Hukum Vaksin: Serahkan Takrifan kepada Ahlinya

Seruan saya dalam wall fb.com/medtweetmy #MedTweetMY pada minggu lalu bersambut dengan beberapa bidasan panas dari pihak tertentu. Terima kasih kerana terasa. Sememangnya pun posting dihantar untuk jiwa terasa akan sentuhan tulisan kita. Kalau tidak terasa, tak faham, tak bertindak apa yang patut, bermakna hati kita sudah mangli. Arakian setiap kali dalam tulisan lepas, saya menyatakan […]

Respons dari Artikel “Vaksin Tuntutan Maqasid Syariah”

Saya mengucapkan terima kasih kepada team #MedTweetMY yang bersungguh memuatkan artikel saya berkaitan Vaksin Tuntutan Maqasid Syariah. [Artikel asal] Ramai netizen yang memahami maksud yang cuba disampaikan, lantas dishare ke wall masing-masing. Terdapat juga pihak tertentu yang mengambil sisi sebaliknya sehinggakan terus menghina dan menuduh saya dengan ucapan yang diluar dari adab seorang Muslim [Link […]

Vaksin adalah Tuntutan Maqosid Syari’yyah

Saya menyeru agar kita semua melihat akan kejayaan yang telah diraih melalui pemberian vaksin kepada seluruh umat manusia sejak berkurun lamanya. Sebagai contoh, dalam tempoh 14 tahun (2000 – 2014) pemberian vaksin Campak telah menyelamatkan 17.1 juta nyawa kanak-kanak daripada diserang penyakit Campak (measles) seluruh dunia [1]. Begitu juga dengan beberapa penyakit berjangkit lain yang […]

Virus Zika dan Agenda Yahudi

Kesihatan sesaorang bukan bergantung kepada pemberian vaksin semata-mata. ianya dipengaruhi oleh persekitaran, pemakanan dan kesihatan spiritual. Hidup mati pun Allah yang tentukan. Cuma Islam memberi ruang berikhtiar bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna dan sihat. Semasa negara merdeka, jangka hayat penduduk negara kita adalah 55.8 tahun. Setelah kita menjalani kehidupan yang  lebih sihat dan mengamalkan […]

Regulasi e-rokok dan Vape: Dulu, kini dan akan datang.

oleh Mohammad Fadzly [Artikel Asal disini] Saya tertarik dengan dialog yang telah diadakan oleh rancangan Bella di NTV7 pada 16 Nov 2015 yang lepas. Saya dapat menyaksikan kesungguhan En Samsul Kamal Ariffin, Presiden MOVE, dalam mengetengahkan isu vape yang jelas sekali berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh seorang menteri, iaitu vape sebagai aspirasi anak muda.[1] […]

Vape Sebagai Alternatif Terapi Gantian Nikotin?

#SayNoToVape #StopSmoking 1. Ketagihan Nikotin melalui pelbagai kaedah era kini menjadi satu cabaran baru kepada pengamal perubatan. Terbaru adalah dengan wujudnya rokok elektronik (e-cigs) atau Vape. Ianya menjadi bertambah sukar kerana ketagihan nikotin seperti Vape diluar kawalan dan tiada piawaian standard. Akan tetapi para penggemar Vape menjadikan alasan bahawa Vape adalah alternatif terbaru untuk mereka […]

Kenapa Vape di Rampas KKM

Ramai yang mengajukan soalan kenapa Kementerian Kesihatan bertindak merampas Vape, tetapi rokok boleh dijual bebas tanpa ganguan. 1. Kementerian Kesihatan bertindak atas kapasiti dan bidang kuasa yang sedia ada sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Di mana, Vape yang mempunyai racun nokotin sahaja akan dirampas kerana menyalahi akta Racun 1952 (Nikotin adalah racun kelas C […]

Haramkan Vape

Saya berdiri teguh di belakang Ketua Pengarah kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bagi menjalankan langkah pengharaman VAPE Di Malaysia. Berikut adalah beberapa sebab sokongan saya. 1. Vape diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan [Irsyad Fatwa ke 63: http://www.muftiwp.gov.my/]. Ianya disokong oleh ulama-ulama muktabar dunia seperti Sheikh Muhammad Saalih al-Munajjid. […]

Batuk untuk Rawatan Jantung

1. Saya terbaca satu tulisan tip kesihatan di media sosial yang memberi kaedah mudah jika anda terkena serangan jantung ketika bersendirian. “Tip kesihatan” dari tulisan tersebut menyebutkan bahawa sengaja batuk akan menyelamatkan nyawa ketika serangan jantung berlaku. Kononnya panduan kesihatan itu ditulis oleh seorang pakar jantung (Cardiologist) bernama Dr Ⓝ Siva. 2. Sebenarnya tulisan tersebut […]

Bahaya Ubat Gigi Tanpa Florida?

Saya banyak menerima banyak mesej melalui media sosial yang menyatakan florida yang terdapat dalam ubat gigi amat berbahaya dan boleh membunuh. Secara spesifik mesej berkenaan ber’kempen’ sejenis ubat gigi buatan muslim dan bumiputera.

Aurat Wanita Ketika Bersalin adalah Rukhsah

Aurat wanita: Rukhsah bukannya Darurat Tugas seseorang yang bernama petugas perubatan sungguh mulia. Membantu menyelamatkan nyawa manusia dan menghilangkan kesakitan kepada pesakit (Dengan tidak dinafikan bahawa segalanya adalah ketentuan dari Allah jua). Sesiapa yang menceburi bidang ini, samada doktor, jururawat atau seumpamanya, adalah khusus bagi menolong kehidupan manusia sejagat. Inilah kemahiran yang sukar diperoleh. Malah […]

Ubat tiada logo Halal?

Cetakan semula “Ok encik, boleh ambil ubat yang saya tulis ni di kaunter ubat. Makan 3 kali sehari. Satu biji sekali makan”. Nasihat biasa yang aku sampaikan setiap kali mengakhiri sesi klinik bersama pesakit.  “Terima kasih doktor atas khidmat nasihat dan pemeriksaan tadi. Em…tapi saya tak nak makan lah ubat yang doktor tulis tu”. Katanya […]

Naturopati vs Alopati: Siapa lebih Islamik

Tulisan Dr Harmy Mohd Yusof Pensyarah dan Pakar Perubatan Keluarga USM [Menjawab beberapa persoalan pro-naturopati berkaitan perubatan dan pengubatan moden sebagai tidak Islami dan bertentangan dengan SunnatulLah] Kalau natural remedy boleh dibuktikan sebagai ubat contohnya seperti penicilin tak ada salahnya untuk ia dijadikan ubat. Apa beza Penicillin yang dihasilkan di makmal dengan mould yang ada […]

Budayakan Ilmu dan Intelek di Kalangan kita

Mari kita melihat dan merenung firman Allah Taala dalam surah Al Anfal ayat 60 yang bermaksud: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang […]