Kanada pun Tidak Suruh Guna Ganja Perubatan

Oleh En Fahmi Hassan | Ahli Farmasi KKM Betul tuan-puan, Kanada bukan sahaja telah mengiktiraf ganja untuk kegunaan perubatan, malah untuk tujuan rekreasi juga. Tapi benarkah dengan legalisasi ini membuktikan yang marijuana berkesan untuk merawat penyakit? Dalam bidang perubatan, kebiasaannya akan ada panduan untuk pemilihan rawatan bagi sesuatu penyakit. Panduan ini dipanggil sebagai CLINICAL PRACTICE […]

Dr Riko Muranaka Pejuang Vaksinasi di Jepun

Oleh : Dr Amirul Amzar. BAGAIMANA ANTIVAKSIN MEROSAKKAN NEGARAKenal kah anda seorang doktor dari Jepun, Dr Riko Muranaka?Beliau adalah… Posted by Amirul Amzar on Jumaat, 28 Disember 2018 Kenal kah anda seorang doktor dari Jepun, Dr Riko Muranaka? Beliau adalah pemenang hadiah global John Maddox Prize for Standing up for Science pada tahun 2017. Kemenangan beliau […]

Tuala Wanita Beracun

Saya membaca mesej viral mengenai tuala wanita yang kononnya beracun dan penyebab kanser wanita. Hairan saya kerana ada pula yang sanggup menyalahkan tuala wanita itu sebagai punca kanser dek kerana salah satu bahan yang terdapat dalam span tuala wanita bernama dioxin. Setakat ini punca yang terbukti penyebab kanser pangkal rahim wanita adalah kuman Human Papiloma […]

Ganja sebagai Ubat?

Ketegasan KKM dalam menentukan penggunaan ganja sebagai ubat adalah penting bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar. Kita tidak perlu terikut dengan negara jiran seperti Thailand. Kebenaran menggunakan ganja perubatan itu adalah saingan industri. Sekali lagi ditegaskan, jika ganja mempunyai dakwaan boleh merawat, sila bawa bukti kepada KKM untuk diluluskan. Syarikat yang nak bawa masuk ganja […]

Adakah Selamat menggunakan Khidmat Doula di Malaysia?

Tugasan membantu kelahiran oleh bidan-badan kampung amat popular satu ketika dahulu. Mereka amat ramah dan berpengalaman bukan sahaja semasa sambut kelahiran tetapi urut mengurut pun dibuat dengan penuh seni. Kesesuaian dan peralihan zaman, hasil dari perkembangan bidang perubatan dan teknologi, jawatan perbidanan kampung semakin pupus. Jururawat yang bekerja seluruh negara sudah boleh mengambilan tugasan itu […]

Vaksin itu Pilihan atau Wajib

Memang tidak dapat disangkal bukan semua asatizah memahami situasi semasa. Lantas meletakkan hukum berdasarkan kefahaman yang dia perolehi semasa itu. Saya lihat beberapa video disebarkan kuliah oleh para asatizah berkenaan vaksin bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia.[1] Semoga Allah merahmati mereka dan merahmati kita semua dalam kehidupan di dunia ini. Pandangan individu oleh […]

Vaksin Konspirasi Yahudi?

Antara hujah paling kerap segelintir dari orang Islam di negara kita adalah vaksin itu dari Yahudi. Yahudi memang jahat dan vaksin akan digunakan untuk membunuh ummat. Saya bukan nak pertahankan kezaliman Israel, tetapi ingin memaklumkan bahawa vaksin itu tiada kaitan pun dengan konspirasi Yahudi. Dan lihat apa yang berlaku? Negara Yahudi Israel juga bergelut dengan […]

Waktu Asid Perut Keluar

Saya membaca satu artikel ringkas “Ingatan Mesra dari Pakar Perunding HKL” berkaitan dengan tiga waktu perut mengeluarkan asid. Saya bertanya kepada rakan-rakan rapat dari HKL adakah benar pakar dari HKL keluarkan ingatan mesra tersebut? Semua tidak mengecam siapa pakar perunding yang dinyatakan itu sebab tidak dinyatakan secara spesifik pakar perunding apa. Penamaan pakar dalam hospital […]

Bermanfaat ke Cuci Usus?

Beria-ia sungguh iklan program tajaan ikim.fm berkaitan produk kesihatan cuci usus. Seolah-olah segala penyakit akan sembuh dengan menggunakan produk mereka sahaja. Sehingga kini pelbagai produk baru yang tumbuh bagai cendawan, menjanjikan manfaat kesihatan seperti membuang toksin badan, membakar lemak, membersihkan kerak usus, mengurangkan letih lesu, menyembuhkan kanser perut dan sebagainya. Adakah ianya perlu? Cuci usus […]

Vaksin adalah Penawar Ikhtiar Kawal Wabak

Kita agak skeptikal dengan pandangan sesetengah pihak bahawa tidak perlu guna vaksin pun untuk menyekat wabak penyakit berjangkit seperti demam campak yang menular sekarang. Mereka asyik pertahankan rawatan alternatif boleh menyekat gejala wabak yang berlaku tanpa menyebut secara spesifik apakah rawatan tersebut. Antara alasan yang mereka selalu jawab adalah penyakit itu Allah yang turunkan, maka […]

