Forum Vaksin di Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu

Ada lagi geng antivaksin tak puas hati dengan program forum imunisasi di Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu Feb 2019 lalu. Depa duk viralkan hujahan Tuan Guru Ahmad Ruzaini (Semoga Allah merahamti beliau dan juga saya). Kebanyakan sudah saya berikan penjelasan dalam seluruh sesi tersebut. Cuma mereka kerat video bahagian Tuan Guru sahaja. Biasalah kerja begitu […]

Penjelasan Isu Forum di Pondok Pak Teh, Perak

Forum kali ini adalah program ke 5 saya menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan vaksin di sekolah/pondok agama. Pertama di Pondok Laklok Besut, kedua Sekolah Agama Pinang Merah Paka, ketiga Madrasah An Nur Al Aslamiah Pendang Kedah, ke empat adalah Sekolah Darul Taqwa Rusila dan terakhir di Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. . Jutaan terima kasih kepada […]

Hukum Harus, Wajib Vs Akta Wajib Vaksin

Sekurang-kurangnya dua badan berwibawa meletakkan status kenyataan maya berkaitan HUKUM mengambil vaksin. Pernyataan awal oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dalam Bayan Linnas ke-166 yang menyatakan bahawa mengambil vaksin MENGIKUT JADUAL IMUNISASI KEBANGSAAN adalah WAJIB.[1] Manakala Bahagian Dakwah, Jakim mengambil sumber yang sama Bayan Linnas SS Datuk Mufti Wilayah itu dengan membuat topik umum VAKSIN […]

AENFI di Filipina

Tidak rasa bimbang ke kita apabila berlaku wabak seperti di Filipina dan Selatan Thai? Jumlah kematian meningkat kepada 136 orang sejak berlakuknya wabak di Metro Manila, Luzon dan Visayas.[1] . Punca dikenal pasti adalah terdapat golongan yang menakut-nakutkan rakyat untuk mevaksinkan anak-anak mereka. Alasan yang selalu mereka berikan adalah kesan sampingan. Tetapi mereka lupa kesan […]

Mulberi dan Peria Katak Untuk Kencing Manis?

“Bukan ke ada kajian yang sebut daun Mulberi ini boleh sembuhkan kencing manis? Kenapa doktor hospital tidak gunakan bahan hasil mahsul dari negara sendiri, asyik guna ubatan kimia dari barat?” Saya kira inilah konsep yang orang awam kurang faham. Kenapa doktor tidak terus menggunakan sesuatu bahan yang dikatakan telah berjaya dibuat ujikaji makmal atau haiwan. […]

Wajibkah Susu Ibu Selama 2 Tahun?

Tidak perlu bersangatan memarahi ibu-ibu yang mengambil keputusan untuk meneruskan penyusuan anak mereka sehingga genap 2 tahun. Kita pun menyarankan pemberian susu ibu itu boleh diteruskan sehingga 2 tahun. Namun makanan pelengkap haruslah diberikan seawal bayi berumur 6 bulan bagi memberikan jizi lengkap makanan sesuai dengan berat badan dan usia bayi yang semakin bertambah. Menjadi […]

Ganja Rangsang Saraf Otak Mati

Pesanan saya kepada geng ganja supaya jangan cepat melompat gembira dengan laporan akhbar ini.[1] Tolong baca satu persatu apakah isi yang ingin disampaikan oleh pangkaji dari UPM itu. 1. Kajian atas tikus itu melihat berlakunya rangsangan saraf otak yang sudah mati. Satu pernyataan yang agak keliru, kerana mekanisma penyakit alzheimer adalah kompleks dan bukannya berpunca […]

Neuro Death kerana Handphone?

#TegurJam5 Lain kali kalau nak share pun buat dalam bentuk pertanyaan. Menunjukkan kita sendiri tidak yakin dengan penyakit yang ditunjukkan dalam video tersebut. Ni tidak, lepas share konfiden je kutuk-kutuk ibubapa yang berikan anak mereka main telefon. Lepas bapa budak tu beri penjelasan baru sentap! Tak ada pun diagnosa dalam perubatan Neuro Death. Kalau Brain […]

Ubat untuk Semua Penyakit

Menarik kupasan yang dibuat oleh Ustaz Abdullah Bukhari dalam kuliah beliau. Antara petikan yang menarik adalah: Kalau ada orang jual ubat yg boleh ubati semua penyakit & seluruh planet bumi, itu petanda dia sedang MENIPU” -Ustaz Abdullah Bukhari Penyakit fizikal yang dialami tidak sembuh dengan keajaiban: Buah pinggang macam tangan. Bila rosak/putus tak boleh tumbuh […]

Terapi Stroke Guna Lampu Liplap

#DoneTegur Jam 8.00 Saje nak tegur satu video seseorang yang promosi rawat stroke dengan lampu liplap. Untuk makluman, Stroke ini jika buat physio akan pulih/recover. Walaupun bukan 100% pulih tetapi paling tidak pesakit akan boleh bergerak dalam tempoh masa tertentu. Ianya juga bergantung kepada jenis stroke dan keterukan rosak saraf otak yang diserang stroke. Paling […]

Akta Wajib Vaksin

Pihak yang menolak vaksin mendakwa bahawa mereka mempunyai “hak” sebagai ibubapa ke atas anak mereka, menentukan samada anak mereka dan diri mereka sendiri divaksin atau tidak. Ini adalah tidak benar. Dari sudut undang-undang, menurut Akta 342 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Bahagian IV, Artikel 11, Subseksyen 3, 4 dan 5 menyebut, (3) Selama berkuatkuasanya […]

Kisah Bertukar Bayi

Pengalaman saya berkerja di dewan bersalin satu ketika dahulu amat sukar untuk setiap bayi bertukar ibunya. Sebaik sahaja lahir, tali pusat bayi diikat (clamp) dan terus kita unjukkan pada siibu supaya lihat bayi yang baru lahir itu. Kita akan minta siibu sebut secara jelas bahawa bayi itu lelaki atau perempuan. Kemudian setelah tali pusat dipotong, […]

Bahaya Aluminium dalam Vaksin?

Seorang netizen antivaksin mempersoalkan kenapa KKM tidak menggunapakai peraturan yang digunakan dalam akta USECHH 2000 mengenai had bahaya aluminium apabila terdedah kepada tubuh. Adakah kami juga hairan dosh malaysia tak buat kenyataan bantah? Aluminium dalam vaksin berbeza dengan aluminium dalam persekitaran seperti yang dinyatakan dalam akta DOSH. Nama pun DOSH (Department of Occupation Safety and […]

Tepuk-tepuk Sembuh Merawat Roh

Selalu sahaja tersebar promosi perubatan yang ajaib dan menakjubkan. Kami bukan nak merendah-rendahkan mereka, tetapi paling tidak keajaiban mereka merawat pesakit itu (jika benar berjaya), kembangkan lagi diseluruh negara. Contohnya seorang ahli pengubatan Islam yang siarkan dalam TV boleh mengubati pesakit yang lama lumpuh sehingga boleh berjalan. Memang menakjubkan, dengan beberapa kali tepuk dan gosok […]

Kerajaan Digesa Tegas Mengharamkan Ganja

Kita bimbang dengan gerakan yang cuba dibuat oleh ahli politik sekarang ini yang cuba menghalalkan penggunaan ganja dalam perubatan.[1] Walaupun atas alasan manfaat perubatan, tetapi ianya masih lagi menjadi satu kesangsian kita kerana akan berlaku penyalahgunaan ganja pada kemudian hari.[2] Maklumat yang kita perolehi, kumpulan yang bersungguh-sungguh sangat menghalalkan ganja itu dipelopori oleh pemain-pemain industri […]

Sejarah Hitam Tercatat Akibat Lantik Vaksin-skeptik Sebagai Pemimpin

Semoga sejarah ini diambil iktibar seluruh dunia apabila kerajaan baharu Italy memecat pakar-pakar yang membuat polisi kesihatan negara.[1] Gerakan antivaksin dinegara terbabit terlalu kuat mendesak sehingga memberikan tekanan kepada ahli-ahli politik yang bertanding untuk memerintah Italy. Kempen-kempen pilihanraya Umum di Italy sebelum 4 Mac 2018 lalu termuat janji-janji yang ingin mengkaji semula polisi kerajaan semasa […]

Perubatan dari Al Quran

Saat sedih sebagai doktor muslim adalah ketika pesakit menolak rawatan perubatan moden kerana percaya bahawa al Quran/pemakanan sunnah dan Perubatan alternatif boleh menyembuhkan penyakit yang mereka alami. Biasanya pesakit jenis ini mengalami penyakit yang tidak nampak jelas secara zahir seperti kencing manis, darah tinggi, kanser dan beberapa penyakit kronik yang lain. Sebagai doktor muslim, kita […]

Dakwa Herba Sebagai Ubat

Masih ada lagi masyarakat yang keliru berkenaan bahan makanan atau herba yang dijual di pasar malam atau jualan langsung itu boleh gantikan ubat atau tidak. Promosi yang disebarkan itu cukup mengujakan sehingga segelintir jurujual sanggup menipu demi dapatkan keuntungan. Sedangkan produk yang mereka pamirkan itu bukan kategori ubat pun. Mungkin ianya termasuk dalam kategori pemakanan […]

Buang Asid dalam Badan atau Bersedia untuk Mati???

Saya syorkan orang ramai tidak sebarkan info salah berkaitan “bahaya makanan berasid” dalam group sosial masing-masing. Ianya ditulis oleh seorang yang banyak menimbul kekeliruan dan menakut-nakutkan orang ramai. Sebelum ini beliau pernah menulis berkaitan minum air sejuk dipagi hari boleh rosakkan buah pinggang, bahaya ultrasound bayi dan beberapa isu lagi. Teguran oleh pakar telah pun […]

Ketum Lebih Banyak Mudarat Kesihatan

Para penggemar ketum melompat gembira apabila terdapat satu laporan akhbar dalam talian yang melaporkan ketum mempunyai khasiat perubatan. Kononnya juga laporan tersebut memetik hasil kajian dari seorang pensyarah di sebuah uiniversiti tempatan Malaysia. Saya membaca dengan teliti setiap ulasan yang ditulis oleh wartawan itu. Sayugia saya merumuskan bahawa ketum masih lagi berbahaya untuk kegunaan awam. […]