Bahaya Aluminium dalam Vaksin?

Seorang netizen antivaksin mempersoalkan kenapa KKM tidak menggunapakai peraturan yang digunakan dalam akta USECHH 2000 mengenai had bahaya aluminium apabila terdedah kepada tubuh.

Adakah kami juga hairan dosh malaysia tak buat kenyataan bantah? Aluminium dalam vaksin berbeza dengan aluminium dalam persekitaran seperti yang dinyatakan dalam akta DOSH. Nama pun DOSH (Department of Occupation Safety and Health). Rantaian Aluminium akan menjadi berbeza apabila dikombinasikan dengan oksigen, natrium dan lain-lain.

.

Isu gabungan sebatian berbeza inilah yang boleh mengelirukan orang awam yang bukan mahir dalam ilmu kimia.

.

Vaksin menggunakan akta FDA, kerana logamnya dalam bentuk garam (aluminium salt). Oleh yang demikian unit bacaanya dalam bentuk mg atau mmol. Ianya jauh berbeza dengan sukatan isipadu (m3) seperti Aluminium oxide yang menjadi toksid atau bahaya di persekitaran.

.

Untuk mudah faham. Ibu hamil akan dibekalkan zat besi (ferous fumarate atau lactate). Kita tidak berikan ferous oxide (besi karat) kerana ferous oxide itu bahaya.

.

Pembuatan vaksin bukan dibuat cara tumbuk dan uli macam tepung gandum. Tetapi ianya melalui proses yang ketat, terjamin serta di bawah seliaan kualiti yang ketat. Setiap batch vaksin yang dikeluarkan sudah melepasi tahap keselamatan.

.

Cuma saya sangsi, persoalan yang netizen berkenaan sebut vaksin DTAP itu SANGAT BAHAYA, sudah berapa kes kematian atau bayi cacat akibat diberi vaksin? Ini satu tuduhan berat.

.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini setiap tahun lebih 6.9 dose vaksin diberikan kepada bayi dalam negara kita. Tak ada satu kes pun yang mati atau dikaitkan dengan kejadian autism.

Pautan

http://www.dosh.gov.my/

https://sciencebasedmedicine.org/toxic-myths-about-vaccines/

Sejarah Hitam Tercatat Akibat Lantik Vaksin-skeptik Sebagai Pemimpin

Semoga sejarah ini diambil iktibar seluruh dunia apabila kerajaan baharu Italy memecat pakar-pakar yang membuat polisi kesihatan negara.[1] Gerakan antivaksin dinegara terbabit terlalu kuat mendesak sehingga memberikan tekanan kepada ahli-ahli politik yang bertanding untuk memerintah Italy. Kempen-kempen pilihanraya Umum di Italy sebelum 4 Mac 2018 lalu termuat janji-janji yang ingin mengkaji semula polisi kerajaan semasa mengenai vaksin.
Penyakit Campak meningkat secara mendadak ke seluruh Eropah sejak 2015 hingga sekarang. Dua negara yang meningkat lebih dari 3 kali ganda iaitu Romania dan Itali. Perkara ini membimbangkan para pakar yang membuat polisi kerajaan, kerana dengan jumlah peningkatan 34% kes penyakit campak di Itali boleh meruntuhkan kesihatan negara. Rakyat yang dijangkiti akan terus menjadi tidak produktif, manakala rakyat yang belum lagi dijangkiti berada dalam serba ketakutan.[2] Statistik wabak campak tahun 2017 di Itali amat menakutkan, dari jumlah 5006 kes campak, 89% daripadanya adalah tidak disuntik vaksin.
Justeru kerajaan pemerintah pada masa tersebut telah menetapkan polisi setiap kanak-kanak yang ingin mendaftar di sekolah wajib menunjukkan bukti dari doktor bertauliah bahawa mereka telah diberi vaksin yang lengkap. Ini bermakna, vaksin wajib diberikan kepada anak-anak sebelum memasuki zaman persekolahan.[3] Sejarah tercatat bahawa pada tahun 2017, negara Itali adalah ketiga tertingggi penyakit campak selepas Romania dan Greece di benua Eropah. Para pemimpin pada masa tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa kes campak di Itali sudah pun sama tara dengan negara mundur seperti Namibia dan Ghana. Keadaan ini amat membimbangkan. Sehinggakan Mexico menetapkan polisi supaya rakyatnya wajib diberi vaksin campak sebelum melancong ke Italy.
, Namun isu ini menimbulkan kemarahan segelintir rakyat yang dipelopori oleh kumpulan tegar antivaksin dinegara terbabit. Mereka mengambil peluang dari kemelut pemilihan pemimpin semasa plihanraya untuk mengetengahkan idea jumud mereka. Akhirnya terdapat para pemimpin tertentu yang mencari populariti menggunakan isu vaksin yang kononnya bahaya demi meraih undi rakyat.
Pilihanraya di Itali menunjukkan tiada parti yang dominan boleh memerintah dengan kukuh. Antara tiga parti yang besar telah berunding untuk membentuk satu pakatan, akhirnya 1 jun baharulah terbentuk satu pakatan dengan harapan boleh membina Itali baharu. Tetapi malang, parti populis 5 Star Movement (M5S) yang sebelum ini lantang memihak kepada kumpulan antivaksin diberi madat utama. Akhirnya mengubah polisi kesihatan terutamanya berkaitan dengan vaksin. Tindakan terbaharu mereka pada awal januari 2019 ini adalah memecat 30 ahlijawatankuasa pakar teknikal-saintifik polisi kementerian kesihatan Itali. Dengan terpecatnya para pakar ini, Itali berada dalam keadaan yang tidak menentu dari sudut polisi-polisi yang sedia ada termasuklah pemberian vaksin kepada anak-rakyat mereka. Sesungguhnya berita pemecatan ini menjadi satu sejarah hitam dunia. Disaat seluruh dunia bergelut dengan kenaikan kes mendadak penyakit cegahan vaksin seperti Campak, pertusis, Difteria dan lain-lain lagi, tetapi terdapat negara yang membuat keputusan mundur ke belakang seperti Itali.
Adakah ini satu kejayaan kumpulan antivaksin? Atau satu kemalangan kepada semua pakar perubatan seluruh dunia? Sasaran WHO bagi menghapuskan penyakit campak 2025 nampaknya semakin kelam. Bagaimana pula dengan penyakit-penyakit cegahan vaksin lain? Semoga Malaysia baharu tidak mengikuti jejak langkah vaksin-skeptik di Itali.
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
9.1.2019
Jerangau
Pautan:

Dr Riko Muranaka Pejuang Vaksinasi di Jepun

Oleh : Dr Amirul Amzar.

Kenal kah anda seorang doktor dari Jepun, Dr Riko Muranaka?

Beliau adalah pemenang hadiah global John Maddox Prize for Standing up for Science pada tahun 2017. Kemenangan beliau terhadap hadiah berprestij ini adalah disebabkan usaha beliau MEMBONGKAR PENIPUAN KAJIAN DI JEPUN yang mencetuskan pergerakan ANTIVAKSIN.

Pada tahun 2013, kadar vaksinasi HPV di Jepun menurun dengan mendadak. Ianya berpunca dari video viral yang tidak diketahui kesahihannya. Video itu adalah kompilasi gadis-gadis yang kononnya menerima vaksinasi HPV dan menjerit-jerit kesakitan. Video ini rupanya dibuat dan dikompilasikan oleh pergerakan antivaksin.

Dr Muranaka mengambil keputusan untuk menyelami punca sebenar video itu. Akhir siasatan beliau mendapati ianya bermula dari seorang doktor tidak beretika, Dr Shuichi Ikeda.

Dr Ikeda adalah dekan sebuah universiti di Jepun dan beliau mempunyai pangkat dalam Kementerian Kesihatan Jepun serta merupakan salah seorang pembuat polisi. Di samping itu, beliau juga mempunyai klinik yang merawat pesakit yang kononnya terkena kesan sampingan vaksin.

Dr Ikeda telah mengeluarkan satu keputusan kajian kononnya vaksin HPV telah menyebabkan masalah otak. Dan, pernyataan beliau ini mencetuskan pergerakan antivaksin serta menyebabkan kerajaan Jepun menarik kembali vaksinasi HPV.

Namun, hasil siasatan Dr Muranaka mendapati, Dr Ikeda telah mengeluarkan pernyataan tersebut berdasarkan satu kajian yang tidak boleh diterima sains!

Dr Ikeda menyuntik vaksin ke dalam seekor tikus dan mengkaji otak tikus tersebut. Dan tikus itu rupanya telah diubahsuai secara genetik. Hasil kajian lanjut menunjukkan bukan vaksin yang menyebabkan kerosakan otak tikus itu, tetapi hasil ubahsuai genetik tersebut. Dan lebih mengejutkan lagi, hanya SEEKOR TIKUS sahaja yang disuntik vaksin itu, tanpa ada kajian atau subjek lain. Walhal di negara-negara lain, vaksin HPV telah terbukti SELAMAT DAN BERKESAN!

Dek kerana pangkat dan reputasi Dr Ikeda, kerajaan dan masyarakat mudah mempercayai beliau. Dr Muranaka melaporkan keputusan kajian tidak beretika itu kepada Kementerian Kesihatan. Kementerian akhirnya memohon maaf atas tindakan tidak beretika Dr Ikeda. Namun, disebabkan ketakutan masyarakat masih tersisa, kerajaan Jepun juga tidak dapat membuat keputusan bagi memperkenalkan semula vaksinasi itu hingga kini.

Dr Ikeda, juga mempunyai hubungan baik dengan kakitangan media dan ahli politik, menggunakan hubungan itu bagi menjatuhkan Dr Muranaka. Dr Ikeda juga mengemukakan saman sivil kepada Dr Muranaka kerana telah menjatuhkan reputasi beliau. Akibatnya, Dr Muranaka dihalang dari bercakap di media dan diserang dengan pelbagai ugutan.

Namun beliau tidak berputus asa, beliau tetap menyampaikan maklumat sains yang sahih melalui facebook dan laman internet. Dan kesungguhan beliau ini menjayakan beliau dalam memenangi hadiah global tersebut.

Jepun dahulu telah membuat keputusan politik yang salah memberhentikan vaksinasi MMR kerana kesan sampingan yang tidak terbukti. Akibatnya wabak Rubella masih bersisa. Dan kini sekali lagi mereka tersalah langkah. Tatkala negara lain menikmati penurunan kanser pangkal rahim oleh sebab vaksinasi HPV, insiden kanser pangkal rahim di Jepun terus tinggi. Dijangka kan 3000 kematian berlaku dan 10 000 rahim hilang akibat kanser pangkal rahim selama setahun di Jepun. Dan akibat tekanan politik yang diterima kerajaan hanya disebabkan satu kajian tidak beretika, mereka kini sukar memperkenalkan semula vaksinasi itu.

Semoga Malaysia tidak terjebak dalam kesilapan seperti ini.

Sumber rujukan

https://allianceforscience.cornell.edu/blog/2017/11/japanese-doctor-wins-global-prize-for-standing-up-to-anti-vaccine-activists/

https://www.sciencemag.org/news/2017/11/qa-japanese-physician-snares-prize-battling-antivaccine-campaigners

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5557250/

Vaksin itu Pilihan atau Wajib

Memang tidak dapat disangkal bukan semua asatizah memahami situasi semasa. Lantas meletakkan hukum berdasarkan kefahaman yang dia perolehi semasa itu. Saya lihat beberapa video disebarkan kuliah oleh para asatizah berkenaan vaksin bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia.[1] Semoga Allah merahmati mereka dan merahmati kita semua dalam kehidupan di dunia ini.

Pandangan individu oleh seorang agamawan tidak boleh diambil asas berbanding dengan fatwa yang dikemukakan oleh majoriti para ulama. Tidak boleh dinafikan sistem pengambilan fekah dalam berhukum sedemikian perlu bagi menjaga mashlahah seluruh ummat.

Jika secara individu, seorang dua asatizah berpandangan vaksin itu hanya pilihan buat masa ini dan tidak jatuh wajib sebab tiada darurat, beliau wajib diberi kefahaman semula mengenai statistik kejadian kes dan wabak yang melanda negara.

Siapa yang harus ditanya mengenai statistik wabak penyakit berjangkit dalam negara? Sudah pasti para doktor, kerana mereka berhadapan dengan pesakit setiap hari. Doktor pun ada disiplin tertentu juga, jika doktor ortopedik (pakar tulang) mungkin beliau tidak tahu secara terperinci. Bab statistik ini doktor pakar kesihatan awam, doktor kanak-kanak, doktor sakit puan dan doktor pakar perubatan keluarga tahu lebih mendalam. Ini kerana mereka selalu berhadapan dengan kes-kes penyakit cegahan vaksin seluruh negara dan dunia.

Ringkasnya untuk pengetahuan umum, negara kita mengalami kenaikan mendadak kes campak, pertussis (batuk kokol) dan diphteria sejak 3 tahun kebelakangan ini.[2] Kes kematian juga meningkat. Bagi kami, satu kejadian positif dikira darurat dan segala usaha wajib dilakukan untuk menghalang wabak berlaku.

Kena faham bahawa Majlis fatwa telah mengharuskan pemberian vaksin tersebut atas dalil darurat dalam konteks Maqosid Syari’yyah.[2]

Suhazeli Abdullah

Suhazeli.Com | fb.com/drsuhazeli

26.12.2018

Kuala Berang

Pautan

[1] Forum Vaksin di Kedah. https://youtu.be/_6H2nIZ0AgE

[2] Kes Campak meningkat. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/441515/kes-demam-campak-meningkat-kp-kesihatan

[3] Kenyataan Jakim Isu Vaksin. http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/596-isu-penggunaan-vaksin

Vaksin Konspirasi Yahudi?

Antara hujah paling kerap segelintir dari orang Islam di negara kita adalah vaksin itu dari Yahudi. Yahudi memang jahat dan vaksin akan digunakan untuk membunuh ummat. Saya bukan nak pertahankan kezaliman Israel, tetapi ingin memaklumkan bahawa vaksin itu tiada kaitan pun dengan konspirasi Yahudi.

Dan lihat apa yang berlaku? Negara Yahudi Israel juga bergelut dengan rakyatnya yang menolak vaksin. Liputan imunisasi menurun sehingga mencecah 80%.[1] Satu angka yang membimbangkan mereka kerana penyakit cegahan vaksin meningkat sejak 2015, namun kejadian menurun 2017 kerana liputan semakin pulih.[2] Mereka juga berkempen kepada rakyat mereka untuk memberikan vaksin sepenuhnya.

Agak berbeza dengan kejadian berlaku di Palestin. Terbaharu, kanak-kanak palestin dinafikan hak untuk dapatkan vaksin. Rakyat Palestin semakin bimbang kerana bekalan vaksin dihentikan, penyakit berjangkit akan semakin menular.[3] Palestin adalah negara terbaik liputan vaksin, melebihi 95% dan penyakit cegahan vaksin terkawal dengan baik.[4]

Sepatutnya jika diikut teori golongan antivaksin, Palestin adalah negara pertama menolak vaksin kerana sejarah peperangan Palestin-Israel sejak sekian lama. Jika Israel ingin membunuh populasi ummat Palestin, sudah lama rakayat palestin pupus atas mukabumi akibat vaksin dari Israel. Tetapi sebaliknya berlaku, rakyat Palestin terus berkembang biak.

sekian dari suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

24.12.2018

Kuala Berang

Pautan

[1] Rakyat Israel menolak vaksin. https://www.breakingisraelnews.com/41147/new-israeli-government-to-parents-no-vaccines-no-child-benefits/

[2] Liputan vaksin di Israel. http://apps.who.int/immunization_monitoring/globalsummary/countries?countrycriteria%5Bcountry%5D%5B%5D=ISR

[3] Israel Sekat kemasukan vaksin ke Palestin. http://imemc.org/article/no-vaccination-for-palestinian-children-decides-the-occupying-power-israel/

[4] Penyakit Cegahan Vaksin di Palestin. http://archive.thisweekinpalestine.com/details.php?id=1586&ed=111&

Vaksin adalah Penawar Ikhtiar Kawal Wabak

Kita agak skeptikal dengan pandangan sesetengah pihak bahawa tidak perlu guna vaksin pun untuk menyekat wabak penyakit berjangkit seperti demam campak yang menular sekarang. Mereka asyik pertahankan rawatan alternatif boleh menyekat gejala wabak yang berlaku tanpa menyebut secara spesifik apakah rawatan tersebut. Antara alasan yang mereka selalu jawab adalah penyakit itu Allah yang turunkan, maka Allahlah akan mendatangkan penawarnya. Tetapi apabila ditanya, apakah penawar itu? Mereka mula meraba-raba mencari jawapan.

Andai mereka menamakan rawatan Homeopati sebagai gantian vaksin, adalah tidak benar kerana presiden Homeopati sendiri Tuan Hj Zainol Azmi menyangkal bahawa Homeopati tidak pernah wujud vaksin. Malah Sir Samuel Hahnemann, pengasas kepada perubatan Homeopati itu pun mengiktiraf vaksin dan bersama-sama Sir Edward Jenner membasmi penyakit menggunakan vaksin pada ketika itu.

Jika mereka menyebut ubatan herba atau makanan sunnah boleh bertindak sebagai vaksin untuk mencegah penyakit berbahaya, di mana buktinya? Lantas mereka salin-tampal (copy paste) artikel carian google yang mereka sendiri pun tidak faham bentuk tulisan itu ditulis.

Kita cukup hargai pandangan dan kesungguhan mencari maklumat melalui internet. Tetapi fakta yang disalin-tampal itu ada kesalahan yang perlu diperbetulkan. Menjadi hak saya pula sebagai seorang yang meneladani disiplin ilmu menyatakan pembetulannya. Kami yang berada dibidang ini sudah banyak berbincang dan khulasahkan isu-isu yang dikemukan berkaitan kontroversi vaksin itu. Saya sendiri sudah banyak kali membuat pertemuan dan sepentas bersama agamawan, mufti dan ahli perubatan yang mahir dalam bidang mereka. Nada kami adalah serupa. Samada dengan ahli akademi dan juga agamawan semuanya bersetuju vaksin itu wajib diberikan kepada anak-anak kita. Adakah mereka yang menolak vaksin itu lebih hebat keilmuan dari para mufti?

Jika hanya meletakkan hujah yang disalin-tampal dari google dan tidak tahu letak duduk sesuatu itu, bermakna masyarakat umum harus menerima hakikat bahawa serahkan kepada ahli yang mahir membicarakan bab ini. Semuanya sudah terbentang. Hanya perlu teliti dan hadam betul-betul. Jangan pula kita terlebih pandai dari para mufti mahupun ahli perubatan.

Nasihat kami kepada golongan yang menolak vaksin itu agar jangan hanya untuk merasa seronok diri sendiri sedangkan negara dan ummat menderita. Lihatlah dengan fikiran terbuka bahawa usaha anda yang menakutkan orang lain terhadap vaksin akan membuka ruang kerosakan manusia yang lebih besar. Saya hairan, adakah mereka tahu sekarang ini berlaku wabak campak dan kerajaan berusaha keras untuk mengawalnya dari terus merebak?

Kita tidak mahu peristiwa yang berlaku wabak teruk seperti Thailand, Amerika Syarikat, Eropah akibat dari segelintir rakyat mereka yang juga menentang vaksin! Wabak yang berlaku di sana sudahpun melihatkan kematian demi kematian.[1,2,3]

UNICEF melaporkan penularan penyakit yang berlaku di beberapa lokaliti dunia itu boleh merencatkan usaha badan kesihatan sedunia untuk menjadikan sifar penyakit seperti demam campak. Pelan tindakan eliminasi (penghapusan penyakit) demam campak yang bermula tahun 2001 menegaskan usaha optimum perlu dilakukan sehingga seluruh penduduk dunia terutama bayi diberikan vaksin MMR tercapai melebihi 95% liputan. Jika liputan kurang dari itu, atau mencecah kurang dari 85%, usaha untuk menjadikan dunia sifar campak gagal menjelang tahun 2020.[4]

Fenomena penularan inilah merisaukan para professional perubatan seluruh dunia. Sedangkan para penentang vaksin berseronok hanya untuk diri mereka sendiri dan mendakwa mereka akan selamat tanpa suntikan. Sedangkan risiko wabak akan semakin tinggi jika kawalan tidak dijalankan secara tuntas.

Selagi belum dijangkiti mereka terus mendabik dada. Lihat! Kami belum kena pun penyakit kerana kami mengamalkan itu dan ini selain vaksin. Bahkan mereka pula memerli bahawa ubatan sendiri yang mereka ciptakan itu lebih mujarab dari vaksin. Itulah hakikatnya golongan itu berhujah. Apabila kita minta bukti untuk dibawa ke pihak berkuasa ubat mengenai ramuan sendiri yang mereka gahkan itu, tak ada pun. Hanya dakwaan kosong semata-mata.

Jika benar ada penawar yang boleh menghalang berlaku penularan wabak sekarang ini silalah tampil ke depan dan syorkan kepada kerajaan untuk digunakan dalam premis kerajaan yang sah. Jika sekadar hanya mendakwa bagai, jurujual ubat kaki lima pun boleh.

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.Com/drsuhazeli

1.12.2018

Kuching, Sarawak

Pautan

[1] Outbreak Measles in US. https://bbc.in/2QWhVqK

[2] Outbreak Measles in Israel. https://www.timesofisrael.com/toddler-dies-of-measles-in-jerusalem-in-first-such-incident-in-15-years/

[3] Outbreak Measles in Europe. https://www.express.co.uk/life-style/health/1005826/measles-outbreak-europe-rash-symptoms

[4] Punca Outbereak adalah peningkatan penolakan vaksin. https://www.unicef.org/press-releases/measles-cases-spike-globally-due-gaps-vaccination-coverage-new-report?fbclid=IwAR1yplg4pe3tnoXsdruDcuXtBEUvJ9bybsyySD75zzaQGtD-EyrbhL0dYZc

Penjelasan Sdr Rahman Baco Isu Vaksin Haram

Terima kasih Sdr Rahman Baco yang buat penjelasan.

Buku beliau itu saya dapat hadiah dari seorang pesakit yang menolak semua kaedah perubatan moden termasuk vaksin. Apabila beliau hadir diklinik, hanya untuk buat pemeriksaan tekanan darah, gula dll sahaja. Namun saya beri cadangan untuk beliau makan ubat atas penyakit yang beliau hadapi, ditolak nya.

Berlaku beberapa kali sesi konsultasi saya dengan beliau dan selalu menjadikan buku Abd Rahman sebagai rujukan. Akhirnya beliau hadiahkan saya buku tersebut. Saya baca dan teliti satu persatu. Bab vaksin yang dipaparkan saya sudah pun buat penjelasan bahawa KKM tidak menggunakan jenis yang disebutkan itu. Tetapi seperti biasa, golongan yang liat dengan ubatan moden ini akan mencari seribu alasan.

Saya juga menjawab isu maqosid syariah dan kepentingan darurat dalam menjaga mashlahat ummat. Namun golongan yang fixed minded vaksin itu haram sudah tidak mahu terima hujah yang dikemukakan. Hatta tulisan para mufti pun mereka bakul sampahkan.

Hakikat yang mesti diterima bahawa Tiada seorang pun mufti di Malaysia yang menolak vaksin.

Hakikatnya juga semua persatuan pakar-pakar perubatan seluruh Malaysia mengesyorkan vaksin.

Hakikatnya juga ulama juga menyokong vaksin.

Sebaliknya pihak yang selalu menakutkan orang ramai dalam isu vaksin pula terdiri dari akaun palsu facebook atau individu yang tidak ada autoriti bercakap hal-hal perubatan dan hukum.

Boleh baca penjelasan Sdr Rahman:

PENJELASAN PENULIS MENGENAI ISU VAKSIN MMR II DAN VARIVAX MENGANDUNGI BAHAN HARAM

Penjelasan ini adalah berkaitan isu vaksin MMR II (Measles, Mumps, Rubella) yang tular di socmed dan menjadi perbincangan ramai netizen dan pengamal perubatan.

Buku “Halalkah UBAT ANDA” ini adalah versi kedua daripada buku pertama saya “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif” yang diterbitkan pada tahun 2010.

Tujuan penulisan dan penerbitan buku ini adalah untuk memberikan panduan dan rujukan kepada pengguna (pesakit) dan juga pengamal-pengamal perubatan mengenai kandungan ubat-ubatan yang kita ambil dan apa pilihan alternatif yang ada.

Selain itu, buku ini juga bertujuan untuk:

1. Memberi kesedaran kepada pengguna mengenai Hak Pengguna untuk membuat pilihan dan keputusan “Informed Choice” daripada maklumat yang lengkap dan tepat. Pengguna berhak tahu apa kandungan dalam ubat-ubatan yang diberikan kepada mereka dan apa pilihan ubat yang lain sekiranya mereka menolak ubat tersebut.

2. Memberi kesedaran kepada pengamal perubatan (doktor, ahli farmasi, jururawat dan yang lain) untuk mengambiltahu mengenai kandungan ubat-ubatan yang kita berikan dan apa jenama-jenama ubat pilihan yang kita ada.

ISU VAKSIN MMR II

Saya sertakan gambar mukasurat 118 dan 152 daripada buku asal “Ubat Daripada Sumber Babi & Pilihan Alternatif” sebelum diedit dan diterbitkan.

Pada asalnya, saya menyenaraikan jenama-jenama pilihan ubat alternatif lain yang ada di dalam buku ini. Tetapi sebelum buku ini dicetak dan diterbitkan, Pihak Syarikat Farmaseutikal telah meminta saya untuk mengeluarkan atau tidak menyebut jenama ubat alternatif mereka kerana ini akan memberikan gambaran seolah-olah saya mempromosikan jenama ubat syarikat mereka dan menidakkan jenama ubat syarikat yang lain.

Jadi, buku yang diterbitkan tidak menyebut secara spesifik jenama ubat pilihan alternatif yang ada dan saya tambahkan daripada mana saya perolehi sumber maklumat mengenai kandungan ubat-ubatan ini.

DI MANA NAK DAPATKAN BUKU NI ?

Buku “Halalkah UBAT ANDA” ini hanya dicetak sebanyak 10 000 naskah pada tahun 2010, telah habis dijual di kedai-kedai buku dan diedarkan secara percuma semasa Perbincangan Meja Bulat Ubat-Ubatan Dari Sumber Haram.

Sebelum ini, saya hentikan sementara cetakan semula buku ini kerana dapati Maklumat dan Buku ini banyak disalah gunakan oleh pihak tertentu dan menyimpang daripada tujuan asalnya seperti:

1. Buku ini digunakan untuk mempromosikan rawatan-rawatan alternatif tertentu dengan menolak perubatan konvensional (moden).

2. Buku ini digunakan untuk menjual dan mempromosikan produk kesihatan tertentu dengan menolak ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan ahli farmasi.

3. Buku ini juga digunakan oleh kumpulan yang menolak pemberian vaksin sepenuhnya dan menggunakan buku ini untuk mempengaruhi pengguna lain.

Saya sendiri mengambil vaksin, anak-anak saya semua diberikan vaksin. Isteri saya pun diberi vaksin dan juga mengambil vaksin tambahan kerana beliau juga merawat pesakit-pesakit yang dijangkiti penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin ini.

Sebagai tambahan maklumat di dalam buku “Halakah UBAT ANDA”. Saya petik tulisan daripada Mufti Wilayah Persekutuan di bawah mengenai Hukum Penggunaan Vaksin ini sebagai rujukan saya dan pembaca semua.

Penjelasan oleh,

Rahman Baco, Pharmacist

Penulis “Halalkah Ubat Anda”

Follow: www.fb.com/rahmanbaco.rx

.

.

.

HUKUM PENGGUNAAN VAKSIN

Dalam hal ini, jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan

Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:

Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis. Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”

Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.

Kaedah الضرورات تبيح المحظورات iaitu mudarat mengharuskan yang haram. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain iaitu الضرورات تقدر بقدرها yang bermaksud mengambil darurat cukup yang perlu sahaja.

Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep dharurah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:

Dharurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa atau pun harta benda.

Kalau kekhuatiran itu berdasarkan andaian, anadaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.

Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang, maka ia measti memilih pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba’.

Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara ang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan usul akidah Islam, seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan).

Ini bererti jika melepaskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudharat yang lebih ringkas dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.

Ketika melepaskan keadaan dharurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan dharurah diukur dengan tingkatannya.

Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil. Lihat Penentuan Produk Halal-Haram dan Fatwa Vaksin di Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh, UPM.

.

.

Penutup

Antara bukti yang menunjukkan Islam amat menitik beratkan penjagaan kesihatan adalah seperti berikut:

Meletakkan kesihatan adalah sebaik-baik nikmat selepas nikmat iman.

Meletakkan konsep mudah dan menolak kesukaran di dalam syariat Islam.

Nas-nas yang banyak mengenai pencegahan penyakit.

Perintah untuk mendapatkan rawatan dan keharusan berubat dengan menggunakan benda haram.

Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia.

Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya.

Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.

Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.

Sumber tulisan:

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

Baca artikel penuh mengenai isu vaksin ini melalui link di bawah:

http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2069-30

P.S. Mohon SHARE artikel dan post ni kepada kawan-kawan lain untuk rujukan bersama.

Vaksin MR Haram?

Isu yang sengaja dibangkitkan oleh golongan penentang vaksin MR (Measles dan Rubella) di Indonesia mula merebak ke negara Malaysia.

Kisahnya, Kerajaan Indonesia telah memulakan pemberian vaksin MR terhadap anak-anak mereka sejak sekian lama.[1] Sebanyak 57.8 juta dos vaksin itu telah berjaya diberikan di 7 wilayah Tanah Jawa. pengumuman terbaharu kerajaan untuk meluaskan imunisasi terhadap lebih dari 31.9 juta penduduk luar Tanah Jawa september lalu menjadi polimik penentangan.[2] Walaupun pihak kerajaan telah membuat kenyataan keharusan menggunakan vaksin MR tersebut, masyarakat masih lagi tidak memahami kepentingan pemberian vaksin kerana masih stigma dengan isu vaksin haram. Penentangan dikatakan ramai dikalangan masyarakat muslim yang mendakwa vaksin MR yang di import dari Bio Pharma India itu mengandungi gelatin babi. Di atas kekangan ekonomi dan politik tertentu, kerajaan Indonesia mengambil langkah meneruskan pemberian vaksin MR ini. Bahkan pihak berkuasa Indonesia sendiri telah merujuk kepada para ulama dalam isu yang dibangkitkan itu.[3] Para ulama sepakat dalam mengharuskan pemberian vaksin MR tersebut atas dasar menghalang mudarat yang lebih serius. Kenyataan telah dibuat oleh Majlis Ulama Indonesia bahawa harus penggunaannya.[4]

Penentang tegar vaksin di Malaysia pula mengambil kesempatan ini untuk terus menaruh kekeliruan vaksin yang digunakan dalam negara kita. Mereka juga sengaja beralasan anak mereka sihat afiat tanpa pemberian vaksin dan mula mendabik dada bahawa vaksin itu hanya omongan para doktor dan pihak berkuasa sahaja. Sedangkan kita pun semua tahu bahawa vaksin MMR (Measles, Mumps, Rubella) di Malaysia adalah halal.[5] Negara kita tidak menggunakan vaksin MR ke atas bayi berumur 9 dan 12 bulan di premis kesihatan. Sebaliknya KKM menggunakan MMR berjenama Priorix.

Kita pun tahu bahawa golongan antivaksin biasanya sengaja beralasan, walaupun sudah banyak fakta diberikan kepada mereka. Antivaksin hanya mendakwa menolak satu jenis vaksin yang dimomokkan haram itu, sedangkan vaksin lain yang sudah jelas dinyatakan dalam fatwa kebangsaan pun mereka menolaknya. Ini adalah alasan kurang cerdik, berselindung disebalik ilmu fekah agama semata-mata takut dicucuk jarum. Seolah-olah mereka lebih hebat dari para alim ulama yang berada dalam majlis fatwa itu sendiri.

Konsep vaksin adalah pelindung kepada anak-anak yang cenderung (vulnerable) dijangkiti kuman berbahaya. Tidak dinafikan vaksin itu bukan 100% mencegah, tetapi anak-anak yang tidak diberikan vaksin, mereka terdiri dalam kelompok 5% terlindung. Jika liputan pemberian vaksin meluas, peluang untuk kuman berbahaya masuk menyerang akan berkurangan. Inilah pertimbangan risiko-manfaat (risk-benefit) yang selalu para doktor bincangkan dengan para ibubapa semasa pemberian vaksin. Sama juga dengan larangan para doktor supaya tidak merokok. Antara risiko merokok adalah kanser paru-paru dan banyak penyakit lain lagi. Tetapi ada manusia yang kurang cerdik membandingkan bahawa terdapat orang tua dikampung mereka yang hisap rokok sejak belasan tahun hingga umur mencecah 80-an, tapi tidak kena kanser atau mati awal pun!

Saya mengharapkan masyarakat lebih cerdik dengan mengambil maklumat tepat dari pihak yang bewibawa dalam isu sebegini. Bukannya membaca tulisan dari pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus mengelirukan masyarakat. Jika mereka sendiri tidak tidak melihat mashlahat umat ini penting bagi menjamin kesejahteraan kesihatan, bagaimana ini memandu umat?

Sekian

suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

Kuala Berang

10.9.2018

Pautan

[1] MUI bolehkan kegunaan MR kerana darurat. https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-45248643

[2] Biopharma MR Vaccine diharuskan oleh Majlis Fatwa. https://en.tempo.co/read/news/2018/08/02/055920455/Bio-Farma-MR-Vaccine-Used-in-Muslim-Countries

[3] Kesatuan ulama haruskan penggunaan vaksin. http://www.vaccinesafety.edu/Porcine-vaccineapproval.htm

[4] Fatwa MUI isu MR. http://m.kbr.id/berita/08-2017/kemenkes__vaksin_mr_tidak_haram__tapi_sertifikasi_halal_butuh_proses/91882.html

[5] Vaksin Halal di Malaysia. https://today.mims.com/moh-vaccines-in-malaysia-are-halal-and-must-be-administered-to-children

Konspirasi Vaksin Pembunuh

Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan 2 orang sukarelawan kesihatan yang menjadi petugas pemberian vaksin di Pakistan.[1] Pembunuhan terbaharu ini adalah salah satu siri pembunuhan akibat doktrinasi dan teori konspirasi yang diterap dikalangan masyarakat sana. Mereka menuduh pemberian vaksin itu sebagai agenda barat, Freemason dan kejahatan zionis dalam menghapuskan musuh mereka.

.

Pakistan adalah salah satu dari tiga buah negara (negara lain adalah Afghanistan dan Nigeria) di dunia yang masih belum terhapus wabak polio. Walaupun jumlah wabak polio menurun hasil liputan vaksinasi yang melebihi 90%, tetapi wabak polio tetap menjadi mimpi ngeri setiap rakyatnya. Kes positif polio sejak 2014 mendapati tren yang menurun. Di mana, 306 kes tahun 2014, 54 kes tahun 2015, 20 kes tahun 2016 dan hanya 2 kes tahun 2017.[2] Namun liputan terhadap 37 juta kanak-kanak seluruh Pakistan masih belum memuaskan terutama beberapa wilayah bergolak seperti Pesisir Khyber-Peshawar, Karachi dan Blok Quetta. Lokaliti berkenaan masih lagi rendah liputan vaksin. Ini kerana wilayah tersebut masih bergolak dengan perang dan dikuasai oleh Taliban. Penolakan vaksin di wilayah tersebut mencecah ratusan ribu. Sekarang-kurangnya 100,000 kanak-kanak masih dinafikan hak untuk diberi vaksin. Keengganan ibubapa mereka memberikan vaksin tersebut berpunca dari kefahaman konspirasi yang mula diterap oleh segolongan dari mereka bahawa vaksin itu pembunuh.

.

Sejak 2012 hingga kini lebih dari 70 pekerja kesihatan dibunuh akibat percaya kepada teori konspirasi ini.[3] Kejadian seperti ini memalukan dan memandulkan pemikiran umat Islam. Usaha semua pihak perlu bagi menghalang kefahaman ini terus berakar umbi. Kefahaman ini juga telah mula merebak ke beberapa negara umat Islam termasuk Malaysia dan Indonesia. Amat menyedihkan lagi, usaha doktrinasi teori konspirasi ini dipelopori oleh penceramah agama. Sedangkan ulama muktabar, para mufti telah pun menjelaskan secara tuntas kepentingan vaksinasi ini.

.

Hasil dari peristiwa pembunuhan yang melibatkan tujuh petugas kesihatan di sempadan Pakistan 2012, Federation of Islamic Medical Association (FIMA) telah membuat satu deklarasi khas. Gabungan persatuan perubatan Islam sedunia ini menegaskan:[4]

1) Semua agama dan pemimpin-pemimpin masyarakat Islam untuk memberikan mesej yang padu, sokongan untuk aktiviti pembasmian polio dan keperluan untuk memastikan semua kanak-kanak yang menerima sepenuhnya terhadap vaksin polio dan semua penyakit yang boleh dicegah (melalui vaksinasi) yang lain;

2) Semua lapisan masyarakat termasuk ahli politik, agama dan orang awam di negara-negara Islam untuk mengatasi apa-apa budaya, agama, politik dan keselamatan yang masih menghalang semua anak-anak daripada dicapai dan diimunisasi terhadap polio dan semua penyakit yang boleh dicegah yang lain;

3) Semua ahli politik, agamawan dan pemimpin masyarakat untuk memastikan keselamatan (safety) dan jaminan keselamatan (security) pekerja kesihatan barisan hadapan, untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas-tugas hakiki mereka;

4) Semua kerajaan di negara-negara Islam perlu mengutamakan dan menggerakkan sumber kewangan yang diperlukan untuk

membolehkan pelaksanaan sepenuhnya semua strategi pembasmian polio;

5) Semua gabungan FIMA di negara masing-masing untuk menjadi rakan kongsi aktif Inisiatif Pembasmian Polio Global ini, menyediakan kepimpinan ke arah mewujudkan dunia yang

bebas daripada polio bagi semua anak-anak kita.

.

Semoga dengan tercetusnya pembunuhan ibu dan anak di Pakistan ini tidak menjadi wabak baru dalam masyarakat dunia- doktrin konspirasi. Semoga pihak berwajib dan individu berpengaruh dalam masyarakat juga membuka mata agar “virus” doktrin konspirasi ini tidak menular.

.

Sekian ulasan dari suhazeli.com

Fb.Com/drsuhazeli

19.1.2018

Kuala Berang

.

Pautan

[1] 2 lagi Petugas Kesihatan Di bunuh. https://www.nst.com.my/world/2018/01/326512/mother-daughter-polio-team-shot-dead-pakistan-police

[2] Program pembasmian Polio. http://www.endpolio.com.pk/polioin-pakistan

[3] Cabaran vaksinasi di Pakistan. https://reliefweb.int/report/pakistan/challenges-polio-vaccination

[4] FIMA Declaration. http://fimaweb.net/cms/index.php/template-articles/messages/37-news-a-announcements/fima-news/349-cairo-declaration-for-polio-eradication-

Antivaksin Cemarkan Kesucian Islam

Islam dipandang Hina Akibat Gerakan anti Vaksin

.

Kejadian wabak Difteria yang berlaku di negara jiran ketika ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Laporan dari Kementerian Kesihatan Indonesia menyatakan sehingga kini lebih 939 kes positif kuman berbahaya Difteria dan 44 kes kematian. Kuman Corynebacterium diphtheriae amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kematian. Di negara kita, wabak kuman yang boleh dicegah melalui vaksin ini juga telah berlaku pada 2016 lalu, sehinggakan meragut 5 nyawa dan 27 kes positif.[1] Tindakan cepat pihak berkuasa kesihatan negara dengan memberi kesedaran dan juga liputan imunisasi secara menyeluruh, telah merencat wabak difteria ini berlaku lebih parah. Namun, wabak seperti ini boleh bila-bila masa tercetus kembali. Ianya berpunca dengan semakin banyak dakyah dari antivaksin supaya anak-anak bangsa kita tidak diberi imunisasi selengkapnya.

.

Golongan antivaksin dengan imej Islamik dan acah-acah lebih pandai dari doktor menyebarluaskan kefahaman mereka melalui media sosial dan pelbagai bentuk sebaran lagi. Fenomena ini sudah pun terbukti berlaku di Indonesia, sebagiamana kisah yang dipaparkan oleh abc.net, golongan yaneg menggelarkan diri mereka sebagai Perawat Perubatan Islam Holistik yang di ketuai oleh Dewi Hestyawati.[2] Adalah tidak masuk akal hujah mereka yang menyatakan bahawa virus mudah tersebar kerana kononnya kapal terbang yang banyak melepasi udara Indonesia sedang menaburkan kuman bahaya! Mereka juga mengesyorkan amalan pemakanan “sunnah” dan berbekam; yang tiada satu bukti pun boleh mencegah kuman bahaya difteria ataupun kuman-kuman berbahaya lain yang boleh dicegah melalui vaksin.

.

Pemikiran sedemikian telah menjadi ejekan semua pihak sehingga boleh mencemarkan nama baik Islam itu sendiri. Islam adalah agama yang syumul. Islam menerima kepesatan pembangunan teknologi serta kaedah rawatan terkini. Malah islam adalah pelopor kepada ketamaddunan moden seperti yang pernah diasaskan oleh kegemilangan pemerintahan Islam pada zaman pertengahan dahulu. Namun dengan mengambil tafsiran dan pemikiran yang jumud, maka Islam akan dilihat hina.

.

Saya mengajak para agamawan dan cendekiawan Islam di negara ini untuk turut bersama kami bagi memberikan penerangan sebaik mungkin kepada masyarakat agar tidak terpesong dengan dakyah songsang sesetengah golongan antivaksin. Begitu juga dalam isu-isu perubatan lain, penerangan harus diberikan kepada masyarakat yang banyak supaya konsep penjagaan kesihatan, konsep berubat dan pencegahan kesihatan sejagat difahami oleh rakyat jelata.

.

Sekian seruan jihad dari suhazeli.com

fb.com/drsuhazeli

15.1.2018

Ketengah Jaya

.

[1] Diphteria Alert Indonesia. http://jakartaglobe.id/multimedia/diphtheria-alert/

[2] Islamic anti-vaxxers undermine efforts to prevent diphtheria outbreak in Indonesia, By Indonesia correspondent Adam Harvey. http://www.abc.net.au/news/2018-01-15/islamic-anti-vaxxers-undermining-diphtheria-vaccination-campaign/9325852

Aluminiun dan Vitamin K dalam Vaksin

Saya tertarik dengan kebimbangan para ibubapa yang menghalang suntikan vitamin K kepada anak-anak mereka. Antara hujah yang mereka mengatakan bahwa Vit K itu mengandungi logam berat Aluminium. Seratus mikrogram Aluminium yang dimasukkan sebagai bahan pengukuh Vit K digembar-gemburkan oleh golongan penentang vaksin sebagai merbahaya. Boleh membawa kecacatan bayi dan kematian. Ibubapa yang bersetuju dengan suntikan Vit K dituduh oleh mereka sebagai bod*h dan buta.

.

Nasihat saya kepada mereka yang menentang perubatan moden ini agar belajarlah untuk memahami sains. Jika sukar untuk mereka belajar dan hadam bab ilmu sains perubatan, dengarlah pandangan dari orang yang ahli dalam perubatan. Cukuplah mengambil ilmu serong dari para penghasut yang fobia atas diri mereka sendiri. Buat sekian kalinya saya dapati golongan yang anti-perubatan ini tidak berpijak di alam nyata. Mereka menjadi paranoid dengan dunia ciptaan sendiri. Artikel yang disalin-tampal dari google itu pun mereka sendiri tidak faham, cerna, hadam dan tidak interpretasi sebaiknya. Kemudian kekeliruan mereka itu disebar-sebarkan dalam media maya sehingga menampakkan sendiri kedangkalan ilmu yang mereka sendiri persepsikan. Itulah doktrin sempit yang mereka reka.

.

Seluruh dunia mewajibkan pemberian suntikan Vit K sebaik sahaja bayi dilahirkan. Vit K ini penting bagi mengelakkan perdarahan dalaman yang berlaku terhadap bayi. Secara fisiologi semasa hamil, Vit K amat sukar disalurkan melalui plasenta dari ibu.[1] Justeru majoriti bayi akan kekuranga Vit K ini. Kandungan susu ibu juga tidak dapat menampung keperluan Vit K ini kepada bayi semasa awal tumbesaran, kecuali setelah diberi makanan pelengkap. Vit K boleh dibekalkan melalui pemakanan. Kekurangn ini akan menambahkan lagi risiko pendarahan dalaman yang mungkin berlaku terhadap anak kita yang masih mentah itu.[2]

.

Kejadian perdarahan dalaman boleh berlaku tanpa jangkaan kita. Lporan mendapati insiden perdarahan 0.25%–1.7% seawal minggu pertama kehidupan bayi. Selalunya perdarahan berlaku didalam saraf otak yang boleh membawa kecacatan kekal atau maut. Tempoh berjaga-jaga sehingga 12 minggu umur bayi. Kajian dari bayi-bayi Eropah dan Asia telah berjaya mengurangkan kejadian perdarahan saraf otak dari 4.4 – 7.2 per 100,000 kelahiran ke 1.4 – 6.4 per 100,000 kelahiran.[3] Pemberian satu suntikan Vit K ini telah menyelamatkan lebih ramai lagi jiwa menjadi mangsa perdarahan.

.

Vit K ini diperbuat dengan penuh teliti dan mempunyai data keselamatan yang tinggi. Salah satu bahan penimbal (adjuvant) yang dimasukkan adalah garam aluminium. Garam aluminium dalam vaksin/Vit K berbeza dengan alumium dalam pesekitaran.Rantaian Aluminium akan menjadi berbeza apabila dikombinasikan dengan oksigen, natrium dll. Isu sebatian berbeza inilah yang boleh mengelirukan orang awam yang bukan ahlinya.

.

Kelulusan penggunaan vaksin/Vit K ini menggunakan akta FDA, kerana logamnya dalam bentuk garam (alluminum salt).[4] Oleh yang demikian unit bacaanya dalam bentuk mg/L atau mmol. Ianya jauh berbeza dengan Aluminium oksida yang menggunakan sukatan isipadu (mg/m3) seperti mana akta DOSH (Kesihatan Persekitaran). Aluminium oksida adalah ‘karat Aluminium’ yang boleh menjadi toksid di persekitaran apabila melebihi paras tertentu. Untuk mudah faham. Ibu mengandung kkm bekalkan zat besi (ferous fumarate atau lactate). Kita tidak berikan ferous oxide (besi karat) kerana ferous oxide itu bahaya.

.

Pembuatan vaksin bukan dibuat cara tumbuk dan uli macam tepung gandum. Tetapi ianya melalui proses yang ketat, terjamin serta seliaan qualiti. Setiap batch vaccine yang dikeluarkan sudah melepasi tahap keselamatan. Lebih dari setengah juta dos Vit K dan 6.9 juta dos vaksin diberikan kepada bayi seluruh negara setiap tahun, semuanya selamat membesar menjadi warganegara. Termasuklah diri anda yang sedang membaca tulisan ini.

.

Suhazeli.com

Fb.com/drsuhazeli

5.12.2017

.

Pautan

[1] Bekalan Vitamin K dari Plasenta. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3187946

[2] Vitamin K untuk bayi. https://scienceofmom.com/2015/11/09/are-the-ingredients-in-the-newborn-vitamin-k-shot-safe/

[3] Controversies Concerning Vitamin K and the Newborn Committee on Fetus and Newborn. Pediatrics Jul 2003, 112 (1) 191-192.

http://pediatrics.aappublications.org/content/112/1/191

[4] Aluminium safety. https://www.atsdr.cdc.gov/phs/phs.asp?id=1076&tid=34

Kuliah Maghrib Antara Fakta atau Auta? 

Kuliah Maghrib Khas Masjid Pinang Merah, 5hb Nov 2017.

Catatan oleh: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1678107075542715&id=100000303155013

1. Dalam sesuatu perkara, kita hendaklah bertanya kpd ahli. Dalam perkara agama, bertanyalah kpd para alim ulama, bagi isu perubatan, tanyalah kpd yg arif dlm perubatan, pegawai perubatan yg bertauliah.
2. Sistem penghadhaman manusia, x sama dgn sistem perkumuhan. Benar dlm badan manusia ada spinter(penapis), namun bukanlah proses penghadaman badan, air yg diminum secara berdiri, akan terus masuk ke buah pinggang.
3. Penyakit berjangkit dlm dunia, terdapat 216 jenis kuman yg boleh berjangkit kpd org lain.(infectious diseases). Darpd jumlah itu, 27 drpdnya amat2 merbahaya. Cth ; denggi, malaria, demam capak, tibi, defteria(kerongkong), …bahaya dlm ertikata boleh membawa maut.

Negeri Trgnu pd tahun lpas, merupakan negri ke5 teratas kes denggi yg tinggi.

4. Bagaimana sekiranya kuman yg berbahaya tadi terkena pd manusia?

Rawatan yg diberikan adalah, masuk wad, bg antibiotik dan sbgainya yg berkaitan. Tindakan trhdp masyarakat umum pula, ialah usaha pencegahan secara menyeluruh. Bergantung kpd jenis penyakit yg menular.
5. Salah satu unsur penting dlm kesihatan ialah memberikan perlindungan secara imunisasi (vaccine) kpd anak2. Kajian oleh para pengkaji sejak berkurun, usaha imunisasi ini telah banyak menurunkan kes2 kematian dri wabak penyakit berbahaya ini.
6. Apa itu vaccine?..

Vaccine adalah sejenis ubat yg diberikn kpd anak2; bayi, yg mengandungi virus yg telah dimatikan / dilemahkan dlm bentuk yg dinamakan toksoid. Dgn harapan, kuman2 yg dsuntik tadi, merangsang sistem imunisasi badan.
7. Sebagai contoh, pesakit yg terkena penyakit “jintungan / bertih / cacar air / chickenpox”, petua org2 dahulu, katanya, setelah seseorang terkena chickenpox, tidak akan mengalaminya bagi kali kedua. Tidak dinafikan ada kes yg berulang, ttapi majoritinya hanya sekali shj. Org2 tua dahulu, cara pengubatan mereka, mnggunakan serai kayu untuk hilangkan gatal dan sejukkan badan (symptomatic treatment)…
8. Dari 27 kuman berbahaya tadi, ada kuman2 tertentu sangat bahaya, maka kita x perlu menanti penyakit terkena pd badan. Cth; tibi… Pada seawalnya telah dimasukkan virus tibi yg dimatikan supaya badan manusia bersiap siaga sekiranya serangan penyakit tiba…

Pakar kanak2 muslim, ketika kegemipangan islam terdahulu, Ar Razzi merupakan pelopor kpd proses imunisasi.
9. Penyakit demam cacar(smallpox), 30% peratus yg dijangkiti cacar :- meninggal. Smallpox adalah dari kerabat cowpox, dari kajian, mereka yg bekerja, berurusan secara langsung dgn pemeliharaan lembu, tersangat sedikit terkena jangkitan cowpox mahupun smallpox. Elemen dr lembu diambil dan dicucuk kpd orgramai, ternyata gejala penyakit ini dpt dikawal. DiMalaysia, smallpox lupus dalam tahun 1980.
10. POLIO : serangan kuman ke saraf tunjang mengakibatkan kecacatan pd kaki. Kalau serangan pd paru2, x dapt bernafas. Polio dlm malaysia diishtiharkan pupus dlm tahun 2000.

Walaupun sudah pupus d msia, tapi vaccine polio masih d berikn. Ada 3 buah negara yg susah utk d basmikan : Pakistan, Afghanistan dan Nigeria atas kekangan kesedaran masyarakat itu sendiri.
11. HIV dlm msia, bermula 1982. Selaras dgn pergerakan manusia yg semakin cepat, begitu jugalah virus penyakit, merebak dgn cepat.
12. Penyakit Campak; pd tahun 2000, trdapat 40juta kes.1/2 juta kematian. Komplikasi kpd pesakit; 8% radang paru2. 
13. Batuk Kokol ; penyakit yg menyerang kerongkong. Mengakibatkan saluran pernafasan bengkak dan tersekat. Tahun lpas shj, 5 kes kematian akibat defteria.
Kesimpulannya, kesemua penyakit2 berbahaya menurun apabila pengambilan vaksin sedari awal. Kesedaran masyarakat amat perlu kerana apabila penyakit ini terkena, nak mengawalnya amatlah sukar. 
* Dr Suhazeli Abdullah *

Pakar Perubatan Keluarga

Ketengah Jaya.

Kepak Ayam Cucuk Hormon & Vaksin 

​KEPAK AYAM CUCUK VAKSIN

.

“Doktor, ada orang duk sebar makan chicken wing dan tengkoknya bahaya. Kata depa, boleh menyebabkan kanser dan sista kepada wanita.” Tanya seorang pesakit semasa sesi klinik.

.

“Apasal pulak kak? Jika tak mboh kepak ayam tu, bawa mari ssini lah, saya nak makan. Ruginya rezeki Allah beri.. ” Jawabku ringkas.

.

“Depa kata ayam leni semua cucuk hormon dan cucuk vaksin. Sebab tu ayam-ayam gemuk montel dan dipelihara sebulan lebih sahaja, beza dengan ayam kampung dan ayam organik.” Jelasnya panjang lebar sambil baca tulisan tular melalui wasap.

Isu ayam cucuk hormon atau vaksin seperti ini tular sejak 1999 lagi. Tidak diketahui punca sebenar tularan dibuat. Antara tulisan yang disebarkan adalah nasihat dari seorang

Jururawat senior dari London bernama Mr. Khalid Javed Alkhaili. Nasihat beliau berdasarkan pengalaman doktor yang merawat seorang perempuan yang mengalami penyakit sista (ovarian cyst). Kononya penyakit sista perempuan tersebut berpunca dari terlalu banyak memakan kepak dan tengkok ayam. Kepak dan tengkok ayam dikatakan adalah tempat tusukan jarum bagi hormon steroid. Hormon inilah yang menyebabkan sista, mahupun boleh penyebab masalah kepada wanita.

.

Maklumat yang saya perolehi, ayam-ayam semua tidak pun dicucuk hormon, ataupun vaksin. Malah ianya melanggar Akta Makanan 1983 dan Akta Akta Makanan Haiwan 2009. Begitu juga Badan Berkuasa Kawalan Makanan dan Dadah (FDA) melarang penggunaan hormon ke atas ayam ternakan sejak 1960 lagi.

.

Teknologi penternakan hari ini menyaksikan ayam diternak dalam tempoh masa yang singkat, iaitu dlm tempoh 40-45 hari. Apa yang menyebabkan ianya cepat membesar ialah jenis makanan yang diberikan. Terdapat dua jenis makanan yang diberikan kepada ayam iaitu makanan permulaan (starter) bagi ayam yang berumur 1-21 hari dan makanan penggemukan atau pertumbuhan (grower) pada umur 15-39 hari. Jika pasaran memerlukan ayam bersaiz besar maka makanan penghabisan (finisher) perlu diberikan ketika umur 40 hari hingga dijual.

Makanan diberi tanpa had (ad libitum) atau tidak dicatu. Makanan ayam tersebut mengandungi protein yang tinggi. Selalunya dari sumber soya yang kaya dengan asid amino.[1]

.

Ayam pedaging di Malaysia adalah majoriti daripada baka ayam Ross atau Cobb. Ia adalah baka ayam pedaging berasal daripada Amerika Syarikat dengan kebolehan tumbesaran yang pantas.[2] Adalah tidak benar tuduhan yang mangatakan ayam-ayam dicucuk hormon untuk menggemukkan mereka dalam tempoh yang singkat.
.

Ayam-ayam dicucuk hormon atau vaksin adalah fitnah dan keterlaluan. Cuba bayangkan satu reban ayam sebanyak 15,000 hingga 20,000 ekor ayam. Lenguh tangan tauke dan pekerja reban ayam nak cucuk vaksin dan hormon tu. Jika 10 reban, pendeknya lelah berjelirlah semua pekerja nak kerjun ayam-ayam tersebut.😓

.

Ayam-ayam pedaging sememangnya diberi vaksin. Tetapi bukan dengan kaedah cucuk seperti manusia. Ayam-ayam ternakan di dalam reban yang banyak itu diberi vaksin melalui campuran makanan dan air. Bagi kes-kes khas vaksin diberikan melalui titisan ke dalam mata atau mulut ayam.[3] Kemudian, geng antivaksin akan pertikai, vaksin tu halal ke haram? Di sini tidak timbul samada vaksin haram atau halal. Makanan atau bahan yang masuk ke dalam badan ayam dimaafkan dari sudut hukum. Andai makanan haram sekalipun, ayam-ayam tersebut dari segi hukumnya adalah binatang jalallah. Ibarat contoh, ayam kampung yang makan tahi, dan kita memakan ayam tersebut. Kita bukan makan tahi tetapi memakan daging ayamnya yang enak sehingga menjilat jari.

.

Kejadian kanser terhadap manusia bukan akibat makan ayam pedaging. Punca kanser adalah pelbagai. Merokok adalah satu-satunya punca jelas penyebab kanser. Jauhilah rokok bukannya ayam.

.

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli

.

26.8.17

Kuantan
Pautan

[1] Akta Haiwan.

http://www.fao.org/docrep/013/al705e/al705e00.pdf

[2] Strain Ayam Broiler.

[3] Vaksin Ayam. https://www.merckvetmanual.com/poultry/nutrition-and-management-poultry/vaccination-programs-in-poultry

Vaksin Rotavirus Halal atau Tidak?

*#Vaksin_Rotavirus_Halal_atau_tidak?*
Vaksin rotavirus digunakan bagi mencegah kes jangkitan Virus Rota (Rotavirus) yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak. Sejarah tercatat bahawa virus ini adalah punca utama terjadinya cirit birit di kalangan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Kebanyakannya kejadian tersebut berlaku di negara-negara yang sedang membangun. Cerapan statistik menunjukkan keseriusan jangkitan ini, di mana dilaporkan sebanyak 1,250,000 kes jangkitan rotavirus berlaku. Pemberian vaksin rotavirus ini telah mencegah penularan penyakit dan dianggarkan menyelamatkan kematian kanak-kanak seluruh dunia seramai 527,000 kes melalui proses vaksinasi ini.[1]
.
Cuma timbul isu pada Mac 2010, laporan pemantauan oleh pihak berwajib mendapati vaksin Rotarix (keluaran GlaxoSmithKline) mengandungi DNA PCV1 (Porcine Circo Virus 1). Kemudian pada Mei 2010 pula DNA PCV2 ditemui dalam vaksin Rotateq (keluaran Merck & Co.).[2] Pihak Berkuasa Kawalan Ubat dan Makanan telah menarik balik semua vaksin tersebut seluruh dunia. Setelah kajian menyeluruh dibuat, pada jun 2010, WHO mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua jenama vaksin tersebut selamat digunakan. Hasil kajian mendapati, PCV1 dan PCV2 yang turut didapati bersama dalam vaksin rotavirus tidak memberikan kesan negatif kepada manusia. Malah sebanyak 67 juta dos vaksin Rotarix dan 37 juta dos vaksin Rotateq yang telah diberikan kepada bayi-bayi sebelum ini pun tidak menimbulkan mudarat kepada mereka. Pemberian vaksin itu telah berjaya menghalang bayi-bayi dari menderita atau maut akibat jangkitan rotavirus.
.
Porcine Circo Virus (PCV) bukannya DNA zat babi, tetapi ianya sejenis virus yang hidup dalam babi. Ia dinamakan sedemikian kerana sejarah penemuannya adalah di dalam babi. Ia diumpamakan seperti kutu babi. Kutu babi bukannya berzat babi tetapi namanya kutu babi kerana ditemui banyak hidup da badan babi. Kutu babi juga boleh hidup dibinatang lain seperti lembu, kerbau, seladang dan sebagainya. Isu inilah yang biasanya menjadi kekeliruan ramai. Penambah kepada keliru tersebut adalah apabila membaca atau mendengar tulisan dari orang yang bukan ahlinya.
.
Kenapa PCV ini boleh didapati juga bersama Vaksin Rotavirus? Enzim trypsin dari unsur babi telah digunakan dalam peringkat permulaan untuk memproses virus. Virus PCV yang terdapat bersekali dengan enzim trypsin tadi. Ianya sejenis makhluk hidup, tidak dapat dipisahkan dengan mudah. Virus PCV adalah virus terkecil di dunia berukuran 17 nanometer. Kehadiran bersama virus PCV inilah yang menyebabkan WHO telah mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan kehadiran virus PCV1 dan PCV2 di dalam vaksin Rotavirus.
.
Kenapa enzim trypsin digunaka? Hanya enzim trypsin boleh menanggalkan perlekatan virus dari media kultur.[3] Setelah penanggalan berlaku, enzim tadi telah dicairkan dan dibasuh berkali-kali melalui pelbagai peringkat penyaringan serta penapisan. Jumlah enzim yang digunakan adalah sedikit. Pengesahan telah dibuat, setelah melalui proses penapisan, penulinan dan penstrilan bahawa sudah tiada langsung DNA babi yang berbaki.[4] Mungkin dalam tempoh beberapa tahun mendatang, enzim trypsin tidak digunakan sepenuhnya. beberapa kaedah baru sedang dalam kajian.
.
Timbul atas kekeliruan ini, isu halal atau haram penggunaan vaksin rotavirus kerana menggunakan enzim trypsin. Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) telah mengeluarkan kenyataan bahawa vaksin Rotateq di haruskan penggunaannya. Sijil halal (sah sehingga 2018) telah dikeluarkan oleh mereka bagi menjamin kepastian pengguna.[5] Beberapa fatwa lain juga telah dikeluarkan dalam isu ini. Antaranya Majlis Agama Islam Singapura.[6]
.
Cuma, terlebih dahulu dari itu, penggunaan vaksin Rotateq telah diputuskan semasa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008.[7] Dalam sidang yang sama majlis fatwa juga telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax. Dapatan dari penerangan yang diperolehi dari maklumat semasa itu adalah kedua-dua vaksin tersebut menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Justeru, Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax (tidak terdpat dalam pasaran negara Malaysia) dan RotaTeq adalah tidak dibenarkan kerana:
i) Situasi kini dianggap tidak dharurat;
ii) Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
iii) Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.
.
Demi kemashlahatan umum dan pencegahan penyakit yang boleh membawa mudarat ini dalam masyarakat, sayugia saya mencadangkan pihak berkuasa agama membuka ruang semula untuk berbincang berkaitan hukum penggunaan vaksin rotavirus. Pakar-pakar dalam bidang perubatan sedia untuk membentangkan hasil kajian terbaharu dari segi statistik kejadian semasa dan beban yang ditanggung oleh masyarakat umum dalam menangani penyakit berjangkit ini.
Sekian
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
27.6.2017
Ketengah Jaya
Pautan
[2] Kenyataan dari WHO.
[4] Doktor budak: Vaksin rotavirus tidak halal? http://www.doktorbudak.com/2013/09/11/qa-vaksin-rotavirus-tidak-halal/
[5] Halal Consumer magazine 16, 2009. page 22. http://www.ifanca.org/HCM/Halal%20Consumer%20Issue%2016/hc_16.pdf

Gadis Yahudi yang Cantik 

*#Kenapa_Gadis_Yahudi_Cantik?*

Tersebar satu tulisan di media sosial bahawa anak gadis dan wanita Yahudi berlengan cantik tanpa parut akibat vaksin BCG. Begitu juga dimomokkan dengan penggunaan flourida, vaksin, panadol adalah agenda yahudi bernama Rockefeller. Orang Yahudi juga terlalu hebat, sihat dan bijak, tiada demam kerana menolak pengambilan ubatan kimia ini seperti vaksin dan pelbagai ubatan lain yang telah diagendakan merosakkan ummat.

