Bolehkah menggugurkan Kandungan Kerana Kemiskinan?

Dr Zulkifli Al Bakri Share16 NILAI 27 Mac: Pertamanya, saya mengucapkan syukur kepada Allah kerana sedikit sebanyak dapat memberi sumbangan dalam ruangan Malaysiatransform ini yang bersifat ilmiah atau separa ilmiah. Jawapan yang dikemukakan ini bukan untuk menunjukkan kekuatan ilmu dan musabaqah fatwa tetapi lebih kepada menekuni permasalahan yang menjadi persoalan dalam masyarakat. Penulis insya Allah […]

Sejarah dan Liku Perjuangan Vaksin Bahagian 3

Penolakan pelalian vaksin dikalangan masyarakat Melayu Islam akhir-akhir ini semakin meluas. Antara alasan mereka adalah vaksin mengandungi unsur tidak halal, secara spesifiknya bersumber dari babi. Terdapat segelintir mereka menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka kerana tidak mahu bahan asing masuk ke tubuh anak-anak mereka. Mereka lebih mempercayai berubat secara semulajadi dengan mengambil herba-herba tertentu. Dakwaan […]

Orang berpuasa harus berbuka jika sakit

Hukum Fekah dalam isu perubatan terlalu luas. Ianya menjangkaui perbahasan antara buku-buku tempatan dan antarabangsa. Juga melepasi perbahasan antara mazhab dan pengikut-pengikutnya. Penentuan kita sebagai orang awan juga bergantung sejauh mana tahap pengajian, tahap pembacaan dan telaah kita dalam sesuatu hukum agama tersebut. Perkara yang jelas dan disandarkan kepada Al Quran, Hadis sahih, Ijtimak dari […]

Hukum Pengambilan Vaksin Human Papilloma Virus (HPV)

Published on Portal Rasmi Fatwa Malaysia (http://www.e-fatwa.gov.my) Tarikh Keputusan:  16 Dec, 2010 Tarikh Mula Muzakarah:  15 Dec, 2010 Tarikh Akhir Muzakarah:  17 Dec, 2010 Oleh:  Muzakarah Kali Ke-92 Keputusan:    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15 – 17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Pengambilan […]

Testimoni bukan bukti saintifik?

Terdengar dicorong radio semasa perjalanan pulang dari kerja perbahasan menarik mengenai produk sunnah susu kambing. Rancangan temubual tajaan tersebut mengesyorkan setiap orang mengambil susu kambing kerana khasiatnya ‘amazing’ ditambahi ianya adalah makanan sunnah para Nabi. Tegas mereka lagi semua pelakon Bollywood pun minum susu kambing, sebab tu mereka handsome dan comel-comel. Kata mereka lagi, produk […]

Perubatan Berasaskan Bukti Sains adalah Perubatan Islam

Perubatan berasaskan bukti (Evidence Based Medicine) Islam sinonim dengan sains. Segala arahan dan larangan dalam Islam memang bertepatan dengan penemuan saintifik. Ajaran Islam yang telah dibawa oleh Rasulullah lebih dari 1400 tahun lalu adalah ajaran yang mempunyai unsur saintifik. Samada ianya telah dibuktikan atau sebaliknya. Mungkin ada beberapa fakta dalam Islam yang masih belum dibuktikan. […]

Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit

“Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas”Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi. ”Lepas tu Mak Cik nak ambil air sembahyang macam mana?” Dia mengajukan soalan yang menginginkan penerangan lanjut.Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah […]

Perdarahan Lepas Putus Haid adalah darah Penyakit

“Doktor, nak tanya sikit..Akak dah tak datang bulan lama dah…lebih kurang 3 tahun lalu.” Mula bicara seorang wanita berunur 55 tahun semasa satu sessi klinik Zon Madinah.“Jadi apa masalahnya?” Soalan pertamaku.“Datang balik la…Ustazah arahkan akak datang jumpa doktor, darah haid ka? darah penyakit?” Ujar Akak dengan penuh pengharapan dan jawapan yang pasti. Kerana ini boleh […]

Haid tak jejas kesempurnaan ibadah haji

Terbitan semula: Haid tak jejas kesempurnaan ibadah haji May 25, 2007, 9:36 am Bersama Tabung Haji Oleh Tengku Aziz Raja Abdullah MASALAH haid kadangkala mengganggu kelancaran wanita mengerjakan ibadat haji dan umrah. Oleh itu, satu kefahaman dalam masalah ini perlu difahami dan diberi perhatian oleh wanita. Wanita yang didatangi haid diharam sembahyang, puasa, tawaf, duduk […]

Website Rasmi KK Permaisuri

Laman web KK Permaisuri berjaya di bina dalam masa 2 hari.. Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Memang Tiada Bukti Saintifik Gelang Magnet untuk Berubat!

Kali ini saya begitu bertuah kerana mendapat jemputan dari Hospital Setiu untuk menyampaikan ceramah yang cukup relevan bagi saya- Fekah dalam Perubatan. Program sehari yang dianjurkan oleh Pihak Hospital adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta betapa pentingnya seorang perawat di Hospital atau institusi kesihatan mengetahui selok belok fekah dalam perubatan. Setidak-tidaknya peserta mengetahui secara […]

BUKTI SAINTIFIK MENGENAI PERUBATAN BAHAN BERMAGNET

Berubat menggunakan gelang magnet atau tilam bermagnet semakin berleluasa akhir-akhir ini. Kononnya gelang magnet boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan beberapa penyakit pelik yang lain. Testimoni yang dipaparkan begitu menakjubkan sehingga tiada lagi ubatan lain yang boleh menandingi gelang atau tilam magnet tersebut. Paling memberangsangkan ada pengguna yang sanggup menghabiskan beribu-ribu […]