Prof Imelda Sedih

PROF IMELDA SEDIH

Terjemahan posting Prof Imelda Balchin pagi ni.

.

Hari ini saya sedih, dan hari ini saya berkabung sedih.

.

Cabaran paling besar sepanjang program (Analisis TVAH malam tadi) adalah tidak membiarkan air mata saya mengalir dan saya tidak kelihatan beremosi.

Semasa duduk dikerusi pentas, sejurus sebelum siaran berlangsung, mata saya terpandang seorang wanita, senyumannya terukir jelas walau disebalik kilauan kamera. Kemudian beliau meminta izin untuk mendekati saya di pentas. Beliau mara ke depan dan berkata: “Prof, ini untuk anda, terima kasih.”

.

Saya membalas, “Oh hello, hadiah ini untuk apa?”

.

Beliau menjawab: “Prof, Amy Karmila adalah kawan karib saya. Saya hanya ingin ucapkan terima kasih.”

.

Saya cukup tersentuh dan terharu sehingga mata saya berkaca menangis.

.

Saya berkata, “Takziah, maafkan saya, tolong maafkan saya…” Kami berpelukan ringkas kerana program sudah hendak dimulakan.

.

Sahabat karib wanita itu adalah (arwah) Amy Karmila semasa bersalin 5 tahun lalu. Arwah bersalin di rumah dengan seorang mendakwa diri sendiri sebagai doula bertauliah dan ‘Guru Bersalin’, juga mendakwa semua kelahiran manusia adalah proses fisiologi, juga doula tidak bertauliah perubatan yang tidak mengenalpasti situasi kecemasan, kecuali hingga (pesakit) sudah terlalu lewat.

.

Kemudian dia (doula) menghilang disebalik orang ramai, saya (sekarang) bersemuka dengan doula, duduk sebelah saya. Doula inilah yang mentauliah diri sendiri juga turut berada di sisi Amy Karmila, di hari itu dia (Amy) bersalin, di hari itu dia mati, bersalin secara lotus, tanpa kehadiran seorang pun pembantu kelahiran yang mahir.

.

Tetiba saya mendapati diri saya diselebungi sayu kesedihan sepanjang program berjalan. Sangat jelas bahawa doula yang berada tepi saya ini masih tidak sedar diri apa yang beliau telah lakukan. Sangat jelas doula yang berada tepi saya ini tidak belajar dari kesilapan lalu.

.

Di wad bersalin, kami bekerja secara kumpulan mahir untuk selamatkan satu nyawa. Walaupun sepanjang hidup kami bergelumang dengan latihan dan pengalaman, kami tidak sesekali bertindak bersendirian. Kami bergerak secara kumpulan.

.

Terlebih yakin boleh membunuh!

.

Terjemahan suhazeli.com, dari Facebook Prof Imelda Balchin https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156107307496659&id=679746658

15 Karenah Doula Malaysia

Sepanjang perbincangan kami dengan pihak doula di Malaysia, inilah permintaan dan kelakuan mereka:

.

1) Tiada doktor lelaki dalam Bilik Beranak (LR). Isu aurat wanita yang dilihat oleh menjadi topik utama berbanding dengan keperluan dan rukhsah semasa merawat. Mungkin boleh diperbincangkan lanjut, malah ramai agamawan telah memberikan pendapat sesuai dengan situasi dalam negara kita.

.

2) Doktor tidak dibenarkan buat pemeriksaan anggota kemaluan (Vagina Examination – VE). Sebab dikira sebagai mencabul (birth rape) kehormatan wanita menggunakan jari jemari. Tambahan pula jika doktor pelatih yang buat- Lelaki pulak tu. sadis. Doktor yang merawat hanya mengintai bentuk perut dan tunggu bayi keluar sahaja.

.

3) Tiada ubatan yang boleh membantu proses kelahiran seperti pitocin atau percepatkan pengecutan rahim setelah bersalin sepert Syntocinon. Begitu juga ubat-ubatan lain seperti ubat penahan sakit. Mereka mahu kelahiran itu senatural mungkin. Segala campur tangan ubatan seolah berdosa besar.

.

4) Posisi ibu semasa bersalin boleh ubah. Tidak hanya kepada satu posisi sahaja seperti yang diamalkan di hospital kerajaan sekarang. Mereka akan mengagung-agungkan hospital swasta yang boleh benarkan mereka bersalin dalam pelbagai posisi ikut kemahuan para doula. Samada posisi berdiri, mencangkung, menunggeng, meniarap, ikut graviti, dalam kolam dan banyak lagi yang diajarkan oleh doula kesayangan mereka. Kata mereka kaedah itu adalah fitrah seperti haiwan gajah, lembu, kambing dan sebagainya. Bukan ke proses kelahiran itu satu fisiologi normal dan fitrah kepada manusia? Saidatina Maryam, bonda Nabi Isa pun bersalin sambil mencangkung bawah pokok tamar, tambah mereka lagi. Itulah soalan yang selalu diungkit-ungkitkan.

.

5) Suasana bilik beranak penuh dengan ritual keagamaan seperti ada music, nasyid 🎧 atau bacaaan Quran sepanjang masa.

.

6) Ibu yang sedang bersalin jangan diikat dengan mesin CTG (mesin periksa jantung anak dan kontraksi rahim) kerana ganggu pergerakan. Bahkan mesin itu semua adalah alatan barat yang direka oleh Yahudi. Ultrasound pun boleh sebabkan autism, hujah seorang dari mereka yang diangkat sebagai doktor idola geng doula.

.

7) Tidak pecahkan ketuban (Artificial Rupture of Mambrane -ARM) dengan alatan besi atau plastik hospital. ARM adalah tidak alami, lalu ditempek beberapa kajian yang entah dari mana diceduk untuk dijadikan hujah secara terpilih itu – cherry picking).

.

😎 Tidak buat EPISIOTOMY. Menggunting daging kemaluan sudah tidak natural dan merosakkan organ yang Tuhan kurniakan. Organ itu adalah kehormatan wanita yang perlu dijaga. Jika menggunting semasa bersalin, bimbang akan rosakkan hubungan dangan suami selepas ini. Maaf terpasksa sebut- depa risau anggota anu tidak ket*t.

.

9) Benarkan suami masuk untuk rangsang hormon oxytocin secara natural. Ada kes mereka bercumbuan atas katil bilik beranak. Malu nurse dan doktor yang bertugas tengok aksi ranjang yang mereka lakukan. Atas alasan rangsang hormon cepat bersalin secara natural. Mungkin ada satu slibus khusus kut dalam kelas doula di Malaysia ni bab tersebut.

.

10) Tidak beri vaksin BCG, Vitamin K dan tolak vaksin secara total. Majoriti mereka adalah anti-vaksin, anti perubatan moden dan penjual produk kesihatan.

.

11) Doula akan mengarahkan siapa yang kendalikan kelahiran supaya lambatkan potong tali pusat bayi (Delay Cord Clamping >3 minit) dengan hujah darah dari tali pusat itu sumber imunisasi natural dari ibu. Malah dalam kes-kes doula yang terlibat itu sendiri bersalin di rumah semata-mata nak lari dari campur tangan anggota kesihatan yang mahir. Mereka tidak memotong tali pusat sehingga melebihi 12 jam. Kes kematian akibat kendalian doula semasa bersalin pun sudah cukup mengerikan kita.

.

12) Bagi kes berisiko yang telah melalui pembedahan semasa bersalin (c-section) sebelum ini, doula akan berkeras untuk tidak benarkan doktor membuat pembedahan berikutnya. Sehinggakan mereka membuka satu group facebook khusus untuk terus menghasut sesama mereka supaya bersalin normal walaupun penuh dengan risiko. Terutamanya bagi ibu-ibu yang telah mengalami pembedahan C-Section 2 kali dan ke atas.

.

13) Benarkan makan dan minum semasa beranak. Kalau boleh sediakan terus makanan sunnah di tepi katil.

.

14) Mereka menjalankan konsultasi perubatan dalam perawatan kes. Seolah-olah merekalah bidan, merekalah doktor dan merekalah peneman sebelum, semasa dan selepas bersalin. Dunia semakin canggih, konsultasi perawatan mereka pun boleh melalui telefon pintar.

.

15) Yang sahih, jelas dan benar bahawa mereka tiada asas dan kelayakan bidang perubatan pun. Hanya belajar melalui Youtube online selama 22 jam dan sudah meniktiraf sesama mereka sebagai doula bertauliah. Kursus sana-sini yang mereka sebagai “try and error” sambut bayi tu ada lah. Tetapi entah dari badan berautoriti dan badan berintegriti mana pun kita tidak tahu iktiraf kursus yang mereka ambil dan jalankan. Sijil-sijil doula yang mereka pamerkan dalam media sosial pun bukan dari mana-mana universiti dunia.

.

Sekian kompilasi yang sempat saya catat sepanjang tempoh berhujah dengan mereka di media sosial.

.

Jika rasa penting, boleh jawab sendiri falasi mereka itu. Jika catatan ni tak signifikan. Abaikan or delete. Mungkin benar, dan mungkin tidak benar!

.

Catatan dari suhazeli.com

Fb.Com/drsuhazeli

20.2.2019

Jerangau

.

P/s Mungkin Prof Imelda Balchin akan beri pencerahan pada malam jumaat nanti. Kita sama saksikan

Marijuana: Polemik Medical vs Kumpulan Ketagih?

POLEMIK MARIJUANA MEDIKAL; APABILA DESAKAN UMUM MELAMPAUI PENEMUAN SAINTIFIK

Oleh: Fahmi Hassan

Sains bukan demokrasi. Fakta tidak tertegak kerana ia popular. Fakta sains, seperti mana fakta-fakta yang lain perlu dibuktikan dengan kajian di atas landasan yang betul. Walau ia tidak popular, ia perlu dipertahankan atas alasan kebenaran.

Desakan beberapa tokoh politik untuk menghalalkan penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan membuatkan kami tertanya-tanya apakah mereka sebenarnya memahami apa yang mereka katakan. Adakah ia desakan yang dilakukan dengan berasaskan ilmu, atau kerana ia satu idea yang popular.

Awal Jun yang lalu, telah berlangsung mesyuarat World Health Organisation (WHO) Expert Committee on Drug Dependance (ECDD) kali ke 40 di Geneva, Switzerland. Mesyuarat ini dibuat khas untuk membincangkan bukti-bukti saintifik terkini berkenaan kegunaan marijuana untuk tujuan perubatan. Keputusan mesyuarat tersebut kami rumuskan di dalam artikel ini.

Beberapa kategori bahan berasaskan marijuana telah dinilai secara kritikal oleh pakar-pakar ternama dari seluruh dunia yang menjadi ahli di dalam mesyuarat tersebut iaitu:-

• Pohon kanabis dan resinnya

• Ekstrak kanabis

• Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC)

• Cannabidiol (CBD)

1) Pohon kanabis dan resinnya

Pohon kanabis mengandungi lebih dari 100 bahan aktif yang telah ditemui. Bahan aktif yang dianggap paling utama dalah CBD dan juga THC. THC dipercayai bahan utama dalam kanabis yang menyebabkan kesan psikoaktif.

Beberapa negara membenarkan penggunaan pohon kanabis dan resinnya untuk tujuan perubatan bagi indikasi sakit belakang, sukar tidur, sakit selepas kecederaan dan multiple sclerosis. Namun begitu, kajian penggunaannya bagi indikasi-indikasi tersebut masih berterusan kerana penggunannya belum dapat dibuktikan secara kukuh.

Apabila diambil, ia boleh menyebabkan kesan samping seperti loya dan gangguan fungsi motor dan kognitif. Ini menyebabkan pengambilnya tidak boleh memandu. Terdapat juga laporan risiko yang ia menyebabkan gangguan pernafasan, masalah degupan jantung dan koma dalam kalangan kanak-kanak.

Namun begitu, kebanyakan kesan samping yang berlaku adalah disebabkan pengambilan berterusan secara kronik. Pengambilannya secara kerap menyebabkan masalah kesihatan mental seperti keresahan, kemurungan dan masalah psikatrik. Ia amat mendatangkan bahaya kepada remaja kerana ia menyebabkan gangguan terhadap perkembangan otak.

2) Ekstrak kanabis

Contoh ekstrak kanabis adalah minyak, the dan nabiximol. Bahan-bahan ini biasanya diambil melalui mulut (makan/minum) dan juga disedut asapnya. Ekstrak kanabis juga mengandungi bahan aktif THC dan CBD.

Kajian mendapati beberapa bahan ekstrak kanabis ini berupaya mendatangkan ketagihan. Terdapat kes di mana sindrom withdrawal berlaku apabila pengambil bahan ini berhenti mengambilnya secara tiba-tiba. Ini dikatakan disebabkan oleh komponen THC di dalam ekstrak tersebut.

Kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan potensi ekstark kanabis menyebabkan ketagihan. Namun begitu, sekiranya bahan aktifnya dikaji secara berasingan, CBD kurang berisiko menyebabkan ketagihan berbanding THC.

Apa yang mendatangkan masalah adalah ekstrak kanabis tidak mempunyai formula yang standard. Kandungan bahan aktif di dalamnya bercampur-campur dengan kadar kepekatan THC dan CBD berbeza mengikut sediaan. Ini menyebabkan kawalan ke atas ekstrak kanabis sukar untuk dilakukan dan penggunaannya untuk tujuan perubatan tidak dapat dibuktikan dengan jelas.

3) Delta-9-tetrahydrocannabinol (THC)

Penggunaan THC sintetik (dronabinol) telah dululuskan oleh US FDA untuk beberapa indikasi seperti meningkatkan selera makan bagi pesakit AIDS dan mengurangkan loya dan muntah bagi pesakit kanser yang menjalani kemoterapi.

Kajian kegunaan THC ke atas indikasi-indikasi seperti dementia, kesakitan neuropatik, sakit abdomen, kesakitan kronik dan kemurungan masih belum dapat dibuktikan keberkesanannya secara jelas. Kajian-kajian lanjut diperlukan bagi memastikan sama ada ia boleh digunakan bagi indikasi-indikasi tersebut.

Pengambilan THC secara kronik telah dibuktikan mendatangkan ketagihan dengan jelas oleh beberapa kajian ke atas haiwan dan manusia. Tidak dapat dinafikan, THC berpotensi untuk disalahguna dan berisiko menyebabkan impak sosial.

4) Cannabidiol (CBD)

CBD adalah bahan aktif yang paling sering dikaji kegunaannya dalam bidang perubatan terutamanya untuk rawatan sawan. Ia telah dibuktikan berupaya merawat dua jenis sawan iaitu sindrom Lennox-Gastaut dan sindrom Dravet.

Kajian-kajian kegunaan CBD untuk rawatan asma, ketagihan, ubat tahan sakit, anti inflamasi, antikanser dan beberapa indikasi lain masih lagi di tahap pra klinikal dan belum dapat dibuktikan keberkesanannya dengan jelas. Walaubagaimanapun, CBD didapati tidak mempunyai risiko ketagihan dan tiada risiko disalahguna.

Melalui keputusan dari mesyuarat tersebut, kita dapati bahawa WHO masih lagi berhati-hati dalam menyarankan penggunaan marijuana medikal secara meluas. Kebenaran penggunaan perlu dinilai menggunakan kekuatan bukti saintifik dari masa ke semasa.

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang janggal bagi negara-negara yang masih berhati-hati termasuk Malaysia dalam menghalalkan penggunaannya. Ini bukan bermaksud negara-negara ini terkebelakang dan tidak menyedari potensi penggunaan marijuana untuk tujuan perubatan, akan tetapi mereka mempunyai neraca pertimbangan yang lebih teliti.

Impak sesuatu polisi perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh mereka yang benar-benar pakar. Masalah dan kepentingan setiap negara tidak sama kerana ia turut melibatkan budaya dan agama. Adakah penghalalan ini akan menyebabkan marijuana dipandang biasa dan akan mendatangkan masalah yang lebih besar seperti rokok dan dadah berat yang lain?

Realitinya, bagi indikasi yang kuat pembuktiannya, ubatan berasaskan marijuana telah pun wujud dan diiktiraf. Sama seperti kokain dan opium yang dikawal dengan ketat dan diberikan kepada pesakit hanya dengan indikasi yang betul oleh mereka yang benar-benar layak.

Bukankah kita telah berulang-ulang kali diajar oleh sejarah, polisi-polisi bersifat populis banyak yang akhirnya merugikan kita sendiri?

Fahmi Hassan

Pharmacist

Suplemen Bukan Ubat! Insaflah Wahai Teman. 

Oleh: Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi


Kebelakangan ini banyak produk makanan tambahan atau supplemen dalam pasaran bersilih ganti. Saya tiada apa-apa masalah dengan produk supplemen, namun apabila beberapa perkara dilanggar terutamanya bab pemasaran, ini memang pantang terutamanya bagi kami yang bekerja di bidang kesihatan.
Antara teknik pemasaran bagi melariskan jualan ialah dengan meletakkan pelbagai testimoni kononnya produk mereka ‘menyembuhkan penyakit’ atau ‘membantu kepada pemulihan penyakit’ terutamanya 20 penyakit yang dilarang pengiklanan mengikut akta seperti kencing manis, kanser, dan penyakit jantung.
Pesakit dengan 20 penyakit ini dikategorikan sebagai golongan yang ‘terdesak’ dan akan mencuba apa-apa sahaja atas nama ikhtiar. Di sinilah agen jualan akan ‘masuk jarum’ dengan pelbagai testimoni berkaitan penyakit ini. Demi bisnes yang dicari-cari, mereka hilang moral diri.
.
Testimoni.
Untuk makluman, penggunaan testimoni perubatan untuk produk makanan adalah melanggar Peraturan-Peraturan Iklan Makanan 2014. 
➡ [Bahagian II, 4(2)] Tiada  seorang  pun  boleh  mengiklankan  apa-apa  yang menyerupai testimonial,  pengendorsan  atau  mewakili  pendapat  atau  keutamaan mana-mana individu  atau  persatuan. 
➡ [Bahagian I] “testimonial”  ertinya  pernyataan  atau  pengakuan  atau  gambaran  secara langsung  atau  secara  tersirat  yang  dikeluarkan  oleh  mana-mana  individu berkenaan  keberkesanan  sesuatu  produk. 
Lebih malang, saya tidak nampak apa tindakan syarikat terhadap agen jualan mereka yang melanggar peraturan ini. Melalui satu komen, seorang agen mendakwa bahawa agen yang tidak beretika adalah kerana tidak hadir sesi taklimat berkala, maka ia bukan salah syarikat. Bolehkah syarikat mencuci tangan begitu sahaja? 😕
.
Testimoni realiti atau fantasi?
Testimoni yang bagus mereka ambil untuk dijadikan bahan pemasaran, malah ada juga yang merekacipta sahaja ataupun ciplak testimoni produk lain. Walaupun pelanggan mendapatkan rawatan moden pada masa yang sama, namun hanya produk yang akan dijulang namanya tanpa bukti bahawa ia disumbangkan oleh keberkesanan produk.
Manakala, apa-apa kesan buruk atau yang menyebabkan kematian, mereka akan nafikan dan minta bukti kukuh bahawa ia disebabkan oleh produk. Nampak double-standard mereka?
.
Produk, bukan bahan dalam produk.
Apabila diminta bukti kajian bahawa produk mereka ini memberi manfaat seperti yang diiklankan contohnya menyembuhkan penyakit atau membantu penyembuhan penyakit, maka diberinya kajian tentang ‘salah satu bahan dalam produk’, bukannya kajian tentang poduk ‘as a whole’. 
Nampak sama namun sebenarnya sangat berbeza. Lebih menampakkan kedangkalan mereka, diberinya blog atau testimoni semata-mata. Yang bijak sikit walau masih dangkal, mereka beri kajian peringkat makmal tentang ‘bahan dalam produk’.
.
Kajian RCT bukti sejati.
Seharusnya, bagi membuktikan keberkesanan produk, pihak syarikat perlu menjalankan kajian bertaraf ‘Clinical Trial’ atau ‘Randomized Controlled Trial’ (RCT) dengan menjadikan produk mereka sebagai Investigational Product. “Produk”, bukan “bahan dalam produk” dan pada dos-dos yang ditetapkan, bukan tentukan berapa sachet sesuka hati.
Kajian tahap RCT ini pun sebenarnya hanya mampu menentukan keberkesanan dalam persekitaran terkawal (efficacy), dan bukannya keberkesanan dalam dunia realiti (effectiveness). 
Untuk menentukan ‘effectiveness’, beberapa siri kajian lagi akan dilakukan. Inilah yang dilalui oleh ‘ubat’ sebelum boleh dipasarkan, malah lepas dipasarkan ia tetap dipantau ketat dan boleh ditarik semula jika dibuktikan bahaya. Semua indikasi, kontraindikasi, dos, dan info-info lain tercatat dengan jelas berdasarkan hasil kajian atas ‘produk’, bukan ‘bahan dalam produk’.
.
Doktor pun turut serta bukti produk berkesan.
Apabila ditegur, agen-agen ini akan memetik nama medical advisor mereka dan dijulang sebagai doktor senior. Jika sekadar doktor senior tanpa kepakaran dalam bidang sepatutnya, ia hanya boneka sahaja untuk melariskan jualan mereka. Atau mungkin juga doktor yang kononnya senior tapi sebenarnya Housemanship pun tak habis. 
Malah, mungkin sebenarnya mereka doktor phd dan bukannya doktor perubatan. Namun, apabila masyarakat dengar ia dijual oleh ‘doktor’, ramai terpedaya. Phd beli pun mungkin ada semata-mata untuk lariskan produk mereka.
.
Taja berjuta bukti produk berjaya.
Kejayaan syarikat untuk bertahan atau menaja berjuta-juta juga bukanlah indikator bahawa produk syarikat itu bagus. Ia boleh sahaja disebabkan oleh keuntungan yang dikaut melalui pemasaran tidak beretika. Jika mahu indikator keberkesanan produk, bawakan kajian tentang produk bertaraf RCT.
.
Teguran ikhlas.
Teguran buat agen jualan, janganlah jadi kakaktua mendengar apa yang upline atau syarikat kata. Jangan juga sekadar mendengar apa yang medical advisor syarikat kata yang tentunya ada ‘bias’. Positif positif juga, tapi jangan sampai diperbodohkan.
Mohd Fadhli Mohd Fauzi

19 Februari 2017

Kenapa Tiada Kajian atas Ubatan Sunnah?

Saya terima soalan dari netizen mengenai ubat-ubatan yang digunakan oleh orang ramai.
Soalan:
Dr. Pihak tuan memang tak pernah buat kajian ker atas Habbatus Sauda, Madu, Arabic Gum, Organik Pure Vinegar, Minyak Zaitun? Semua ni memang tak berguna langsung ker untuk kurangkan gejala penyakit. Kalau ada bagaimana?

Jawapan:
Saya yang berada diklinik kesihatan tidak membuat kajian secara khusus ubat-ubatan yang digunakan, kerana saya juga pengguna (end user). Kecuali terlibat dalam kajian klinikal (clinical trial) sesuatu ubat yang baru dalam proses pengsahihan keberkesaan, keselamatan dan kualiti. Ubatan untuk clinical trial ini sudah melepasi pra klinikal, fasa 1 dan 2 kajian yang dijalankan oleh pengkaji ubat.

Dalam dunia perubatan, apabila dakwaan sesuatu bahan itu boleh merawat atau mengubat sesuatu penyakit, maka dakwaan itu perlu dikemukakan bukti sahih dari kajian emperikal yang dijalankan. Termaktub dalam kaedah perubatan bahawa pembuktian itu wajib melalui fasa-fasa sebelum ianya berkesan dan selamat digunakan. Fasa kajian terbahagi kepada 5; Pra-Klinikal, Klinikal (Fasa 1 – 3) dan Pos-Kelulusan penggunaan. Setiap fasa ini penting bagi menjamin ketelusan, keselamatan dan keberkesanan ubat yang dipasarkan. Tindakan menarik balik kelulusan ubat boleh dikeluarkan dalam mana-mana fasa tersebut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas ketelusan, keselamatan dan keberkesanan ubat.

Kaedah ini digunapakai kepada semua jenis ubat moden dan ubatan alternatif kerana dakwaan sesuatu ubat boleh menyembuhkan penyakit memberikan implikasi besar kepada pesakit.

Amalan yang biasa dijalankan adalah, pihak yang mendakwa sesuatu bahan/ubat itu boleh merawat penyakit, maka boleh dikemukakan dokumentasi mereka kepada Badan Berkuasa Kawalan Dadah Kebangsaan KKM. Di sana pihak yang menemui atau mencipta ubat tersebut diberi peluang untuk pembentangan akan profile produk, mekanisma ubat, cara penggunaan, keberkesaan, keselamatan dan ketelusan.

Jika ianya benar-benar memenuhi kriteria yang ditetapkan itu, tiada masalah untuk digunakan dalam premis kesihatan atau dijual difarmasi-farmasi seluruh negara.

Malah saya pun teruja ingin menggunakannya.

Suhazeli Abdullah
Insan Faqir
Fb.com/drsuhazeli

23.1.2017
Dungun

Sudi Daku Tunjukkan Jalan

Nukilan isnin Pakar Perubatan Keluarga
Prof Harmy Mohd Yusoff, Timbalan Dekan UniSZA menulis secara ringkas tahap-tahap kajian saintifik yang dijadikan standard masa kini. Bermula dari aras 1 yang meletakkan analisis meta sebagai hairaki teratas sehinggalah tahap 4, penilaian terbaik pakar (best expert review) atau “case series”.[1] Inilah konsep terkini bagi menentukan sesuatu ubat atau kaedah berubat diterima pakai dalam perubatan. Adakah ianya qati’e dan tidak boleh dibantah oleh para pengamal perubatan? Tidak. Dunia perubatan senantiasa berubah-ubah. Namun inilah kaedah terkini, terbaik dan diterima pakai oleh semua ahli perubatan masa kini.
Perumpamaan ini boleh diiraskan kepada ilmu pengsahihan hadis Nabi. Jika mengkaji kesahihan hadis, para ulama mempunyai kaedah untuk menentusahkan kesahihannya. Samada hadis mutawatir, sahih hasan, hasan, hadith dhaif ataupun palsu.[2]
Ilmu mustholah dan takhrij hadis amat tinggi nilaiannya. Mereka mengkaji bukan sekadar bagaimana, di mana dan apa bentuk ayat yang dikeluarkan, malah siapa periwayat hadis pun diambil kira. Jika periwayat hadis tidak memenuhi kriteria, martabat hadis akan berubah aras. Malah jika periwayat hadis pernah berbohong dalam isu lain, hadis yang diriwayatkan itu juga dipertikaikan aras kesahihannya. Inilah ketelitian yang diberikan dalam ilmu pengeluaran sesuatu hadis.
Apabila berlaku pertembungan antara kesahihan perubatan dengan hadis-hadis perubatan, disinilah memerlukan penelitian dari ahlinya. Ahli dalam perubatan akan kemukakan bukti dari sudut ilmu sains dan pengsahihannya melalui kajian terkini. Mungkin ianya benar atau sebaliknya. Namun itulah cerapan sunnatullah yang dicatat oleh ahli dalam bidang perubatan. Para ulama juga akan dirujuk bagi mempastikan aras kesahihan sesuatu lafaz hadis tersebut. Jika ianya bukan dari Al Quran atau hadis, mungkin dari amalan para sahabat dan alim ulama sehinggakan ianya menjadi peraturan umum dalam mengambil kaedah untuk berubat itu. Andaikata sesuatu amalan perubatan itu masyhur dan banyak ulama diera tersebut amalkan, sudah tentu ianya ditulis dalam manuskrip-manuskrip kitab bagi panduan umat terdahulu.
Pendek kata pembuktian sains perubatan dan pembuktian nas Al Quran, hadis, ijmak ulama dan kias dijadikan panduan bagi menentukan sesuatu kaedah itu boleh digunakan atau tidak. Jika sekiranya ia dakwaan semata-mata tanpa dalil, bermakna satu pembohongan telah berlaku. Dalil tersebut semada dalil sunnatullah (ilmu akal/Sains) ataupun ilmu syariat. Ianya tidak bercanggahan antara satu sama lain.
Jika bab kajian emperikal dalam bidang sains perubatan, Klinik saya terbuka pada tuan-tuan untuk dapatkan khidmat nasihat. Atau jika sudah ada bukti hujah, boleh kemukakan bukti berkenaan secara method kajian yang betul. Jika tak dapat buat case control study pun tak apa. First level buat dulu observational study. Retrospective data collection. Robust study sampling minimum 30 subjects. Dapatkan semua pesakit yang tuan dah rawat guna kaedah tu dan buat statistical analysis. Jika tak pandai buat persampelan, kemasukan data ke program statistik spt SPSS atau seumpamanya, saya offer untuk ajar. Buku panduan statistik dan SPSS pun saya boleh beri free jika nak.
Sedia tunggu.
Pautan
[1] Aras Evidence Based Medicine. http://suhazeli.com/wp/?p=2123
Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Klinik kesihatan Ketengah Jaya
Dungun.
Fb.com/drsuhazeli
30.1.2017

Syarikat Ubat Rasuah Doktor? 

Oleh: Prof Dr Harmy Mohd Yusoff, Pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA.


Akhir-akhir ini terdapat banyak dakwaan berkaitan dengan isu perubatan berlegar secara meluas di alam maya. Ini termasuklah isu isu berkaitan dengan keberkesanaan sesuatu rawatan, ubat-ubatan baru, cara pencegahan penyakit dengan cara tertentu dan sebagainya.

Maklumat ini sangat pantas berlegar di ruang maya dan sangat mendapat perhatian daripada masyarakat.

Contohnya, Senaman lidah boleh menghalang seseorang daripada mendapat penyakit nyanyuk (Alzhemier disease). Rawatan kecemasan bagi mereka yang terkena stroke (angin ahmar) ialah dengan mencucuk jarum di bahagian telinga. Banyak lagi dakwaan dakwaan sebegini berlegar dalam masyarakat dan boleh menyebabkan kekeliruan dan kecelaruan pemikiran. Ironinya kadangkala ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada mangsa kerana lewat atau tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya atau bergantung dengan cara rawatan yang belum dibuktikan berkesan.
Bertambah malang apabila sesetengah dakwaan tadi dikaitkan pula dengan agama, hadith atau amalan orang soleh yang kadangkala tidak dinyatakan sumber dan maklumat sebenarnya.
Menurut displin ilmu perubatan sesuatu dakwaan atau cadangan terhadap sesuatu rawatan mestilah berteraskan ilmu pengetahuan yang sahih dan disokong oleh kajian kajian empirikal. Islam tidak membenarkan sesuatu dakwaan dibuat tanpa merujuk kepada asas kepada kelimuan tadi.

Sebagai mana displin ilmu hadis yang menekankkan kesahihan sesuatu hadith mengikut tingkatan tertentu berdasarkan ketelitian dan kebolehpercayaan periwayat hadith tersebut sebelum ia mencapai darjat mutawatir, sahih hasan, hasan, hadith dhaif ataupun palsu.
Begitu juga di dalam ilmu perubatan terdapat beberapa tingkat pembuktian berdasarkan bukti bukti yang diperolehi.
Tingkat pembuktian adalah seperti berikut:
1a. Peringkat pembuktian Aras 1a;

Bukti yang di dapati mestilah melalui meta analysis di mana berpuluh-puluh atau beratus kajian digabungkan semuanya dan dianalisa semula. Tujuannya ia untuk melihat sejauh mana sesuatu kajian itu dijalankan dengan telus tanpa sebarang bias (berat sebelah) dan sesuatu keputusan atau dapatan itu konsisten pada semua kajian tersebut sehingga satu kesimpulan yang amat meyakinkan boleh dibuat dan dijadikan amalan baru dalam perubatan.


1b. Pembuktian Aras 1b

Bukti yang di dapat daripada satu atau beberapa kajian yang dibuat secara random dan tidak bias. Ia bertujuan supaya sebarang kesimpulan dapat dibuat dengan tepat dan betul.


2. Pembuktian Aras II

Bukti kajian yang dijalankan secara prospektif atau case control, di mana setiap kes atau penyakit yang dikaji akan mempunyai kawalan (e.g orang yang sihat atau relatif sihat) sebagai perbandingan untuk memastikan kesimpulan yang dibuat tepat terhadap sebarang hasil kajian. 


3. Pembuktian Aras III

Terdapat kajian yang di jalankan tetapi tidak mempunyai dirawakkan secara betul, atau kajian yang tidak mempunyai kawalan (control). Atau kajian yang hanya membuat pemerhatian sahaja dan melihat hubungkait sesuatu perkara atau penyakit dengan faktor-faktor yang mungkin berkaitan.

Pembuktian secara kajian sebegini juga rendah nilainya dan biasanya digunakan sebagai maklumat awal dalam amalan perubatan.


4. Pembuktian Aras IV

Bukti yang didapati daripada pengalaman mengendalikan kes kes (case series) atau

himpunan pandangan sejumlah pakar-pakar yang sangat berpengalaman. Ini merupakan peringkat pembuktian yang paling rendah dalam bidang perubatan dan tidak boleh dijadikan asas untuk membuat sebarang perubahan dalam polisi kesihatan.

Sebelum sesuatu amalan tersebut diterima sebagai amalan yang hendak dipraktiskan ia akan dibahaskan berdasarkan metod kajian yang saya sebutkan tadi. Dakwaan doktor hanya mendengar wakil penjual ubat (drug representative) untuk membuat keputusan bukan merupakan amalan sebenar dalam dunia perubatan. Maklumat lengkap ubat-ubatan wajib diberikan oleh syarikat yang terbabit setelah melepasi etika farmasiteukal.

Doktor yang beretika tidak hanya bergantung kepada maklumat yang dibekalkan oleh syarikat ubat, mereka akan memberikan pandangan terbaik berdasarkan bukti-bukti penyelidikan yang tidak dipengaruhi oleh syarikat pengeluar ubat tersebut.

Aallahua’alam.

Adakah Marijuana boleh mengubati kanser?

Oleh: En Fahmi Hasan | Ahli Farmasi

Salah satu tuduhan pejuang-pejuang melegalisasikan ganja adalah ahli profesional kesihatan moden sengaja menyorokkan keberkesanan ganja dalam merawat penyakit kanser.

Saya percaya di kalangan ahli profesional kesihatan sendiri, atau di kalangan keluarga mereka, ada yang diuji dengan penyakit kanser. Dan sekiranya mereka menyorokkan bukti kanser boleh dirawat dengan ganja semata-mata, sudah pasti tiada ahli profesional kesihatan atau keluarga mereka menjadi mangsa penyakit tersebut.

Mengikut kajian yang telah dijalankan setakat ini, berikut adalah kajian penggunaan marijuana dalam rawatan kanser dan yang berkaitan dengannya.

1. Sebagai mengurangkan kesan loya dan muntah akibat kemoterapi.

Terdapat 3 ujian klinikal berbeza terhadap penggunaan marijuana untuk mengurangkan rasa loya dan muntah akibat kemoterapi. 1 kajian menunjukkan kesan positif, 1 kajian menunjukkan tiada perbezaan antara marijuana dan placebo manakala 1 lagi kajian tidak dapat memberikan informasi yang lengkap [1].

Sesetengah pesakit memilih untuk menyedut asap marijuana berbanding mengambil secara oral kerana beranggapan ia bertindak lebih cepat dan lebih mudah diambil sewaktu berasa loya [2]. Walaubagaimanapun, tiada sebarang perbezaan apabila perbandingan ujian klinikal dilakukan antara pesakit yang mengambil marijuana secara menyedut dan secara oral [3].

Sekiranya ia diambil dengan tujuan untuk mengurangkan rasa loya akibat kemoterapi, tiada masalah untuk pengambilan secara oral dilakukan sebelum kemoterapi diberikan. Pengambilan marijuana secara menyedutnya dikaitkan dengan kesan khayal, keresahan, kesan psikotik akut dan orthostatic hypotension [4].

Terkini terdapat kajian ubatan baru yang lebih berkesan bagi merawat rasa loya pesakit. Unsur cannabinoids yang tiada kesan psikoaktif juga didapati lebih berkesan untuk merawat kesan loya [5].

Selain itu, sebahagian pesakit menolak untuk mengambil marijuana secara menyedutnya kerana tidak selesa dengan kesan psikoaktif marijuana. Pesakit-pesakit ini terdiri dari mereka yang tidak pernah menggunakan marijuana untuk tujuan rekreasi.

Oleh sebab itu, penggunaan marijuana secara menyedutnya tidak sesuai digunakan untuk tujuan perubatan melainkan untuk mereka yang memang mengambilnya dengan tujuan rekreasi [6].

Selain itu, cannabinoids boleh bertindak sebagai pelega atau penyebab loya. Loya dan muntah merupakan kesan sampingan yang dihadapi oleh mereka yang menyedut marijuana secara rutin [7].

2. Sebagai anti-kanser

Pada masa ini, kajian sedia ada menunjukkan hasil yang tidak seragam dengan keputusan yang berbeza-beza. Kajian-kajian ini merupakan kajian pra klinikal menggunakan sel manusia atau haiwan.

Keputusan yang tidak meyakinkan ini membuatkan ujian di atas manusia tidak dapat dilakukan lagi. THC didapati boleh merangsang, atau merencat pertumbuhan sel kanser [8-9].

Kajian kecil fasa 1 ke atas 9 pesakit kanser glioblastoma menunjukkan rawatan dengan THC tidak memanjangkan jangka hayat pesakit-pesakit tersebut [10].

Secara kesimpulannya, penggunaan marijuana dalam rawatan kanser setakat hari ini adalah sebagai mengurangkan rasa loya akibat kemoterapi. Walaubagiamanapun, penggunaanyya secara menyedut asap dikaitkan dengan pelbagai masalah termasuk kesan sampingan.

Tiada bukti kukuh setakat ini yang menunjukkan marijuana berupaya merencat perkembangan sel kanser di dalam badan manusia.

Fahmi Hassan (F. H. Abad)

Pegawai Farmasi

fb.com/fahmiabad

Adakah Daku Kufur Nikmat?

Seorang doktor senior kami pernah mencabar agar Pakar Perubatan Keluarga buat KPI kawalan DM (Kencing Manis) >80%. Indikatornya paras HbA1c kurang dari 6.5%. Kami agak cuak dan menggerutu juga dengan cadangan KPI ini. Tetapi telan ajelah. Setuju untuk tidak setuju. Selama ni nak dapat lepaskan 30% pun ssakit tayar.
Alasan valid yang diberikan adalah beliau sendiri yang sebelum ini HbA1c tinggi. Setelah beliau mengamalkan pemakanan ketat, kehidupan sihat dan ubat yang teratur, HbA1c berjaya diturunkan dalam tempoh 3 bulan. Bangga beliau kerana berjaya berbuat demikian.
“Apa kiranya para pesakit yang mendapat rawatan pakar di klinik kesihatan juga seperti saya?”
“Jika saya dapat buat tanpa jumpa pakar pun boleh control, kenapa pesakit tidak boleh? Sedangkan sudah dibawah seliaan pakar?”
“(Awak tu doktor, senanglah nak kawal. Cuba mari klinik ni. Ambik dua tiga sesi kaunseling pesakit DM. Baru tahu denyut nadi sebenar seorang doktor dilapangan)” Cakap ku dalam hati.
⚪⚪⚪
wp-1481444625724.jpgAnda mungkin pernah terbaca satu artikel dari jurnal Diabetic Care yang meletakkan tagline mereka “Kencing Manis sembuh dengan penjagaan makanan kalori rendah”. Mereka menamakan “Crash Diet” untuk DM jenis 2. Kajian tersebut dibuat oleh para pengkaji dari Universiti Newcastle, Universiti Glasgow, dan Universiti Lagos.[1] Cuba bayangkan bahawa semua sampel kajian diberi makan burger sebiji sekali sehari. Jika dalam negara kita disamakan dengan 2 keping roti canai sehari. Itu sahaja. Haramkan teh tarik, biskut dan apa sahaja tambahan lain. Boleh bayangkan juga  bagaimana memek muka pesakit kita apabila nasihat sedemikan diberikan? Mungkin ada doktor yang kena tampar….kerana menyekat hak asasi pemakanan mereka. Suasana pesakit kita berbeza…
Malangnya juga kajian tersebut dibuat kepada sampel kajian 30 orang sahaja, dan mendapati kejayaan menurunkan kandungan gula dalam darah selama tempoh 6 bulan seramai 12 orang (40%). Memanglah jika ditukar dalam bentuk peratus, 40% itu sudah amat memberangsangkan. Tetapi kaedah pengsampelan kajian dan penelitian analisa data agak kasar. Tidak boleh disamaratakan (generalisation) kepada masyarakat umum seluruh dunia. Sampel yang lebih besar amat perlu dalam kajian yang menakjubkan seperti ini.
Kami yang sudah bertahun lamanya di klinik-klinik kesihatan saban hari memberikan pelan perawatan yang terbaik kepada pesakit. Bukan sahaja lebih 250 pakar perubatan keluarga seluruh negara berkhidmat dalam sektor ini, tetapi dibantu pula oleh paramedik yang belajar khusus bab pendidikan pesakit (diabetic educator). Begitu juga nilai tambah yang diberikan oleh ahli farmasi, terus-menerus memberikan kekuatan kefahaman kepada pesakit akan peri pentingnya penjagaan penyakit mereka. Semuanya mendambakan komitmen dan ketekunan dalam merawat pesakit secara holistik. Selain nasihat supaya kekal gaya hidup sihat, kurangkan stres, kurang berat badan, patuh dengan ubatan yang dibekalkan, pesakit sekali sekala diberi insentif tertentu semasa sambutan hari DM sedunia. KKM tidak terlepas setiap tahun merayakan hari tersebut. Sarat dengan program setempat demi memberi motivasi kepada mereka.
⚪⚪⚪
Pesakit seolah-olah sudah menjadi saudara mara kita. Cara pergaulan dan percakapan sudah mencapai tahap adik beradik. Cuit dan gurauan pun begitu, sudah masak dan faham celoteh doktor yang merawat mereka. Jika sesekali kita bertegas atau marah bukan bermakna kita benci. Tetapi tandanya kasih dan sayang. Moto KKM pun ada menyebut “Penyayang, Profesionalism dan Kerja Berpasukan adalah Budaya kerja Kita.” Adalah normal bagi kita melepaskan “geram” kepada “saudara/pesakit” kita yang tidak langsung menghiraukan nasihat yang diberikan sepanjang bertahun kita merawat. Lagi “geram” jika dia pulangkan balik selori pen insulin yang beribu harga setelah luput tarikh. “Geram” marah ini juga tanda sayang. Sayang kepada beliau yang masih tidak masuk minda segala pendidikan kesihatan yang diberikan. Sayang juga kepada ubat yang telah dibazirkan bertahun lamanya. Jika sedari awal diberitahu dia tak guna, senang…..kita akan gunakan alternatif lain demi merawat. Hakikatnya adalah kesihatan dan kesejahteraan pesakit itu diutamakan.
Tambah “geram” sayang lagi, jika doktor senior kata kita “kufur nikmat” kerana tiada perasaan terhadap pesakit itu……alahai
Maafkan daku….
Rujuk
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
11.12.2016
Ketengah Jaya

​Hormati Profesion Masing-masing

#PelajariAdab

Kelas kami pelajar medik tahun 90-an dulu sering kali diingatkan supaya tidak kutuk sesama profesion. Lebih-lebih lagi depan pesakit. Jika ada doktor lain yang salah kaedah perawatan, sila tegur secara personal atau dalam kumpulan sesama profesional. Tujuan untuk dia belajar supaya lain kali tidak lagi buat silap. Begitu juga kami yang masih mentah ini pun belajar. Apabila jadi doktor nanti, jangan ulangi perkara yang sama. Kami semat benar adab ini.
Semasa alam pekerjaan senior kami dan pakar pun pesan hal yang sama. Jangan sesekali merendahkan sesama doktor lain semasa sesi ward round. Isu sebegini perlu diselesaikan dengan perbincangan berdepan atau melalui telefon. Pengajaran perlu diberikan agar kesilapan itu tidak diulangi lagi masa depan. Pantang marah atau memperlecehkan doktor lain depan pesakit. Aib benar. Lebih membimbangkan pesakit akan berpersepsi negatif atas seluruh perawatan yang sudah diterimanya.

Gambar hiasan


Namun, ada juga para doktor yang sudah terlepas geram dengan memperlekehkan doktor unit lain depan pesakit. Sifat manusia kekadang tidak dapat dibendung. Tetapi ianya tidak tersebar luas. Terhenti setakat pintu wad hospital sahaja. Apabila diperdebatkan semula antara dua pihak yang terlibat, isu selesai. Paling penting adalah perawatan pesakit adalah optimum. Pesakit akan dapat manfaat. Kedua-dua profesion perubatan tersebut tidak melepasi batas kemahiran masing-masing. Mereka memahami bahawa mereka saling memerlukan. Setiap kepakaran ada kelebihannya dan mereka menjurus kepada kesejahteraan pesakit jua.
Era kini seolah diluar kawalan apabila sesi memperleceh doktor/profesion lain di alam maya oleh doktor sendiri. Mungkin status dihantar ke facebook bertujuan murni. Tetapi ia mengintai peluang kepada manusia lain yang sudah lama berdendam dengan anggota kesihatan. Ruang negatif itu di ambil secerap mungkin bagi melaga-lagakan sesama doktor yang berteguran tadi. Lantas menjadi sesi umpatan dan kutukan yang tidak bernoktah.
Kami masih mengharapkan pesanan selama 20 tahun dulu masih utuh dalam benak kami dan juga guru-guru kami. Jangan pula terpeliung dari adab ini.

Follow fb.com/drsuhazeli 

Simpan Sikit KESIPUAN Diri 

Terbaca satu prinskrin yang dikongsi rakan mengenai status satu pengguna media sosial. Kedua-dua pengkomen itu saya kenal secara maya sebagai antivaksin tegar. 


Sejak bila pula puak antivaksin ni pandai bercakap bab dosa pahala? Sedangkan fatwa mufti, hukum alim ulama bab vaksinasi dilanggar mereka.

Simpanlah sikit KESIPUAN diri tu supaya tak nampak kepada generasi mendatang.


Yang nyata diwajibkan oleh para alim ulama pun mereka tolak vaksin. Apatah lagi vaksin untuk orang dewasa yang sedang dalam proses kajian justifikasi mewajibkan kepada golongan terpilih.