.

Lebih terkejut dari tulisan itu bahawa orang yahudi tidak merokok, sehinggakan mereka menghalau para perokok hidup dalam rumah mereka. Di akhir tulisan tersebut menyarankan agar hanya mengambil makanan sunnah seperti madu, habbatussauda dan lain-lain kerana makanan sunnahlah ‘vaksin’ yang sebenar sepertimana disaran oleh Rasulullah SAW. Orang Yahudi sihat, hebat dan cerdik kerana memakan makanan sunnah. 

Tulisan berkenaan katanya dipetik dari seorang bekas tentera udara US yang mengetahui rahsia tipu daya Freemason yang dipelopori Yahudi. 

*Ulasan saya*

Logiknya dari tulisan berkenaan, sesiapa yang MENOLAK VAKSIN adalah pengikut para Yahudi, sebab Yahudi juga menolak dan tidak memberikan vaksin kepada anak-anak mereka. 

Logiknya juga sesiapa yang TIDAK menghisap rokok adalah mengikut sunnah Yahudi yang menjadikan rokok sebagai agenda merosakkan ummat. 

Logiknya juga orang-orang yahudi lebih memahami sunnah Rasulullah SAW kerana pemakanan mereka berasaskan sunnah. 

Namun perkataan LOGIK tersebut hanya andaian semata-mata, bukan berdasarkan fakta yang sebenar. 

Hakikat sebenarnya, negara Israel sendiri memberikan vaksin kepada anak-anak mereka. Jika vaksin itu satu konspirasi jahat untuk melemahkan ummat, kenapa mereka pun cucuk anak-anak mereka? Pemberian vaksin sebenarnya melepasi sempadan konspirasi yang sengaja direka-reka, tetapi ianya penting bagi menyelamatkan umat manusia dari terus dihinggapi penyakit berbahaya. Boleh lihat sendiri jadual vaksin kepada anak-anak Yahudi.[1] Bukan sedikit malah 13 jenis vaksin yang diwajibkan cucuk berbanding dengan pemberian vaksin kepada bayi dalam negara Malaysia sebanyak 10 jenis.

Memang benar vaksin BCG sudah tidak diberikan dalam negara maju seperti Israel dan Eropah. Ini kerana jangkitan penyakit berjangkit Tuberkulosis (TB) Selaput otak sudah pupus di negara-negara berkenaan. Sudah menjadi ketidakperluan lagi vaksin BCG diberikan. Ianya sama status dengan vaksin cacar (smallpox), sudah pupus seluruh dunia, justeru pemberian vaksin cacar diberhentikan pada tahun 1979. 

Hakikatnya juga parut dilengan anak gadis dan wanita bukan akibat BCG semata-mata. Tetapi parut juga mungkin terbentuk dari pemberian vaksin Hepatitis B. Siapa kata anak gadis Yahudi tidak berparut? Lagipun tempat cucuk vaksin adalah di bahu lengan atau punggung. Anak gadis muslimah kita tidak sesekali mendedahkan aurat hingga nampak pangkal lengan atau punggung. Itu bohsia namanya. 

Hakikatnya juga penulisan Jerry D Gray tersebut, saya perhatikan teramat mengagung-agungkan Yahudi dan barat. Seolah-olah umat Islam lemah dan terbelenggu dengan permainan mereka. Sehingga timbul beberapa teori konspirasi yang direka-reka. Yahudi cerdik, kita (umat Islam) bodoh. Yahudi kuat, kita lemah. Itu sahaja kesimpulan yang dapat dibaca.

.

Yahudi menolak rokok, kita perokok. Hakikat sebenarnya negara Israel juga bergelut dengan jumlah perokok yang ramai. Sebanyak 426 juta kotak rokok dijual di Israel.[2] Pelbagai usaha dijalankan oleh mereka untuk membanteras gejala ketagihan rokok dikalangan rakyat. 

Semoga pencerahan ini memberi manfaat kepada kita dalam menilai sesuatu tulisan itu samada fakta atau auta. Kita sebagai umat sentiasa terjerumus dalam kancah konflik pemikiran yang menyebabkan tidak dapat menilai antara permata atau batu. 

Ambillah sesuatu itu dari sumber yang ahli serta berwibawa. 

Suhazeli Abdullah 

Fb.com/drsuhazeli 

23.4.2017

Ampang Selangor

Pautan 

[1] Vaksinasi di Israel. https://www.health.gov.il/English/Topics/Vaccination/Pages/default.aspx

[2] 246 juta rokok di Israe. http://www.timesofisrael.com/survey-decline-in-number-of-israeli-smokers-2/

Pendapat Minoriti

Tepat enam bulan lalu isu vape meletup dipersada media dalam negara. Ketegasan pihak berwajib dalam menegaskan isu vape telah menyebabkan para penyokong tegar melenting. Dikukuhkan lagi dengan para agamawan dan ulama yang turut meranapkan hujah para pencinta vape.
Saya lihat terdapat satu persamaan antara pencinta vape dan penentang vaksin; iaitu mereka suka mengambil fakta terpencil, statistik tidak tepat, dan ulasan yang mengelirukan. Golongan ini bersikap seperti aliran golongan minoriti. Walaupun Keras dengan penentangan, suka membesarkan fahaman minoriti mereka. Sedangkan isu tersebut sudah diterima oleh umum dan para alim ulama muktabar. Penghujahan sudah jelas.
Namun terdapat pengalaman tertentu yang seseorang alami dalam kehidupan yang menyebabkan mereka mengambil sikap yang berlainan dari orang ramai. Ianya mungkin boleh diraikan tetapi bukan boleh dijadikan panduan umum kepada orang awam. Mereka sepatutnya beramal secara terpencil dan peribadi. Tidak sepatutnya mempengaruhi orang lain dengan hujah-hujah yang sudah sedia dijawab oleh pihak berwajib. Tetapi masih juga mengulang-ulang hujah tanpa fakta ampuh.

Dalam satu forum penjelasan fatwa berkaitan dengan vaksin, Ustaz Badlisah Alaudin pernah menyamakan mereka ini sebagai golongan minoriti yang menghasut. Ianya berdasarkan firman Allah swt:
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
“Apabila datang kepada mereka suatu berita tentang kemenangan atau ketakutan, mereka menyiarkannya. Kalau saja mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya akan dapat mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil amri). Kalau bukan kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kalian, tentu kalian mengikuti syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (di antara kalian).” (an-Nisa: 83)
Semoga kita semua terhindar dari golongan ini.
Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli
20.3.2017

Kuala Berang

Simpan Sikit KESIPUAN Diri 

Terbaca satu prinskrin yang dikongsi rakan mengenai status satu pengguna media sosial. Kedua-dua pengkomen itu saya kenal secara maya sebagai antivaksin tegar. 


Sejak bila pula puak antivaksin ni pandai bercakap bab dosa pahala? Sedangkan fatwa mufti, hukum alim ulama bab vaksinasi dilanggar mereka.

Simpanlah sikit KESIPUAN diri tu supaya tak nampak kepada generasi mendatang.


Yang nyata diwajibkan oleh para alim ulama pun mereka tolak vaksin. Apatah lagi vaksin untuk orang dewasa yang sedang dalam proses kajian justifikasi mewajibkan kepada golongan terpilih.

Apabila fakta statistik yang diceduk oleh orang bukan bidangnya, lalu dibuat kesimpulan yang menyeleweng. KESIPUAN juga akhirnya.

Kalau tak faham, tanyalah berdepan doktor, apa itu pneumonia, apa itu Pneumococcal?

Jangan lah terus menghasut hal fasad ini.

Isu Vaksin: Jawapan Kepada Artis Suhaimi Saad

#KONGSI_BUKAN_PROVOKASI_AGAR_SUHAIMI_MENGERTI

Oleh: Fahmi Hassan (F. H. Abad)

Saya terpanggil untuk memberikan sedikit penerangan kepada umum mengenai pernyataan-pernyataan saudara Suhaimi Saad dalam statusnya yang banyak dikongsikan baru-baru ini.facebook-suhaimi-saad

1. Beliau berpendapat bayi-bayi yang baru lahir tidak berada dalam situasi darurat yang memerlukan pencegahan penyakit

Pertama sekali, beliau bukan merupakan seorang pakar dalam bidang kesihatan. Program imunisasi kebangsaan disiapkan berasaskan kajian yang berterusan selama puluhan tahun. Beliau tidak sedar kejayaan program ini dalam menangani penyakit berjangkit di Malaysia. Beliau juga tidak mampu untuk menunjukkan trend penularan penyakit dan kematian akibat penyakit berjangkit tersebut. Oleh sebab itu ‘pendapat’ beliau bukanlah asas untuk menentukan status darurat sesuatu isu perubatan. Keperluan pemvaksinan bayi adalah sesuatu yang jelas dan terbukti bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia termasuk negara-negara Islam yang lain termasuk Arab Saudi.

2. Mufti dan pakar perubatan tidak sedar tentang kewujudan AEFI.

Sebenarnya bukan mufti dan pakar perubatan tidak sedar tentang perkara ini. Sebaliknya beliau yang tidak mempercayai laporan yang telah dikumpulkan. Laporan-laporan ini sentiasa dipantau di peringkat nasional dan global.