Ubat Ajaib Rawat Segala Penyakit

Akhir-akhir ini semakin banyak produk kesihatan dijual melalui media sosial. Dakwaan jurujual ubat/produk tersebut memang ajaib. Satu jenis ubat sahaja boleh mengubati sekelip mata berpuluh penyakit. Testimoni demi testimoni dipaparkan agar jualan semakin laris. Kekadang testimoni itu adalah gimik dari para dealer mereka untuk lariskan jualan. Teknik ni semua orang tahu. Sebenarnya ramai tertipu dengan […]

Mitos Bulan Tawaf Kaabah Setiap 1000 Tahun

Mesej viral ini mula tersebar sejak wujudnya aplikasi facebook dan wasap. Suka diingatkan mesej sebegini adalah seperti surat berantai yang tiada faedahnya. Malah dibimbangi boleh menjatuhkan diri ke lembah dosa. 1] Tiada hadis yang menyebutkan sedemikian. Walaupun ianya bukan dipetik dari Nabi tetapi bentuk ayatnya seperti saranan yang Nabi selalu sebut. 2] Mana mungkin bulan […]

Penjelasan Sdr Rahman Baco Isu Vaksin Haram

Terima kasih Sdr Rahman Baco yang buat penjelasan. Buku beliau itu saya dapat hadiah dari seorang pesakit yang menolak semua kaedah perubatan moden termasuk vaksin. Apabila beliau hadir diklinik, hanya untuk buat pemeriksaan tekanan darah, gula dll sahaja. Namun saya beri cadangan untuk beliau makan ubat atas penyakit yang beliau hadapi, ditolak nya. Berlaku beberapa […]

Wujud ke Detox?

Masyarakat sering keliru dengan perkataan nyah-toksin atau bahasa inggeris adalah detox. Pemahaman yang kita perolehi dari pihak-pihak tertentu bahawa badan kita banyak toksin yang perlu dikeluarkan atau dibebaskan. Katanya toksin-toksin ini merbahaya. Ianya terbentuk hasil dari makanan kita yang banyak bahan kimia, udara kotor persekitaran yang kita sedut atau suntikan ubat hospital yang kita terima […]

Marijuana: Polemik Medical vs Kumpulan Ketagih?

POLEMIK MARIJUANA MEDIKAL; APABILA DESAKAN UMUM MELAMPAUI PENEMUAN SAINTIFIK Oleh: Fahmi Hassan Sains bukan demokrasi. Fakta tidak tertegak kerana ia popular. Fakta sains, seperti mana fakta-fakta yang lain perlu dibuktikan dengan kajian di atas landasan yang betul. Walau ia tidak popular, ia perlu dipertahankan atas alasan kebenaran. Desakan beberapa tokoh politik untuk menghalalkan penggunaan marijuana […]

Vaksin MR Haram?

Isu yang sengaja dibangkitkan oleh golongan penentang vaksin MR (Measles dan Rubella) di Indonesia mula merebak ke negara Malaysia. Kisahnya, Kerajaan Indonesia telah memulakan pemberian vaksin MR terhadap anak-anak mereka sejak sekian lama.[1] Sebanyak 57.8 juta dos vaksin itu telah berjaya diberikan di 7 wilayah Tanah Jawa. pengumuman terbaharu kerajaan untuk meluaskan imunisasi terhadap lebih […]

Jus Lemon Beralkali Anti Kanser?

Adakah benar jus lemon apabila dimasukkan dalam air panas akan berubah sifat jadi alkali? Sedangkan jus lemon itu masam dan ianya berasid. Kononnya alkali itu adalah ubat paling mujarab untuk pesakit kanser. Kononnya juga barat cuba sembunyikan khasiat lemon ini kerana jika dibongkarkan, maka industri perubatan moden akan bangkrap. Teori jus lemon yang dicampurkan dalam […]

Rawatan Slip Disc dengan Ketuk Tukul

Begitu ramai yang mengaku boleh ubati sakit tulang belakang seperti rawatan betulkan slip disc yang disebarkan meluas melalui media sosial. Testimoni yang ditunjukkan itu menakjubkan dan ajaib sungguh. Dengan hanya gosok atau ketuk dan seumpamanya, kesakitan hilang ibarat mencabut semaian padi. Saya tidak pasti apa mekanism yang berlaku sehingga begitu mujarab sekali! Kami di hospital […]

Guna Smartphones Penyebab Kanser?

Dengan nada bergurau seorang pesakit radang mata (conjuntivitis) memuat naik foto mata merah beliau dan menulis bahawa beliau sudah terkena kanser mata kerana bermain telefon pintar dalam gelap sebelum tidur. Tulisan sinis beliau menjadi viral serius setelah disebar-luaskan oleh beberapa laman maya. Semua menyalahkan punca berlaku kerosakan mata termasuk kanser mata itu akibat dari penggunaan […]

Jawapan kepada Sedut Air dalam Hidung Bukan Rawat Strok

Saya terima teguran seorang ustaz yang membaca tulisan saya mengenai hikmah menyedut air dalam hidung semasa wudhuk. Tulisan saya menyanggah satu sebaran artikel yang menyatakan kaedah menyedut air dalam hidung itu adalah rawatan untuk pesakit angin ahmar. Artikel asal dari bahasa indonesia itu menyebut doktor Saudi angkat tangan (menyerah kalah dalam merawat) dan menyarankan kes […]