Apabila fakta statistik yang diceduk oleh orang bukan bidangnya, lalu dibuat kesimpulan yang menyeleweng. KESIPUAN juga akhirnya.

Kalau tak faham, tanyalah berdepan doktor, apa itu pneumonia, apa itu Pneumococcal?

Jangan lah terus menghasut hal fasad ini.

Hamil 4 Tahun dari Perspektif Sains

Berita Sinar Harian hari ni memaparkan seorang wanita Cina hamil 17 bulan.[1] Saya kira sesuatu yang mengejutkan dunia perubatan semasa dan perlu dibuat ‘case report’ agar ia menjadi satu catatan sejarah. Akan tetapi, diteliti dari sumber pemberitaan, sumbernya hanya dari wanita berkenaan, bukan dari pihak berwajib yang merawat beliau. Berat sebelah dan agak sangsi dengan dakwaan tersebut.

Boleh baca dialog ini:
*Ikuti sembang bersama sahabat karib Doktor dan Ustaz*
Ustaz J: السلام عليكم, Nak tanya seperkara. Air mani lelaki lama mana boleh kekal bertahan dlm rahim wanita sehingga membolehkan sampai wanita mengandung?
Dr S: Waalaikumsalam. Dalam ilmu perubatan, Air Mani lelaki boleh survive 72 jam, manakala Telur wanita 24 jam.
Ustaz J: Selepas 72 jam dia akan rosak dan tidak boleh menjadikan wanita hamil?
Dr S: Tidak active dan mati
Ustaz J: Apa pandangan doktor yang Imam Syafie kata selama-lama tempoh mengandung 4 tahun?
Dr S: Adakah sahih dari Imam Syafie? Atau Syafieyyah?
Ustaz J: Ok. Kalu syafiiyah.
Dr S: Ana lama duk cari matan dari Imam Syafie yg kata sedemikian. Ada dalam kitab mana? Mungkin Imam Syafie ada alasan yg dihurai dalam kitab tu. Jika ustaz boleh huraikan lagi baik.
Ustaz J: Ya, Sebab tempoh ni memang ada khilaf, 2, 4, 5 tahun dan 9-10 bulan.
Dr S: Tapi dari segi perubatan, ia diluar bidang perbahasan medik (Jika melebihi 9-10 bulan). Dengan kata lain mustahil. Kecuali…Dizaman yg tiada alat mengesahkan hamil seperti UPT (Ujian Air Kencing) atau ultrasound. Anggapan pakar pada masa tersebut adalah tidak datang haid dikira sebagai hamil. Ada sesetengah wanita (biasanya umur akhir remaja), setelah beberapa kali datang haid normal, kemudian tidak datang haid beberapa bulan hingga bertahun². Ini kerana kilang telur wanita muda berkenaan belum matang sepenuhnya. Justeru telur tidak pecah dan haid tidak terhasil (unovulatory cyle). Jadi mungkin (pada andaian ana) Imam Syafie melihat keadaan ini sebagai hamil bertahun lamanya. Dan malah masa sama wanita berkenaan juga berkahwin. Begitu juga pada keadaan tertentu, wanita mempunyai penyakit seperti ovarian Cyst (atau penyakit kilang telur / rahim) yang mengakibatkan ganguan kepada kitaran haid dan sesetengahnya tidak datang haid pada satu tempoh tertentu. Anggapan pada masa tersebut mengatakan dia hamil. Al Quran menyebut secara kiraan tempoh hamil dan menyusu bagi wanita lepas bersalin. Tetapi tidak dinyatakan secara kias tempoh maksima hamil. Jika kita lihat dalam hukum anak tidak sah taraf pun mengambil tempoh minima 6 bulan. Bermakna disini, kita boleh menolak hujah secara indirect yang mengatakan hamil melebihi 42 minggu. Maaf Ustaz, Ana juga masih kurang ilmu…itu setakat yang ana pelajari. Perbetulkan saya jika silap.

Ustaz J: Ya Dr. Hal ini juga menjadi khilaf yang besar di kalangan fuqaha’ Islam. Perselisihan pendapat dikalangan mereka adalah lebih merumitkan. Sesetengah fuqaha’ seperti Ibnu Hazm (Mazhab Zahiriyyah) dan Syi`ah Jaafari berpendapat satu kehamilan itu tidak boleh melebihi daripada tempoh 9 bulan. Sementara ulama’ yang lain pula seperti Ibn Rushd (Averroes) dan Ibn Abdul Hakam pula menerima 1 tahun (hijrah) sebagai had maksimumnya. Abu Hanifah dan al-Tsauriy pula berpendapat 2 tahun, al-Laith Ibn Saad menerima 3 tahun, manakala Imam Shafie, Hanbali, dan Zaidi mengira 4 tahun sebagai tempoh maksimum kehamilan. Mazhab Malik pula berpendapat 5 tahun, bagi al-Zuhri 7 tahun, manakala Abu Ubaid pula tidak meletakkan sebarang had tempoh. Adapun tujuan dan niat semua perbezaan pendapat dalam menentukan tempoh maksimum bagi kehamilan ini adalah untuk menentukan kejadian sebenar dan untuk mengelakkan ibu tersebut dari tuduhan zina yang boleh membawa kepada hukuman rejam. Undang-undang di negara-negara Islam juga berbeza-beza. Arab Saudi yang bermazhab Hanbali menerima tempoh maksimum kehamilan selama 4 tahun. Ketua Qadhi Makkah, Mustafa bin Abdul Qadir al-Alawi menghukum bahawa Khadijah (seorang wanita yang melahirkan anak selepas empat tahun dari tarikh perceraiannya) sebagai anak yang sah. Berdasarkan hukum Syariah, bekas suaminya yang menafikan nasab anak itu terpaksa menerimanya dan membayar nafkah kepada bekas isterinya itu sepanjang tempoh kehamilan, yang mana dikira masih di dalam `iddah. Allahyarham Sheikh Abdul Aziz bin Baz, bekas Mufti Am Arab Saudi dan Sheikh Bakr Abu Zaid, mantan Timbalan Menteri Kehakiman pula mengumumkan bahawa mereka berpendapat bahawa 7 tahun adalah tempoh maksimum bagi kehamilan.[2]

Dr S: Bagus juga huraian khilaf ini. Ada manfaat juga dari perundangan. Realiti zaman kini, tempoh maksima Hamil adalah 9 bulan (atau maksima 42 minggu). Tiada lagi bukti kajian yang menyatakan lebih dari itu. Bukan ana nak pertikai ulama muktabar, cuma perkiraan Imam Malik dan iman yang menyatakan lebih dari 42 minggu itu pula bersandarkan dari mana? Jika ada hujah kukuh insyaAllah, sains perubatan selari dengan agama. Mungkin pada masa tersebut betul ada pakar yang buat kajian dan imam-imam Imam muktabar mengambil hujah bahwa tempoh maksima ibu hamil itu lebih 4, 5 atau 7 tahun. Cuma pada masa kini tiada bukti itu. Mungkin masa akan datang, dengan kecanggihan teknologi, tidak mustahil kehamilan boleh menjangkau ke 7 tahun. Wallahuaklam.
Ustaz J: Dr, Islam tidak bertembung dengan waqi’ iaitu apa yang benar-benar terjadi. Oleh itu jika terdapat pada zahir pertembungan antara nas dan waqi’
Cara penyelesaiannya ialah tentukan status nas. Ada dua status nas.
1-Status kesohihan
2-Status penunjuk.
Semua ayat quran adalah mutawatir. Oleh itu setiap ayat tidak terlibat dengan proses penentuan status kesohihan. Hadis pula mesti melalui proses penentuan kesohihan. Hadis yang tidak melepasi proses ini tidak boleh dibuat hujjah. Contohnya  hadis  palsu atau terlalu lemah. Nas yang diakui perlu melalui proses kedua iaitu proses penunjuk. Maksud proses penunjuk ialah apa makna yang terkandung di dalam nas. Nas dari sudut status penunjuk ada dua:
A) memberi faham satu makna.
Nas ini tidak menimbulkan kekhilafan dalam memahami makna. Adakah ianya boleh dijadikan hujjah? Ya boleh dijadikan hujjah jika memenuhi syarat berikut;
1-tidak dinasakhkan
2-tidak bertembung dengan nas yang lebih kuat.
Inilah maksud yang disampaikan oleh al Qardowi Nas sohih dan sorih.
B) Memberi faham lebih dari satu makna.
Nas ini menimbulkan perbezaan pendapat. Berkaitan tempoh hamil yang kita bincangkan ini, tempoh sekurang-kurang disepakati oleh fuqaha kerana nas tersebut memenuhi dua ciri sohih dan sorih. Manakala tempoh paling lama berstatus nas yang boleh dipertikaikan. Maka timbul kekhilafan. Sekarang terbukti had maksima tempoh hamil ialah lebih kurang 9 bulan. Maka adakah pendapat ulamak perlu dirombak atau bagaimana? Cumanya untuk lebih mantap hujjah Ibn Hazmin patut diperhalusi. Sandaran pendapatnya berdasarkan perubatan pada zamannya atau ada hujjah dia yang tersendiri. Isu besarnya ialah dia mengganggap semua perkhabaran yang mengatakan tempoh hamil lebih dari 9 bulan adalah tidak boleh dipercayai? Mengapa  Imam Malik boleh menerima cerita yang dilaporkan kepadanya bahawa ada wanita hamil selama 4 tahun? Sedangkan Imam Malik seorang mujtahid dan ahli hadis. Adakah Imam Malik tidak menggunapakai metod tabayyun dalam menerima sesuatu perkhabaran? Kenyataan tempoh hamil 9 bulan oleh ahli perubatan jelas kepada semua pihak dan diterimapakai.
Dr S: Itulah Ustaz, apa yang saya sebut tadi adalah berdasarkan waqi terkini. Bukti tempoh maksima lebih 42 minggu pada zaman dahulu pun tidak disebut dengan jelas, cuma ikut pengalaman semasa tersebut berdasarkan bukti pakar perubatan pada masa itu. Terima lah seadanya.
Ustaz J: Apa maksud kehamilan palsu?
Dr S: Pseudopregnancy?
Ustaz J: Ana x tahu istilah perubatan tu.
Dr S: Ya. Ada istilah tersebut tetapi sepanjang karier sebagai doktor, tak pernah jumpa kes hamil palsu. Mungkin orang lain jumpa. Ada rakan ana yang jumpa.
Ustaz J: Sbb ada satu kes di sabah. Seorang wanita bersalin slps 2 tahun berpisah daripada suami. Mahkamah menetapkan sabit nasab kpd bekas suami atas alasan selama2 tempoh mengandung 4 tahun. Kalau dr segi kehakiman selamat nama baik wanita tersebut dan baby. Baby dpt hak2 dr seorg bapa.
Dr S: Kehamilan palsu / pseudocyesis / Pseudopregnancy biasa berlaku kepada haiwan Mamalia. Manusia jarang berlaku. Penyakit ini akibat dari perubahan horman dalam badan yang seolah-olah seseorang itu hamil. Tetapi secara hakikat sebenar melalui ultrasound, tidak hamil. Ini juga akibat dari kesan psychology bagi wanita yang terlalu mengidam inginkan anak.
Ustaz J: Isunya tulah. Ana ada baca artikel arab yg kaitkan fiqh dgn perubatan.
Dr S: Apa kata dia?
Ustaz J: Artikel tu tolak habis pandngan yg kata ngandung yg mengambil masa bertahun tu. Dia nukil pandngn ibn hazmin yg kata ngandung hanya selama 9 bulan dan sekrgnya 6 bulan. Kenyataan ngandung bertahun mengundang perbuatan keji wanita. Kemudian mendakwa kandungan tersebut drp bekas/arwah suami.
Dr S: Wah.. hampir sama dgn pandangan ana. Tapi dalam bab suami yang hilang, 4 tahun cut point.. Itu guna hujjah mana? Dr Wahbah Zuhaily ada sebut isu tu?
Ustaz J: Yg tu zaman dulu. Skrg dah x sama. Kena ijtihad. Tp ana x berani ijtihad. Kes hilang ni lain sikit ijtihad dia. Sebab undang2 yg terikat dgn satu mazhab sahaja.
Dr S: Ok
Ustaz J: Tkasih dr atas perbincngan
Dr S: Afwan

Semoga Bermanfaat
Dr Suhazeli Abdullah
_Insan Faqir_
Fb.com/drsuhazeli
#MedTweetMY
#MedicalMythBustersMalaysia

17.8.16

Rujuk:

[1] Berita Sinar Harian. http://www.sinarharian.com.my/mobile/global/17-bulan-mengandung-masih-belum-bersalin-1.553052

[2] Persidangan Fiqh Islam, Rabitah. Makkah 16-17 Feb. 1990.

Doktor dan Nurse Percaya Kajian Kafir? SN Nabiila Jawab

Oleh: Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah | Jururawat Terlatih 

1) Nurse dan Doc sekarang lebih percaya kepada kajian orang kafir dari berpandukan Al-Quran ;

Ilmu sains yg kita guna sekarang ini adalah dari islam. Agamawan Islam telah mengkaji segalanya sebelum dirampas kesemuanya selepas zaman kegelapan british (Zaman renaissance)

** Selepas kejatuhan empayar islam yg terakhir, semua ilmu sains yang dimiliki orang islam, di claimed milik mereka oleh yahudi.

Kenapa Allah turunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W?
‘Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya’

(Surah Al Alaq ayat 1 – 5 )

Allah meminta kita sendiri menggali ilmu, kaji kebesarannya supaya dgn ilmu yg kita ada, kita semakin dapat melihat kebesaran Allah.

—-

2) Cakap kita tolak perubatan moden yang boleh menjanjikan penyembuhan..Itupun berdasarkan testimoni mereka.

