Vaksin COVID-19 bukan Penyebab Bell’s Palsy

Masih terdapat lagi segelintir pihak yang cuba memperburukkan vaksin dengan mengatakan bahawa selepas cucuk vaksin COVID-19, akan berlaku Bell’s Palsy (Serangan saraf muka sehingga muka menjadi herot). Apabila isu ini diulas oleh orang yang menentang pemberian vaksin, mereka akan mengulas ke arah yang lebih negatif di mana ulasan mereka akan ditokok-tambah singgah ada di antaranya […]

Teori Konspirasi COVID-19

Orang percaya dengan teori konspirasi akan cuba sedaya upaya mengajak orang lain juga percaya seperti mereka dengan teori itu. Itulah lumrah. Sama juga dengan orang yang percaya bumi ini leper, bermati-matian mereka pertahankan hujah bahawa bumi itu leper. Pelbagai hujah pelik dikemukakan oleh mereka bagi menegakkan benang basah. 1️⃣ Antara kepercayaan yang mereka selalu sebarkan […]

MAKANAN SUNNAH atau SUNNAH PEMAKANAN?

1. 🥗 Tidak semesti semua jenis makanan yang disebutkan di dalam al-Quran atau hadis boleh terus ditempel dengan lebelan “makanan sunnah” selagi tidak disebutkan menerusi nas tentang kelebihan yang khusus atau disuruh untuk memakannya. 2. 🥗 Tidak dinafikan khasiat saintifik yang terkandung pada makanan yang disebutkan di dalam al-Quran atau hadis, namun ia tidak boleh […]

Vaksin Haji Tiada Babi

Netizen bertanya, bagaimanakah antivaksin pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan haji, sedangkan mereka menolak vaksin dan menuduh semua vaksin mengandungi babi? Semoga Allah merahmati mereka dan kita dalam menyempurnakan ibadah. Vaksin meningokokal adalah dipolisikan wajib sebelum ke Tanah suci. Arahan mewajibkan vaksin meningokokal tersebut adalah sejak tahun 2001 lagi kerana berlaku peningkatan kes meningokokal yang […]

Vaksin vs Pemakanan Sunnah

Secara umum, sistem pertahanan badan terbahagi kepada dua iaitu 1️⃣ Imuniti semulajadi (innate immunity) 2️⃣ Imuniti penyesuaian (adaptive immunity). Inilah yang dinamakan sistem imuniti Imuniti semulajadi merupakan tindak balas pertama dalam badan sekiranya badan diserang kuman. Tindak balas ini bersifat tidak khusus kepada mana-mana kuman. Ianya juga sementara dan tidak dapat bertahan lama. Sekiranya kuman […]

Vaksin Punca Autism

Vaksin Punca Autism? Oleh: Nurul Fadhilah Salleh Andrew Wakefield dan rakan-rakan dalam kajian mereka pada tahun 1998 yang melibatkan 13 kanak-kanak telah mengaitkan vaksin MMR sebagai punca autism. Dalam kajian tersebut, mereka berteori bahawa vaksin MMR telah menyebabkan inflamasi pada bahagian usus kanak-kanak, menyebabkan sejenis ‘protein misteri’ merentas keluar dari usus, mengganggu perkembangan otak kanak-kanak […]

Adakah Ubat Herba China Merawat COVID-19?

Adakah KKM menggunakan Herba dari China untuk rawat COVID-19? – Jawabnya belum pasti. . Apakah pandangan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai penggunaan herba di China bagi merawat pesakit COVID-19? – Jawabnya, herba bukan rawatan utama. Ianya tambahan. Lihat kenyataan Datuk DG minggu lepas. . Apakah terus kita boleh pergi kedai herba China dan beli seterusnya […]

MITOS MITOS BERKAITAN COVID-19

🧐Berjemur di cuaca panas boleh merawat COVID-19 Terdapat beberapa tuntutan yang mengatakan virus COVID-19 mati pada suhu tinggi. Walaupun pernyataan ini mempunyai asas, ini tidak bermaksud berjemur di tengah panas boleh menyembuhkan pesakit yang dijangkiti COVID-19. Selain itu, pakar menjangkakan peranan iklim dan suhu sesuatu negara tidak memberi impak dalam penularan virus ini. Amalkan langkah […]

DOKTOR TERNGANGA BILA MINYAK ZAITUN GANTI RAWATAN SAKIT JANTUNG

. “Encik wajib beli produk ni. Ada pelanggan saya beli sebotol dua minggu lepas.” Sambil menghulurkan sebotol minyak zaitun kepada saya. Itulah Sapaan awal seorang jurujual di sebuah pekan sempadan Malaysia. . “Patutnya beliau diberi temujanji pakar untuk buka (bedah) saluran jantung minggu lepas. Tetapi setelah amal minum minyak zaitun ni, jumpa doktor pakar semula […]

Bayi Otak Kuning

Kita ambik darah baby ni bukan suka suki nak ambik. Ada alasannya. Kita nak lihat peratus kuning dalam darah. . Di badan baby kita boleh lihat kuning dia setakat mana, nak confirm takat mana serius atau tak, mesti kita cucuk dan test dalam makmal. Namanya test kuning tu untuk tahu jumlah serum bilirubin. . Benda […]

Tiup Air dalam Bejana

Terdapat dalam beberapa kitab ulama yang membincangkan mengenai hukum meniup air dalam bekas yang panas. Pelbagai huraian telah dibuat oleh mereka. Ada diantaranya menyatakan haram, ada juga yang makruh dan mengharuskan perbuatan itu. Cantik sungguh perbahasan mereka demi menjaga teguran Rasulullah SAW mengenai isu tersebut. Antaranya terdapat hadith bahawa Rasulullah SAW melarang daripada bernafas dalam […]

Bomoh Bukan Pakar Kanser

Ramai yang tahu bahawa mereka menghidapi penyakit tetapi tidak mahu berubat lanjut. Sudah banyak kes saya temui, doktor mengesahkan beliau kemungkinan menghidapi kanser, tetapi enggan dirujuk ke hospital dengan alasan ingin berubat kampung. Selang beberapa ketika, diberitakan bahawa beliau sedang nazak di hospital kerana kanser telah sampai tahap 4. Tahap yang hanya menunggu kematian menjengah. […]

TB Akibat Jin

Penyakit TB itu sejenis penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan pesakit batuk, demam dan kurang selera makan. Jika tidak dirawat penyakit ini boleh membawa maut. Sebelum penemuan antibiotik, Tb membawa kematian seorang dari 7 penduduk dunia. Penyakit ini sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama, cuma kuman tersebut tidak dapat dikenal pasti secara sahih. Mereka tahun bahawa […]

Sembuh Tanpa Ubat

Sudah acap kali kawan-kawan minta saya beri ulasan tentang poster program SEMBUH KENCING MANIS / KANSER TANPA UBAT. Tanpa prejudis kepada mana-mana pihak, saya suka berikan nasihat agar menjauhkan diri dari terjebak dalam program tersebut. Apa yang saya perhatikan bahawa, melalui iklan itu seolah-olah pihak berkenaan menghina reputasi profesion perubatan. Secara tersirat, mereka menuduh rawatan […]

Mati Akibat Vaksin?

Sekali lagi antivaksin cuba kelirukan masyarakat. Hujah yang cuba dibawa adalah kematian dua orang bayi pada tahun 2009 [1]. Atas nama kealpaan masyarakat yang tidak membaca penuh laporan, mereka cuba memanipulasi laporan yang dibuat oleh MADRAC itu. KKM melalui NPRA adalah badan telus yang menyediakan laporan setiap kesan sampingan ubat termasuk juga vaksin. Orang ramai [...]

Jangan Dengar Nasihat ini?

Dari segi logik memang tak logik sebab etiologi (punca asal / penyebab) serangan jantung atau stroke adalah saluran darah jantung atau otak tersumbat/pecah. Mana mungkin tumit kaki dikaitkan untuk merawat? Hatta dalam ilmu refleksologi pun tidak begitu. Namun bagi pesakit stroke mungkin kaedah jinjit kaki ini salah satu dari fisioterapi. Fisioterapi adalah satu kaedah untuk […]

Vaksin Punca Ekzema?

Ekzema adalah penyakit hypersensitivity kulit. Hypersensitivity bermakna kulit seseorang itu terlalu sensitif. Terkena bahan tertentu sedikit je terus bengkak. Bahan tertentu ini kita panggil trigger. Contoh trigger adalah debu, bahan kimia dan bulu kucing. Bermakna kalau ada terkena trigger, orang yg ada ekzema itu akan kena serangan ekzema atau kita panggil sebagai flare. Vaksin, tidak […]

Vitamin A Untuk Pesakit Measles

Berkokok jua akhirnya golongan antivaksin (gavaks) memperli KKM memberikan vitamin A sebagai salah satu rawatan terhadap pesakit Measles orang asli di Kuala Koh, Gua Musang. Mereka mula mendabik dada bahawa akhirnya doktor-doktor KKM mengakui vitamin penting bagi merawat penyakit-penyakit yang boleh dicegah (Vaccine Preventable Diseases) dengan vaksin seperti Measles. Sebelum ini mereka (gavaks) memang lantang […]

Etika Perubatan

Dapat berita seorang doktor yang ditangkap kerana membuka premis klinik tetapi tiada lesen amalan tahunan. Doktor itu bukan calang-calang juga masyhur di kalangan masyarakat setempat. Maka timbul persoalan di sini, adakah ilmu doktor itu salah sehinggakan kena tangkap dek kerana tiada sijil amalan atau sijil membuka premis? Cuba kita bayangkan analogi sebegini, macam saya laksanakan […]

Punca Pesakit Kencing Manis Mandul

Terima kasih atas soalan ini. Satu soalan yang kerap ditanya oleh pesakit. Ubat kencing manis bukanlah punca mandul. Tetapi sebaliknya kencing manis adalah salah satu punca tidak subur samada wanita atau lelaki. Apa yang pasti penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan ‘erectile dysfunction’ atau mati pucuk. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyerang […]