segamat, Kelang, Tanah Merah sudah saya pergi doktor…..macam-macam petua secara alami sudah mereka beri. Bermula air jampi hinggalah daun yang original tanpa bahan kimia…setakat ini tak berdegih (sembuh/hilang) langsung.” Akuan jujur dari beliau.
“Lepas ni saya nak ke perubatan Islam kat Serada pula doktor……katanya sudah ramai yang sia (sembuh)”. Tambah beliau dengan penuh yakin.
“Tuan haji, ketuat ni bagi kami senang aje. Doktor akan beri bius sedikit di kawasan tengkuk tu dan potong (pembedahan kecil). Sekejap aje tak sampai setengah jam pun. Kemudian kita boleh hantar ketuat tu untuk ujian makmal, mana tahu jika ianya salah satu kanser kulit. Minta dijauhkan.” Nasihatku sebagaimana biasa dengan nada memujuk agar terima candangan rawatan moden.
“Huh tak nak doktor, saya nak cara alami juga….Penyakit Raja Satung (ketuat tersebut) ini boleh sia dengan alami je doktor. Sudah ramai yang sia”. Ujarnya dengan yakin.
“okay…….”. Aku menjadi setuju dalam tidak bersetuju. Malas nak ulangi perbahasan sama seperti isu insulin sebelum ini.
Allahu yasfiika….doaku dalam hati. Tak apa, next time aku pujuk lagi
Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli
Ketengah Jaya

2.4.2017

, , , , , ,

Cocktail Durjana Pemutih Wajah

Pengalaman cemas doktor pakar kecemasan ini memberi peringatan kepada kita bahawa bencana mengambil ubatan suntik semata-mata ingin kecantikan dunia. 

Berikut coretan pengalaman Dr Ahmad Zakimi Abdullah di salah sebuah hospital tersohor negara. 

⚪⚪⚪⚪⚪

“Doktor, patient BP low lah.” jeritan staffnurse yellow zone. “Cepat2 tolak patient masuk resus room.” balas saya. Lantas resusitasi berlangsung.
Pesakit dalam lingkungan umur 20an, wanita, datang dengan masalah loya, muntah2, berpeluh, pening, pitam dan kemudian tidak sedarkan diri dalam beberapa minit. Bacaan tekanan darah 82/38, kadar denyutan jantung 138 denyutan per minit. Wajah pucat, sejuk, berpeluh dan muka merah padam. Bacaan test darah menunjukan hemolytic anemia (Hemoglobin 7.0) dan kegagalan buah pinggang akut. 
Setelah beberapa kali ditanya, akhir pesakit memberitahu dia baru saja mengambil injeksi intravenous (IV) ‘cocktail’ pemutih kulit dari seorang ‘medical personal’. Pesakit memberikan gambar yang diambilnya (seperti gambar pertama dibawah). 

Saya terus menyemak apakah kandungan atau produk ‘cocktail’ yang dikatakan tu. Didapati seperti berikut…

  • Thiotic acid 25mg/5ml
  • Glutathione 600mg
  • Vitamin C 10g/20ml
  • Chondnal/chondroitin sulfate sodium 200mg

Maka ‘Haywire’ lah nak beri rawatan. Apakah masalah sebenar dengan ‘coktail’ ni. Mari kita kupas. 

Vitamin C pemutih muka?

Ingredients di atas seperti thiotic acid, glutatione dan vitamin C khususnya secara intravenous dikatakan untuk memutihkan kulit dan anti aging (anti penuaan) adalah mitos. Ia tidak dibuktikan keberkesanan dan keselamatan secara kajian ‘scientific evidence base’ walaupun secara teori sains boleh diterangkan. Ia hanya dikategorikan sebagai alternative atau naturopath saja sebab tiada bukti secara Klinikal (kalau ada mohon tunjukan saya bukti). Dalam ‘natural medicine comprehensive data base’ adalah itu pun kurang bukti (anda boleh google sendiri). 