Apabila tanya mana research atau data bertulis, mereka cakap cukup dengan testimoni sahaja. Macam tu, testimoni cakap, A..Maka A la jawabnya. Mereka tak tahu cara yang paling tepat untuk meneliti keberkesanan sesuatu produk adalah berpandukan data. Jika berkesan pula, kita perlu pula lihat kesan jangka panjang dan juga kesan sampingan (side effects). Proses kajian memakan masa yang amat lama untuk mendapat sample kajian yang cukup. Dan seperti biasa, ia memakan masa dan perlukan kos yang banyak.
Sebab itulah masih ada antara mereka yang hentam kromo sahaja, semua ubat dikatakan Pain Killer, rosakkan buah pinggang dan tak menjanjikan penyembuhan. Kalau dah makan Paracetamol 10 biji sekali hadap, tak rosak buah pinggang ke? Gelojohtitis sangat nak sembuh dari sakit kepala sebagai contoh; sedangkan sakit kepala dengan pengambilan ubatan harus diikuti dengan rehat yang cukup!.
—–

3) Mereka takk kisah kalau penyokong mereka menggunakan nama Doktor atas alasan menyokong amalan mereka. Tak apa, asalkan sesama bangsa nak sokong antara satu sama lain.
Doktor atau nurse yang sedia maklum berdaftar punya cakap dikatakan pengikut yahudi tetapi menipu menggunakan tittle yang tidak wujud tidak salah pula? Mengaut keuntungan atas risiko yang bakal ditempuh oleh pelanggan mereka tak kisah asalkan, badan jadiiii ringan selepas proses perawatan.
Jadi ringan sampai tak perlu pergi kesesi seterusnya okay juga kan? Kata nak sembuh terus..?.. Ubat yahudi tak boleh ambil kerap-kerap, tapi rawatan mereka boleh pergi sesi per sesi. Mana penyembuhan serta merta disitu?
Mereka tahu tak apabila bab cucuk jarum ‘direct’ ke salur darah ada bahaya serta kesan sampingan seperti
~ Kemasukan udara yang terkumpul boleh menyebabkan stroke serta masalah jantung (Air Embolism)
~ Jangkitan kuman di salur darah ditempat tusukan jarum diberi akibat kurang jagaan kebersihan atau penggunaan proper technique semasa menyucuk jarum ke vein. (Thromboplebitis)
~ Virus HIV dan Hepatitis yang kemungkinan disebarkan akibat jarum yang tidak dibuang dengan betul.(Blood Borne Disease)
~ Pendarahan yang banyak akibat penggunaan dosage heparine yang tidak betul.
—–
4) Placebo Effect 

Ia merupakan satu mainan minda positif dimana tahap keberkesanan sesuatu perawatan boleh dicapai melalui minda yang positif. Jika anda datang ke hospital, bersangka baik bahawa doktor dan kaedah rawatan boleh membantu proses penyembuhan, maka, proses penyembuhan boleh berjalan dengan baik. Tetapi, jika anda diomok-omokkan bahawa Doktor dan Nurse di dewan bersalin merupakan tukang sorak dan geng suka buat episiotomy suka-suka sahaja, makanya minda anda akan sentiasa berfikiran negative.
Begitu juga dengan kaedah yang digunakan oleh bomoh atau perawat tradisional yang lain, menjanjikan penyembuhan melalui permainan minda tetapi dengan syarat kunjungan berkali-kali.
—–

Kesimpulan

Tidak mengapa, jika dengan memberikan ilmu berdasarkan fakta pun masih lagi ada yang menganggap kami-kami ini jahil, sekurang-kurang kami berjaya memberikan masa kepada rakyat lain supaya dapat menilai yang mana kaca, yang mana manikam. Yang mana dakyah palsu, yang mana berdasarkan ilmu.
Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah

Jururawat Terlatih

#SayaJururawat

Wajib Hisap Rokok?- Jawapan kepada PU Syed Faiz

2016-11-10-16-35-37-711743451Terkejut dengan hujah seorang selebriti Pencetus Ummah (PU) dalam video pendek YouTube yang meng’halal’kan rokok. Beliau juga berhujah bahawa merokok tidak membazir kerana mengambil manfaat dari rokok. Malah menjatuhkan hukum wajib jika kehidupan perokok akan terganggu. Beberapa hukum fikah telah dijadikan dalil untuk meng’halal’kan rokok.[1]

Setelah beberapa bukti kerosakan badan akibat dari merokok, mutakkhir ini kesemua fatwa yang muktabar telah mengharamkan rokok. Seluruh ulama dunia sepakat akan pengharamannya. Walaupun terdapat sebilangan kecil mereka yang khilaf dan menghukumkan sebagai harus tetapi tiada dikalangan mereka mewajibkan rokok. Tetapi pendapat minoriti ini tidak diambil kira sebagai fatwa. Cermatnya fatwa adalah memberi fahaman keputusan sekumpulan alim ulamak yang diakui ilmunya berkenaan sesuatu perkara.

Lihat contoh dari fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerusi Jamaah ulama yang bersidang pada 25 Rejab 1435 Hijrah bersamaan 25 Mei 2014 dan atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V membuat fatwa seperti berikut:[2]

1. Bahawa merokok dan menghisap shisha adalah haram pada pandangan Islam.

2. Fatwa ini dibuat berdasarkan hujah-hujah berikut :

i. Islam menyuruh agar setiap seseorang itu mengambil yang baik lagi berkhasiat untuk keperluan diri, keluarga dan sebagainya. Rokok dan shisha tidak termasuk dalam kategori di atas bahkan ia termasuk dalam kategori “الخبائث” iaitu benda yang kotor dan jijik kerana pengambilan kedua-dua benda ini boleh membawa kemudaratan kepada penghisap rokok dan shisha serta orang lain di sekitarnya. Perkara ini telah diakui oleh pakar-pakar perubatan berdasarkan kajian mereka.

Firman Allah Taala :

وَتُحِلُّ لَهُمُ الَطَيِّبَتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الخَبَئِثُ

Ertinya : Dihalalkan kepada mereka benda-benda yang baik dan diharamkan kepada mereka benda-benda yang kotor.

(Surah Al-A’raf : Ayat 157)

ii. Islam melarang umatnya membiarkan diri sendiri dan orang lain terdedah dengan berbagai bahaya dan kemudaratan. Menghisap rokok dan shisha adalah termasuk dalam kategori membinasakan diri sendiri dan orang lain sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Pandangan pakar-pakar perubatan tentang bahaya asap rokok dan shisha kepada penghisap rook dan orang lain disekitarnya adalah bukti jelas tentang kemudaratannya.

(وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَهِ وَلَا تُلْقُواْ بِأَيْدِيْكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّه يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْن)

Ertinya : Dan belanjakanlah harta benda dijalan Allah dan jangan kamu sengaja mencampak diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

(Surah Al-Baqarah : Ayat 195)

Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

(Hadis riwayat Ahmad)

iii. Membelanjakan wang terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan manfaat amatlah ditegah dalam islam. Perbuatan sedemikian boleh mendatangkan keburukan dan membawa kepada pembaziran harta, masa dan tenaga. Menghisap rokok dan shisha termasuk dalam kategori ini. Islam melarang setiap pembaziran seperti firman Allah :

وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيْرًا

Ertinya : Dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.

(Surah Al-Isra’ : Ayat 26)

iv. Terdapat kaedah fiqh yang menegaskan pengambilan sesuatu yang memudaratkan adalah di larang.

كُلُّ مَا يَضُّرُّ فَأَكْلُهُ اَوْ شُرْبُهُ حَرَام .

Ertinya : Setiap yang memudaratkan, maka hukum memakannya atau meminumnya adalah haram.

v. Rokok dan Shisha diharamkan memandangkan ia mempunyai keburukan yang besar berdasarkan kepada kenyataan pakar-pakar perubatan.

Banyak kajian yang mengesahkan merokok itu berbahaya. Merokok penyebab kematian pra matang (umur muda) seluruh dunia sebanyak 10 kali ganda. Terbukti bahawa 90% kanser paru-paru akibat rokok, manakala 80% penyebab kematian akibat penyakit paru-paru kronik (COPD). Risiko perokok dihinggapi serangan sakit jantung dan strok sebanyak 2-4 kali ganda dan banyak lagi komplikasi penyakit akibat rokok.[3]

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjadi perokok tegar, berada dalam situasi yang tidak mampu berpisah dengan rokok, bukan kerana suka-suka, tetapi sudah terlekat dan amat sukar untuk meninggalkannya, bagi insan ini sahaja yang ada perbincangan khilaf berkenaan. Kes terpencil ini tidak boleh menjadi alasan untuk merokok bagi yang belum merokok atau mampu berhenti merokok.

Jika beralasan merokok ini beri manfaat kepada orang yang bekerja supaya tidak mengantuk, bertenaga untuk mencari rezeki atau seumpamanya, ini adalah alasan singkat yang tidak melihat kepada kerosakan jangka panjang apabila merokok. Menolak mudarat yang lebih besar amat penting bagi mengambil manfaat yang sedikit. Seberapa ramai orang tidak merokok boleh hidup dan terus membanting tulang mencari rezeki, tidak pun ketagih dengan rokok. Malah kepada penagih rokok itupun tidak sampai mati atau cacat jika terus berhenti dari merokok. Sebaik sahaja jam pertama perokok berhenti merokok, beliau akan sihat.[4] Banyak lagi manfaat kesihatan jika terus berhenti merokok.

Ahli agama yang merokok tidak boleh dijadikan sandaran atau hujjah kepada orang lain untuk mengikutinya. Kemungkinan dia tidak mampu untuk meninggalkan rokok. Juga tidak boleh dihebohkan kepada umum hal itu kerana ianya boleh menimbulkan silap faham atau fitnah dalam masyarakat. Mungkin boleh difikirkan apakah dia ubat atau lainnya untuk menghentikan ketagihan rokok.

Ada orang yang berhenti merokok apabila anak-anaknya secara senyap meletakkan tahi ayam dalam rokok tersebut ketika ayahnya tiada di rumah. Selepas dihisap, muntah dan terus tinggal rokok sehingga ke hari ini.

Panel Pusat Talaqqi Batu Rakit

Fb.com/PTBR.Official

Rujuk:

[1] Kuliah PU Faiz. https://m.youtube.com/watch?v=eaJC3hqV_00&feature=youtu.be

[2] Fatwa Rokok dan shisha MAIK. http://mufti.kelantan.gov.my/v2/index.php/ms/perkhidmatan/fatwa/koleksi-fatwa/631-fatwa-tentang-hukum-menghisap-rokok-dan-shisha-dari-pandnagan-islam-soalan-1

[3] Fakta perubatan bahaya rokok. https://www.cdc.gov/tobacco/data_statistics/fact_sheets/health_effects/effects_cig_smoking/

[4] Manfaat berhenti merokok. https://quitsmokingcommunity.org/how-to-quit-smoking/nicotine-withdrawal-timeline-symptoms/

Homeopati Bukan Vaksin 


Bertuah sungguh saya apabila digabungkan berforum dengan beberapa individu hebat seperti Hj Zainol Azmi, Presiden Persatuan Homeopati Malaysia. 

Penegasan demi penegasan dihujahkan oleh beliau yang menyatakan homeopati bukan ubat gantian kepada vaksin. Masih terngiang-ngiang ditelinga ucapan padu beliau dalam memetik salah satu kenyataan Pertubuhan Homeopati British “Homeopathy cannot substitute vaccine”.[1] Jelas dan kuat hujahnya. Malah, tiada satu pun kilang pengeluaran ubat/globule homeopati mengeluarkan globule vaksin. Samada kilang di UK, India, US dan beberapa negara lain lagi. 

Kata beliau, pengasas perubatan homeopati Dr Samuel Hahnemann (1755 – 1843) juga mengiktiraf vaksin yang telah dikemukakan oleh Dr Edward Jenner (1749 – 1823) pada masa tersebut.[2] Mereka sama-sama bergelut dengan pembasmian penyakit Cacar yang begitu menggila di era pra vaksinasi. “Sepanjang sejarah, homeopati tidak mengubat penyakit berjangkit terutamanya penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin.” Tegas Hj Zainol yang tidak mahu disebut nama awalannya dengan gelaran doktor. 

Sepanjang kelas pembelajaran homeopati dari dahulu hingga sekarang, tiada silibus yang mengajar vaksin diperbuat dari globule homeopati. Bahkan badan homeopati antarabangsa keseluruhannya bersetuju dan berkerjasama dalam program suntikan vaksin di negara-negara terbabit. 

Ketika sesi soal jawab, apabila ditanya apakah alasan sesetengah para pengamal homeopati yang berani mendakwa dan memberi ‘vaksin homeopati’? Hasil dari siasatan beliau bahawa pengamal homeopati berkenaan telah bertindak atas pertimbangan sendiri tanpa merujuk secara khusus kepada buku-buku rujukan homeopati yang masyhur. Terdapat antara mereka yang kononnya mengambil rujukan dari buku yang sudah lama (out-dated) dan globule yang digunakan itu pun tidak dinyatakan secara jelas sebagai bahan ganti vaksin. Inilah yang membimbangkan, kerana para pengamal berkenaan telah memberi satu harapan palsu kepada pesakit yang dahagakan kesihatan optimum. Mereka sebenarnya telah ditipu tanpa sedar. 

Mohon masyarakat di luar sana berhenti menggunakan alasan yang ubat homeopati dapat menggantikan vaksin dalam mencegah penyakit berjangkit. 

Rujukan 

[1] Kenyataan British Homeopathy Association. http://www.britishhomeopathic.org/faqs/

[2] Sejarah Perubatan Homeopati. https://www.homeopathic.com/Articles/Introduction_to_Homeopathy/A_Condensed_History_of_Homeopathy.html
Dr Suhazeli Abdullah 

Pakar Perubatan Keluarga 

Fb.com/drsuhazeli 
#MedTweetMY 

#MedicalMythBustersMalaysia 
13.10.2016

Sg Petani, Kedah

Rawatan Methadone bukan Rosakkan Penagih Dadah


Saya cukup tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh seorang peguam tersohor Kamarul Irzuan, dalam blog beliau.[1] Tulisan beliau berkisar mengenai kegagalan program rawatan ketagihan dadah kumpulan opiate (heroin) dengan menggunakan ubat bernama methadon. Program rawatan sirap methadon ini telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak tahun 2005. Beliau juga mengaitkan dengan beberapa fakta kajian antarabangsa dalam isu yang sama.

Penulisan tahun 2008 itu mungkin tepat pada waktu itu. Sejarah program rawatan dengan ubat methadon di negara kita bermula dengan beberapa projek perintis seluruh negara. Kini sudah menampakkan kejayaan walau ianya ditentang oleh pihak tertentu pada peringkat awal tahun 2005 tersebut. Statistik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan mencatatkan peratus pertambahan pengambilan dadah asli seperti opiat (heroin dan morfin) menurun berbanding dengan pengambilan dadah sintetik seperti pil kuda (methampetamine, ectasi dan amphetamin) .[2] Pertambahan tangkapan kerana pengambilan dadah dari tahun 2010 hingga 2015 adalah sebanyak 43.2% untuk dadah kumpulan opiate seperti heroin manakala 100.01% bagi dadah kumpulan amphetamin type stimulant (ATS) seperti pil kuda dan syabu. Data ini menunjukkan peningkatan pengambilan pil kuda dan syabu di masa kini amat membimbangkan. 
Sifat penagih dadah kumputan ATS ini lebih ganas berbanding penagih dadah kumpulan opiat. Kebanyakan dari kes pembunuhan ahli keluarga akhir-akhir ini adalah berpunca dari penagih dadah sintetik ATS . Ini kerana penggunaan dadah sintetik berkait rapat dengan gangguan serius pada pemikiran apabila khayal seperti halusinasi (melihat/mendengar/merasa perkara yang tidak wujud), delusi (perasaan syak wasangka) dan paranoid.[3]
Manakala, program terapi methadon ini wujud bagi merawat penagih kumpulan opiat. Banyak kajian telah dilakukan bagi membuktikan kejayaan rawatan ketagihan dadah opiate dengan ubat methadon ini. 
Antaranya kajian terbaru oleh Dr Norsiah dan rakan-rakan, yang telah membuat review keberkesanan rawatan ubat methadon dari tahun 2005 hingga 2014 (Malaysian Methadon Treatment Outcome Study, MyTOS 2016). Dapatan dari kajian tersebut membuktikan telah mengurangkan dengan begitu ketara penagih yang dimasukkan semula ke kurungan seperti lokap, penjara dan pusat serenti (7.5% berbanding 59% sebelum rawatan). Pesakit yang mengambil rawatan methadon juga terlindung dari mendapat jangkitan virus HIV, Hepatitis B dan C. Pesakit juga menunjukkan peningkatan kualiti kehidupan, taraf kesihatan sosial bertambah baik dan mereka bebas dari ketagihan dadah opiat. Bilangan yang mempunyai pekerjaan juga meningkat.[4]
Saya berikan juga di sini beberapa link kajian lain bagi yang sudi membaca lebih. [Lihat rujukan 7, 8, 9]
Apakah rawatan dengan ubat Methadone?

Mungkin ramai yang tak tahu apakah rawatan untuk masalah penagihan dadah dengan ubat bernama methadon. Ia adalah salah satu kaedah program pengurangan kemudaratan untuk penagih dadah jenis Opiat sahaja. Program ini bertujuan untuk mengelakkan jangkitan virus bawaan darah (HIV, Hep C, Hep B) yang berpunca daripada perilaku berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum suntikan dadah. Rawatan dengan ubat methadon adalah pemberian ubat preskripsi (sirap Methadone) di bawah pengawasan ketat Pegawai Perubatan dan Pegawai Farmasi.[5]

Methadon merawat ketagihan, mencegah tanda-tanda pengunduran iaitu gian (withdrawal symptom) dan rasa rindu (craving) terhadap heroin. 
Methadon ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi tidak memberi kesan euforia (khayal). Methadone perlu diambil secara oral (melalui mulut), sekaligus mengatasi pelbagai masalah yang dikaitkan dengan penggunaan/perkongsian alat-alat suntikan. Rawatan methadone akan mengurangkan atau menghilangkan tindak balas heroin dalam badan.[6]

Dr Norsiah Ali dan Prof Madya Suzaily Wahab telah menulis sebuah buku untuk meningkatkan kefahaman umum tentang rawatan masalah penagihan dadah (rujuk lampiran). Pelbagai persoalan berkaitan masalah ini dihuraikan dalam buku tersebut.[10]

Hukum Syariat lebih Baik

Saya tidak menafikan bahawa akta yang ketat perlu digunakan bagi mengubati masalah para penagih ini. Ini termasuklah perlaksanaan syariat Islam yang syumul itu. Namun dalam rantaian kita berjuang untuk tegakkan syariah, apa salahnya membuka ruang para pakar perubatan untuk merawat penyakit masyarakat ini dengan kaedah penolakan mudarat yang bertentangan ini. Samada membiarkan para penagih terus larut dalam ketagihan dan risiko dijangkiti HIV, hepatitis atau membantu mereka dengan kaedah rawatan ini? Sesuai juga dengan kenyataan; “jika kita tak boleh buat semua, jangan pula tinggal semua.”

Dr Suhazeli Abdullah 

Pakar Perubatan Keluarga
Pertanyaan lanjut: Fb.com/drsuhazeli 

#MedTweetMY 

#MedicalMythBustersMalaysia
9.10.2016

Pustaka Negeri

Kuala Terengganu
Rujukan:
[1] Fakta-fakta menarik penagih dadah dan Methadone Malaysia. http://legal-malaysia.blogspot.my/2008/07/fakta-fakta-menarik-tentang-dadah-dan.html?m=1

[2] Statistik AADK. http://www.adk.gov.my/web/guest/dadah

[3] Penagih dadah bunuh ibu sendiri. http://m.bernama.com/index.php?lang=my&sid=newsdetail&news_id=1288360

[4] Malaysian MMT Study (MyTOS). https://www.researchgate.net/publication/305400670_Malaysian_Methadone_Treatment_Outcome_Study_MyTOS_2016_Ministry_of_Health

[5] Rawatan Gantian Methadone. http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/rawatan-terapi-gantian-methadone.html

[6] What is Drugs Substitution Therapy. http://www.cornerstone-msc.net/new_mps/cfm/announcement_view.cfm?id=1717

[7] Kajian methadone HRPZII. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3629676/

[8] Effective MMT at HTAA. https://www.researchgate.net/publication/51048539_Two-Year_Outcomes_of_Methadone_Maintenance_Therapy_at_a_Clinic_in_Malaysia

[9] Quality of life MMT client. https://www.researchgate.net/publication/305394064_Effectiveness_of_Methadone_Maintenance_Therapy_and_Improvement_in_Quality_of_Life_Following_a_Decade_of_Implementation.

[10] Kebergantungan terhadap Dadah dan permasaalahannya. https://www.dropbox.com/s/wvsbua7hwmyynag/buku%2018Julai2016%20%20Finale.pdf?dl=0

Tapak Semain Vaksin dari Janin dan Ginjal Monyet…..Betul ke?

*TAPAK SEMAIAN VAKSIN DARIPADA JANIN DAN GINJAL MONYET TAPI……BACA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT*

Alasan yang selalu disebut oleh golongan antivaksin adalah bahan kandungan vaksin itu syubhah atau haram. Hujahnya, sesuatu yang syubhah adalah haram. Mencari sesuatu yang halal adalah wajib. Lantas dicari oleh mereka dalam dunia cyber bahawa bahan yang terdapat dalam vaksin mengandungi babi, darah kuda, najis tahi dan air kencing, nanah binatang, sel kanser, janin manusia, ginjal monyet dan sebagainya lagi. Sah! Vaksin adalah haram, justeru wajib dijauhi kerana sumber haram ini akan melemahkan ummat. Sebab itulah Islam masih tidak dapat menakluki dunia kerana telah diracuni melalui vaksin! Sadis…..

Saya sering bertanya kembali para ibubapa yang menolak vaksin ini. Vaksin mana yang dikatakan haram atau syubhah itu? Mereka tergagau-gagau mencari handphone pintar dan tunjukkan laman web yang katanya vaksin ada bahan haram. Lantas saya bentangkan kepada mereka vaksin yang terdapat diklinik (dan semua premis KKM guna vaksin tersebut). Adakah sama atau tidak jenama yang mereka paparkan itu? Jawapannya tidak semuanya! Mereka hanya memperolehi maklumat secara secara negatif dari Google. Teliti, selidik dan kewibawaan fakta Google tu dulu dan bertanya lah kepada ahli² yang sudah bergelumang dalam bidang perubatan. KKM menggunakan Vaksin 5 serangkai DTaP-Hib-Ipv berjenama Pentaxim).

Bukan semua produk vaksin yang dipaparkan didunia cyber itu digunakan dalam premis kesihatan negara kita. Segala kelulusan penggunaan vaksin dalam negara melalui proses yang teliti dan hasil permesyuaratan pelbagai pihak termasuklah Jakim.

Slide5810 vaksin wajib yang terdapat dalam premis kesihatan KKM adalah bebas dari DNA babi. Tiada khilaf!

Cuma yang menjadi pertikaian adalah hanya 2 jenis vaksin: Polio dan Rubella. Tapak semaian kuman kedua-duanya adalah di janin dan ginjal monyet. Pun begitu tapak semaian tersebut hanya digunakan semasa pembiakan, kemudian hanya kuman yang petik, disulingkan, dibersihkan agar kuman menjadi tulen sebelum dilakukan proses nyahaktif atau teknik rekombinan. Satu proses yang teliti secara berperingkat serta kompleks dalam makmal. Bukannya dibuat belakang rumah!

Terkadang saya terfikir, adakah kita perlu tahu sedalam itu dalam proses pembuatan vaksin? Serahkan kepada orang yang mahir sudah mencukupi untuk kita yakini. Islam pun melarang kita perkara lebih dari zahir sesuatu itu. Sebagai contohnya proses pembuatan minyak masak dan gula. Adakah kita yakin proses pembuatannya bebas dari binatang seperti tikus dan ular? Cari sendirilah info proses pembuatan tu.

Walau bagaimana pun saya buat juga tulisan ini bagi memberi kefahaman kepada kita kenapa 2 jenis kuman tersebut menggunakan bahan berkenaan:

Vero Cells1.Janin (Aborted fetus) digunakan untuk pembiakan Rubella kerana ianya adalah medium paling sesuai. Pelbagai sel digunakan bagi pembiakan Rubella tapi tidak berjaya sehingalah dikaji ke atas janin pada 1960 setelah mendapat kebenaran dari FDA. Kajian ini telah menjadi pencetus kepada pembuatan vaksin Rubella. Dua pengguguran elektif janin telah diambil bagi tujuan tersebut. [Lihat Soalan Lazim Mengenai Vaksin Dan Imunisasi, Kementerian Kesihatan Malaysia & JAKIM]
(i) Janin perempuan 12 minggu kerana ibunya dijangkiti Rubella.
(ii) Janin lelaki 14 minggu kerana ibunya berpenyakit psikiatri.

Slide56Kedua-dua lajuran sel (cell line) tersebut masih wujud dalam kultur makmal. Janin baru tidak perlu dijalankan lagi kerana sel janin yang diperoleh dalam tahun 1960an tersebut masih dikekalkan dalam kultur makmal. Ahli saintis memilih untuk menggunakan sel janin atas beberapa sebab, iaitu:
i. Virus berbeza dari bakteria kerana ia memerlukan sel untuk membiak. Sel manusia adalah media yang lebih baik bagi menggalakkan pembiakan virus manusia, berbanding dengan sel haiwan.
ii. Sel janin kebal dan boleh membiak banyak kali sebelum mati, berbeza dari sel lain yang hanya membiak secara terhad sebelum mati.

2. Hukum membenarkan pengguguran atas mashlahat/kepentingan perubatan. Dalam kes ini, perbincangan banyak dinyatakan oleh Madzhab Syafi’iyyah, Hanafiyyah, dan Hambali.
Menggugurkan janin sebelum peniupan roh hukumnya boleh. Bahkan sebagian dari ulama membolehkan menggugurkan janin tersebut dengan ubat. (Hasyiat Al Qalyubi : 3/159). Menurut kelompok ini, berdasarkan hadis Nabi di atas yang menunjukkan bahwa sebelum empat bulan, roh belum ditiup ke janin dan penciptaan belum sempurna, serta dianggap benda mati, sehingga boleh digugurkan.

3. Tapak semaian Polio pula di sel buah pinggang monyet. Ia diberi nama Vero cell. Media pertumbuhan yang terbaik bagi membiak virus polio kerana virus Polio yang paling susah dikembang biak. Berbeza dengan kuman-kuman lain yang boleh dibiakkan dengan senang dalam telur dan agar-agar. Terdapat vaksin Polio yang tapak semaiannya sel Babi (Vaksin Polio berjenama Imovax Polio) tetapi ia TIDAK DIGUNAKAN dalam premis KKM.
Perlu diketahui bersama bahawa sel berkenaan adalah semasa proses awal pembiakan, setelah dipetik, diproses dalam makmal, hasil akhir bukan dari bahan tersebut. Malah virus polio sudah berubah bentuk hasil teknik rekombinan yang digunakan. (Jika nak tahu apa itu teknik rekombinan…belajar jadi ahli mikrobiologi la. Takkan sedetail tu nak explain juga).

Slide67Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam siri Bayan Linnas 59 menyebut: Hukum Vaksin Kembali Kepada Intipati Kandungan Yang Terdapat Di Dalamnya. Di dalam hal ini, terdapat beberapa bahagian yang telah disebutkan oleh para ulama:

Pertama: Vaksin yang mengandungi kandungan yang harus untuk digunakan serta mempunyai kesan yang bermanfaat.

Tidak syak lagi bahawa kategori jenis ini adalah harus untuk digunakan. Bahkan ia merupakan di antara nikmat Allah yang dikurniakan kepada makhluk-Nya. Pencapaian perubatan (medical achievement) seumpama ini telah memberi sumbangan yang besar dalam mengurangkan pelbagai wabak yang tersebar pada hari ini.

Kedua: Vaksin yang mengandungi isi kandungan yang harus untuk digunakan. Akan tetapi ia boleh menyebabkan mudharat yang lebih banyak kepada tubuh badan berbanding manfaatnya. Ataupun ia tidak bermanfaat pada asalnya.

Vaksin seumpama ini tidak dinafikan lagi bahawa tidak boleh untuk digunakan kerana kita dilarang untuk memudharatkan diri kita dengan makanan, minuman, ubat-ubatan, dan seumpamanya.

Ketiga: Vaksin yang mengandungi bahan yang diharamkan ataupun ia najis pada asalnya akan tetapi ia telah dirawat dengan bahan kimia ataupun ia telah dicampur dengan bahan-bahan lain yang menukarnya dari namanya kepada ciri bahan yang diharuskan penggunaannya. Inilah yang dipanggil sebagai proses istihalah (proses perubahan kepada halal) serta mempunyai kesan-kesan yang bermanfaat.

Vaksin kategori ini tidak syak lagi diharuskan penggunaannya. Ini kerana proses transformasi yang berlaku telah mengubah nama dan sifatnya telah mengubah hukumnya lalu boleh untuk digunakan.

Nas dalil yang sama dibahaskan oleh ramai ulamak muktabar lain.

Slide69Apa yang *PALING UTAMA* adalah, Vaksin gunanya demi kepentingan ummah. Tanpa mengenepikan isu syubhah yang bagi sesetengah orang tidak boleh menerima hujah konsep istihalah dan istihlak. Menjaga mashlahah nyawa sebagaimana disebut dalam maqasid syariyyah (Hifz Al Nafs). Ianya juga telah dibahaskan oleh para alim ulamak seluruh dunia dan majoriti mengharuskan pemberian vaksin ini. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu *درء المفاسد مقدم على جلب المصالح (Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan)* kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal. Asas ini jugalah yang dibahaskan oleh majlis Fatwa kebangsaan, para Mufti dan para azatizah yang lain.

Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 195

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

yang bermaksud: ” _Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan._”

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Fb.com/drsuhazeli
_Insan Faqir_

#ProVaksin #Vaccine4life #MasyarakatKenaTahu #ProVaccine #MedicalMythBustersMalaysia #MedTweetMY

Dialog akhir
“Puan, Takkan lah kalam para alim ulama muktabar pun kita nak sanggah? Kalau ketegak juga, vaksin selain Rubella dan Polio nak cucuk ke tak?”
“Sengih tak terkata”

Lembaran Raya Buat Sahabat

29 Ramadhan 1437H
Bukit Besi, Dungun
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُه
Kehadapan Dr Rohaidir yang dihormati,
     Selamat berpuasa Ramadhan al mubarak dan beramal ibadah didalamnya sehingga penghujung bulan nanti. Seterusnya menyambut perayaan Aidil Fitri yang menjelang tiba. Maaf zahir batin saya hulurkan. Mungkin tuan Dr tidak mengenali saya dan saya pun tidak pernah bertemu dengan tuan. Tetapi saya nampak profile tuan adalah seorang yang hebat. Bertuah sungguh dapat berkenalan.
Tuan Dr,
 Tulisan Dr Rohaizdir 1    Lewat sehari lepas saya menerima satu tulisan WA yang menjelaskan penyelesaian tuan berkait isu vaksin dan seputar dengannya. Terima kasih atas saranan dan penulisan yang cukup berhemah. Saya membacanya dengan penuh teliti dan minat. Mudah faham butir bicara yang tuan maksudkan itu.
Sahabatku,
     Pernah beberapa kali saya dituduh oleh para penentang saya dalam fb bahawa saya ini sudah jatuh syirik. Tak kurang juga antara mereka yang menuduh saya yahudi hinggakan mereka menubuhkan satu group khas membincangkan hal ini. Tuduhan mereka lagi bahawa kami sudah tidak mempercayai Allah, Tuhan yang menentukan segala untung nasib manusia atas mukabumi ini. “Percaya vaksin lebih dari Tulisan Dr Rohaizdir 2Tuhan. Tidak bertawakkal kepada Allah atas segala penyakit yang menimpa” tambah mereka. Tohmahan sedemikian kami abaikan dan tidak berjidal panjang kerana merugikan masa. Saya buat satu jawapan pendirian konsep tawakkal dalam berubat seperti link rujukan ini [1]. Begitu juga hubungkait pemakanan sunnah dan vaksin [2]. Bagi kami, mereka yang menuduh sedemikian itu masih perlukan penerangan atas kejahilan maklumat yang mereka sendiri dapat melalui google. Kami tidak terkilan.
Yang dihormati Dr,
     Setelah membaca tulisan Dr tempohari, diri ini cukup terasa kerana ada profesional dan agamawan terbilang Tulisan Dr Rohaizdir 3seperti Dr sanggup juga menaruh garam dengan menuduh kami (#ProVaksin #SayaSokongImunisasi) ini golongan MUKTAZILAH. Nauzubillah.
     Saya membelek kembali nota lama SPM mengenai Muktazilah. Terdapat 5 ciri-ciri utama kefahaman Muktaizlah ini. Saya membaca prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar), ianya berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi pendirian mereka [3]. Saya termenung seketika. Adakah apa yang kami lakukan ini membunuh orang? Atau gesaan kami ke arah mewajibkan vaksin dari sudut undang-undang dan hukum agama itu semata-mata ingin membunuh kefahaman yang tidak selari dengan pendirian kami?
     Adakah sanggup golongan #ProVaksin #SayaSokongImunisasi seperti kami ini digelar Muktazilah? Nauzubillah min zaalik. Sokongan majoriti dari pembesar negara, pagawai kerajaan, para pakar perubatan. doktor-doktor dan anggota kesihatan lain, para mufti dan agamawan, malah Tuan Guru Hj Abdul hadi dan Tuan Guru Dr Harun Din pun memberi sokongan padu. Adakah layak kita menggelarkan mereka juga turut bersekongkol dengan muktazilah? Saya mohon banyak kemaafan atas teguran ikhlas ini, agar kita perlu sedar apa yang kita tulis dan ucapkan dikhalayak ramai.
Percayalah sahabat,
     Bahawa kami melakukannya atas dasar sayangkan ummah dari terus rosak, ataupun dirosakkan oleh pemikiran yang salah terhadap perubatan. Rujukan mereka tidak berwibawa dan kebanyakan tulisan mereka telah diputar-belitkan demi kepentingan tertentu samada dalam perniagaan yang mereka ceburi atau sebagainya.
     Bagi kami yang berada di sof hadapan kesihatan merasai kebimbangan ini. Sedih dengan ucapan orang yang tak pernah bersengkang mata lihat kes dan rawat kes. Tak pernah berada disituasi cemas membantu pesakit, tidak merasai denyut nadi saat kematian akibat penyakit, senang aje memandang remeh-temeh isu mudarat atau tidak. Sebab apa? Tak kena pada diri sendiri atau kaum keluarga.
     Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Ruzaimi Ramle dalam satu enekdot tulisan beliau:
_”Saya tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Allah memerintahkan saya untuk bertanya mereka yang pakar jika ingin mengetahui sesuatu. Maka saya melihat terlalu ramai pakar perubatan mengatakan keperluan dan kepentingan imunisasi untuk bayi. Dalam ilmu hadis, konsep hadis mutawatir itu menjadi pasti betul apabila ramai yang membawa cerita yang sama sehingga pada adatnya mustahil mereka berpakat untuk berdusta. Begitu jugalah dalam isu vaksin ini. Jika benar ia mudarat dan tidak baik, mengapa terlalu ramai yang menyokongnya? Nabi sallallah alaih wasallam mengajar kita untuk kawal wabak dengan tidak masuk ke negara yang dilanda taun dan tidak keluar jika negara sendiri dilanda taun (hadis bukhari)”._
     Ada ketikanya kita bukan mahir segala bidang. Mari saja soalan, semua mahu dijawab. Sesuatu yang saya tak tahu jawapan dan bukan dalam bidang kemahiran saya, saya akan jawab ‘tidak tahu’ atau minta tangguh jawapan sebelum bertanya orang yang ahli mengenai sesuatu isu. Saya mengharapkan para cendikiawan selidik dulu asas perubatan sebelum beri kenyataan.
Untuk maklumat Dr,
     Ramai yang memberi alasan bahawa vaksin ini banyak mendatangkan mudarat berbanding kebaikan. Tahun 2015 dalam negara kita hampir 7 juta dose dan seluruh dunia melebihi 100 juta dose, semuanya selamat. Kami tidak menafikan bahawa ada kesan sampingan. Jika Dr dakwa lebih banyak mudarat, sila buktikan melalui kajian emperikal, bukannya cedok dari website tabloid yg tidak bertanggungjawab. Kejayaan pemberian vaksin harus dilihat secara menyeluruh dengan penurunan secara mendadak kes-kes penyakit berjangkit seperti penyakit Campak (Measles), Polio, Difteria, Cacar (Smallpox) dan beberapa jenis penyakit berjangkit bahaya lain lagi. Penyakit Campak sebagai perbandingannya telah menunjukkan penurunan yang ketara. Dari jumlah kadar insiden 656.5/sejuta populasi (1982) sehingga kadar insiden 2.0/sejuta populasi (2009). Permulaan kempen pemberian vaksin dinegara kita adalah pada tahun 1982 dan jumlah liputan pemberian vaksin meningkat melebihi 80 peratus sehingga sekarang. Ini menunjukkan kejayaan yang besar didalam dunia perubatan moden. Dalam tempoh 14 tahun (2000 – 2014) pemberian vaksin Campak telah menyelamatkan 17.1 juta nyawa kanak-kanak daripada diserang penyakit Campak (measles) seluruh dunia [6].
Organ AEFI     Laporan dari pihak KKM (Tahun 2015) bahawa jumlah AEFI adalah 0.02 dalam 100 dos vaksin. Diperincikan lagi, khusus bagi vaksin wajib ke atas bayi (10 jenis), peratus AEFI adalah 0.0031% (214 kes) dari jumlah total dos vaksin yang diberikan sebanyak 6,945,644 (lebih 6.9 juta dos). Jumlah terlalu amat sedikit. Walaubagaimana pun tindakan dari unit KKM, tidak memandang ringan kes seumpama ini. Setiap pelaporan yang dibuat, diambil siasat dengan serius bermula dari reaksi vaksin, qualiti pembuatan, qualiti pembungkusan, qualiti “cold chain”, kaedah pemberian dan kesan yang timbul. Majoriti (97.9%) dari AEFI tersebut adalah ringan seperti sakit, bengkak, ruam, demam. Semuanya tidak membawa mudarat besar hatta bawa maut atau cacat. Terdapat satu kes yang dilaporkan mati dalam tempoh 24 jam setelah vaksin [5]. Tetapi siasatan mereka mendapati mangsa berkenaan mati bukan akibat vaksin tetapi jangkitan kuman lain yang tidak berkait langsung dengan vaksin. Pembuatan vaksin bukan semudah ternak lembu atau ayam itik belakang rumah. Pembiakan virus sebelum dilemahkan/dimatikan/rekombinan/toksoid perlu melepasi piawaian yg ketat. Diuji akan Quality, safety dan efficacy. Perlu juga melepasi tahap GMP dan 4 fasa kajian klinikal. Baharulah di beri kepada bayi.
Tambahan lagi Dr,
IM Ammar vaksin-2     Terdapat segelintir masyarakat yang menolak vaksin ini beranggapan bahawa suasana tidak mendesak (istilahnya darurat). Itulah alasan yang mereka sentiasa berselindung disebalik ketakutan kepada jarum. Sedarkah kita bahawa sekarang sudah 5 kematian akibat Difteria. sepanjang tahun lepas, terdapat 12 kematian akibat Pertussis. Lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM:
“Sehingga 2 Julai 2016, jumlah kes disahkan difteria sebanyak 14 kes. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan Kes Difteria dari DGsatu (1) kematian, Kedah tujuh (7) kes dengan satu (1) kematian dan Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian. Kes terbaru adalah kes sporadik (terpencil) dan tiada hubungkait dengan enam (6) kes terdahulu. Manakala Negeri Johor melaporkan satu (1) kes disyaki difteria.” [7]
Adakah ini bukan situasi gawat? Atau nak tunggu 1000 orang mati baru istihar darurat?
Maafkan saya Dr atas warkah di Aidil Fitri yang mulia ini.
*Maaf Zahir dan Batin*
Dr Suhazeli Abdullah
_Insan Dhaif_
30 Ramadhan 1437
5 Julai 2016
Link rujukan
[1] Vaksin bukan menolak tawakkal. http://suhazeli.com/wp/?p=1293
[2] Makanan Sunnah dan Vaksin. http://suhazeli.com/wp/?p=1301
[4] CDC report on 124 million children vaccinated without adverse reaction. http://thesciencepost.com/cdc-releases-124-millionm-page-docuent-of-non-vaccine-injured-children/
[5] AEFI wujud tetapi sering disalaherti. http://suhazeli.com/wp/?p=1345
P/s: Jika naik LPT II, berhati-hati sebab risk kemalangan di LPT II adalah 8 dalam 1000 kenderaan. Jika lepasi Tol Ajil, mai lah singgah raya kat rumah saya.

Save

Adakah Vaksin Menolak Tawakkal?

image

Seorang ibu mengemukakan pendapat kepada saya bahawa pengambilan vaksin itu menolak konsep tawakkal kepada Allah.

Sekali imbas ada benarnya. Ditambah lagi bahawa proses tahnik bayi, susu ibu dan pemakanan sunnah itu sudah cukup sebagai ‘vaksin’ mencegah penyakit.

Saya hormati pegangan sedemikian. Saya pun muslim dan mengamalkan sunnah tanpa ingkar. Malah dalam setiap konsultasi pesakit, perkara awal yang disebut adalah Therapeutic Life Changes (TLC). Bersenam, menjaga pemakanan, kurangkan berat badan dan jauhi stres sudah menjadi isi dan kulit dalam nasihat kami secara kolektif. Disusuli dengan ubat atau prosedur, kemudian bertawakkallah. Tawakkal tidak berdiri sendirian tanpa ikhtiar. Sebagai orang awam, kita tidak dikurniakan mukjizat, karamah atau irhasy. Sesuatu yang diluar dari lingkungan keistimewaan tersebut bagi orang awam adalah menyalahi adat.

Rasulullah SAW menegur secara bijaksana terhadap seorang badwi yang memahami konsep tawakal dengan hanya berserah sahaja kepada Allah SWT tanpa sebarang ikhtiar. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Anas bin Malik:
Suatu ketika seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW sambil meninggalkan unta tungganganya, seraya berkata, ” Aku lepaskan untaku dan aku bertawakal.” Maka Nabi menjawab,
“Ikatlah untamu dan bertawakallah kau.”

Ikat unta itu mestilah dengan tali sengkang unta yang kukuh, bukannya tali pelepah pisang! Tidak kuat dan kukuh. Sedangkan sebelum bertawakkal perlulah dijalankan ikhtiar sekukuhnya. Kaedah fekah menyebut, yang lemah/tidak kuat hujah/keraguan fakta itu terhapus setelah datangnya sesuatu yang lebih yakin/sahih.

Adakah kita masih kurang keyakinan akan manfaat yang diperolehi melalui ikhtiar vaksin ini? Dalam catatan sejarah perubatan, lebih 6 bilion bayi telah divaksinkan dan lebih 124 juta laporan perubatan yang berwibawa ditulis menyatakan vaksin selamat [1].

Saya kesian kepada segelintir dari pembaca ruang maya kerana mereka termakan dengan pemikiran beberapa golongan yang tidak bertanggungjawab dengan membesarkan isu keselamatan vaksin ini. Sesungguhnya pemikiran ini boleh membuahkan pegangan yang mungkin akan memunahkan zuriat sendiri. Mereka terlalu mementingkan diri sendiri tanpa melihat kemashlahatan orang ramai. Pemikiran yang sedemikian boleh membuka ruang merebaknya penyakit jika liputan imunisasi tidak optima.

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
19 Mei 2016
Melaka: Sempena Hari Sambutan Doktor keluarga Sedunia 2016

RUJUKAN
[1] CDC report on 124 million pages reported vaccination were safe. http://thesciencepost.com/cdc-releases-124-millionm-page-docuent-of-non-vaccine-injured-children/

Suntikan Vaksin   Menurut Para Ulamak

image|#MedTweetMY|

Minggu lepas tulisan saya telah mendapat reaksi positif para pembaca. Terima kasih atas kesudian membaca dan memahami sebaik mungkin seterusnya ia menjadi suri teladan dalam kehidupan kita.

Walaubagaimana pun, ada sebahagian kecil yang yang tak berpuas hati dengan tulisan penjelasan tersebut. Sehingga ada pihak tertentu yang menjawab sinis, sarkastik dan malah menghina ulasan saya. Saya tidak boleh gambarkan bahawa terdapat dikalangan mereka yang menuduh saya sesat akidah dan syirik (Nauzubillah min zaalik). Apakah pertimbangan mereka dalam isu kewajipan vaksin ini? Saya merasakan cara penerimaan, tahap pendidikan dan konflik kepentingan tertentu (conflict of interest) yang menyebabkan mereka tanpa segan silu menuduh saya seberat itu. Malah ada dikalangan mereka menuduh Majlis Fatwa Kebangsaan telah dikambing-hitamkan oleh KKM kerana tidak memberi maklumat tepat berkaitan vaksin ini! Saya pasrah, berlapang dada dan serahkan segalanya kepada Allah bagi menentukan amalan saya dihisab Akhirat nanti.

Asas isu ini adalah kewajipan vaksin berdasarkan Maqosid Syari’yyah yang saya tulisan dalam artikel sebelum ini [1]. Kenyataan saya tidak bercanggah dengan majlis fatwa dan Jakim. Malah Jakim juga sama terlibat secara langsung menerbitkan buku soal jawab imunisasi KKM (boleh download buku tersebut melalui www.suhazeli.com [2]).

Garis pemisah yang menentukan daruriyyat itu perlu diserahkan kepada yang ahli dalam bidangnya. Sebagaimana disebut oleh Prof Dr Zulkifli Al. Bakri, Dr Mujahid Abu Bakar, Prof Madya Basri Ibrahim, Dr Zulkifli Muda (Mufti Trg), Ustaz Ahmad Tarmizi Taha dan beberapa agamawan lagi dalam beberapa forum/wacana yang adakan, mereka menegaskan garis penentuan daruriyyat dalam bidang kesihatan adalah oleh orang perubatan yang ahli. Ulama meletakkan dasarnya sebegitu [lihat Youtube Dato Dr Zulkifli Muda, Mufti Terengganu – 3]

Saya bercakap bukan atas kapasiti individu, tetapi sebagai kapasiti profesion yang sudah tentu khulasah, perbincangan dan perbahasan sesama profesion telah dilakukan.

Berikut adalah beberapa petikan dari para alim ulamak dalam menentukan pendirian terhadap wajibnya vaksin.

1. Resolusi Persidangan Ulama Sedunia 1992;
Menjadi Hak pemerintah mewajibkan rawatan secara paksaan ke atas rakyatnya jika penyakit tersebut boleh membahayakan masyarakat.

Menjadi hak kerajaan juga mengasingkan pesakit tersebut supaya tidak menyebabkan jangkitan kepada pihak lain.
Menjadi hak kerajaan juga mewajibkan suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tertentu:
.. ومن حق الدولة أن تفرض التطعيم والتحصين ضد مجموعة من الأمراض الخطيرة التي تصيب الأطفال والمجتمع مثل تحصينات الأطفال ضد الحصبة والسعال الديكي والدفتريا وشلل الأطفال والدرن. وقد أضيف إليها التحصين ضد التهاب الكبد الفيروسي من نوع B , وللفتيات قبل البلوغ التطعيم ضد الحصبة الألمانية, وكانت الدول تفرض التطعيم عند السفر ضد الجدري والكوليرا والحمى الصفراء وخاصة عند السفر إلى المناطق الموبوءة .. وقد تم بفضل الله سبحانه وتعالى, ثم بفضل حملات التطعيم المتتالية استئصال الجدري الذي كان يقتل الآلاف كل عام (3) .
وقد أمر النبي صلى الله عليه وسلم بالفرار من المجذوم لأن مرضه معدٍ فقال “فر من المجذوم كما تفر من الأسد” (4) ولأن في عدم علاج المرض المعدي ضرر والضرر يزال (5) .
ويُعد عمل الطبيب في هذه الحالة الطارئة واجباً عليه, مادام قادراً على علاج المصاب واستنقاذه, ولو امتنع الطبيب عن العلاج كان آثما (6) . فإن استنقاذ النفس مطلب شرعي.

Buhuth wa disarat min mauqi’  al islam al yaum
في عام ١٩٩٢ أصدر مجمع الفقه الإسلامي الدولي في دورته السابعة  قرار ٦٧   تحت بند إذن المريض يُستقى منه وجوب التطعيمات ويمنح ولي الأمر العام فرضها وتباعا عدّ بعض الفقهاء حينها أن مخالفة الأمر هذا يعدّ مخالفة شرعية.
ب-    لولي الأمر الإلزام بالتداوي في بعض الأحوال، كالأمراض المعدية والتحصينات الوقائية.
إن اقتناع الفقهاء بأن التطعيمات قضت على الجدري تماما وتقريبا على شلل الأطفال وأنه لا يوجد أي دليل على ضررها يعتمد على إدعاءات تقدمها الأمم المتحدة ومن يقف خلفها من شركات تصنيع التطعيمات.1

RESOLUSI MAJMAK FIQH SEDUNIA TAHUN 1992 DALAM PERSIDANGANNYA KALI KE 7 DI BAWAH PASAL KEIZINAN PESAKIT MEMUTUSKAN PEMERINTAH BERHAK MEWAJIBKAN SUNTIKAN VAKSIN  KEPADA RAKYATNYA DAN MENURUT SEBAHAGIAN JIKA DINGKAR PERINTAH TERSEBUT, DIANGGAP MENYALAHI SYARAK. [4]

2. Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jur’i
Dr Abdul Rahman bin Ahmad al Jur’I menyatakan, keizinan pesakit tidak diperlukan dalam rawatan jika tidak penyakit tersebut boleh merebak dan membahayakan pesakit atau orang lain.
LIHAT AHKAM AL IZN AL TIBBI OLEH DR ABDUL RAHMAN BIN AHMAD AL JUR’I.

3. Deklarasi Persidangan Fekah Sedunia 2009;
Majmak Fiqh sedunia telah mengeluarkan deklarasi mengggesa kementerian kesihatan dalam negara ummat Islam untuk melancakan kempen suntikan vaksin bagi menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit yang merbahaya [5]

NAS DEKLARASI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

بيان للتشجيع على التطعيم ضد شلل الأطفال
فى: الأحد 9 أغسطس 2009
طباعة البريد الالكترونى
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:
فإن أمانة مجمع الفقه الإسلامي الدولي اطلعت على فحوى القرارات التي اتخذتها المؤتمرات التي عقدتها منظمة المؤتمر الإسلامي على مستوى القادة والرؤساء، وعلى مستوى وزراء الصحة، وذلك في دول المنظمة للقضاء على مرض شلل الأطفال واستئصاله، ورفع مستوى الوعي حول السلامة منه وفوائد التطعيم ضده، وخطورته التي تكمن في إصابة الآلاف من الأطفال به، وتعرضهم لمختلف أنواع الإعاقات في أجسادهم.
وبناء على استفسارات الأمانة العامة لمنظمة المؤتمر الإسلامي الواردة لمجمع الفقه الإسلامي الدولي بموجب مذكرتها (OIC/ST-16(19)/2009/004060) بتاريخ 11 يوليو2009، وتأييدا للجهود الخيرية التي تُبذل للقضاء على مرض شلل الأطفال، من خلال وزارات الصحة في الدول الإسلامية، وبالتعاون مع الجهات المعنية.
وبعد الاطلاع على التقارير الصادرة من الجهات الطبية المتخصصة فيرجو مجمع الفقه الإسلامي الدولي أن يبيّن أن التطعيم ضد مرض شلل الأطفال أمر ثبت نفعه وأخذه شائع يأخذه كل أطفال العالم سواء في الشرق أو الغرب، وقد أثبتت تلك التقارير أن حملات التطعيم قد نجحت -بفضل الله- في تخفيض النسبة المئوية لانتشار مرض الشلل بين الأطفال في دول العالم الإسلامي إلى أكثر من 25%، وأن ترك التطعيم في بعض البلاد تسبب في إصابة المئات من الأطفال بالشلل، كما تسبب في نقل فيروس المرض مع المسافرين إلى عدة بلاد إسلامية مجاورة. وذكرت التقارير بأن تكثيف حملات التطعيم في المناطق النائية يمكن أن يقدم نتائج أكثر إيجابية، غير أن تلك التقارير قد نبهت إلى أن القائمين على تلك الحملات يجدون صعوبات بالغة في إقناع بعض أولياء الأمور بسبب سوء الفهم الذي يجدونه عندهم حول التطعيم ضد هذا المرض، اعتقادا منهم بأنه يؤدي إلى العقم لدى البنات، وبعد أن تبين ممن يوثق بهم من المتخصصين في الطب بأن هذه إشاعة مغرضة، لا أساس لها من الصحة، وأن وزارات الصحة في البلاد الإسلامية مطمئنة من خلو تلك اللقاحات من أية أضرار.
وبعد الاستذكار لخطورة هذا المرض على الأطفال وكونه من الأمراض المعدية التي تنتقل بينهم بطرق مختلفة، وإذا أصيب به أي طفل لازمه هذا المرض طوال حياته، وعاش معوقا محتاجا إلى رعاية خاصة، وعناية مستمرة، وقد يكون عالة على غيره، إضافة إلى ما يسببه له ذلك من أذى نفسي واجتماعي.
فإن أمانة المجمع تدعو الجهات المعنية في وزارت الصحة بدول العالم الإسلامي إلى مواصلة حملات التطعيم ضد هذا المرض، كما تحث الآباء والأمهات على المسارعة في تطعيم أبنائهم وبناتهم ضده، وذلك لما يلي:
أولاً: امتن الله عز وجل على الإنسان بأن خلقه في أحسن تقويم، قال عز وجل: (لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ)[الآية 4، سورة التين]. وامتدح عز وجل نبيه زكريا عليه السلام حين سأله ذرية طيبة، والدعاء بالذرية الطيبة يشمل العافية والسلامة في الجسم، قال عز وجل: ( هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء)[الآية 38، سورة آل عمران].
ثانياً: أوجب سبحانه وتعالى على الإنسان أن يصون جسده ويحافظ على سلامته ويجنبه كل ما يضر به قدر الإمكان، قال تعالى: (وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ)[195، سورة البقرة].
ونهى عز وجل عن أن يقتل الإنسان أولاده بأي نوع من أنواع القتل، ويدخل في ذلك التفريط في عما يضرهم، قال عز وجل: (وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا)[31، سورة الإسراء]. فالمحافظة على الحياة وصيانتها من كل ما يعرضها للضياع من آكد الواجبات في الشريعة الإسلامية، قال سبحانه: (مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا)[من الآية 32، سورة المائدة].
ويؤكد ذلك القاعدة المقررة في الشريعة لمنع الضرر والإضرار بكل صوره والتي هي نص حديث نبوي عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا ضرر ولا ضرار”.[أخرجه الإمام أحمد في مسنده، والحاكم في المستدرك، وغيرهما].
ثالثاً: مما رغب فيه الإسلام: المرء ابتغاء أسباب القوة، والأخذ بكل ما ينفعه، فعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير، احرص على ما ينفعك…”.[أخرجه مسلم في صحيحه، باب في الأمر بالقوة وترك العجز والاستعانة].
رابعاً: وقد حمّل الإسلام الآباء والأمهات مسؤولية عظيمة تجاه أبنائهم وبناتهم وخصوصا من لم يبلغ الحلم منهم، ووردت في ذلك أحاديث منها:
• ما رواه عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “كلكم راع ومسؤول عن رعيته فالإمام راع وهو مسؤول عن رعيته، والرجل في أهله راع وهو مسؤول عن رعيته، والمرأة في بيت زوجها راعية وهي مسؤولة عن رعيتها”.[أخرجه البخاري، ومسلم].
• وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «كفى بالمرء إثما أن يضيع من يعول».[المستدرك على الصحيحين].
خامساً: وقد وردت في الحث على التداوي والأخذ بأسباب الشفاء والعلاج، أحاديث منها ما رواه أبو هريرة رضي الله عنْه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاء.[أخرجه البخاري، باب بَاب مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً]. وفي رواية أخرى عن أسامة بن شريك رضي الله عنه قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه كأنما على رءوسهم الطير فسلمت ثم قعدت فجاء الأعراب من ها هنا وها هنا، فقالوا: يا رسول الله أنتداوى؟ فقال: “تداووا فإن الله عز وجل لم يضع داء إلا وضع له دواء غير داء واحد الهرم”.[أخرجه أبو داود، والترمذي، وأحمد].
سادساً: ويعتبر تطعيم الأطفال ضد مرض الشلل علاجاً وقائياً من المرض الذي يخشى منه قبل وقوعه؛ وهو ما يسمى في عصرنا بالطب الوقائي، وقد أقر الإسلام هذا المبدأ، فقد ورد في ذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم قوله: (من تصبح بسبع تمرات من تمر المدينة لم يضره سحر ولا سم)[أخرجه البخاري، باب الدواء بالعجوة]. كما أقره بما ورد من قواعد الحجر الصحي في مرض الطاعون، قال صلى الله عليه وسلم: “إذا سمعتم بالطاعون بأرض فلا تدخلوها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا منها”[أخرجه البخاري، باب ما يذكر في الطاعون].
هذا والإسلام يدعو إلى الاستفادة من كل بحث أو إنجاز علمي يسهل حياة الإنسان وييسرها على هذه الأرض.. فهو قد جاء لتحقيق خير الناس وسعادتهم في الدنيا والآخرة. قال تعالى: (فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)[43، سورة النحل]، وقال سبحانه: (وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ)[107، سورة الأنبياء].
سابعاً: إن دفع الأمراض بالتطعيم لا ينافي التوكل؛ كما لا ينافيه دفع داء الجوع والعطش والحر والبرد بأضدادها، بل لا تتم حقيقة التوكل إلا بمباشرة الأسباب الظاهرة التي نصبها الله تعالى مقتضيات لمسبباتها قدرا وشرعا، وقد يكون ترك التطعيم إذا ترتب عليه ضرر محرما.
وبناء على ما سبق فإن أمانة المجمع ترجو من وزارات الصحة في البلدان الإسلامية التكثيف من الجهود التي تبذلها لمكافحة مرض شلل الأطفال، وتأمل من الآباء وأولياء الأمور الاستجابة لتلك الحملات حرصا منهم على تهيئة كل ما ينفع أبناءُهم وبناتهم وتجنيبا لهم عن كل ما يضرهم، كما تأمل من علماء الشريعة وأئمة المساجد حث الناس على الاستجابة لتلك الحملات، وتشجيع الناس على التطعيم ضد هذا المرض.
أ. د. عبدالسلام العبادي
أمين عام مجمع الفقه الإسلامي الدولي

Suntikan ke atas kanak-kanak berrtujuan mencegahnya dari mendapat penyakit yang merbahaya wajib dilakukan oleh pihak berkuasa  jika sekiranya kesan suntikan tersebut boleh mencegah dari penyakit yang merbahaya dan boleh merebak. Sebaliknya jika tidak dilakukan suntikan, kemudoratan akan berlaku .

Lihat AL QODOYA AL FIQHIYYAH AL MUASIRAH karangan Prof Muhyidin al Qurrah Daghi dan Prof. Ali Yusuf al Muhammadi. ms. 172 dan seterusnya

4. Pandangan Islam Terhadap Penyakit Yang Berjangkit. [6]

i- Wajib ke atas individu berusaha mencegah dan  menghapus  penyakit yang merbahaya sesuai dengan sabda nabi SAW:
“لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ”
Kemudoratan hendaklah dihapuskan
HR Ibnu Majah.

ii-Wajib diyakini bahawa yang memberi manfaat dan mudorat ialah Allah SWT. Namun begitu menjadi sunnatullah ada penyakit boleh merebak, oleh hendaklah diusahakan dengan melakukan sebab-sebab untuk membendung penyakit tersebut dalam keadaan mempunyai keyakinan seperti yang tersebut.

Ikhtiyar tersebut diarah oleh nabi SAW melalui sabda baginda SAW:
لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Janganlah orang sakit (yang mengidap penyakit  yang memberi mudorat kepada pihak lain) bergaul dengan orang sihat.
HR Muslim.

iii- Islam bermatlamatkan mendatangkan ketenangan  ke dalam diri manusia melalui akidah tersebut dan juga menggesakan  manusia berusaha sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnatullah iaitu berusaha untuk mencapai sesuatu.

iv- Suntikan untuk mencegah penyakit berjangkit (yang mendatangkan mudorat seperti lumpuh) dalam kalangan kanak-kanak adalah  termasuk dalam langkah pencegahan dan dituntut oleh syarak dan digesa oleh hukum Islam. Oleh itu wajib  ke atas orang Islam memberi kerjasama untuk diberi suntikan vaksin kepada anak-anak dan menjaga mereka dari penyakit yang boleh membinasakan.

Kesimpulan

i. Suntikan vaksin adalah satu keperluan asasi pada masa ini dengan pengesahan dari pakar-pakar muslim yang berwibawa dan diakui oleh para ulamak.

ii. Islam mengarahkan ummatnya agar merujuk kepada pakar dalam merungkai sesuatu isu. Setelah merujuk kepada pakar, para ulamak memutuskan kerajaan berhak mewajibkan suntikan tersebut ke atas rakyat bertujuan untuk mencegah kemudoratan. Usaha ini tidaklah boleh dianggap penyelewengan dalam pegangan akidah, bahkan sebaliknya ia selari dengan arahan nabi SAW yang menyuruh ummatnya agar merawat penyakit yang dihadapi.

iii. Jumhur perpendapat hokum asal berubat adalah harus dan boleh bertukar menjadi wajib jika diwajibkan oleh pemerintah atau jika tidak dirawat boleh membahayakan nyawa.

iv. Bahkan ada yang berpendapat mereka yang menjadi penyebab kepada jangkitan tersebut dianggap pembunuh. [7]

Semoga Bermanfaat [8]

Dr Suhazeli Abdullah
Marang
1.4.2016

Link Rujukan

[1] Artikel di www.suhazeli.com bertajuk Vaksin adalah Tuntutan Maqosid Syari’yyah. http://suhazeli.com/wp/?p=1197
[2] PDF file di http://suhazeli.com/files/Soalan%20lazim%20berkaitan%20Vaksin%20%20Imunisasi%2002072015.pdf
[3] Youtube pembentangan Mufti Terengganu semasa Persidangan Pakar Perubatan Keluarga ke 17 di Terengganu. https://www.youtube.com/watch?v=iFGJJI9mXCg&list=PLPPbCA2nrOAx9nLFBnd6evRpF_LxEAD4o.
[4] https://www.islamtoday.net/bohooth/services/printart-86-7287.htm1
[5] http://www.iifa-aifi.org/2647.html(7).
[6] Fawta Prof. Dr Ali Jumaah  Mantan Mufti Mesir. (Fatwa Dar Ifta, Mesir dar-alifta.org.eg).
[7] Sila Rujuk AL MAUSU’AH AL TIBBIYYAH AL FIQHIYYAH MS 706. Karangan Dr Ahmad Kan’an.
[8] Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Tarmizi Taha yang sediakan bahan bacaan yang amat bermanfaat ini.