3. Vaksin dan ubat mengandungi kandungan babi

Isu ini telah dijawab puluhan kali namun sengaja tidak difahami oleh beliau. TIADA vaksin dalam program imunisasi negara dihasilkan dari babi. Terdapat vaksin yang dihasilkan dari babi namun ia tidak pernah diwajibkan dan merupakan pilihan di kalangan ibu bapa yang berbilang kaum di Malaysia.

Produk farmaseutikal yang dihasilkan melalui haiwan perlu dilabelkan di label ubat. Pegawai farmasi sentiasa sedar tentang sumber ubat, dan akan memberi kaunseling kepada pesakit tentang perkara ini. Pesakit muslim akan ditawarkan ubat alternatif.

Sekiranya tiada pilihan lain, dan ubat tersebut penting untuk kesihatan pesakit, perkara ini akan dirujuk dan dibincangkan bersama dengan pakar. JAKIM juga sentiasa peka dengan perkara ini dan ada mengeluarkan fatwa-fatwa khusus bagi ubatan tertentu.

4. Sahabat beliau, ahli farmasi lepasan UIA yang menyebarkan informasi ini kepada beliau.

Apa yang dilakukan oleh ahli farmasi tersebut adalah mengumpulkan informasi sedia ada dari label ubat dan dibukukan. Ia bukanlah maklumat yang disembunyikan. Ia cuma memudahkan untuk masyarakat membuat rujukan sewaktu memilih jenama ubat.

Mungkin Saudara Suhaimi boleh bertanya sendiri kepada sahabat beliau tersebut samada beliau mengvaksinkan anak beliau sendiri. Boleh juga tanya samada beliau menggunakan ubatan moden.

Agak pelik bila saudara Suhaimi cuma percaya buku beliau, namun tidak mempercayai pilihan perubatan profesional sahabat beliau sendiri.

5. Tiada ubat-ubatan halal di Malaysia

Mungkin saudara Suhaimi hanya membaca bacaan yang hangat berasaskan teori konspirasi sehingga tidak sedar usaha-usaha memajukan produk farmaseutikal halal di Malaysia.

Garis panduan farmaseutikal halal telah wujud untuk rujukan pengilang. Proses pembuatan ubat sebenarnya lebih bersih dan rumit jika dibandingkan dengan proses pembuatan makanan. Mungkin beliau tidak faham dan beranggapan sama sahaja proses pembuatan makanan dan ubat.

Industri ubat-ubatan halal akan terus berkembang dari masa ke semasa. Buat masa ini, seharusnya kita percaya pada bidang autoriti agama dan kesihatan dalam negara.

Walaupun tiada sijil halal bagi semua produk ketika ini, kandungan produk yang dinyatakan secara telus boleh membantu ahli profesional kesihatan muslim untuk memberikan panduan kepada pesakit. Rujuklah kepada mereka yang ahli sekiranya anda tidak faham.

 

Disediakan oleh:

Sdr Fahmi Hassan | Ahli Farmasi

Sdr Fahmi Hassan | Ahli Farmasi

Fahmi Hassan (F. H. Abad)
fb.com/fahmiabad
Pegawai Farmasi (Lepasan UIA juga)
#medicalmythbustersmalaysia

Dakwaan Hospital Makkah Sepi

Rekaan cerita dari penulis yang tidak diketahui sumber asal menjadi isu viral sehari dua ini. Tulisan itu mengambil “testimoni” sebuah klinik yang sepi kerana hebatnya penduduk di Makkah beramal dengan sunnah. Tajuk artikel itu menjadi tandatanya. Dengan meletakkan tajuk besar “DI MAKKAH HOSPITALNYA SEPI, BERBEZA DGN DI MALAYSIA. YANG MEMBEZAKAN ADALAH AQIDAH DAN SYARIATNYA.”, seolah-olah negara kita jatuh sesat kerana berlainan “aqidah” dan “syariat”.

Mungkin benar pengalaman yang diambil dari sebuah klinik tersebut, yang tidak dikenal pasti lokasinya samada strategik atau tidak. Kesepian klinik biasa berlaku bagi doktor yang tidak masyhur dan kedudukan klinik jauh dari kawasan tumpu. Saya pernah bertugas di klinik swasta sekitar Gong Badak 2002-2003 lalu. Kliniknya juga sepi, akhir nya klinik itu mati tanpa nesan. Adakah penduduk Gong Badak beramal dengan sunnah?

Saya merasakan “testimoni” klinik sepi itu tidak manis untuk dipadukan dengan penjagaan kesihatan termasuk mengamalkan sunnah. Sudah tentu pengamalan sunnah yang dianjurkan itu mempunyai hikmah tersendiri tanpa merujuk kepada status kesihatan penduduk setempat. Amalan sunnah yang disarankan itu baik bagi penjagaan hidup sihat secara umum. Akan tetapi penyakit-penyakit yang melanda dewasa-kini memerlukan pengamatan, pemeriksaan dan rawatan spesifik dari orang yang ahli seperti doktor perubatan. Dalam masa yang sama saya tidak nafikan bahawa cara hidup sihat seperti menjaga pemakanan (termasuk makanan sunnah), kurangkan berat badan, elakkan tekanan hidup (teknik solat dan bacaan quran salah satu terapi) boleh membantu-pulih lagi kesihatan manusia.


Saya pernah berkhidmat dengan rombongan perubatan tabung haji di dua tanah suci, menyaksikan kejadian penyakit di sana kurang lebih sama dengan negara kita. Hospital-hospital di sana senantiasa penuh dengan pesakit tempatan dan jemaah haji luar negara. Boleh kita buat rujukan sendiri dalam data Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jumlah morbiditi (sakit akibat penyakit) dan mortaliti (kematian) tinggi saban tahun.[1] Sama jumlahnya dengan negara setara membangun lain seluruh dunia.
Sistem perubatan dan kesihatan di jazirah tanah arab itu pun canggih. Mereka menggunakan teknologi terkini dalam perawatan pesakit. Ubat-ubatan juga adalah diimport dari negara-negara pengeluar yang mempunyai bukti keberkesanannya. Andainya ulama mereka rigid dengan meneruskan dakwaan hanya perubatan “sunnah” sahaja yang wajib diterima, sudah barang tentu mereka tidak menggunakan kaedah perubatan moden. Akan tetapi konsep perubatan yang dipegang oleh mereka amat signifikan, mana-mana kaedah perubatan yang mendatangkan manfaat kepada manusia dari sudut berkesan, berkualiti (evidence based Medicine), mereka akan mengambilnya. Negara mereka juga bertungkus-lumus lumus memastikan kesihatan rakyat terjamin.
Saya amat teruja apabila melihat liputan vaksinasi negara mereka. Liputannya melebihi 98%. Ini sesuatu yang amat membuka mata kita semua. Di saat ramai penentang vaksin dalam negara kita melaungkan hak dan menuduh vaksin tidak halal, tetapi Arab Saudi sendiri lebih hebat liputan vaksinasi. Malah pemberian vaksin rotavirus (diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia 2008) diharuskan oleh ulama mereka sejak januari 2013.[2]

Sekian

Dr Suhazeli Abdullah 

Pakar Perubatan Keluarga 

Fb.com/drsuhazeli
#MedTweetMY 

#MedicalMythBustersMalaysia
P/s: Lepas ni mesti label saya wahabi sebab percaya ulama Saudi. He he he
Rujukan 

[1] Mortality and Morbidity Saudi Arabia. https://www.quandl.com/collections/saudi-arabia/saudi-arabia-mortality-and-disease

[2] Asas vaksinasi Arab Saudi. http://www.moh.gov.sa/en/HealthAwareness/EducationalContent/HealthTips/Pages/Tips-005.aspx

Homeopati Bukan Vaksin 


Bertuah sungguh saya apabila digabungkan berforum dengan beberapa individu hebat seperti Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Homeopati Malaysia. 

Penegasan demi penegasan dihujahkan oleh beliau yang menyatakan homeopati bukan ubat gantian kepada vaksin. Masih terngiang-ngiang ditelinga ucapan padu beliau dalam memetik salah satu kenyataan Pertubuhan Homeopati British “Homeopathy cannot substitute vaccine”.[1] Jelas dan kuat hujahnya. Malah, tiada satu pun kilang pengeluaran ubat/globule homeopati mengeluarkan globule vaksin. Samada kilang di UK, India, US dan beberapa negara lain lagi. 

Kata beliau, pengasas perubatan homeopati Dr Samuel Hahnemann (1755 – 1843) juga mengiktiraf vaksin yang telah dikemukakan oleh Dr Edward Jenner (1749 – 1823) pada masa tersebut.[2] Mereka sama-sama bergelut dengan pembasmian penyakit Cacar yang begitu menggila di era pra vaksinasi. “Sepanjang sejarah, homeopati tidak mengubat penyakit berjangkit terutamanya penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin.” Tegas Hj Zainol yang tidak mahu disebut nama awalannya dengan gelaran doktor. 

Sepanjang kelas pembelajaran homeopati dari dahulu hingga sekarang, tiada silibus yang mengajar vaksin diperbuat dari globule homeopati. Bahkan badan homeopati antarabangsa keseluruhannya bersetuju dan berkerjasama dalam program suntikan vaksin di negara-negara terbabit. 

Ketika sesi soal jawab, apabila ditanya apakah alasan sesetengah para pengamal homeopati yang berani mendakwa dan memberi ‘vaksin homeopati’? Hasil dari siasatan beliau bahawa pengamal homeopati berkenaan telah bertindak atas pertimbangan sendiri tanpa merujuk secara khusus kepada buku-buku rujukan homeopati yang masyhur. Terdapat antara mereka yang kononnya mengambil rujukan dari buku yang sudah lama (out-dated) dan globule yang digunakan itu pun tidak dinyatakan secara jelas sebagai bahan ganti vaksin. Inilah yang membimbangkan, kerana para pengamal berkenaan telah memberi satu harapan palsu kepada pesakit yang dahagakan kesihatan optimum. Mereka sebenarnya telah ditipu tanpa sedar. 

Mohon masyarakat di luar sana berhenti menggunakan alasan yang ubat homeopati dapat menggantikan vaksin dalam mencegah penyakit berjangkit. 

Rujukan 

[1] Kenyataan British Homeopathy Association. http://www.britishhomeopathic.org/faqs/

[2] Sejarah Perubatan Homeopati. https://www.homeopathic.com/Articles/Introduction_to_Homeopathy/A_Condensed_History_of_Homeopathy.html
Dr Suhazeli Abdullah 

Pakar Perubatan Keluarga 

Fb.com/drsuhazeli 
#MedTweetMY 

#MedicalMythBustersMalaysia 
13.10.2016

Sg Petani, Kedah