Pesanan Makanan Lemak Babi dari Dr Safurah Jaafar 

​*#SENARAI_MAKANAN_UNSUR_BABI_PALSU* Ada manusia tidak pernah belajar untuk mencari ketepatan dan kesahihan sesuatu berita. Terima sahaja, berita yang berbentuk sensasi terus disebarkan tanpa selidik terlebih dahulu. Sedangkan sebagai muslim kita dianjurkan tabayyun sesuatu berita yang diterima. Kini diviralkan kembali satu tulisan yang kononnya kenyataan rasmi dari Dr Safurah Jaafar (Kini menjawat sebagai Pengarah BPKK). Antara kenyataan […]

Dakwaan Hospital Makkah Sepi

Rekaan cerita dari penulis yang tidak diketahui sumber asal menjadi isu viral sehari dua ini. Tulisan itu mengambil “testimoni” sebuah klinik yang sepi kerana hebatnya penduduk di Makkah beramal dengan sunnah. Tajuk artikel itu menjadi tandatanya. Dengan meletakkan tajuk besar “DI MAKKAH HOSPITALNYA SEPI, BERBEZA DGN DI MALAYSIA. YANG MEMBEZAKAN ADALAH AQIDAH DAN SYARIATNYA.”, seolah-olah […]

Terapi Bawa Maut 

#Larangan_Keras_Tiru_Kaedah_Ini Saya terkejut apabila membaca satu laman facebook yang paparkan kaedah merawat ‘varises’ (Varicose Vein). Menurut penerangan beliau bahawa darah/toksid dan sel-sel darah mati terperangkap dalam saluran vena berpuluh tahun lamanya. Akhir sekali rawatan yang diberikan adalah menebuk varicose vein tersebut agar darah keluar. Suka saya memberi nasihat kepada seluruh pembaca sekalian agar jangan mudah […]

Homeopati Bukan Vaksin 

Bertuah sungguh saya apabila digabungkan berforum dengan beberapa individu hebat seperti Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Homeopati Malaysia.  Penegasan demi penegasan dihujahkan oleh beliau yang menyatakan homeopati bukan ubat gantian kepada vaksin. Masih terngiang-ngiang ditelinga ucapan padu beliau dalam memetik salah satu kenyataan Pertubuhan Homeopati British “Homeopathy cannot substitute vaccine”.[1] Jelas dan kuat hujahnya. Malah, […]

Rawatan Methadone bukan Rosakkan Penagih Dadah

Saya cukup tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh seorang peguam tersohor Kamarul Irzuan, dalam blog beliau.[1] Tulisan beliau berkisar mengenai kegagalan program rawatan ketagihan dadah kumpulan opiate (heroin) dengan menggunakan ubat bernama methadon. Program rawatan sirap methadon ini telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak tahun 2005. Beliau juga mengaitkan dengan beberapa fakta kajian antarabangsa […]

Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden?

Saya diminta mengulas satu artikel dari blog yang bertajuk Agenda Jahat dalam Industri Perubatan Moden. Awalnya saya berbincang dengan rakan-rakan, agar tidak perlulah melayan blog picisan tersebut.[1] Tetapi semakin ramai para netizen dan pengguna media sosial lain share. Mereka share demi untuk dapatkan kepastian dari pihak berwibawa, adakah benar tulisan tersebut? Jika saya menjawab isu […]

Vaksin Sebagai Tentera Badan 

Oleh: Asst. Prof Hamzah Mohd Nasir  UIAM Isu vaksin sangat hangat diperkatakan ketika ini. Apakah kita faham bagaimana vaksin berfungsi dan apakah objektif pengambilan vaksin di dalam program imunisasi? Untuk mudah memahami situasi, saya suka menggunakan contoh mudah ini. Sel imun (sel darah putih) kita adalah sebagai barisan tentera manakala virus sebagai musuh, dan badan […]

Kepalsuan Bedah Batin 

Oleh: Dr Abdul Rahman Kadir  Kadang kala kami tak faham kenapa bila orang sakit mereka datang ke hospital.  2 bulan lepas ada seorang pesakit yang datang mengadu kencing berdarah dan sakit belakang. Pandai pula dia datang ke jabatan kecemasan. Saya beri ubat dan scan dia. Kelihatan batu karang di buah pinggang dia dengan jelas. Ujian […]

Bisa Durian dan Habbatussauda? 

Oleh: Dr Mohd Syamirullah Seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas,  kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang […]

Vaksin Bagi Jemaah Haji 

Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya. *Vaksin / Pelalian* Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan […]

Tapak Semain Vaksin dari Janin dan Ginjal Monyet…..Betul ke?

*TAPAK SEMAIAN VAKSIN DARIPADA JANIN DAN GINJAL MONYET TAPI……BACA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT* Alasan yang selalu disebut oleh golongan antivaksin adalah bahan kandungan vaksin itu syubhah atau haram. Hujahnya, sesuatu yang syubhah adalah haram. Mencari sesuatu yang halal adalah wajib. Lantas dicari oleh mereka dalam dunia cyber bahawa bahan yang terdapat dalam vaksin mengandungi babi, […]

Lembaran Raya Buat Sahabat

29 Ramadhan 1437H Bukit Besi, Dungun ﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُه Kehadapan Dr Rohaidir yang dihormati,      Selamat berpuasa Ramadhan al mubarak dan beramal ibadah didalamnya sehingga penghujung bulan nanti. Seterusnya menyambut perayaan Aidil Fitri yang menjelang tiba. Maaf zahir batin saya hulurkan. Mungkin tuan Dr tidak mengenali saya dan saya pun tidak pernah […]

AEFI Tidak Pernah Dinafikan Sebaliknya Sering DISALAHERTI

Ramai rakan taulan yang mengikuti perkembangan tulisan saya mengenai isu vaksin bertanya tentang dakwaan kesan sampingan yang serius sehingga nak kiamat dibuatnya. Sudah berkali-kali saya sebut dalam penulisan sebelum ini bahawa kami di pihak kedoktoran ini tidak menafikan ada kesan sampingan. Antara yang pernah saya tulis [1]: “Penentangan yang selalu juga ditimbulkan oleh sesetengah golongan […]

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Sokong Vaksin

[24 jun 2016] SYUKUR diberi peluang untuk berdiskusi dengan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) di rumahnya, Rusila pagi tadi. Hasil dari jemputan anak beliau Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi untuk membincangkan isu hangat vaksin yang diperdebatkan kini. Perbincangan ini merentasi sempadan politik dan kemelut negara. Tumpuan hanya isu vaksin. TGHH dengan […]

Minum Air Secara Berdiri Boleh Rosakkan Buah Pinggang?

‪#‎MedTweetMY‬ *Penjelasan*: Anatomi sistem perut tidak bersambung direct dgn sistem pundi kencing. Tidak benar wujudnya satu penapis (spinchter) seperti yang disebut itu kerana air yang diminum akan masuk ke sistem penghadaman seperti perut dan usus, kemudian di serap kedalam sistem darah. Dari sistem darah, barulah kumuhan darah akan dikeluarkan melalui buah pinggang. Terlebih sadis lagi […]

Pemakanan Sunnah dan Vaksin

Isu: Kenapa Kementerian Kesihatan tidak menjalankan kesedaran supaya memilih makanan yang baik-baik dan halal?. Berapa ramai masyarakat sekarang tidak menjaga kesihatan mereka dengan mengambil perubatan dari barat! Sebenarnya terdapat kaitan pemakanan sihat dengan sistem imuniti. Apa yang mereka makan, itulah yang membentuk mereka. Secara fitrahnya Allah sudah turunkan habbatus sauda sebagai ubat yang boleh menyembuhkan […]

Vaksin Oral Polio Terbukti Selamat

Menjadi perbincangan umum berkaitan dengan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia menukar kaedah pemberian vaksin Polio dari jenis oral (titik dalam mulut- OPV) ke jenis suntikan (IPV). Ramai yang menuduh pihak KKM tidak bertanggungjawab dan sengaja terus memberi vaksin jenis oral (OPV) kerana elakkan pembaziran. Inilah menjadi masalah dalam masyarakat yang kononnya terdapat tulisan ingin menyedarkan kepunahan […]

Daun Rerama, Keladi Tikus, Durian Belanda Rawat Kanser?

Assalamualaikum Warahmatullah ================ kepada: Dr. Suhazeli kategori: Kanser Rahim soalan: Assalamualaikum Dr. Adakah amalan minum ais ketika haid, menjadi punca berlakunya cyst, fibroid dan dll yang sama waktu dengannya? Adakah ini satu fakta@auta? Soalan tambahan: Apakah benar message ni? ??? DAUN RERAMA ??? . Pernahkah dengar tentang ‘DAUN RERAMA’ ? . Tahukah anda bahawa daun […]

Vaksin Bukan Penyebab Autism

Selamat menyambut minggu imunisasi kebangsaan bermula 23 April sehingga 29 April 2016. Bulan April dipilih mungkin kerana penemuan pertama vaksin Polio oleh John Edward Salk 12 April 1955. Berikut adalah kenyataan rasmi dari badan berautoriti dunia (CDC – Center of Disease Control bawah seliaan WHO) berkaitan isu autisma dan vaksin. Ganguan Spektrum Autisme (ASD – […]

Jus Betik, Sup Ketam dan Air Karbonat Ubat Denggi?

Adakah benar Jus Betik, Sup Ketam, air berkarbonat dan Jus Serai Ubat Denggi? 1) Kes demam denggi seluruh negara pada 4 minggu pertama tahun ini naik mencanak dan paling tinggi jumlahnya sejak tiga tahun lepas (dalam 4 minggu pertama tahun 2014 dan 2015). Kejadian wabak ini sudah tentu mendatangkan kerisauan kepada seluruh masyarakat. Justeru pelbagai […]