, , , ,

Vaksin Bagi Jemaah Haji 

Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.

*Vaksin / Pelalian*

Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.

Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.
Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.

Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 60 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.

Dr Hj Suhazeli Abdullah 
Pakar Perubatan Keluarga 
Fb.com/drsuhazeli

Ahli
#MedicalMythBustersMalaysia 
#MedTweetMY 

, , ,

Lembaran Raya Buat Sahabat

29 Ramadhan 1437H
Bukit Besi, Dungun
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُه
Kehadapan Dr Rohaidir yang dihormati,
     Selamat berpuasa Ramadhan al mubarak dan beramal ibadah didalamnya sehingga penghujung bulan nanti. Seterusnya menyambut perayaan Aidil Fitri yang menjelang tiba. Maaf zahir batin saya hulurkan. Mungkin tuan Dr tidak mengenali saya dan saya pun tidak pernah bertemu dengan tuan. Tetapi saya nampak profile tuan adalah seorang yang hebat. Bertuah sungguh dapat berkenalan.
Tuan Dr,
 Tulisan Dr Rohaizdir 1    Lewat sehari lepas saya menerima satu tulisan WA yang menjelaskan penyelesaian tuan berkait isu vaksin dan seputar dengannya. Terima kasih atas saranan dan penulisan yang cukup berhemah. Saya membacanya dengan penuh teliti dan minat. Mudah faham butir bicara yang tuan maksudkan itu.
Sahabatku,
     Pernah beberapa kali saya dituduh oleh para penentang saya dalam fb bahawa saya ini sudah jatuh syirik. Tak kurang juga antara mereka yang menuduh saya yahudi hinggakan mereka menubuhkan satu group khas membincangkan hal ini. Tuduhan mereka lagi bahawa kami sudah tidak mempercayai Allah, Tuhan yang menentukan segala untung nasib manusia atas mukabumi ini. “Percaya vaksin lebih dari Tulisan Dr Rohaizdir 2Tuhan. Tidak bertawakkal kepada Allah atas segala penyakit yang menimpa” tambah mereka. Tohmahan sedemikian kami abaikan dan tidak berjidal panjang kerana merugikan masa. Saya buat satu jawapan pendirian konsep tawakkal dalam berubat seperti link rujukan ini [1]. Begitu juga hubungkait pemakanan sunnah dan vaksin [2]. Bagi kami, mereka yang menuduh sedemikian itu masih perlukan penerangan atas kejahilan maklumat yang mereka sendiri dapat melalui google. Kami tidak terkilan.
Yang dihormati Dr,
     Setelah membaca tulisan Dr tempohari, diri ini cukup terasa kerana ada profesional dan agamawan terbilang Tulisan Dr Rohaizdir 3seperti Dr sanggup juga menaruh garam dengan menuduh kami (#ProVaksin #SayaSokongImunisasi) ini golongan MUKTAZILAH. Nauzubillah.
     Saya membelek kembali nota lama SPM mengenai Muktazilah. Terdapat 5 ciri-ciri utama kefahaman Muktaizlah ini. Saya membaca prinsip kelima (al-Amr bi al-Alma’ruf dan Nahy ‘an al-Munkar), ianya berkait rapat dengan taklif hukum fiqh dan kepercayaan atau tauhid, mereka berdakwah kepada orang yang jahil dan sesat serta tanpa segan silu mereka melakukan hukuman bunuh walaupun sesama islam jika orang menyalahi pendirian mereka [3]. Saya termenung seketika. Adakah apa yang kami lakukan ini membunuh orang? Atau gesaan kami ke arah mewajibkan vaksin dari sudut undang-undang dan hukum agama itu semata-mata ingin membunuh kefahaman yang tidak selari dengan pendirian kami?
     Adakah sanggup golongan #ProVaksin #SayaSokongImunisasi seperti kami ini digelar Muktazilah? Nauzubillah min zaalik. Sokongan majoriti dari pembesar negara, pagawai kerajaan, para pakar perubatan. doktor-doktor dan anggota kesihatan lain, para mufti dan agamawan, malah Tuan Guru Hj Abdul hadi dan Tuan Guru Dr Harun Din pun memberi sokongan padu. Adakah layak kita menggelarkan mereka juga turut bersekongkol dengan muktazilah? Saya mohon banyak kemaafan atas teguran ikhlas ini, agar kita perlu sedar apa yang kita tulis dan ucapkan dikhalayak ramai.
Percayalah sahabat,
     Bahawa kami melakukannya atas dasar sayangkan ummah dari terus rosak, ataupun dirosakkan oleh pemikiran yang salah terhadap perubatan. Rujukan mereka tidak berwibawa dan kebanyakan tulisan mereka telah diputar-belitkan demi kepentingan tertentu samada dalam perniagaan yang mereka ceburi atau sebagainya.
     Bagi kami yang berada di sof hadapan kesihatan merasai kebimbangan ini. Sedih dengan ucapan orang yang tak pernah bersengkang mata lihat kes dan rawat kes. Tak pernah berada disituasi cemas membantu pesakit, tidak merasai denyut nadi saat kematian akibat penyakit, senang aje memandang remeh-temeh isu mudarat atau tidak. Sebab apa? Tak kena pada diri sendiri atau kaum keluarga.
     Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Ruzaimi Ramle dalam satu enekdot tulisan beliau:
_”Saya tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan. Allah memerintahkan saya untuk bertanya mereka yang pakar jika ingin mengetahui sesuatu. Maka saya melihat terlalu ramai pakar perubatan mengatakan keperluan dan kepentingan imunisasi untuk bayi. Dalam ilmu hadis, konsep hadis mutawatir itu menjadi pasti betul apabila ramai yang membawa cerita yang sama sehingga pada adatnya mustahil mereka berpakat untuk berdusta. Begitu jugalah dalam isu vaksin ini. Jika benar ia mudarat dan tidak baik, mengapa terlalu ramai yang menyokongnya? Nabi sallallah alaih wasallam mengajar kita untuk kawal wabak dengan tidak masuk ke negara yang dilanda taun dan tidak keluar jika negara sendiri dilanda taun (hadis bukhari)”._
     Ada ketikanya kita bukan mahir segala bidang. Mari saja soalan, semua mahu dijawab. Sesuatu yang saya tak tahu jawapan dan bukan dalam bidang kemahiran saya, saya akan jawab ‘tidak tahu’ atau minta tangguh jawapan sebelum bertanya orang yang ahli mengenai sesuatu isu. Saya mengharapkan para cendikiawan selidik dulu asas perubatan sebelum beri kenyataan.
Untuk maklumat Dr,
     Ramai yang memberi alasan bahawa vaksin ini banyak mendatangkan mudarat berbanding kebaikan. Tahun 2015 dalam negara kita hampir 7 juta dose dan seluruh dunia melebihi 100 juta dose, semuanya selamat. Kami tidak menafikan bahawa ada kesan sampingan. Jika Dr dakwa lebih banyak mudarat, sila buktikan melalui kajian emperikal, bukannya cedok dari website tabloid yg tidak bertanggungjawab. Kejayaan pemberian vaksin harus dilihat secara menyeluruh dengan penurunan secara mendadak kes-kes penyakit berjangkit seperti penyakit Campak (Measles), Polio, Difteria, Cacar (Smallpox) dan beberapa jenis penyakit berjangkit bahaya lain lagi. Penyakit Campak sebagai perbandingannya telah menunjukkan penurunan yang ketara. Dari jumlah kadar insiden 656.5/sejuta populasi (1982) sehingga kadar insiden 2.0/sejuta populasi (2009). Permulaan kempen pemberian vaksin dinegara kita adalah pada tahun 1982 dan jumlah liputan pemberian vaksin meningkat melebihi 80 peratus sehingga sekarang. Ini menunjukkan kejayaan yang besar didalam dunia perubatan moden. Dalam tempoh 14 tahun (2000 – 2014) pemberian vaksin Campak telah menyelamatkan 17.1 juta nyawa kanak-kanak daripada diserang penyakit Campak (measles) seluruh dunia [6].
Organ AEFI     Laporan dari pihak KKM (Tahun 2015) bahawa jumlah AEFI adalah 0.02 dalam 100 dos vaksin. Diperincikan lagi, khusus bagi vaksin wajib ke atas bayi (10 jenis), peratus AEFI adalah 0.0031% (214 kes) dari jumlah total dos vaksin yang diberikan sebanyak 6,945,644 (lebih 6.9 juta dos). Jumlah terlalu amat sedikit. Walaubagaimana pun tindakan dari unit KKM, tidak memandang ringan kes seumpama ini. Setiap pelaporan yang dibuat, diambil siasat dengan serius bermula dari reaksi vaksin, qualiti pembuatan, qualiti pembungkusan, qualiti “cold chain”, kaedah pemberian dan kesan yang timbul. Majoriti (97.9%) dari AEFI tersebut adalah ringan seperti sakit, bengkak, ruam, demam. Semuanya tidak membawa mudarat besar hatta bawa maut atau cacat. Terdapat satu kes yang dilaporkan mati dalam tempoh 24 jam setelah vaksin [5]. Tetapi siasatan mereka mendapati mangsa berkenaan mati bukan akibat vaksin tetapi jangkitan kuman lain yang tidak berkait langsung dengan vaksin. Pembuatan vaksin bukan semudah ternak lembu atau ayam itik belakang rumah. Pembiakan virus sebelum dilemahkan/dimatikan/rekombinan/toksoid perlu melepasi piawaian yg ketat. Diuji akan Quality, safety dan efficacy. Perlu juga melepasi tahap GMP dan 4 fasa kajian klinikal. Baharulah di beri kepada bayi.
Tambahan lagi Dr,
IM Ammar vaksin-2     Terdapat segelintir masyarakat yang menolak vaksin ini beranggapan bahawa suasana tidak mendesak (istilahnya darurat). Itulah alasan yang mereka sentiasa berselindung disebalik ketakutan kepada jarum. Sedarkah kita bahawa sekarang sudah 5 kematian akibat Difteria. sepanjang tahun lepas, terdapat 12 kematian akibat Pertussis. Lihat kenyataan yang dikeluarkan oleh KKM:
“Sehingga 2 Julai 2016, jumlah kes disahkan difteria sebanyak 14 kes. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan Kes Difteria dari DGsatu (1) kematian, Kedah tujuh (7) kes dengan satu (1) kematian dan Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian. Kes terbaru adalah kes sporadik (terpencil) dan tiada hubungkait dengan enam (6) kes terdahulu. Manakala Negeri Johor melaporkan satu (1) kes disyaki difteria.” [7]
Adakah ini bukan situasi gawat? Atau nak tunggu 1000 orang mati baru istihar darurat?
Maafkan saya Dr atas warkah di Aidil Fitri yang mulia ini.
*Maaf Zahir dan Batin*
Dr Suhazeli Abdullah
_Insan Dhaif_
30 Ramadhan 1437
5 Julai 2016
Link rujukan
[1] Vaksin bukan menolak tawakkal. http://suhazeli.com/wp/?p=1293
[2] Makanan Sunnah dan Vaksin. http://suhazeli.com/wp/?p=1301
[4] CDC report on 124 million children vaccinated without adverse reaction. http://thesciencepost.com/cdc-releases-124-millionm-page-docuent-of-non-vaccine-injured-children/
[5] AEFI wujud tetapi sering disalaherti. http://suhazeli.com/wp/?p=1345
P/s: Jika naik LPT II, berhati-hati sebab risk kemalangan di LPT II adalah 8 dalam 1000 kenderaan. Jika lepasi Tol Ajil, mai lah singgah raya kat rumah saya.

Save

, ,

AEFI Tidak Pernah Dinafikan Sebaliknya Sering DISALAHERTI

Muslim vaccineRamai rakan taulan yang mengikuti perkembangan tulisan saya mengenai isu vaksin bertanya tentang dakwaan kesan sampingan yang serius sehingga nak kiamat dibuatnya. Sudah berkali-kali saya sebut dalam penulisan sebelum ini bahawa kami di pihak kedoktoran ini tidak menafikan ada kesan sampingan. Antara yang pernah saya tulis [1]:
“Penentangan yang selalu juga ditimbulkan oleh sesetengah golongan adalah kesan sampingan dari pemberian vaksin (AEFI) dan mendakwa pihak berwajib tidak mengikuti Garis Panduan Farmakovigilan Kebangsaan (GPFK). Seluruh pengamal perubatan tidak menyangkal bahawa setiap bahan asing yang memasuki tubuh, badan kita akan bertindak bagi menyahkan bahan asing itu dari tubuh. Hatta Panadol yang boleh dibeli secara terbuka sekalipun mempunyai kesan sampingan samada sederhana dan serius. Serahkan kepada yang mahir untuk menguruskannya (jika berlaku).”
Slide86“Kebanyakan golongan yang menentang penggunaan vaksin adalah kerana terdapatnya bahan-bahan Alluminium, Merkuri dan logam berat lain. Dakwaan yang menyatakan Garam Aluminium boleh membawa kepada punca penyakit Alzaimer, Dimensia dan sawan adalah tidak benar. Begitu juga dakwaan mengaitkan Thimerosal (merkuri) dalam vaksin MMR penyebab autisma, disangkal dari banyak kajian berwibawa [2]. Rekod kajian saintifik dari tahun 2007 – 2013 (large scale study) dijalankan secara kohort, dari jumlah 113211 kanak² dlm kajian yang diberi vaksin, tiada satupun di kaitkan dengan autism. Insidens autisma timbul juga adalah variasi yang berlaku dalam masyarakat (1 dari 68 tahun 2010) mengalami Autism Spectrum Disorder. Tanpa dikaitkan dgn vaksinasi. Sebagai panduan, Thimerosal telah dibuang dari vaksin hampir sedekad lalu. Walaupun setelah dibuang dalam vaksin, jumlah insidens autisma tetap wujud. Boleh lihat kes yang berlaku di Jepun yang menarik balik vaksin MMR, tetapi jumlah kejadian Autism tetap wujud [3].”
Kita sepatutnya berterima kasih kepada kepekaan pihak berwajib dalam menjalankan tanggungjawab terutamanya dalam isu keselamatan dan keberkesanan vaksin. Ketelusan dalam setiap pelaporan AEFI tidak perlu dipertikaikan. Kementerian Kesihatan mempunyai jabatan khusus dalam menerima, menyiasat dan menangani setiap pelaporan yang dibuat. Mereka bersengkang mata bagi menyelesaikan secara berhemah dan tuntas.
Dari pemerhatian yang diperolehi, kebanyakan aduan yang diterima kesan suntikan adalah kesan psikologi ketakukan mereka terhadap vaksin yang dimomokkan. Sesetengah pemberitaan akhbar juga lebih kepada maklumat yang tidak lengkap dari sebelah pihak yang sudah memang sedia takut. Lantas vaksin dikambing-hitamkan [4]. Selidiklah dulu apa puncanya dari pihak berwibawa. pemberitaan sebegini mejadikan masyarakat ‘sasau-minda’ (havoc).
Terdapat juga sesetengah kesan yang tidak boleh dikaitkan langsung dengan pemberian vaksin. Hasil siasatan menunjukkan bahawa gejala sudah wujud sebelum diberi vaksin atau sudah melepasi tempoh reaksi vaksin. Seperti kes dakwaan anak mereka diserang asma atau dinaiki ruam/ezcema setelah 3 bulan berlalu. Kenapa tidak salahkan bedak atau minyak gamat herba yang disapu pada bayi? Perkara sedemikian tidak boleh dikaitkan secara definit. Malangnya masih menyalahkan vaksin kerana takut dek momokan pihak yang bukan ahli dalam bidang perubatan. Lagi sadis ada yang menuduh vaksin penyebab talasemia dan penyakit keturunan yang seumpamanya. Saya bersimpati dengan apa sahaja kejadian secara kebetulan tersebut. Datanglah ke klinik kami untuk berbincang dan merawat sebaiknya. Pintu klinik sentiasa terbentang luas.
Usaha dan ikhtiar adalah cara bagi orang yang hidup untuk mengubati segala penyakit yang melanda. Seterusnya bertawakkallah. Bukannya menyerah buta kepada takdir dan mengharapkan Tuhan menyebelahi kita tanpa sedikit ikhtiar dari kita apabila ditimpa musibah. Ikhtiar pun perlu mengikuti sunnatullah, sebab-musabbab sesuatu itu boleh terjadi dalam penentuan qudrat iradahNya. Asbab parang tajam adalah memotong (musabbab). Potong lah menggunakan parang tajam yang telah ada pembuktian secara sunatullah. Jika orang kata belakang parang pun boleh memotong, ya mungkin…tetapi berpijaklah dibumi nyata, nanti orang akan tuduh kita g*la buat kerja potong pokok guna belakang parang. Asahlah dulu belakang parang tu seperti kata pepatah “Belakang parang jika di asah, tajam juga akhirnya.”
Bagi kes yang terdapat kesan sampingan biasa sebaik sahaja cucuk vaksin seperti ruam, sakit, bengkak, sawan demam, gatal dan seumpamanya diminta tampil ke pihak kami untuk diurus seoptima mungkin. Sekilas pemerhatian yang saya lalui bahawa kebanyakan dari para ibu bapa yang mengalami kesan sampingan sebaik sahaja bayi diberi vaksin ini adalah, mereka tidak kembali semula kepada doktor untuk rawatan segera. Malah mereka lebih mendapatkan ubatan luar yang tidak dapat dibuktikan keberkesanannya. Ironinya, datang semula ke doktor setelah kesan itu sudah merebak. Pun begitu, prinsip “Treat No Harm” tetap kami jaga. Ikhtiarlah…berubatlah. Tepat seperti yang dikaji secara kohort oleh Tricia dan rakan-rakan; menyatakan bahawa kejadian kesan alahan vaksin hanya terjadi ke atas bayi yang jarang bertemu pakar perubatan [5]. Perangai Mencari Ubat (Health Seeking Behavior) apabila ditimpa masalah kesihatan amat rendah. Mereka lebih merujuk kepada pengubatan yang memparahkan lagi keadaan.
——————-
*Statistik AEFI*
——————-
Organ AEFISaya baca satu laporan dari pihak KKM (Tahun 2015) bahawa jumlah AEFI adalah 0.02 dalam 100 dos vaksin. Diperincikan lagi, khusus bagi vaksin wajib ke atas bayi (10 jenis), peratus AEFI adalah 0.0031% (214 kes) dari jumlah total dos vaksin yang diberikan sebanyak 6,945,644 (lebih 6.9 juta dos). Jumlah terlalu amat sedikit. Walaubagaimana pun tindakan dari unit KKM, tidak memandang ringan kes seumpama ini. Setiap pelaporan yang dibuat, diambil siasat dengan serius bermula dari reaksi vaksin, qualiti pembuatan, qualiti pembungkusan, qualiti “cold chain”, kaedah pemberian dan kesan yang timbul. Majoriti (97.9%) dari AEFI tersebut adalah ringan seperti sakit, bengkak, ruam, demam. Semuanya tidak membawa mudarat besar hatta bawa maut atau cacat. Terdapat satu kes yang dilaporkan mati dalam tempoh 24 jam setelah vaksin. Tetapi siasatan mereka mendapati mangsa berkenaan mati bukan akibat vaksin tetapi jangkitan kuman lain yang tidak berkait langsung dengan vaksin.
———————–
*Statistik Penyakit*
———————–
kes measles 26 jun 16Apa lebih membimbangkan kami adalah jumlah kes penyakit berbahaya semakin meningkat. Jauh lebih serius. Sehingga minggu pertama Jun 2016 (minggu epid 23), sebanyak 66 wabak measles dilaporkan, meningkat antara 4 hingga 5 kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun 2015. Pada tahun 2014, hanya 11 wabak measles dilaporkan dan meningkat kepada 57 wabak pada tahun 2015. Pada tahun 2016, majoriti wabak melibatkan rumah persendirian (42 episod; 63.6%), diikuti oleh institusi (19 episod; 28.8%) dan komuniti (5 episod; 7.6%). Bilangan kes juga meningkat sebanyak 340% (873 kes) berbanding tempoh yang sama pada 2015 (197 kes). Sepanjang tahun 2015, terdapat sebanyak 1,318 kes dengan 2 kematian, manakala belum ada kematian pada 2016 [6]. Begitu juga kes Difteria yang baru sahaja berlaku kematian di kalangan tiga (3) beradik di Melaka dan lapan (8) kes disyaki difteria di Kedah. Sebanyak satu (1) kes yang disahkan difteria di Melaka telah dilaporkan meninggal dunia pada 18 Jun 2016. Manakala satu (1) kes disyaki difteria di Kedah yang berumur dua (2) tahun meninggal dunia pada 22 Jun 2016 pagi. Kedua-dua kes kematian tidak menerima imunisasi difteria yang lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan [7].Kes Difteria dari DG
Adakah gejala wabak dan kematian ini tidak menjadi satu titik tolak kepada kita untuk terus berubah demi kesejateraan masyarakat? Jika kita hanya mementing kelompok kita semata-mata kerana takut atau kesan AEFI yang tidak mudarat perpanjangan, bermakna kita “selfish”. Para ulamak pun meletakkan kepentingan ummah ini penting dalam menangani suasana wabak supaya tidak terus merebak dan merobek khalayak ramai.
Sedarlah…wahai insan
Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Insan Dhaif
fb.com/drsuhazeli
27 JUN 2016
#MedTweetMY #MedicalMythBustersMalaysia #ProVaksin #Vaccine4Life
Rujukan:
[1] Apa yang Doktor perlu beritahu?. http://suhazeli.com/wp/?p=1213
[5] Vaccination and Allergic Disease: A Birth Cohort Study. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1448377/
Pesanan: Nak ratib AEFI, AEFI, AEFI pun…elok-elok lah..Lebih baik Zikir ingat Allah 10 malam Akhir Ramadhan ini.
, ,

Pemakanan Sunnah dan Vaksin

Habbatus SaudaIsu:
Kenapa Kementerian Kesihatan tidak menjalankan kesedaran supaya memilih makanan yang baik-baik dan halal?. Berapa ramai masyarakat sekarang tidak menjaga kesihatan mereka dengan mengambil perubatan dari barat! Sebenarnya terdapat kaitan pemakanan sihat dengan sistem imuniti. Apa yang mereka makan, itulah yang membentuk mereka. Secara fitrahnya Allah sudah turunkan habbatus sauda sebagai ubat yang boleh menyembuhkan segala penyakit. Inilah vaksin yang sebenar sebagaimana Rasulullah akui dalam hadis yang sahih. Kenapa para doktor berani sekali menyangkalnya atau doktor tidak tahu?

Jawapan:
Kementerian kesihatan telah lama menganjurkan dan menyarankan konsep TLC (Therapeutic Life Changes) kepada pesakit dan anggota kesihatan. Asas yang dianjurkan oleh KKM adalah penjagaan kesihatan menyeluruh setiap individu seperti pemakanan sihat, penjagaan kesihatan mental, kekal cergas dengan senaman dan keupayaan optima spiritual [1]. TLC ini bertindak secara umum, dengan membina keutuhan sistem badan. Akan tetapi ianya tidak khusus melawan serangan penyakit berjangkit berbahaya seperti polio, pertusis, difteria dan seumpamanya lagi. Tidak seperti mana yang dilakukan oleh vaksin [2].
Sebahagian dari pengamal perubatan moden juga adalah muslim, dan mengamalkan pemakanan sunnah. Semua orang berhak beramal dengan sunnah. Dalam masa yang sama Rasulullah menganjurkan kaedah perubatan terkini sebagaimana seerah Rasulullah SAW semasa hayat baginda. Ketika baginda gering, baginda menerima para doktor dari benua arab untuk mengubati Baginda.

Dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah, Nabi bersabda:

عِبَادَ اللَّهِ ، تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً إِلاَّ دَاءً وَاحِدًا الْهَرَمُ

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua.” [3]

Baginda juga bersabda:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah ia dengan izin Allah.” Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim.

Hadis-hadis ini merangsang umat Islam untuk berubat ketika sakit tanpa mengehadkan kepada jenis rawatan atau ubatan tertentu sahaja. Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi berkata, “Hadis ini mengisyaratkan disunatkan berubat ketika sakit. Inilah mazhab kita (dari aliran mazhab Syafie), juga pegangan kebanyakan ulama salaf dan keseluruhan ulama khalaf. Berkata Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu berkaitan agama dan dunia, antaranya ialah, benarnya ilmu perubatan dan diharuskan berubat secara keseluruhannya.”

Justeru merupakan satu kesilapan jika konsep Perubatan Islam disempitkan dan dikaitkan dengan kaedah atau cara pengubatan tertentu sahaja, seperti aktiviti menghalau jin, membuang saka, pengambilan makanan berpandukan al-Quran dan Sunnah, serta menolak kaedah-kaedah pengubatan yang lain. Lebih malang lagi jika kaedah yang dikatakan Perubatan Islam itu diamalkan berasaskan sumber riwayat yang tidak sahih serta palsu [4].

Bagaimana pula pemahaman kita berkaitan anjuran Rasulullah agar mengambil habbatus sauda untuk berubat? Hadith yang paling masyhur dalam masyarakat berkaitan kelebihan habbatus sauda ialah riwayat daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ

“Pada habbatas sauda itu ada penawar/ubat bagi semua penyakit kecuali mati.” [5,6]

Jika difahami secara literal hadis tersebut seolah-olah bercanggah dengan apa yang diamalkan sendiri oleh Rasulullah dan para sahabat. Ini kerana disaat gering Rasulullah SAW, Tidak pun Rasulullah menjadikan Habbatus sauda sebagai agen utama untuk berubat.

Lihat pula satu hadis riwayat Bukhari mengenai suruhan Rasulullah berubat dengan meminum air kencing dan susu unta pada kaum ‘Urayinin (‘Ukal):

أنّ نَفَرًا مِنْ عُكْلٍ ، ثَمانِيَةٍ قَدِمُوا على رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فَبَايِعُوه عَلى الإسلام ، فَاستوخَمُوا الأرضَ فَسَقِمتْ أجسَامِهِم ، فشَكَوْا ذلك الى رسول الله صلى عليه وسلم ، قال : ( أفَلاَ تَخْرُجُونَ مَعَ راعينًا في إِبِلِه فَتُصيبُونَ من البَانِهَا وأبوالها ) قالوا : بلى ، فخرجوا فشربوا من البانها وأبوالها فَصَحّوا فَقَتَلُوا رَاِعيَ رسول الله صلى الله عليه وسلم وأطردوا النّعَمَ

(رواه البخاري)

Maksudnya: _“Bahawa serombongan suku ‘Ukal seramai lapan orang datang menemui Rasulullah Shallallahualaihi wasallam, lalu mereka berikrar kepada Nabi untuk masuk Islam. Kemudian cuaca kota Madinah merimaskan mereka dan mengakibatkan tubuh badan mereka sakit-sakit, lalu mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Baginda berkata kepada mereka: “Barangkali elok kamu pergi bersama tukang gembala kami kepada untanya, kemudian kamu dapatkan air kencing dan susunya.” Mereka menjawab : “baiklah”. Mereka pun pergi dan meminum susu dan kencing unta itu, setelah itu mereka pun sihat. Tetapi kemudian mereka membunuh tukang gembala Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam itu dan merampas itu dan merampas unta-untanya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)._ [7]

*Bagaimana penafsiran Hadis ‘Uraynin berkaitan minum air kencing dan susu unta?*

Rasulullah SAW sendiri tidak mengamalkan apa yang di sebut (nauzubillah- tidak menuduh Rasulullah SAW tidak amanah dengan sabdaan baginda sendiri), menunjukkan ianya adalah satu lafaz yang umum oleh Rasulullah sesuai dengan kebolehcapaian dan pengalaman kaedah berubat pada masa tersebut. Ianya tidak mengkhususkan kepada sesatu kaedah perubatan. Begitu juga apa yang dipraktikkan oleh para sahabat baginda. Sebagaimana kisah Saidina Umar Al Khattab, ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hadis riwayat Bukhari) [8]

Kenapa dengan tuntas Saidina Umar menjawab demikian? Adakah beliau tidak pernah dengar hadis Rasulullah berkaitan dengan Habbatus Sauda, madu dan seumpamanya? Rasulullah juga menyebut dalam banyak hadis berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan larangan tertentu bagi mengelakkan penyakit serta kaedah berubat.
Ustaz Ad-Dien dalam satu catatan beliau mengenai habbatus sauda ini seperti berikut:  Dalam hal ini, masyarakat awam tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana mereka sendiri tidak terdedah dengan syarahan ulama’ apatah lagi mengkaji perbahasan mengenainya. Tambahan pula, lafaz hadith itu sendiri menggunakan lafaz “ kullu daa’ ” (semua penyakit) maka sudah pasti bagi sesiapa yang memahami secara literal akan berpegang sedemikian rupa. Hadith ini merupakan hadith yang mengandungi lafaz umum namun maksudnya khas. Habbatus sauda sememangnya baik untuk menyembuhkan banyak penyakit namun bukanlah semua penyakit yang ada dimuka bumi ini [6].

Jika dilihat kepada pemberian vaksin, ianya adalah bagi mencegah penyakit berjangkit secara khusus seperti Polio, Pertusis, Campak, Meninggitis dan seumpamanya lagi. Ianya memberi perlindungan secara khusus [9]. Berbeza dengan perlindungan yang di perolehi dari mi pemakanan sunnah atau susu ibu, ia lebih bersifat umum dan memberi khasiat kesihatan secra tidak spesifik.

Kita selalu nasihatkan anak-anak kita makan carot untuk penjagaan mata yang sihat. Ianya adalah perlindungan yang bersifat umum. Jika penyakit katarak (selaput kanta mata), buka carot sebagai ubatnya atau pencegahannya! Sudah tentu rawatan atau pencegahan secara khusus diperlukan supaya tidak dihinggapi penyakit katarak ini. Jika yang berpenyakit kencing manis, kawallah gula dalam darah anda seutuhnya. Dalam masa sama bukan menjadi satu halangan, carot boleh dimakan sebagai makanan komplimen.

Rujukan silang
[1] Amalan Cara Hidup Sihat. http://www.myhealth.gov.my/amalkan-cara-hidup-sihat/
[2] Imunisasi penting untuk si kecil. http://www.hmetro.com.my/node/37668
[3] Benarkah perubatan Moden tidak selari dengan Perubatan Islam? http://drafiqrahim.com/benarkah-perubatan-moden-tidak-selari-dengan-perubatan-islam/
[4] Dr Danial ZA. Perubatan Islam dan Pemakanan Sunnah. http://majalah-i.karangkraf.com/alquran-dan-sains/perubatan-islam-makanan-sunnah-1.421341
[5] Riwayat Al-Bukhari dalam Sahihnya, kitab Al-Tibb no. 5687; Riwayat Muslim no. 2215
[6] Ustaz Dien. Salah faham hadis Habbatus Sauda. http://addienblog.blogspot.my/2016/03/salah-faham-hadith-habbatus-sauda-ubat.html?m=1
[7] Hukum berubat dengan Air kencing unta. http://www.ahmadzain.com/read/karya-tulis/341/hukum-berobat-dengan-air-kencing-unta/
[8] Wabak dan penyakit berjangkit menurut Islam. http://sahabatinsaf.blogspot.my/2009/08/wabak-dan-penyakit-berjangkit-menurut.html
[9] Saad Omer. Vaccine Refusal….http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMsa0806477

, ,

Vaksin Oral Polio Terbukti Selamat

image

Menjadi perbincangan umum berkaitan dengan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia menukar kaedah pemberian vaksin Polio dari jenis oral (titik dalam mulut- OPV) ke jenis suntikan (IPV). Ramai yang menuduh pihak KKM tidak bertanggungjawab dan sengaja terus memberi vaksin jenis oral (OPV) kerana elakkan pembaziran.

Inilah menjadi masalah dalam masyarakat yang kononnya terdapat tulisan ingin menyedarkan kepunahan vaksin, tetapi diputar oleh mereka jua yang berkepentingan dan tegar menetang vaksin. Sedangkan mereka tidak tahu apa isu disebalik pertukaran tersebut. Pihak berwajib bukan semberono melakukan pertukaran. Malah persidangan, mesyuarat dalam dan luar negara sehingga membuahkan polisi tertentu bagi membasmi sepenuhnya Polio menjelang 2018 (seluruh dunia). Sudah tentu pertukaran tersebut dibuat kerana kepentingan masyarakat kepada keadaan yang lebih baik. Penggunaan vaksin Polio secara oral (OPV) sudah digunakan sejak sekian lama dan terbukti mengurangkan kejadian Polio seluruh dunia. Negara Malaysia sudah tiada kes baru Polio sejak tahun 2000 lagi. Ini adalah hasil dari kejayaan vaksin oral Polio. Tempoh 10 tahun lalu 10 billion dos OPV telah diberikan kepada lebih 2.5 billion bayi seluruh dunia. Ianya telah mencegah lebih dari 10 juta kes Polio dalam masa tersebut. Terkini, hanya tinggal kurang dari 125 kes seluruh dunia. Negara Afghanistan dan Pakistan masih lagi menjadi wabak kerana majoriti kes tersebut adalah dari 2 negara tersebut [1]. Puncanya adalah liputan vaksinasi Polio di Afghanistan dan Pakistan tidak mencecah 50%. Hujah yang mereka doktrinkan adalah agenda yahudi dan bahan haram dalam vaksin. Sadis!

Apa yang berlaku adalah, hasil dari statistik dan penyelidikan teliti pihak yang berwajib, didapati OPV telah berlaku Vaccine Associated Paralytic Polio (VAPP) dan  Vaccine Derived Poliovirus (VDPV) [2].
*VAPP* : Terdapat strain virus Polio yang berlaku perubahan genetik sebaik sahaja masuk dalam usus. Terjadi kepada golongan yang menerima OPV satu dos sahaja atau kepada bayi yang tidak diberi vaksin atau kepada golongan yang tidak diberi atas alasan perubatan (immuno-compromised). Jumlahnya terlalu kecil, 1 kes dalam 2.7 juta dos yang diberikan. Risiko VAPP ini akan semakin rendah jika dos kedua diberikan kerana melalui dos pertama, badan akan membentuk sistem imun. Risiko di negara membangun makin tinggi kerana liputan pemberian vaksin yang rendah, menyebabkan kemasukan virus polio liar akan terjadi. VAPP ini tidak akan berjangkit dengan orang lain.

*VDPV* : Suatu keadaan yang amat jarang berlaku, virus polio akan berubah dari segi genetik mengakibatkan badan menjadi lemah. Namun, kajian dan cerapan statistik dari 10 tahun lalu mencatatkan hanya terdapat 24 kes dari 21 buah negara seluruh dunia yang mengalami keadaan VDPV ini. Jumlah yang amat sedikit berbanding dengan penyakit lumpuh akibat polio sebanyak 750 kes dalam tempoh yang sama.

Terdapat segelintir ibubapa yang mendakwa anak mereka atau jiran mereka mengalami tanda-tanda VAPP/VDPV ini. Terdapat satu keadaan di mana bayi akan mengalami lemah dan seakan-akan lumpuh pada situasi tertentu yang tidak dikenal pasti secara jelas. Ianya bukan berpunca dari pemberian vaksin Polio secara oral. Dapatan ini diselidik oleh Prof Hussin Imam (Pakar Perunding Pediatrik Neurologi) dan rakan-rakan mendapati tiada satupun kes kanak-kanak lumpuh/lemah anggota badan (Acute Flaccid Paralysis) berpunca dari kuman Polio liar ini [3]. Sehingga kini tiada satu pun kes VAPP/VDPV yang sah dilaporkan di negara kita.

Langkah tuntas telah dijalankan oleh pihak berwajib dengan mengadakan polisi membendung resiko berlakunya VAPP dan VDPV ini. Ini kerana kemungkinan virus Polio Liar akan terjadi kerana
i) Liputan rendah pemberian imnunisasi dalam sesatu lokaliti. Justeru usaha pemberian vaksin perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi mengelakkan transmisi jangkitan.
ii) Virus liar ini berkecenderungan merebak dari negara-negara yang mengalami wabak. Apabila berlaku wabak, bayi yang sudah divaksin pun berisiko dijangkiti. Apatah lagi yang tidak divaksinkan lagi tinggi risikonya.

Berita gembira bahawa virus Polio Liar sudah dikekang dan pupus sejak 1999 lagi. Tambahan lagi, sekarang ini penggunaan OPV yang bebas virus liar Polio digunakan dan polisi penukaran dari OPV (kaedah oral) ke IPV (kaedah suntikan yang mengandungi Polio yang dimatikan).

Rujukan:
[1] WHO Factsheet. Poliomyelitis. Update April 2016. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs114/en/
[2] WHO Factsheet. Vaccine associated paralytic polio (VAPP) and vaccine derived poliovirus (VDPV). http://www.who.int/immunization/diseases/poliomyelitis/endgame_objective2/oral_polio_vaccine/VAPPandcVDPVFactSheet-Feb2015.pdf
[3] Prof Hussin Imam. Five-year surveillance of acute flaccid paralysis in Malaysia. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15009577

Dr Suhazeli Abdullah
Insan yang dhaif
F: fb.com/drsuhazeli
W: www.suhazeli.com

*Siapa pening baca artikel ni, terima ajelah apa yang saya tulis tu. Memang tulisan terlalu teknikal semacam nota kursus pelajar perubatan tahun 5. Tapi saya tulis juga kerana menjawab segolongan orang yang ingin belajar jadi “doktor” tanpa masuk universiti. Cukup sekadar belajar dari media sosial dan boleh dakwa lebih dari doktor pakar. hushhh sembang!

, ,

Adakah Vaksin Menolak Tawakkal?

image

Seorang ibu mengemukakan pendapat kepada saya bahawa pengambilan vaksin itu menolak konsep tawakkal kepada Allah.

Sekali imbas ada benarnya. Ditambah lagi bahawa proses tahnik bayi, susu ibu dan pemakanan sunnah itu sudah cukup sebagai ‘vaksin’ mencegah penyakit.

Saya hormati pegangan sedemikian. Saya pun muslim dan mengamalkan sunnah tanpa ingkar. Malah dalam setiap konsultasi pesakit, perkara awal yang disebut adalah Therapeutic Life Changes (TLC). Bersenam, menjaga pemakanan, kurangkan berat badan dan jauhi stres sudah menjadi isi dan kulit dalam nasihat kami secara kolektif. Disusuli dengan ubat atau prosedur, kemudian bertawakkallah. Tawakkal tidak berdiri sendirian tanpa ikhtiar. Sebagai orang awam, kita tidak dikurniakan mukjizat, karamah atau irhasy. Sesuatu yang diluar dari lingkungan keistimewaan tersebut bagi orang awam adalah menyalahi adat.

Rasulullah SAW menegur secara bijaksana terhadap seorang badwi yang memahami konsep tawakal dengan hanya berserah sahaja kepada Allah SWT tanpa sebarang ikhtiar. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Anas bin Malik:
Suatu ketika seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah SAW sambil meninggalkan unta tungganganya, seraya berkata, ” Aku lepaskan untaku dan aku bertawakal.” Maka Nabi menjawab,
“Ikatlah untamu dan bertawakallah kau.”

Ikat unta itu mestilah dengan tali sengkang unta yang kukuh, bukannya tali pelepah pisang! Tidak kuat dan kukuh. Sedangkan sebelum bertawakkal perlulah dijalankan ikhtiar sekukuhnya. Kaedah fekah menyebut, yang lemah/tidak kuat hujah/keraguan fakta itu terhapus setelah datangnya sesuatu yang lebih yakin/sahih.

Adakah kita masih kurang keyakinan akan manfaat yang diperolehi melalui ikhtiar vaksin ini? Dalam catatan sejarah perubatan, lebih 6 bilion bayi telah divaksinkan dan lebih 124 juta laporan perubatan yang berwibawa ditulis menyatakan vaksin selamat [1].

Saya kesian kepada segelintir dari pembaca ruang maya kerana mereka termakan dengan pemikiran beberapa golongan yang tidak bertanggungjawab dengan membesarkan isu keselamatan vaksin ini. Sesungguhnya pemikiran ini boleh membuahkan pegangan yang mungkin akan memunahkan zuriat sendiri. Mereka terlalu mementingkan diri sendiri tanpa melihat kemashlahatan orang ramai. Pemikiran yang sedemikian boleh membuka ruang merebaknya penyakit jika liputan imunisasi tidak optima.

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
19 Mei 2016
Melaka: Sempena Hari Sambutan Doktor keluarga Sedunia 2016

RUJUKAN
[1] CDC report on 124 million pages reported vaccination were safe. http://thesciencepost.com/cdc-releases-124-millionm-page-docuent-of-non-vaccine-injured-children/

,

Polisi Vaksin BCG Bukan dibuat Semberono

image

Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan kuman TB yang boleh membawa maut. Dianggarkan sepertiga penduduk dunia dijangkiti TB. Tahun 2014, 9.6 juta orang menderita akibat TB dan menakutkan, 1.5 juta orang mati akibat TB dan kaitan darinya [1].

Pencegahan yang paling ampuh jangkitan TB dikalangan kanak-kanak adalah melalui vaksin BCG. Vaksin BCG yang diberi seawal jam pertama kepada bayi yang sudah tentu mempunyai matlamat dan manfaat yang jelas. Vaksin BCG akan membina sistem pertahanan badan (Sistem imun) bagi mencegah jangkitan kuman tuberkulosis. Ia diberikan kepada bayi bagi mencegah jangkitan Tuberkulosis selaput otak (TB meningitis)  dan TB sistemik (Milliary TB) semasa usia kanak-kanak [2].

Vaksin BCG ditemui sejak tahun 1921 dan Malaysia melaksanakan program imunusasi kebangsaan pada tahun 1961. Kemudian mewajibkan Perluasan Program Imunisasi (EPI) WHO 1974. Ia memberi manfaat dengan mengurangkan resiko jangkitan TB kepada berjuta kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah [3]. Perlindungan ini penting bagi mengelakkan jangkitan TB pada usia yang sedang membesar ini. Kajian dari Hashimoto (1997) juga menyarankan pemberian vaksin optima kepada kanak-kanak berusia 15 tahun dan ke bawah [4]. Ia tidak memberi perlindungan sepenuhnya setelah mereka meningkat dewasa.

Malaysia telah memberhentikan pemberian vaksin BCG kepada murid sekolah darjah 6 sejak tahun 2002. Begitu juga didapati dengan pemberian semula (revaccination) vaksin BCG pada murid tahun 1 (7 tahun), tidak memberi perlindungan tambahan. Kajian ini dari Unit Penilaian Teknologi Kesihatan (HTA) tahun 2011. Polisi perberhentian vaksin BCG kepada murid darjah 1 telah dikeluarkan pada tahun 2015 [3]. Akan tetapi, perlu difahamkan bahawa bukan memberhentikan terus vaksin BCG semasa lahir. Justeru langkah yang dibuat oleh KKM adalah terus dengan polisi memberi vaksin kepada semua bayi yang baru lahir. Dalam masa yang sama usaha gigih dilakukan agar liputan vaksinasi BCG mencapai 100%. Tujuannya adalah menjamin keberkesanan perlindungan optima. Kemudian setiap bayi akan dinilai semula parut semasa umur 3 bulan. Jika parut tiada atau kurang dari 2 mm menunjukkan tiada antibodi pertahanan badan terbentuk. Bayi tersebut akan disuntik semula. Kajian HTA menunjukkan kaedah ini sudah mencukupi kerana statistik kes TB dikalangan kanak-kanak sudah menurun sejak kebelakangan ini. Antara faktor utama adalah liputan imunisasi amat membanggakan.

Saya kesian melihat setengah pihak memperlekehkan polisi yang dikemukakan oleh pihak KKM ini. Ada juga antara mereka menuduh KKM lembab dalam membuat polisi sedangkan kajian sudah sekian lama. Sebenarnya hasrat mereka adalah menghasut masyarakat supaya tidak memberi vaksin. Saya yakin mereka yang memperlekehkan polisi tersebut tidak pun mevaksinkan anak-anak mereka sejak dari awal kelahiran lagi. Hatta vitamin K untuk mengelakkan perdarahan [5] kepada bayi pun mereka menolaknya. Semoga niat fasad mereka diberi keluasan oleh Allah agar kembali kejalan sebenar.

Membuat polisi kesihatan bukan seperti buat roti canai. Malam diuli, paginya ditebar dan makan! Mudahkan?

Tetapi para pembuat polisi sudah tentu mengambil pertimbangan yang banyak dari pelbagai sudut. Perbincangan demi perbincangan dengan semua pihak terlibat. Kajian demi kajian berskala kecil dan besar. Epidimiologi survey, penyediaan prasarana dan sebagainya. Setiap keputusan polisi yang dibuat sudah tentu akan memberi impak yang besar dalam polar penjagaan kesihatan negara. Setelah polisi terlaksana pun KKM akan terus membuat pemantauan, bukan dibiarkan lepas tangan.

Timbul kerungsingan saya apabila makin ramai yang menentang vaksin. Ini akan menyebabkan liputan pemberian vaksin akan semakin rendah. Sekaligus resiko penyakit TB selaput otak dan TB sistemik ini akan kembali bermaharajalela [6]. Sudikah anakanda tercinta menerima bahana ini? Siapa patut dipersalahkan?

Pautan rujukan:
[1] Data and Statistic TB from CDC. http://www.cdc.gov/tb/statistics/default.htm
[2] Factsheet BCG. http://www.cdc.gov/tb/publications/factsheets/prevention/bcg.htm
[3] Pekeliling perberhentian Vaksin BCG. http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/312/272
[4] Hashimoto. BCG vaccines for the prevention of tuberculosis in the world. Kekkaku. 1997 Nov;72(11):629-37. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/9423301
[5] Evidence for the Vitamin K Shot in Newborns. http://evidencebasedbirth.com/evidence-for-the-vitamin-k-shot-in-newborns/
[6] Lihat bahana TB Selaput otak. https://www.youtube.com/watch?v=ldR8Ye14O4o

Dr Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
F: Fb.com/drsuhazeli
T: Twitter.com/suhazeli
W: www.suhazeli.com

5.5.2016

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi, tidak mewakli mana-mana persatuan atau pihak berwajib.

, , , , ,

Suntikan Vaksin   Menurut Para Ulamak

image|#MedTweetMY|

Minggu lepas tulisan saya telah mendapat reaksi positif para pembaca. Terima kasih atas kesudian membaca dan memahami sebaik mungkin seterusnya ia menjadi suri teladan dalam kehidupan kita.

Walaubagaimana pun, ada sebahagian kecil yang yang tak berpuas hati dengan tulisan penjelasan tersebut. Sehingga ada pihak tertentu yang menjawab sinis, sarkastik dan malah menghina ulasan saya. Saya tidak boleh gambarkan bahawa terdapat dikalangan mereka yang menuduh saya sesat akidah dan syirik (Nauzubillah min zaalik). Apakah pertimbangan mereka dalam isu kewajipan vaksin ini? Saya merasakan cara penerimaan, tahap pendidikan dan konflik kepentingan tertentu (conflict of interest) yang menyebabkan mereka tanpa segan silu menuduh saya seberat itu. Malah ada dikalangan mereka menuduh Majlis Fatwa Kebangsaan telah dikambing-hitamkan oleh KKM kerana tidak memberi maklumat tepat berkaitan vaksin ini! Saya pasrah, berlapang dada dan serahkan segalanya kepada Allah bagi menentukan amalan saya dihisab Akhirat nanti.

Asas isu ini adalah kewajipan vaksin berdasarkan Maqosid Syari’yyah yang saya tulisan dalam artikel sebelum ini [1]. Kenyataan saya tidak bercanggah dengan majlis fatwa dan Jakim. Malah Jakim juga sama terlibat secara langsung menerbitkan buku soal jawab imunisasi KKM (boleh download buku tersebut melalui www.suhazeli.com [2]).

Garis pemisah yang menentukan daruriyyat itu perlu diserahkan kepada yang ahli dalam bidangnya. Sebagaimana disebut oleh Prof Dr Zulkifli Al. Bakri, Dr Mujahid Abu Bakar, Prof Madya Basri Ibrahim, Dr Zulkifli Muda (Mufti Trg), Ustaz Ahmad Tarmizi Taha dan beberapa agamawan lagi dalam beberapa forum/wacana yang adakan, mereka menegaskan garis penentuan daruriyyat dalam bidang kesihatan adalah oleh orang perubatan yang ahli. Ulama meletakkan dasarnya sebegitu [lihat Youtube Dato Dr Zulkifli Muda, Mufti Terengganu – 3]

Saya bercakap bukan atas kapasiti individu, tetapi sebagai kapasiti profesion yang sudah tentu khulasah, perbincangan dan perbahasan sesama profesion telah dilakukan.

Berikut adalah beberapa petikan dari para alim ulamak dalam menentukan pendirian terhadap wajibnya vaksin.

1. Resolusi Persidangan Ulama Sedunia 1992;
Menjadi Hak pemerintah mewajibkan rawatan secara paksaan ke atas rakyatnya jika penyakit tersebut boleh membahayakan masyarakat.

Menjadi hak kerajaan juga mengasingkan pesakit tersebut supaya tidak menyebabkan jangkitan kepada pihak lain.
Menjadi hak kerajaan juga mewajibkan suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tertentu:
.. ومن حق الدولة أن تفرض التطعيم والتحصين ضد مجموعة من الأمراض الخطيرة التي تصيب الأطفال والمجتمع مثل تحصينات الأطفال ضد الحصبة والسعال الديكي والدفتريا وشلل الأطفال والدرن. وقد أضيف إليها التحصين ضد التهاب الكبد الفيروسي من نوع B , وللفتيات قبل البلوغ التطعيم ضد الحصبة الألمانية, وكانت الدول تفرض التطعيم عند السفر ضد الجدري والكوليرا والحمى الصفراء وخاصة عند السفر إلى المناطق الموبوءة .. وقد تم بفضل الله سبحانه وتعالى, ثم بفضل حملات التطعيم المتتالية استئصال الجدري الذي كان يقتل الآلاف كل عام (3) .
وقد أمر النبي صلى الله عليه وسلم بالفرار من المجذوم لأن مرضه معدٍ فقال “فر من المجذوم كما تفر من الأسد” (4) ولأن في عدم علاج المرض المعدي ضرر والضرر يزال (5) .
ويُعد عمل الطبيب في هذه الحالة الطارئة واجباً عليه, مادام قادراً على علاج المصاب واستنقاذه, ولو امتنع الطبيب عن العلاج كان آثما (6) . فإن استنقاذ النفس مطلب شرعي.

Buhuth wa disarat min mauqi’  al islam al yaum
في عام ١٩٩٢ أصدر مجمع الفقه الإسلامي الدولي في دورته السابعة  قرار ٦٧   تحت بند إذن المريض يُستقى منه وجوب التطعيمات ويمنح ولي الأمر العام فرضها وتباعا عدّ بعض الفقهاء حينها أن مخالفة الأمر هذا يعدّ مخالفة شرعية.
ب-    لولي الأمر الإلزام بالتداوي في بعض الأحوال، كالأمراض المعدية والتحصينات الوقائية.
إن اقتناع الفقهاء بأن التطعيمات قضت على الجدري تماما وتقريبا على شلل الأطفال وأنه لا يوجد أي دليل على ضررها يعتمد على إدعاءات تقدمها الأمم المتحدة ومن يقف خلفها من شركات تصنيع التطعيمات.1

RESOLUSI MAJMAK FIQH SEDUNIA TAHUN 1992 DALAM PERSIDANGANNYA KALI KE 7 DI BAWAH PASAL KEIZINAN PESAKIT MEMUTUSKAN PEMERINTAH BERHAK MEWAJIBKAN SUNTIKAN VAKSIN  KEPADA RAKYATNYA DAN MENURUT SEBAHAGIAN JIKA DINGKAR PERINTAH TERSEBUT, DIANGGAP MENYALAHI SYARAK. [4]

2. Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jur’i
Dr Abdul Rahman bin Ahmad al Jur’I menyatakan, keizinan pesakit tidak diperlukan dalam rawatan jika tidak penyakit tersebut boleh merebak dan membahayakan pesakit atau orang lain.
LIHAT AHKAM AL IZN AL TIBBI OLEH DR ABDUL RAHMAN BIN AHMAD AL JUR’I.

3. Deklarasi Persidangan Fekah Sedunia 2009;
Majmak Fiqh sedunia telah mengeluarkan deklarasi mengggesa kementerian kesihatan dalam negara ummat Islam untuk melancakan kempen suntikan vaksin bagi menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit yang merbahaya [5]

NAS DEKLARASI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

بيان للتشجيع على التطعيم ضد شلل الأطفال
فى: الأحد 9 أغسطس 2009
طباعة البريد الالكترونى
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:
فإن أمانة مجمع الفقه الإسلامي الدولي اطلعت على فحوى القرارات التي اتخذتها المؤتمرات التي عقدتها منظمة المؤتمر الإسلامي على مستوى القادة والرؤساء، وعلى مستوى وزراء الصحة، وذلك في دول المنظمة للقضاء على مرض شلل الأطفال واستئصاله، ورفع مستوى الوعي حول السلامة منه وفوائد التطعيم ضده، وخطورته التي تكمن في إصابة الآلاف من الأطفال به، وتعرضهم لمختلف أنواع الإعاقات في أجسادهم.
وبناء على استفسارات الأمانة العامة لمنظمة المؤتمر الإسلامي الواردة لمجمع الفقه الإسلامي الدولي بموجب مذكرتها (OIC/ST-16(19)/2009/004060) بتاريخ 11 يوليو2009، وتأييدا للجهود الخيرية التي تُبذل للقضاء على مرض شلل الأطفال، من خلال وزارات الصحة في الدول الإسلامية، وبالتعاون مع الجهات المعنية.
وبعد الاطلاع على التقارير الصادرة من الجهات الطبية المتخصصة فيرجو مجمع الفقه الإسلامي الدولي أن يبيّن أن التطعيم ضد مرض شلل الأطفال أمر ثبت نفعه وأخذه شائع يأخذه كل أطفال العالم سواء في الشرق أو الغرب، وقد أثبتت تلك التقارير أن حملات التطعيم قد نجحت -بفضل الله- في تخفيض النسبة المئوية لانتشار مرض الشلل بين الأطفال في دول العالم الإسلامي إلى أكثر من 25%، وأن ترك التطعيم في بعض البلاد تسبب في إصابة المئات من الأطفال بالشلل، كما تسبب في نقل فيروس المرض مع المسافرين إلى عدة بلاد إسلامية مجاورة. وذكرت التقارير بأن تكثيف حملات التطعيم في المناطق النائية يمكن أن يقدم نتائج أكثر إيجابية، غير أن تلك التقارير قد نبهت إلى أن القائمين على تلك الحملات يجدون صعوبات بالغة في إقناع بعض أولياء الأمور بسبب سوء الفهم الذي يجدونه عندهم حول التطعيم ضد هذا المرض، اعتقادا منهم بأنه يؤدي إلى العقم لدى البنات، وبعد أن تبين ممن يوثق بهم من المتخصصين في الطب بأن هذه إشاعة مغرضة، لا أساس لها من الصحة، وأن وزارات الصحة في البلاد الإسلامية مطمئنة من خلو تلك اللقاحات من أية أضرار.
وبعد الاستذكار لخطورة هذا المرض على الأطفال وكونه من الأمراض المعدية التي تنتقل بينهم بطرق مختلفة، وإذا أصيب به أي طفل لازمه هذا المرض طوال حياته، وعاش معوقا محتاجا إلى رعاية خاصة، وعناية مستمرة، وقد يكون عالة على غيره، إضافة إلى ما يسببه له ذلك من أذى نفسي واجتماعي.
فإن أمانة المجمع تدعو الجهات المعنية في وزارت الصحة بدول العالم الإسلامي إلى مواصلة حملات التطعيم ضد هذا المرض، كما تحث الآباء والأمهات على المسارعة في تطعيم أبنائهم وبناتهم ضده، وذلك لما يلي:
أولاً: امتن الله عز وجل على الإنسان بأن خلقه في أحسن تقويم، قال عز وجل: (لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ)[الآية 4، سورة التين]. وامتدح عز وجل نبيه زكريا عليه السلام حين سأله ذرية طيبة، والدعاء بالذرية الطيبة يشمل العافية والسلامة في الجسم، قال عز وجل: ( هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء)[الآية 38، سورة آل عمران].
ثانياً: أوجب سبحانه وتعالى على الإنسان أن يصون جسده ويحافظ على سلامته ويجنبه كل ما يضر به قدر الإمكان، قال تعالى: (وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ)[195، سورة البقرة].
ونهى عز وجل عن أن يقتل الإنسان أولاده بأي نوع من أنواع القتل، ويدخل في ذلك التفريط في عما يضرهم، قال عز وجل: (وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا)[31، سورة الإسراء]. فالمحافظة على الحياة وصيانتها من كل ما يعرضها للضياع من آكد الواجبات في الشريعة الإسلامية، قال سبحانه: (مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا)[من الآية 32، سورة المائدة].
ويؤكد ذلك القاعدة المقررة في الشريعة لمنع الضرر والإضرار بكل صوره والتي هي نص حديث نبوي عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا ضرر ولا ضرار”.[أخرجه الإمام أحمد في مسنده، والحاكم في المستدرك، وغيرهما].
ثالثاً: مما رغب فيه الإسلام: المرء ابتغاء أسباب القوة، والأخذ بكل ما ينفعه، فعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير، احرص على ما ينفعك…”.[أخرجه مسلم في صحيحه، باب في الأمر بالقوة وترك العجز والاستعانة].
رابعاً: وقد حمّل الإسلام الآباء والأمهات مسؤولية عظيمة تجاه أبنائهم وبناتهم وخصوصا من لم يبلغ الحلم منهم، ووردت في ذلك أحاديث منها:
• ما رواه عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “كلكم راع ومسؤول عن رعيته فالإمام راع وهو مسؤول عن رعيته، والرجل في أهله راع وهو مسؤول عن رعيته، والمرأة في بيت زوجها راعية وهي مسؤولة عن رعيتها”.[أخرجه البخاري، ومسلم].
• وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «كفى بالمرء إثما أن يضيع من يعول».[المستدرك على الصحيحين].
خامساً: وقد وردت في الحث على التداوي والأخذ بأسباب الشفاء والعلاج، أحاديث منها ما رواه أبو هريرة رضي الله عنْه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاء.[أخرجه البخاري، باب بَاب مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً]. وفي رواية أخرى عن أسامة بن شريك رضي الله عنه قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه كأنما على رءوسهم الطير فسلمت ثم قعدت فجاء الأعراب من ها هنا وها هنا، فقالوا: يا رسول الله أنتداوى؟ فقال: “تداووا فإن الله عز وجل لم يضع داء إلا وضع له دواء غير داء واحد الهرم”.[أخرجه أبو داود، والترمذي، وأحمد].
سادساً: ويعتبر تطعيم الأطفال ضد مرض الشلل علاجاً وقائياً من المرض الذي يخشى منه قبل وقوعه؛ وهو ما يسمى في عصرنا بالطب الوقائي، وقد أقر الإسلام هذا المبدأ، فقد ورد في ذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم قوله: (من تصبح بسبع تمرات من تمر المدينة لم يضره سحر ولا سم)[أخرجه البخاري، باب الدواء بالعجوة]. كما أقره بما ورد من قواعد الحجر الصحي في مرض الطاعون، قال صلى الله عليه وسلم: “إذا سمعتم بالطاعون بأرض فلا تدخلوها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا منها”[أخرجه البخاري، باب ما يذكر في الطاعون].
هذا والإسلام يدعو إلى الاستفادة من كل بحث أو إنجاز علمي يسهل حياة الإنسان وييسرها على هذه الأرض.. فهو قد جاء لتحقيق خير الناس وسعادتهم في الدنيا والآخرة. قال تعالى: (فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)[43، سورة النحل]، وقال سبحانه: (وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ)[107، سورة الأنبياء].
سابعاً: إن دفع الأمراض بالتطعيم لا ينافي التوكل؛ كما لا ينافيه دفع داء الجوع والعطش والحر والبرد بأضدادها، بل لا تتم حقيقة التوكل إلا بمباشرة الأسباب الظاهرة التي نصبها الله تعالى مقتضيات لمسبباتها قدرا وشرعا، وقد يكون ترك التطعيم إذا ترتب عليه ضرر محرما.
وبناء على ما سبق فإن أمانة المجمع ترجو من وزارات الصحة في البلدان الإسلامية التكثيف من الجهود التي تبذلها لمكافحة مرض شلل الأطفال، وتأمل من الآباء وأولياء الأمور الاستجابة لتلك الحملات حرصا منهم على تهيئة كل ما ينفع أبناءُهم وبناتهم وتجنيبا لهم عن كل ما يضرهم، كما تأمل من علماء الشريعة وأئمة المساجد حث الناس على الاستجابة لتلك الحملات، وتشجيع الناس على التطعيم ضد هذا المرض.
أ. د. عبدالسلام العبادي
أمين عام مجمع الفقه الإسلامي الدولي

Suntikan ke atas kanak-kanak berrtujuan mencegahnya dari mendapat penyakit yang merbahaya wajib dilakukan oleh pihak berkuasa  jika sekiranya kesan suntikan tersebut boleh mencegah dari penyakit yang merbahaya dan boleh merebak. Sebaliknya jika tidak dilakukan suntikan, kemudoratan akan berlaku .

Lihat AL QODOYA AL FIQHIYYAH AL MUASIRAH karangan Prof Muhyidin al Qurrah Daghi dan Prof. Ali Yusuf al Muhammadi. ms. 172 dan seterusnya

4. Pandangan Islam Terhadap Penyakit Yang Berjangkit. [6]

i- Wajib ke atas individu berusaha mencegah dan  menghapus  penyakit yang merbahaya sesuai dengan sabda nabi SAW:
“لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ”
Kemudoratan hendaklah dihapuskan
HR Ibnu Majah.

ii-Wajib diyakini bahawa yang memberi manfaat dan mudorat ialah Allah SWT. Namun begitu menjadi sunnatullah ada penyakit boleh merebak, oleh hendaklah diusahakan dengan melakukan sebab-sebab untuk membendung penyakit tersebut dalam keadaan mempunyai keyakinan seperti yang tersebut.

Ikhtiyar tersebut diarah oleh nabi SAW melalui sabda baginda SAW:
لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Janganlah orang sakit (yang mengidap penyakit  yang memberi mudorat kepada pihak lain) bergaul dengan orang sihat.
HR Muslim.

iii- Islam bermatlamatkan mendatangkan ketenangan  ke dalam diri manusia melalui akidah tersebut dan juga menggesakan  manusia berusaha sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnatullah iaitu berusaha untuk mencapai sesuatu.

iv- Suntikan untuk mencegah penyakit berjangkit (yang mendatangkan mudorat seperti lumpuh) dalam kalangan kanak-kanak adalah  termasuk dalam langkah pencegahan dan dituntut oleh syarak dan digesa oleh hukum Islam. Oleh itu wajib  ke atas orang Islam memberi kerjasama untuk diberi suntikan vaksin kepada anak-anak dan menjaga mereka dari penyakit yang boleh membinasakan.

Kesimpulan

i. Suntikan vaksin adalah satu keperluan asasi pada masa ini dengan pengesahan dari pakar-pakar muslim yang berwibawa dan diakui oleh para ulamak.

ii. Islam mengarahkan ummatnya agar merujuk kepada pakar dalam merungkai sesuatu isu. Setelah merujuk kepada pakar, para ulamak memutuskan kerajaan berhak mewajibkan suntikan tersebut ke atas rakyat bertujuan untuk mencegah kemudoratan. Usaha ini tidaklah boleh dianggap penyelewengan dalam pegangan akidah, bahkan sebaliknya ia selari dengan arahan nabi SAW yang menyuruh ummatnya agar merawat penyakit yang dihadapi.

iii. Jumhur perpendapat hokum asal berubat adalah harus dan boleh bertukar menjadi wajib jika diwajibkan oleh pemerintah atau jika tidak dirawat boleh membahayakan nyawa.

iv. Bahkan ada yang berpendapat mereka yang menjadi penyebab kepada jangkitan tersebut dianggap pembunuh. [7]

Semoga Bermanfaat [8]

Dr Suhazeli Abdullah
Marang
1.4.2016

Link Rujukan

[1] Artikel di www.suhazeli.com bertajuk Vaksin adalah Tuntutan Maqosid Syari’yyah. http://suhazeli.com/wp/?p=1197
[2] PDF file di http://suhazeli.com/files/Soalan%20lazim%20berkaitan%20Vaksin%20%20Imunisasi%2002072015.pdf
[3] Youtube pembentangan Mufti Terengganu semasa Persidangan Pakar Perubatan Keluarga ke 17 di Terengganu. https://www.youtube.com/watch?v=iFGJJI9mXCg&list=PLPPbCA2nrOAx9nLFBnd6evRpF_LxEAD4o.
[4] https://www.islamtoday.net/bohooth/services/printart-86-7287.htm1
[5] http://www.iifa-aifi.org/2647.html(7).
[6] Fawta Prof. Dr Ali Jumaah  Mantan Mufti Mesir. (Fatwa Dar Ifta, Mesir dar-alifta.org.eg).
[7] Sila Rujuk AL MAUSU’AH AL TIBBIYYAH AL FIQHIYYAH MS 706. Karangan Dr Ahmad Kan’an.
[8] Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Tarmizi Taha yang sediakan bahan bacaan yang amat bermanfaat ini.
,

Apa yang Perlu Doktor Beritahu Mengenai Kesan Sampingan Ubat?

image

Soalan: 
Adakah logam berat yang terdapat dalam vaksin memudaratkan tubuh badan (AEFI)?

Jawapan:
Sepanjang sejarah, program imunisasi telah menjadi perencat kepada perkembangan penyakit berjangkit yang khusus (vaccine preventable diseases). Sekaligus ia adalah ‘ubat’ paling ampuh menghalang Small Pox (Cacar), Polio dan sebagainya. Pun begitu, tidak dinafikan pemberian vaksin ke atas bayi telah menimbulkan kesan yang tidak memuaskan dikalangan ibubapa. Penentangan yang selalu juga ditimbulkan oleh sesetengah golongan adalah kesan sampingan dari pemberian vaksin (AEFI) dan mendakwa pihak berwajib tidak mengikuti Garis Panduan Farmakovigilan Kebangsaan (GPFK). Seluruh pengamal perubatan tidak menyangkal bahawa setiap bahan asing yang memasuki tubuh, badan kita akan bertindak bagi menyahkan bahan asing itu dari tubuh. Hatta Panadol yang boleh dibeli secara terbuka sekalipun mempunyai kesan sampingan samada sederhana dan serius. Serahkan kepada yang mahir untuk menguruskannya.

Kebanyakan golongan yang menentang penggunaan vaksin adalah kerana terdapatnya bahan-bahan Alluminium, Merkuri dan logam berat lain. Dakwaan yang menyatakan Garam Aluminium boleh membawa kepada punca penyakit Alzaimer, Dimensia dan sawan adalah tidak benar. Begitu juga dakwaan mengaitkan Thimerosal (merkuri) dalam vaksin MMR penyebab autisma, disangkal dari banyak kajian berwibawa. Rekod kajian saintifik dari tahun 2007 – 2013 (large scale study) dijalankan secara kohort, dari jumlah 113211 kanak² dlm kajian yang diberi vaksin, tiada satupun di kaitkan dengan autism. Insidens autisma timbul juga adalah variasi yang berlaku dalam masyarakat (1 dari 68 tahun 2010) mengalami Autism Spectrum Disorder. Tanpa dikaitkan dgn vaksinasi. Sebagai panduan, Thimerosal telah dibuang dari vaksin hampir sedekad lalu. Walaupun sudah dibuang, jumlah insidens autisma tetap wujud.

Saya membaca satu website yang mengumpulkan 30 bukti kukuh pemberian vaksin dikaitkan dengan autisma [7]. Saya membacanya dengan penuh minat. Seperti biasa saya akan melihat dari sudut metodologi kajian, samada tepat atau tidak dan hasil kajian samada disimpulkan sesuai dengan tajuk setiap kajian. Sebab setiap penulisan, pasti terdapat kecenderungan tertentu yang ingin dicapai oleh pengkaji. Saya baca kajian nombor 1 dan 2, semuanya “out of context” sepertimana tajuk web yang mengujakan itu. Saya buat bacaan random beberapa artikel lain, tidak dapat disimpulkan pembuktian sahih.

Vaksin yang diberikan kepada badan manusia hanya sedikit, 0.5 ml. Jumlah tersebut tidak boleh menimbulkan gejala yang memudaratkan seperti dakwaan tersebut. Beberapa kajian pembuktian telah dijalankan yang menolak dakwaan tersebut [Lihat link rujukan]. Walaupun mungkin ianya wujud, tetapi manfaat yang diperolehi mengatasi kesan sampingan yang wujud.

Ibu-bapa harus diberi penerangan mengenai kepentingan vaksin dan kemungkinan kesan sampingan tertentu. Adakah perlu doktor wajib beritahu A-Z maklumat yang terdapat dalam product insert? Semua ubat-ubatan mempunyai product insert masing-masing. Ia adalah ibarat “manual product” yang menerangkan secara terperinci, termasuklah kesan sampingan yang “common” (biasa berlaku seperti demam dan ruam merah) dan kesan sampingan yang rare (jarang berlaku). “Common is common”, manakala “rare is rare”: bermakna kesan rare tidak diberitahu secara terperinci. Cukup dengan nasihat “jika berlaku sesuatu yang berlainan dari apa yang saya terangkan atas anak ini, sila datang segera ke klinik/hospital”. Inilah persetujuan bersama yang diberikan oleh anggota kesihatan kepada pesakit. Bukan sahaja dalam kes imunisasi, tetapi kepada semua ubat-ubatan atau prosedur yang akan dilakukan kepada pesakit. Jika berlaku kesan sampingan, pesakit perlu kembali semula untuk rawatan sewajarnya.

Jika berlaku apa jua kesan sampingan, anggota kesihatan akan membuat laporan atas segala kesan sampingan yang timbul tersebut. Sistem pelaporan kesan sampingan ubat telah diperkenalkan di negara ini bagi membolehkan anggota kesihatan untuk mengambil bahagian dalam pemantauan keselamatan ubat-ubatan dengan cara melaporkan kesan sampingan atau/dan kesan advers yang ditemui. Pelaporan ini boleh dibuat secara online.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk mengumpul semua laporan-laporan kesan advers berkaitan produk farmaseutikal termasuk vaksin selaras dengan Peraturan – Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di bawah Akta Jualan Dadah 1952 ( Pindaan 1989) bagi memastikan ianya selamat, berkualiti dan efikasi [6].

Dr Suhazeli Abdullah 
Fb.com/drsuhazeli ; 
www.suhazeli.com

**********
Link rujukan
[1] Nøkleby Hanne. Neurological adverse events of immunization: experience with an aluminum adjuvanted meningococcal B outer membrane vesicle vaccine. Expert Review of Vaccines. 2007 2007/10/01;6(5):863-9.

[2] Society Malaysian Pharmaceutical. Immunisation for the good of all, 2002; MPS. 26-May-2002. http://www.mps.org.my/newsmaster.cfm?&menuid=36&action=view&retrieveid=196

[3] Paul A. Offit MD. Vaccines and Aluminum . Accessed 11.04.2014 (Published 2014).

[4] Vacfacts. Vaccine Facts < http://www.vacfacts.info/> . Accessed 4/4/2014 (Published 2012).

[5] Stefan Riedel MD. Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination. Volume 18: Baylor University Medical Center, Jan 2005:21–5.

[6] Panduan membuat pelaporan kesan sampingan ubat: http://www.myhealth.gov.my/?p=2170.

[7] 30 bukti kukuh vaksin penyebab autisma: http://circleofdocs.com/30-solid-scientific-studies-that-prove-vaccines-cause-autism/

********
Ps: . Maaf penerangan dlm bentuk penulisan agak sukar kerana penggunaan bahasa yang tak bertepatan mengikut tahap pendidikan dan kefahaman masing². 

, ,

Hukum Vaksin Harus atau Wajib?

image

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat satu kenyataan bersama mengenai keHARUSan penggunaan vaksin. Sebahagian dari kenyataan tersebut adalah seperti berikut:
“Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi mengelak bahaya penyakit-penyakit yang berkenaan adalah diharuskan oleh syarak selaras dengan Kaedah Fiqhiyyah iaitu درء المفاسد مقدم على جلب المصالح (Menolak Kerosakan Adalah Didahulukan Daripada Mencari Kemaslahatan) kerana sesuatu kerosakan akan cepat berkembang dan bahayanya adalah lebih besar sekiranya tidak dicegah daripada awal. Keharusan ini juga adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t dalam surah Al- Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan.” [1,2,3]

Istilah Harus yang digunakan menjadi hujah kepada pihak tertentu yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka. Istilah HARUS ini bukan bermaksud “tidak berpahala jika dikerjakan dan tidak berdosa apabila ditinggalkannya”  seperti apa yang biasa dibahasakan dalam bab ibadah.

Akan tetapi HARUS yang dinyatakan itu adalah merujuk kepada usul fikah hukum taklify yang merujuk kepada IBAHAH. Harus yang diterjemah dari ibahah ini pula membawa maksud hukum asalnya adalah harus. Tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib atau sunat atau makruh atau haram bergantung kepada perkara luaran yang berkaitan dengannya (ilah sesuatu perkara itu terbit). Contohnya dalam situasi normal, minum air hukum adalah harus. Hukum ini boleh bertukar menjadi wajib jika tidak minum air menyebabkan mudorat. 
Berbalik kepada isu vaksinasi, jika hendak dikompromi antara FATWA dengan KKM, ialah fatwa memutuskan hukum asal vaksinasi adalah harus, tetapi apabila golongan pakar memutuskan tanpa vaksinasi, mudorat akan berlaku secara pasti atau hampir pasti, maka hukum harus tersebut bertukar menjadi wajib lighairih iaitu WAJIB kerana sebab luaran. [4]

Saranan dari Mufti Wilayah Persekutuan: 
“Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam. Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.” [2]

Para ahli yang mahir dalam bidang perubatan bersetuju saranan WAJIB ini terlebih utama kerana melihat kemudaratan yang besar jika masyarakat dibiarkan terdedah tanpa perlindungan vaksin. Sangkaan kuat (zhan) ini bukan dibuat membuta-tuli tanpa asas yang menyokong, tetapi ianya berdasarkan kajian dan cerapan statistik yang diperolehi sejak sekian lama.
i) Penyakit Campak sebagai perbandingannya telah menunjukkan penurunan yang ketara. Dari jumlah kadar insiden 656.5/sejuta populasi (1982) sehingga kadar insiden 2.0/sejuta populasi (2009). Permulaan kempen pemberian vaksin dinegara kita adalah pada tahun 1982 dan jumlah liputan pemberian vaksin meningkat melebihi 80 peratus sehingga sekarang. [7]
ii) Sehingga September 2015, kes dan wabak measles (campak) meningkat tiga (3) kali ganda di seluruh negara. Bilangan kes disahkan measles telah meningkat kepada 602 kes (26.3 per sejuta penduduk) berbanding 235 kes (7.8 per sejuta penduduk) pada 2014 dan 195 kes (6.6 per sejuta penduduk) pada 2013. Malah, berlaku dua (2) kematian kanak-kanak akibat jangkitan measles pada tahun ini, berbanding satu (1) kematian pada tahun lepas. Kebanyakan kes measles adalah di kalangan bayi dan kanak-kanak berumur enam (6) tahun dan ke bawah. Bilangan wabak juga telah meningkat lebih 3 kali ganda, iaitu 37 episod wabak berbanding hanya 11 pada tahun 2014. [5]
iii) Dalam tempoh lima (5) tahun kebelakangan ini, bilangan kes difteria yang paling tinggi di Malaysia adalah pada tahun 2013, iaitu empat (4) kes termasuk dua (2) kematian dilaporkan dengan kadar insiden 0.01 per 100,000 penduduk. [6]

Jika mahu dipaparkan, banyak lagi kemungkinan kemudaratan/kematian yang akan timbul jika pemberian vaksin ini tidak diwajibkan. Cukup 3 contoh yang diberikan itu. Negara kita telah mewajibkan 12 jenis vaksin kepada bayi (Vaccine Preventable Diseases).

Walaupun ibu bapa diberikan pilihan untuk menolak nasihat doktor, tetapi pilihan ini diperbincangkan antara kedua belah pihak bagi menghasilkan natijah terbaik ke atas pesakit. Sudah tentu doktor akan memberi kecenderungan yang mendalam untuk memberikan vaksin berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka sebelum ini. Manakala pesakitlah penentu membuat keputusan berdasarkan cerapan pilihan baik buruk yang dibincangkan bersama tadi. Doktor tidak boleh memaksa. Itulah etika yang dipegang oleh mereka. Pengamal perubatan mengesyorkan pilihan terbaik ke atas anak-anak melalui pemberian vaksin. Terserah kepada ibu bapa untuk menentukan. 

Namun dalam kes tertentu yang boleh mengancam nyawa manusia sejagat, para pengamal perubatan boleh mewajibkan sesuatu rawatan itu dilaksanakan. Kuasa yang diberikan untuk melaksanakan peruntukan undang-undang penyakit berjangkit juga perlu diambilkira bagi mengelakkan berlakunya wabak penyakit berjangkit yang membawa maut atau kecacatan.

Setiap kali para ibubapa yang menolak vaksin, doktor akan meminta untuk bersetuju untuk tidak bersetuju (Borang Act Own Risk – Refusal form). Hujung konsultasi doktor adalah doakan keselamatan dan kesejahteraan pesakit jua.

Wallahuaklam

Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
suhazeli.com
23.3.2016

**********
Link rujukan
[1] Kenyataan Datuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: https://www.facebook.com/drnoorhisham/posts/401980309921427
[2] Fatwa dari Datuk Mufti Wilayah Persekutuan: http://muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=320&catid=48&Itemid=333
[3] E Fatwa JAKIM: http://www.e-fatwa.gov.my/
[4] Jawapan dari Ustaz Ahmad Tarmizi Taha. Pensyarah UniSZA. Rujukan beliau adalah Kitab Usul Fiqh karangan Muhd Abu Nur Zuhir Universiti Al Azhar 
[5] Kenyataan Datuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: http://kpkesihatan.com/2015/11/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-nov-2015-kes-measles-meningkat-di-malaysia/
[6] Kenyataan Datuk Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia: http://kpkesihatan.com/2016/01/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-jan-2016-kes-difteria-di-malaysia/
[7] Jawapan kepada Jerry D Gray: http://suhazeli.com/wp/?p=1187

, , ,

Hukum Vaksin: Serahkan Takrifan kepada Ahlinya

FB_IMG_1458532146185Seruan saya dalam wall fb.com/medtweetmy #MedTweetMY pada minggu lalu bersambut dengan beberapa bidasan panas dari pihak tertentu. Terima kasih kerana terasa. Sememangnya pun posting dihantar untuk jiwa terasa akan sentuhan tulisan kita. Kalau tidak terasa, tak faham, tak bertindak apa yang patut, bermakna hati kita sudah mangli. Arakian setiap kali dalam tulisan lepas, saya menyatakan “tidak mahu memanjangkan lagi perbahasan”, “..di wall ini pun saya tidak akan jawab..” dan saya tidak respons secara serius dalam setiap cabaran mereka untuk berhujah. Kerana dunia fb/twitter atau medan sosial bukan tempat memberi konsultasi profesional perubatan. Apa yang kita tulis difahami lain maknanya oleh pembaca. Sebab itu saya sebut, jika guna mata lalat untuk menafsir tulisan dalam fb, segenap ceruk interpretasinya adalah kekotoran dan kejijikan. Jika kita bermata lebah, nescaya penafsiran kita terhadap tulisan itu bersifat indah dan menghasilkan madu yang lazat. Pilihlah mata mana kita mahu.

Saya juga berterima kasih kerana mereka mengaku bahawa mereka bukan “ahli” perubatan, tetapi para ibu bapa yang suka bertanya dalam fb. Saya teringat kata-kata seorang pensyarah UNISZA yang cukup saya segani:

“Setiap perkara yang boleh membawa kemudoratan adalah haram dan wajib dihapuskan. Islam juga mengarahkan ummatnya menghormati golongan pakar. TANYALAH GOLONGAN PAKAR JIKA KAMU TIDAK MENGETAHUI.
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ
[Surah An Nahl 43]
Rawatan yang ikhtiar dan tiada jaminan ianya berjaya 100%. Namun peratus kejayaan amat tinggi, dan ahli perubatan adalah pemutus dalam menentukan hal-hal yang berkaitan dengan perubatan. Mereka yang masih kurang selesa dengan arahan-arahan perubatan sepatutnya tahu bahawa al Zahrawi, Ibnu Sina adalah antara perubatan yang hebat. Sejak zaman Baginda Rasulullah SAW ahli perubatan mendapat tempat. Sebagai Contohnya nama Rufaidah@Rafidah sebagai ketua jururawat pada zaman Nabi SAW adalah tidak asing kepada masyarakat Islam. Orang Islam adalah ummat Iqra (membaca) iaitu insan yang berpengetahuan. Dalam Islam rawatan menggunakan bahan-bahan tertentu dan jampi serta doa adalah diterima. ianya tidak bertentangan antara satu sama lain. [Al Fadhil Ustaz Ahmad Tarmizi Taha, Pensyarah UniSZA]”.

Justeru, jika apa yang kita tahu tetapi bukan ahli dalam urusan tersebut, maka serahkanlah kepada yang mahir. Ibarat compressor kereta rosak. Kita dah tahu rosaknya compressor itu rosak dan teorinya kita tahu bagaimana nak baiki, tetapi serahkanlah kepada pomen yang ahli dalam bidangnya untuk membaiki. Kalau bermasalah juga lepas baiki, mungkin penyakit compressor tu dah merebak ke tempat lain yang memerlukan pomen juga untuk membaikinya. Janganlah pula kita seperti “Tikus membaiki labu” atas kefahaman yang keliru kita itu untuk terus mengelirukan lagi orang ramai.

Pakar yang ahli dalam bidang tersebut bukan mengambil ilmu dibelakang rumah. Bertahun lamanya menelaah, mengkaji dan mempraktikkan ilmu yang digali tersebut. Dicatat, dicerap dan dijadikan satu tamsilan statistik yang kukuh bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit. Tiada berniat songsang dan serong. Para profesional perubatan melaksanakan tugasan atas konsensus dan garis pandu yang ternyata dikemukakan oleh badan-badan berwajib.

Hadis yang saya petik dari website fatwa SS Datuk Mufti Wilayah persekutuan itu menghuraikan konsep perubatan dan pencegahan dalam agama. Saya tidak memetik kesemuanya kerana ianya boleh diperolehi dalam link yang saya sertakan. Ianya selari dengan apa yang terdapat dalam perubatan masa kini. Suatu lafaz yang umum dari hadis tersebut bukannya atas sebab yang khusus. Lantas Datuk mufti sendiri membuat kesimpulan yang jitu mengenai pemberian vaksin pada masa kini. Saya jadi kelu jika ada juga yang ingin mempertikaikan keputusan HARUS yang dikeluarkan oleh Datuk Mufti. Jika masih tak faham apa maksud HARUS tersebut, mintalah penjelasan lanjut dari para agamawan. Takkan lah dengan ulasan SS Datuk Mufti yang panjang lebar itu, kami di pihak yang ada rasa tanggungjawab ini hendak melengahkan saranan beliau? Boleh juga lihat pandangan dari SS Dato Mufti Terengganu dalam isu yang sama [link video]

IMG-20160319-WA0119Rakan-rakan seperjuangan saya seperti Dr Khairul Hafidz, Dr Ahmad Zakimi, Dr Nurman, Dr Hafizah, Dr Maryam, Dr Mazwin, Dr Syamirullah. Dr Firdaus, team #MedTweetMY dan team #Pseudoscience Watch serta ramai lagi memberi nasihat supaya saya tidak menjawab satu persatu persoalan yang diajukan. Meletihkan tangan dan merugikan masa dari memberi tumpuan kepada pesakit lain. Rupa-rupanya mereka semua selalu berhujah di wall masing-masing dengan pihak tersebut. Saya kira cukup terang lagi bersuluh dari mereka semua.

Sekian

, , , , ,

Respons dari Artikel “Vaksin Tuntutan Maqasid Syariah”

Fatwa Dr ZulkifliSaya mengucapkan terima kasih kepada team #MedTweetMY yang bersungguh memuatkan artikel saya berkaitan Vaksin Tuntutan Maqasid Syariah. [Artikel asal]

Ramai netizen yang memahami maksud yang cuba disampaikan, lantas dishare ke wall masing-masing. Terdapat juga pihak tertentu yang mengambil sisi sebaliknya sehinggakan terus menghina dan menuduh saya dengan ucapan yang diluar dari adab seorang Muslim [Link berkaitan]. Saya hanya mampu beristighfar dan menyerahkan kepada Allah jua segala kerja buat saya utk diadiliNya. Sampaikan kembali salam saya kepada mereka semua. Di pagi jumaat yang mulia ini saya maafkan mereka semua.

Saya berlapang dada. Melihat kepada perbahasan tanpa susila itu saya merasakan tak perlu dijawab. Sudah mencukupi artikel awal saya. (Dan di wall ini pun saya tidak akan jawab).

Cuma saya akan terus perjuangkan #MasyarakatKenaTahu dan #PerangMelawanMitos melalui tulisan-tulisan dalam media sosial ini. Menerang bukan menyerang agar masyarakat benar-benar faham perjuangan kami.

Akhirnya sudilah sekiranya baca kata-kata penutup dari huraian panjang SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan. [Link penuh]

Antara bukti yang menunjukkan Islam amat menitik beratkan penjagaan kesihatan adalah seperti berikut:

1. Meletakkan kesihatan adalah sebaik-baik nikmat selepas nikmat iman.
2. Meletakkan konsep mudah dan menolak kesukaran di dalam syariat Islam.
3. Nas-nas yang banyak mengenai pencegahan penyakit.
4. Perintah untuk mendapatkan rawatan dan keharusan berubat dengan menggunakan benda haram.

Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.

[Akhukum fillah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
12 Jun 2015 bersamaan 25 Syaaban 1436H]

Nokhtah

Salam ukhuwwah
Dr Suhazeli Abdullah
18.3.2016

, , , , ,

Vaksin adalah Tuntutan Maqosid Syari’yyah

image

Saya menyeru agar kita semua melihat akan kejayaan yang telah diraih melalui pemberian vaksin kepada seluruh umat manusia sejak berkurun lamanya.

Sebagai contoh, dalam tempoh 14 tahun (2000 – 2014) pemberian vaksin Campak telah menyelamatkan 17.1 juta nyawa kanak-kanak daripada diserang penyakit Campak (measles) seluruh dunia [1].

Begitu juga dengan beberapa penyakit berjangkit lain yang berbahaya seperti Difteria, Pertussis, Polio dan sebagainya.

Tujuan seruan ini adalah supaya kita sedar apa yang kita lakukan demi kesinambungan generasi mendatang. Kita tidak mahu berpatah balik kepada zaman yang penuh kesengsaraan akibat serangan penyakit berjangkit seperti cacar, polio dan sebagainya.

Wujudnya ilmu imunisasi ini adalah anugerah Tuhan kepada manusia yang mahu berfikir.

VAKSIN BUKAN MENOLAK FITRAH KEJADIAN MANUSIA

Malaysia mewajibkan pemberian vaksin kepada bayi bagi mencegah 10 jenis penyakit berbahaya berdasarkan kepentingan kesihatan yang perlu dijaga (Mashlahat ummah berdasarkan maqasid Syari’yyah).

Namun begitu terdapat lagi 3 – 5 vaksin yang tidak diwajibkan pada masa kini, hanya menjadi pilihan kepada ibubapa semada ingin menberikan vaksin tersebut kepada anak-anak mereka seperti Vaksin Pneumokokal dan Vaksin Rotavirus.

Ikhtiar bagi mencari jalan mencegah dan merawat sesuatu penyakit adalah dituntut oleh agama. Hatta semasa hayat Rasulullah SAW sendiri mengiktiraf kaedah pencegahan dan perawatan sesuai dengan kebolehcapaian kaedah perubatan pada masa tersebut.

Ianya dipertegaskan lagi dalam sabda Rasulullah SAW, antaranya:

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيبَ دَوَاءُ الدَّاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).[2]

أَنَّ عُمَرَ خَرَجَ إِلَى الشَّأْمِ، فَلَمَّا كَانَ بِسَرْغَ بَلَغَهُ أَنَّ الوَبَاءَ قَدْ وَقَعَ بِالشَّأْمِ – فَأَخْبَرَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Bahawa Umar pernah berangkat menuju ke Syam. Ketika dia sampai di daerah Sargha, diberitahu kepadanya bahawa negeri Syam sedang merebak wabak penyakit menular, lalu Abdurrahman bin ‘Auf memberitahukan kepadanya bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Jika kalian mendengar wabak menjangkiti suatu tempat, maka janganlah kalian pergi ke sana, namun jika wabak itu menjangkiti suatu tempat dan kalian telah berada disana, maka janganlah kalian keluar daripada sana.
[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Justeru haruslah bagi kita untuk berikhtiar mencari kaedah penyembuhan dan pencegahan. Bukan bermakna jika kita mengambil ubat, kita dikira sebagai menentang kejadian yang Allah turunkan kepada seseorang. Bukan bermakna juga kita melawan fitrah kejadian manusia yang cukup sempurna.

Sedangkan Rasulullah SAW juga mencari penawar bagi penyakit yang ditimpanya sebagai salah satu ikhtiar, apatah lagi kita yang berada di akhir zaman ini?

Jika kita mendakwa bahawa fitrah sudah lengkap segalanya, lantas menyerah kepada Allah untuk mengatur urusan penyembuhan tanpa ikhtiar, seolah-oleh kita mengambil fahaman Jabbariah yang menolak ikhtiar manusia.

Jika terdapat dakwaan menyatakan sejak zaman Nabi-nabi terdahulu sudah lengkap sistem imun dalam badan dengan tiada bukti wujudnya penyakit pada waktu tersebut, dakwaan tersebut tersasar.

Ketiadaan pemberitaan dalam sirah Islam terdahulu mahupun Al Quran yang menyentuh tentang sesuatu penyakit bukan bermakna penyakit itu tidak wujud.

Sejarah awal penulisan yang tercatat dalam sejarah adalah penemuan kesan jangkitan kuman Tuberkulosis di badan mumia.

Kemudian barulah setelah zaman kegemilangan Islam sekitar abad ke 15 menemui beberapa penemuan baru kuman penyakit berjangkit dengan adanya mikroskop yang dicipta oleh ahli perubatan terkenal Ibnu al Haytham [3].

Tidak dinafikan juga bahawa terdapat kuman/virus yang baru timbul di akhir zaman, yang memerlukan penelitian dan kajian daripada pakarnya untuk mengubati atau mencegah.

PROSES PEMBUATAN VAKSIN

Dalam dunia perubatan, apabila dakwaan sesuatu bahan itu boleh merawat atau mengubat sesuatu penyakit, maka dakwaan itu perlu dikemukakan bukti sahih dari kajian emperikal yang dijalankan.

Termaktub dalam kaedah perubatan bahawa pembuktian itu wajib melalui fasa-fasa sebelum ianya berkesan dan selamat digunakan.

Fasa kajian terbahagi kepada 5; Pra-Klinikal, Klinikal (Fasa 1 – 3) dan Pos-Kelulusan penggunaan. Setiap fasa ini penting bagi menjamin ketelusan, keselamatan dan keberkesanan ubat yang dipasarkan.

Tindakan menarik balik kelulusan ubat boleh dikeluarkan dalam mana-mana fasa tersebut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas ketelusan, keselamatan dan keberkesanan ubat.

Hal yang sama dalam pembuatan vaksin di zaman kini. Malah setiap syarikat yang membuat vaksin wajib lulus persijilan GMP (Good Manufacturing Practice) yang ketat demi keselamatan produk yang dikeluarkan.

Ianya bukan buatan semberono mengambil air nanah belakang rumah sebagaimana yang digambarkan. Badan berwibawa (authority) bertanggungjawab dalam pemperosesan ini.

KONSEP IMUNITI

Secara asasnya badan kita mempunyai sistem imuniti. Sistem ini akan bertindak balas dengan apa juga patogen (bakteria/virus) yang akan masuk menyerang kita.

Namun sistem imun ini ada yang sudah sedia ada terbentuk pertahanan secara semulajadi terhadap patogen dan ada yang perlu diperkenalkan dari luar. Kaedah ini penting bagi badan kita membentuk satu bahan yang diberi nama Antibodi.

Apabila terdapat patogen yang menyerang badan, satu tindakbalas imun akan terjadi bagi melawan patogen tersebut. Ianya bergantung kepada keseriusan sesuatu patogen dan pertahanan badan kita yang sedia ada.

Kesan akhir kepada badan kita samada kita sembuh daripada penyakit atau membawa kematian atau mengalami kecacatan / penyakit berlarutan.

Dalam masa yang sama sel badan kita akan membina satu Imun Ingatan (Antibodi) kepada patogen berkenaan. Antibodi spesifik ini akan bertindak sebagai tambahan kepada sistem imun yang sedia ada bagi melawan patogen yang sama sekiranya jangkitan patogeb tersebut berulang kembali.

Sesetengah penyakit berbahaya seperti Batuk Kokol, Campak dan sebagainya, tidak tersedia-bina Antibodi dalam badan kita. Dan kita tidak perlu menunggu dijangkiti penyakit berbahaya itu dahulu bagi badan kita membina Antibodi khusus berkenaan.

Di sinilah fungsi vaksinasi digunapakai. Vaksin spesifik kepada sesuatu penyakit akan digunakan bagi membina Antibodi (Immune Memory) dalam badan kita melalui proses dalam sistem imun [4].

Konsep imuniti telah dipelopori oleh cendekiawan Islam di zaman kerajaan Othmaniyyah seperti Al Razi yang menemui kuman cacar dan vaksinnya.

KEKELIRUAN

Terdapat beberapa lagi kekeliruan yang disebut oleh golongan yang menolak vaksin seperti bahan kandungan dalam vaksin haram, terdapat berat logam berat dan kesan sampingan tertentu. Namun sayugia saya tidak mahu memanjangkan lagi perbahasan ini kerana sudah banyak jawapan diberikan oleh pihak berkuasa seperti Majlis Fatwa, Jakim dan Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri.

Lihat ulasan saya [5]. Mana mungkin badan berautoriti ini mengambil langkah terkebelakang dalam memperjudikan kesihatan dan hidup mati ummat sejagat!

Samada kita benar-benar mahu beramal dengan hashtag #EducateBeforeYouVaccinate atau tidak, terpulang kepada mata mana yang kita guna. Sama ada mata lalat atau mata lebah!

Wallahualam.

Noktah.

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Fb.com/drsuhazeli 
W: www.suhazeli.com
14.3.2016

Link Rujukan
[1] http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs286/en/
[2] http://www.jais.gov.my/article/penyakit-ubat-dan-penyembuhan
[3] http://www.biografiku.com/2009/02/biografi-ibnu-al-haitham.html
[4] Organization World Health. Vaccine Fact Book, Basic Concept of Vaccine. 2012; 1-3.
[5] http://suhazeli.com/wp/?p=31

#MedTweetMY
#PerangMelawanMitos

, ,

Bayi dilemahkan dengan vaksin? Jawapan kepada Jerry Ⓓ Gray

image

Saya diminta oleh sahabat² untuk memberi ulasan mengenai satu keratan akhbar versi indonesia yang menyebut bahawa pemberian vaksin boleh melemahkan bayi. Pandangan dari Jerry Ⓓ. Gray, seorang bekas tentera Amerika yang sudah memeluk Islam.

Saya berterima kasih atas nasihat awal yang disarankan oleh beliau mengenai pemakanan ringan dan segera boleh menjejaskan kesihatan. Sememangnya ia selari dengan apa yang dinasihatkan oleh para doktor dan pakar pemakanan perubatan moden.

Begitu juga dengan makanan sunnah, diberi nasihat oleh pakar-pakar pemakanan moden bagi kes-kes tertentu demi menjamin kesihatan optimum para pesakit. Perubatan moden tidak menolaknya.

Cuma yang menjadikan saya terkejut dengan keratan akhbar tersebut apabila method penulisan dan tajuk akhbar berkenaan menyalahkan vaksin sebagai punca bayi lemah. Saya yakin bahawa penulis tidak melihat sejarah hitam dunia sebelum penemuan dan pemberian vaksin kepada generasi terdahulu. Kejayaan pemberian vaksin harus dilihat secara menyeluruh dengan penurunan secara mendadak kes-kes penyakit berjangkit seperti penyakit Campak (Measles), Polio, Difteria, Cacar (Smallpox) dan beberapa jenis penyakit berjangkit bahaya lain lagi. Penyakit Campak sebagai perbandingannya telah menunjukkan penurunan yang ketara. Dari jumlah kadar insiden 656.5/sejuta populasi (1982) sehingga kadar insiden 2.0/sejuta populasi (2009). Permulaan kempen pemberian vaksin dinegara kita adalah pada tahun 1982 dan jumlah liputan pemberian vaksin meningkat melebihi 80 peratus sehingga sekarang. Ini menunjukkan kejayaan yang besar didalam dunia perubatan moden.

Kejayaan lain dalam pemberian vaksin ini juga  telah mengejutkan dunia sains dalam penghapusan penyakit Cacar (Small Pox). Dari jumlah 10 juta mangsa cacar tahun 1967 dan 2 juta kematian di 43 buah Negara, sekarang ini kita telah mengishtiharkan penyakit Small Pox (cacar) hapus sepenuhnya. Pemberian vaksin Small Pox ini berakhir pada tahun 1976 selepas kempen besar-besaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Setelah itu telah diistiharkan bahawa penyakit cacar sudah tidak wujud di dunia. Sekarang, generasi baru sudah tidak mengenal apa itu penyakit cacar kerana tiada contoh didepan mata untuk dijadikan teladan. Anda boleh membuat bacaan sendiri dalam dunia cyber akan kejayaan negara kita menghapuskan penyakit Polio.

Keberkesanan pemberian vaksin ini telah membuka mata banyak pihak dan telah memberi galakan ke arah penghasilan pelbagai polisi di negara masing-masing bagi menyelamatkan masyarakat mereka dari terbelenggu dengan penyakit-penyakit berjangkit ini.

Fikirkan kembali, adakah vaksin ini bertujuan melemahkan/membunuh ummat atau sebaliknya?

Dalam masa yang sama kami tidak menafikan bahawa setiap ubat termasuk vaksin samada sudah lama digunakan mahupun yang baru dipasarkan, mempunyai kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan ini ada di antaranya yang telah dijangka ataupun kesan baru yang memerlukan pelaporan dari masa ke semasa oleh pengguna/pesakit. Kesan sampingan ini adalah minima dan tidak membawa mudarat besar berbanding manfaat yang akan diperolehi. 

Penggunaan vaksin ini sendiri diperakui oleh badan berautoriti termasuk dalam negara kita seperti Kementerian Kesihatan, Majlis Perubatan, Persatuan Pakar-pakar, malah Majlis Fatwa Kebangsaan itu sendiri. Tidak munasabah kesemua kami mempunyai agenda jahat! Tidak lain dan tidak bukan semata-mata tujuan kami adalah demi kesejahteraan ummat jua.

Dr Suhazeli Abdullah 
Pakar Perubatan Keluarga 

, , , ,

Virus Zika dan Agenda Yahudi

image

Kesihatan sesaorang bukan bergantung kepada pemberian vaksin semata-mata. ianya dipengaruhi oleh persekitaran, pemakanan dan kesihatan spiritual. Hidup mati pun Allah yang tentukan.
Cuma Islam memberi ruang berikhtiar bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna dan sihat. Semasa negara merdeka, jangka hayat penduduk negara kita adalah 55.8 tahun. Setelah kita menjalani kehidupan yang  lebih sihat dan mengamalkan penjagan kesihatan yang optimum sesuai dengan kecanggihan sains dan teknologi, jangka hayat rakyat malaysia sekarang (data 2014) sudah meningkat kepada 74.2 tahun.

Jika kaji secara khusus, jumlah kematian akibat dari penyakit berjangkit turun secara mendadak setelah pemberian vaksin-vaksin yang spesifik seperti Pertusis, Difteria dan sebagainya (10 jenis vaksin spesik yang diwajibkan oleh kementerian kesihatan Malaysia).

Berikut adalah beberapa fakta kejayaan penjagaan kesihatan optimum melalui vaksin
1. Pada tahun 1990, seramai 45 juta kanak-kanak menghidap campak dan penyakit ini menyebabkan sejuta kematian. Sebelum adanya vaksin MMR, beguk merupakan sebab utama jangkitan virus di selaput otak (meningitis) dan cacat pendengaran pada kanak-kanak.
2. Sebelum vaksin rubela diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS), setiap tahun seramai 20,000 kanak-kanak telah dilahirkan dengan Sindrom Kongenital Rubela yang menyebabkan kecacatan jantung, cacat pendengaran dan kecacatan mental pada bayi yang baru dilahirkan.
3. Negara Jepun telah berhenti menggunakannya vaksin Pertusis pada tahun 1975. Akibatnya, terdapat 13,000 kes batuk kokol serta 113 kematian. Sebelum tahun 1975, hanya terdapat 400 kes dan tiada seorang pun kanak-kanak yang mati akibat vaksin pertusis!

Saya tertarik dengan berita viral media sosial yang mengaitkan Virus Zika adalah agenda Yahudi dan mendatangkan kerosakan kepada umat manusia. Saya sedih dengan kepercayaan paranoid kepada berita tersebut. Virus Zika, sememangnya sudah lama wujud tetapi ianya tidak menjadi wabak yang meluas. Sehinggalah tahun 2014 lalu ianya menjadi wabak endemik di Amerika latin seiring dengan wabak denggi.

Seramai lebih 3500 bayi yang dilahirkan di 26 buah negara Amerika Latin mengalami penyakit microcephaly (saiz kepala kecil), justeru menimbulkan permasalahan dalam kehidupan apabila membesar. Kajian telah mendapat bukti (hasil post-mortem) bahawa bayi tersebut dijangkiti Zika Virus. Usaha dengan giat dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi membasmi wabak tersebut. Antaranya mengarahkan pembuatan vaksin bagi mencegah virus Zika dari terus menggila. Kajian dan pembangunan (R&D) ini sudah tentu memerlukan dana yang agak besar. Kita sepatutnya terima kasih kerana mendapat sokongan dari pelbagai pihak bagi mengatasi masalah ummat ini termasuk Yayasan Rockfeller. Terasa malu kerana jutawan Islam sendiri tidak sanggup membantu. Sama seperti R&D vaksin Polio yang mendapat dana besar dari jutawan komputer Bill Gates. Adakah agenda Yahudi atau Kristian yang perlu diperbesarkan? Sedangkan negara-negara Yahudi dan Kristian sendiri menggunakan vaksin yang sama kepada anak-anak mereka? Sekaligus menolak dakwaan bahawa Penyakit microcephaly bayi akibat dari vaksin semasa ibu hamil (negara Malaysia tiada lagi polisi beri vaksin DPT kpd ibu hamil). Tidak munasabah menyalahkan vaksin DPT dengan membuat satu vaksin yang baru!

Sebenarnya mereka yang antivaks paranoid dengan diri mereka sendiri. Kita takut sejarah penyakit silam akan kembali mengamuk akibat kealphaan generasi kita yang sudah lupa lipatan sejarah!

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
W: www.suhazeli.com
F: Fb.com/drsuhazeli
T: twitter.com/suhazeli
6 Feb 2016, Abu Dhabi

, , , ,

Ceramah Isu Vape Prof Harmy

image

Ringkasan Ceramah Prof Harmy Mohd Yusoff, Timb Dekan UniSZA sempena taklimat penggunaan Vape peringkat JKNT 
18hb Nov 2015 
Wisma Darul Iman

1. Malaysia adalah pengguna & perniagaan terbesar Vape di Asia. 
2. Harga Atomizer Vape semakin murah sehingga cecah RM100 pada masa kini. 
3. Bukti emperikal bahawa Vape adalah alat bantu utk berhenti merokok masih tidak muktamad dan masih dipertikaikan. 
4. Anggaran Dual user (Vape dan rokok) mencecah 58% di Malaysia. 
5. Pengguna Vape remaja meningkat 3 kali ganda pada tahun 2014.
6. Bagi mengeluarkan wap dari Vape, haba diperlukan 60 ⁰Ⓒ. 
7. Telah terbukti berlaku kes keracunan akibat Vape. Malah ada kematian kanak-kanak. 
8. Nikotin adalah pencetus kanser. Kerosakan saraf, meningkatkan paras hormon adrenalin (denyutan jantung meningkat, salur darah mengecut) dan menyebabkan aterosklerosis. 
9. Propelyn Glikol akan menghasilkan fomaldehid. Di mana fomaldehid adalah pencetus kanser. 
10. Gliserin pula akan memberi kesan kepada paru-paru. 
11. Ujian kromatografi pensyarah UniSZA menunjukkan Vape mengandungi ganja. 
12. Penyedut pasif Vape juga terdedah kepada nikotin. 
13. Tiada paras selamat jika kita terdedah kepada nikotin. 
14. Penggunaan Vape adalah satu kaedah baru bagi pengedaran dadah merbahaya. 
15. Sebelum Vape berakar umbi menjadi budaya tidak sihat dalam masyarakat, lebih baik dicegah dari awal. 
16. 48% dari pengguna vape masih merokok dalam kaedah utk berhenti merokok. Malah Vape ini menjadi satu ketagihan baru dalam masyarakat. Lebih parah lagi ia akan melibatkan tanpa mengenal jantina dan umur. 
17. Jelas dinyatakan Majlis Fatwa mengharamkan Vape. Menutup pintu-pintu kejahatan lebih utama dalam pengharaman Vape.

Demam Campak boleh Bawa Maut

image

Peningkatan kes penyakit Campak sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Sebagaimana laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan Jun lepas, bahawa kes penyakit Campak (measles) di WP Kuala Lumpur sebanyak 73 kes. Kes berkenaan disahkan positif dihinggapi kuman Campak melalui ujian darah. Julat umur kes tersebut antara sebulan sehingga 43 tahun. Lebih menyedihkan majoriti (79%) daripada kes tersebut didapati tiada suntikan vaksin Campak (measles)¹.
Begitu juga kes terbaru wabak penyakit Campak di Kuantan Pahang yang melibatkan sebuah sekolah agama, didapati liputan pemberian imunisasi Campak tidak mencapai 85%. Dengan ertikata lain, tiada lindungan Imuniti Berkumpulan (Herd Immunity) ke atas kanak-kanak di lokaliti berkenaan. Menyebabkan wabak penyakit berjangkit berbahaya seperti penyakit Campak ini senang merebak.

Penyakit Campak adalah sejenis penyakit bawaan virus yang menyerang golongan berrisiko tinggi terutamanya kanak-kanak berumur bawah 15 tahun. Tanda-tandanya bermula dengan demam, batuk, kelesuan badan dan kurang selera makan. Diikuti dengan ruam merah kulit seluruh tubuh, biasanya pada hari ketiga demam. Pengidap penyakit campak akan juga mengalami gatal mata, pening, sakit urat, kerengsaan kerongkong dan pembengkakan kelenjar. Kesan serius yang menakutkan akibat penyakit campak ini adalah kematian. Dicatatkan pada tahun 2013, terdapat 145700 kematian akibat campak seluruh dunia². Pecahan ini mencatatkan 400 kematian bagi setiap hari dan 16 kematian setiap jam. Satu angka yang amat menggerunkan.

Pemberian vaksin khusus bagi pencegahan penyakit Campak semasa umur setahun kanak-kanak telah berjaya menyelamatkan 15.6 juta kematian dari tahun 2000 hingga 2013. Sebelum era vaksinasi (1980), jumlah kematian kanak-kanak dianggarkan 2.6 juta setiap tahun seluruh dunia akibat wabak penyakit Campak ini. Membuktikan vaksinasi memainkan peranan penting dalam kehidupan sejagat manusia.

Sasaran penyakit campak sifar 2010 musnah kerana jumlah yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak semakin bertambah.

Rujukan

1. Dato Dr Noor Hisham. Kenyataan Akbar 28 Julai 2015. Capaian online di http://www.mmgazette.com/peningkatan-kes-measles-di-wpkl-terutama-di-kalangan-yang-tidak-divaksinasi-kkm/
2. World Health Organization. Measles Facts Sheet. February 2015. Accessed online http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs286/en/known

, ,

Vaksin MMR dari Sel Janin. Haramkah?

image

Terima kasih. Jawapan telah dijawab oleh pihak KKM dan saya telah masukkan dalam website bulan lepas.

Memang benar ada vaksin tidak halal wujud. Tetapi bukan semua vaksin yang terdapat dalam premis Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jawapan:

1. Sel janin digunakan untuk membuat lima jenis vaksin; iaitu rubella, cacar air*, hepatitis A*, kayap* dan penyakit anjing gila (rabies^). Ia digunakan untuk membiakkan virus-virus tersebut bagi penghasilan vaksin. Sel janin yang digunakan diperolehi dari dua pengguguran elektif yang dijalankan di Sweden dan England pada awal tahun 1960an.
Pengguguran janin baru tidak perlu dijalankan lagi kerana sel janin yang diperoleh dalam tahun 1960an tersebut masih dikekalkan dalam kultur makmal. Ahli saintis memilih untuk menggunakan sel janin atas beberapa sebab, iaitu:
i. Virus berbeza dari bakteria kerana ia memerlukan sel untuk membiak. Sel manusia adalah media yang lebih baik bagi menggalakkan pembiakan virus manusia, berbanding dengan sel haiwan.
ii. Sel janin kebal dan boleh membiak banyak kali sebelum mati, berbeza dari sel lain yang hanya membiak secara terhad sebelum mati.

2. Islam pada dasarnya menegah penggunaan ubat dari sumber yang haram untuk mengubati sesuatu penyakit. Ketetapan ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Dari Abi Darda’ RA, Rasulullah s.a.w. berkata: Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram”.
Walau bagaimanapun, dalam keadaan darurat di mana tiada ubat lain yang boleh digunakan secara berkesan untuk mengubati sesuatu penyakit, sedangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah dan dirawat untuk memelihara kesihatan diri dan nyawa, ubat yang bersumberkan perkara-perkara yang ditegah adalah diharuskan selama mana tiada ubat lain dari sumber yang halal ditemui dan ianya dilakukan mengikut kadar yang diperlukan sahaja.
Dalam mempertimbangkan keharusan ini, syarat-syarat yang ditetapkan untuk memastikan keperluan tersebut berada di peringkat darurat perlulah dipenuhi. Syarat-syarat tersebut ialah:
a. Berlaku atau wujud satu keadaan di mana kemusnahan atau kemudharatan pada lima perkara asas ataupun kemusnahan akan berlaku secara pasti ataupun berdasarkan kepada sangkaan yang kuat berpandukan pengalaman-pengalaman atau pengetahuan;
b. Seseorang yang berada dalam keadaan darurat itu bertentangan dengan perintah atau larangan syarak, atau tidak terdapat sesuatu yang diharuskan oleh syarak untuk menghilangkan kemudaratan melainkan perkara yang ditegah;
c. Mestilah dipastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudharatan yang menimpa pesakit;
d. Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja; dan
e. Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah dipasti dan perakui oleh seorang doktor pakar muslim yang adil.

Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Perlu difahami bahawa sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.
Berdasarkan ketetapan dan panduan syarak tersebut, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia sejak dari tahun
1988 lagi telah mengeluarkan beberapa pandangan hukum yang berkaitan langsung dengan imunisasi yang seharusnya menjadi panduan seluruh umat Islam.

*Tiada dalam jadual imunisasi anak². Tidak diwajibkan oleh KKM.
^ wajib jika setelah terkena gigitan anjing gila. Sekarang ini Rabies menular di Pulau Pinang.

Rujukan
Soalan Lazim Mengenai Vaskin dan Imunisasi. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jakim. Julai 2015.

Download Buku Soalan lazim

Dr Hj Suhazeli Abdullah
Pakar Perubatan Keluarga
Ketengah Jaya

, ,

Penyakit dicegah melalui vaksin

vaccineQ&A Vaksin Siri 6

Penyakit yang dicegah melalui vaksin

 

Soalan:

 

Adakah semua penyakit berjangkit boleh dicegah melalui vaksin? Kalau semua penyakit telah ditemui vaksin, kesianlah bayi kerana terpaksa dicucuk vaksin beratus-ratus jarum?

 

Jawapan:

 

1. Terima kasih kerana perihatin akan nasib anak-anak kita yang mengalami proses pemberian vaksin sejak dari lahir. Pada masa sekarang, pihak berkuasa hanya mewajibkan 10 jenis vaksin yang boleh mencegah penyakit-penyakit berjangkit seperti berikut: Tuberkulosis, Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio, Campak, Beguk (Mumps), Rubela, Hepatitis B dan Influenza jenis B.

 

2. Sejak dari penemuan pertama vaksin 1796 sehingga sekarang, terdapat 27 jenis vaksin telah ditemui. Sepuluh jenis vaksin sahaja yang diwajibkan pada ketika ini di negara kita kerana berdasarkan kewujudan kuman-kuman bahaya tersebut dalam persekitaran kita. Terdapat vaksin yang tidak diperlukan seperti vaksin demam kuning (Yellow Fever) kerana kuman tersebut tidak merebak dalam negara kita. Terdapat juga vaksin yang telah dimansuhkan seperti cacar (mansuh 1976) kerana hasil vaksinasi diberikan sejak berabad lamanya, kuman cacar (smallpox) telah pupus. Selain itu terdapat vaksin yang hanya diwajibkan kepada golongan tertentu seperti bakal haji. Mereka diwajibkan mendapat suntikan vaksin Meninggokokal bagi mencegah kuman Meningococcal meningitis (radang selaput otak). Kerajaan mungkin akan mempertimbangkan beberapa jenis vaksin lagi untuk disuntik. Contohnya vaksin yang mencegah Jangkitan Kuman Paru-paru (Pneumonia). Namun ia bergantung kepada kesediaan prasarana pihak berkuasa dan kos vaksin tersebut.

 

3. Para pakar perubatan senantiasa berikhtiar mencari jalan terbaik bagi mencari penemuan-penemuan vaksin baru untuk penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa. Pemilihan untuk mewajibkan pemberian vaksin baru tersebut bergantung kepada keselamatan sesuatu vaksin dan perebakan wabak sesuatu penyakit dalam masyarakat. Ianya dilakukan dengan teliti setelah melalui proses ujikaji makmal yang ketat.

 

 

Dr Hj Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli

W: www.suhazeli.com

E: suhazeli@yahoo.com

, ,

Adakah Vaksin itu Pilihan?

antivaccinefraudQ&A Vaksin Siri 1

Soalan:

Adakah pengambilan vaksin adalah pilihan ibu bapa terhadap anak-anak mereka? Jika benar, pihak klinik/hospital wajib memberi hak memilih itu kepada ibu bapa. Adakah ianya benar?

 

Jawapan:

Para doktor adalah mahir dalam bidang mereka berdasarkan pembelajaran yang digali dari guru mahupun buku. Serta dikutip dari pemerhatian dan pengalaman sepanjang karier mereka. Seterusnya mereka menterjemahkan segala kepakaran itu kepada pesakit. Para doktor akan melakukan yang terbaik bagi kesejahteraan pesakit di bawah bidang kuasa yang mereka ada. Sebelum melakukan apa sahaja prosedur atau pengubatan, para pengamal kesihatan akan memberikan penerangan jelas supaya pilihan terbaik diputuskan oleh pesakit.

Contohnya, pesakit kencing manis yang sudah mengalami kaki buruk (gangrane), para doktor akan menerangkan risiko dan manfaat rawatan lanjut yang harus diberikan. Pilihan ini diperdebatkan antara kedua belah pihak bagi menghasilkan natijah terbaik ke atas pesakit. Sudah tentu doktor akan memberi kecenderungan yang mendalam untuk memotong kaki pesakit berdasarkan ilmu dan pengalaman mereka sebelum ini. Manakala pesakitlah penentu membuat keputusan berdasarkan cerapan pilihan baik buruk yang dibincangkan bersama tadi. Doktor tidak boleh memaksa. Itulah etika yang dipegang oleh mereka.

Begitulah juga dalam pengambilan vaksin kepada anak-anak ini. Pengamal perubatan mengesyorkan pilihan terbaik ke atas anak-anak melalui pemberian vaksin. Terserah kepada ibu bapa untuk menentukan.

Namun dalam kes tertentu yang boleh mengancam nyawa manusia sejagat, para pengamal perubatan boleh mewajibkan sesuatu rawatan itu dilaksanakan. Kuasa yang diberikan untuk melaksanakan peruntukan undang-undang penyakit berjangkit juga perlu dikesampingkan bagi mengelakkan berlakunya wabak penyakit berjangkit yang membawa maut atau kecacatan.