Misalnya, glutatione adalah antioxidant dan ia terbukti secara saintifik mengatakan kemungkinan boleh mengurangkan kesan sampingan kanser therapy dan merawat parkinson. IV glutatione tiada bukti secara saintifik untuk memutihkan kulit walaupun ia dikatakan anti-melanogenic (melonin adalah pigmen hitam mewarnakan kulit, rambut dan sebagainya). 

Saya merujuk pada Phillipine Food and Drug administration memberikan maklumat tentang bahayanya IV glutation (seperti gambar 2,3 dibawah). Contoh kesan sampingan yang dilaporkan adalah Johnsons Syndrome, Toxic Epidermal Necrolysis, gangguan fungsi tiroid, kegagalan buah pinggang, sakit perut yang teruk, jangkitan kuman semasa injeksi dan sebagainya.

Sama juga dengan thiotic acid (antioxidant) tidak mempunyai bukti yang jelas lagi kukuh mengatakan ia untuk mengurangkan berat badan dan anti penuaan kulit. Pastinya ada juga kesan sampingannya tetapi maklumat terlalu sedikit.

Yang paling pelik apa gunanya chondroitin sulfate sodium (chondnal) dalam pemutihan kulit ni. Setahu saya chondnal hanya guna untuk osteoarthritis di sesetengah hospital/klinik. Juga ada kesan sampingan seperti asthma attack untuk pesakit asthma, pendarahan (blood clotting disorder) dan sebagainya. 
IV vitamin C ni memang banyak diperkatakan. Saya tegaskan disini pihak kementerian kesihatan Malaysia tidak pernah meluluskan IV Vitamin C untuk kosmetik. Tiada bukti ketara secara klinikal injeksi vitamin C samada secara sendirian atau kombinasi dengan glutatione dan kollagen dapat meningkatkan elastisiti (anti penuaan dan kedutan) dan pemutihan kulit. Boleh rujuk link ni http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/348/199.

Kesan sampingannya sudah tentu ada. Antaranya sakit perut, loga, lesu, hemolytic anemia pada pesakit G6PD deficiency, hyperoxaluria, batu karang, kegagalan fungsi buah pinggang dan sebagainya. 

Saya bukan nak memburukan mana2 pihak tetapi hanya ingin memberi sedikit kesedaran. Setakat ini sudah ada beberapa kes (mungkin akan saya kongsi lain masa). Semua ingredient diatas tiada kelulusan dari KKM. ‘Cocktail’ pemutih kulit korea adalah kombinasi dan jika ada kesan sampingan susah nak pastikan yang mana satu penyebabnya. Setiap satu ada interaksi mungkin. Ia menjadi ‘haywire’ dalam perawatan. Pada ‘medical staff’ yang jual ‘cocktail’ dan perkhidmatan tu, our eyes are on you. 
Jika ingin cantik biarlah secara natural. Tak perlu produk ‘cocktail’ kosmetik durjana. Buang duit untuk cantik yang tiada bukti keberkesanan tapi bahaya mengundang. Tepuk dada, tanya akal.
-Dr Zek
P/s: saya suka wanita natural beauty 😅

, , ,

Kudis Buta (Scabies)

Oleh: Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Balik ke kampung tempoh hari, ibu saudara saya datang menemui saya dan suami. Menunjukkan keadaan anakya yang mana masing-masing kelihatan menggaru-garu sana sini.

Apabila diteliti, kelihatan ruam-ruam kecil malahan ada yang sudah kelihatan berkuping.. Biasalah budak-budak, bila gatal, digarulah. Apa lagi mahu. Ibu saudara memberitahu saya bahawa kesemua 7 anaknya mengalami simptom yang sama lebih-lebih lagi selepas berpeluh. 

Selepas diteliti, kami mendapati sepupu-sepupu kami dijangkiti scabies ataupun dikenali sebagai kudis buta. 

Jika dikampung, masa zaman kanak-kanak dulu, selalu saya tengok orang terutamanya kanak-kanak yang terkena kudis buta. Saya salah seorang daripadanya. Mana tidaknya, main lumpur pun itu saya, memancing pun itu saya, malahan memanjat pokok rambutan pun itu saya.

Walaubagaimanapun, kudis yang saya alami tidak seteruk mana kerana ibu saya amat mementingkan kebersihan pada diri kami adik-beradik. Puas juga kami disental dengan dengan berus sabut bila sakan main lumpur di kebun arwah datuk dulu. 

Bagi yang jenis geli, tentu tak tahan dan tak sanggup tengok pengidap kudis buta. Mana tidaknya, ia bukan sahaja kelihatan merah, berlubang di sana sini, malahan ada yang menggaru dengan asyik hingga tidak sedar telah melukakan kulit mereka hingga menyebabkan perdarahan dan adakalanya ada yang sampai bernanah.

Secondary infection boleh berlaku berpunca daripada kesan garuan pada kulit yang terkena peyakit kudis buta tersebut, menyebabkan serangan bakteria selepas kawasan gatal itu digaru.

Apakah Kudis Buta 

Kudis buta ini bukan satu penyakit keturunan, tetapi berkait rapat dengan sikap serta tabiat dalam menguruskan tempat tinggal mereka. 


Kudis buta adalah sejenis jangkitan kulit yang boleh berjangkit disebabkan oleh sejenis hama (Sarcoptes scabiei). Ia seperti serangga yang akan membentuk laluan atau terowong di bawah lapisan luar kulit setelah hinggap padanya.  Ia tidak boleh hidup lebih dari 48jam-72jam tanpa sentuhan dari manusia. Tetapi ia mampu hidup sehingga lebih dari sebulan jika berjaya memasuki kulit manusia.

Bayangkan bila dah selesa tinggal di bawah kulit, hama itu akan membiak dengan bertelur, makan dan minum sambil berhorey-horey kemudian berak di bawah kulit kita. Hasil dari najis hama serta tindak balas kulit itu telah menyebabkan kesan rasa gatal yang teramat timbul.

*Hama mendapat sumber makanan dari darah yang dihisap dari mangsanya. Dah serupa zombie dah hama ni.

Bagaimana mencegah 

Saya menerangkan kepada ibu saudara saya bahawa beberapa perkara perlu dilakukan bagi meminimakan kadar jangkitan kepada anak-anak ;

1) Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas. 

2) Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.

3) Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan vacuum. 

4) Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta juga harus dirawat pada masa yang sama.

5) Pastikan pencahayaan yang cukup diberikan di dalam rumah supaya kelembapan yang menjadi punca pembiakan hama akan dapat dielakkan.

6) Pastikan anak-anak yang telah terkena jangkitan kudis buta ini tidak berkongsi tuala mandi dengan anak-anak yang tidak mendapat jangkitan. 

7) Potong kuku anak-anak supaya kuku yang panjang tidak mengakibatkan jangkitan bakteria secondary apabila mereka menggaru.

Losyen Permethrin, Krim Gamma Benzene Hexachloride, Losyen Benzyl Benzoate, Losyen Malathion, Losyen atau krim Crotamiton akan diberikan kepada pesakit. 

Pesanan Penting 

** Jika 1 ahli keluarga yang mengalami penyakit ini, seluruh ahli keluarga juga perlu menyapu ubat sekaligus. Jika ahli keluarga lain tidak turut sama menyapu ubat tersebut, maka penyakit ini akan menjangkiti mereka yang tidak terkena lagi jangkitan ini. 

** Pesakit kanak-kanak yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah/ke rumah pengasuh sehingga selesai rawatan bagi mengelakkan potensi rebakan penyakit ini. 

** Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.

~~~~~~~

Kudis buta boleh dirawat dengan syarat anda patuh kepada perawatan dan keluarga anda juga memberikan kerjasama. 
Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Jururawat Terlatih

Medical Mythbusters Malaysia

#HashtagBelNawhen