Perubatan Moden Vs Islam

Paling kurang tiga kali saya mendengar syarahan dari Sahibussamahah Dato Dr Zulkifly Muda, mufti Terengganu yang menegaskan bahawa perubatan moden itu adalah perubatan Islam. Istilah perubatan Islam yang hanya meletakkan bacaan doa syifa dan sebagainya itu sebagai penyalahgunaan istilah kerana ianya juga adalah salah satu cara berikhtiar melalui doa. Bahkan perubatan moden juga mempunyai asas […]

Etika Pengguguran Bayi

Isu menggugurkan bayi di dewan bedah secara cuci rahim menjadi topik hangat dalam media masa. Mereka menuduh doktor berlaku zalim kepada bayi dalam kandungan semasa proses pengguguran dijalankan. Saya lihat maklumat yang diberikan itu tidak lengkap dan ditulis oleh individu yang tidak tahu prosedur sebenar pengguguran dan cuci rahim berkenaan. Tulisan ringkas dalam media sosial […]

7 Sebab Tidak Boleh Guna Jin dalam Perubatan

Oleh: Dr Mahyuddin bin Ismail Perubatan tradisional dan komplementari (PTK) di Malaysia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2004 menunjukkan 56% rakyat Malaysia pernah menggunakan PTK. Manakala kajian oleh World Health Organisation (WHO) pula menunjukkan 80% daripada populasi negara membangun dan 65% populasi negara maju bergantung […]

Bekam 

​BEKAM . Pernah satu ketika saya ditanya oleh seorang rakan berkaitan dengan Bekam. Antara soalannya adalah: Adakah doktor Yakin bahawa Tiada Kajian Pernah Dilakukan Terhadap Keberkesanan Bekam dalam Menurunkan Gula Dalam Darah? Atau Dr Tidak Mengetahui Akan Kajian Demi Kajian Telah Dilaksanakan Oleh Penyelidik Luar Negara antaranya Universiti of Western Cape keberkesanan Bekam Menurunkan Paras […]

Perbahasan Ulama mengenai hukum penggunaan inhaler

Bahagian 2 Yang berbahagia Ustaz Muhammad Hagia pernah menulis dalam tesis belaiau yang bertajuk ”Isu-isu perubatan terpilih dalam perlaksanaan ibadat puasa”. Banyak kupasan ilmiah telah disentuh oleh beliau. Saya mengambil sebahagian dari perbahasan yang beliau kemukakan di sini. Ulama berselisih pendapat dalam menentukan hukum menggunakan inhaler mulut bagi pesakit yang sedang berpuasa. Sebahagian ulama berpendapat […]

Perbincangan berkaitan penggunaan Inhaler dan Nebulizer semasa Ibadah Puasa

Bahagian 1 Perbahasan sah batal penggunaan inhaler dan nebulizer ke atas pesakit lelah (Asma atau Paru-paru tersekat kronik) sering menjadi hangat apabila masuknya bulan puasa. Ada pihak yang mengatakan batal kerana ubat tersebut memasuki rongga, dengan asas bahawa memasukkan sesuatu dalam rongga terbatal puasa. Manakala ulama kontemporari pula membawa perbahasan dari gabungan ilmu perubatan dan […]

Ubat Beralkohol itu Bukan Arak

UBAT/BAHAN BERALKOHOL Assalamualaikum wr wt Kepada: Dr Suhazeli / ust Tarmizi Kategori: Hukum minum ubat batuk beralkohol Soalan saya: Dr / ust, mohon p’cerahan… Dlm ubat batuk, Ada alkohol bolehkah kita minum bagi tujuan perubatan? Sekian: Daripada Pn Nurliyana JAWAPAN Waalaikumussalam w.b.t, Pn Nurliyana yang dirahmati Allah, Saya paparkan di sini berdasarkan taklimat, pembentangan dan […]

Sakit Kronik dan Ubat Ajaib

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim. (5 Februari 2017) “Kalau buah pinggang kecut masih boleh diubati! Produk kami ni mampu menghidupkan kembali sel-sel buah pinggang awak. Nanti selepas beberapa ketika buah pinggang awak akan kembang balik.” Itu antara janji seorang penjual produk ajaib kepada saya dahulu. Setahu saya buah pinggang adalah anggota kekal seperti tangan, […]

Adakah Hadis-hadis Perubatan bercanggah dengan Perubatan Moden?

Prof Dr Sulaiman Asghar, Perubatan Islam, Madu, Habbatussauda

Penggunaan Enoxaparin (clexane) vs Fondaparinux (arixtra); haram vs halal

Terdapat perbahasan dikalangan ibu hamil dan selepas bersalin mengenai pemberian ubat pencairan darah. Ubat suntikan tersebut diberikan kepada pesakit yang mempunyai risiko tertentu yang mendatangkan bahaya. Ia adalah hasil kajian dan laporan sebelum ini menunjukkan individu berisiko berkenaan akan menghadapai mudarat atau kematian. Antara risiko yang disebut adalah: 1. Umur melebihi 35 tahun. 2. Kelahiran […]

Pelajari Adab Media Sosial

#PelajariAdab  Daku selalu berfikir panjang untuk muat naik status facebook atau twitter apabila melibatkan gambar yang agak sensitif. Begitu juga gambar-gambar yang mendedahkan aurat, dimuat naik ke laman website peribadi. Secara personal, sebagai muslim, biarlah orang lain nak kata apapun padaku. Prinsip menjaga maruah orang perlu dijaga walaupun gambar sesorang itu sudah bertebaran di alam […]

Salahkah Tawakkal Ikhtiar Ubat Alternatif? 

🔴Soalan:  Salam…sy sebenarnya takut utk bertanya sbb takut disalahertikan, tp disebabkan dah selalu sangat kena, jadi sy buat keputusan nak tanya juga kalau ada yg sudi bagi pencerahan…sy memang seorang yg percaya pd usaha dengan perubatan moden dan pada masa yg sama percaya dengan ikhtiar dengan cara lain juga..tapi bila sy utarakan pandangan yang contohnya […]

Hamil 4 Tahun dari Perspektif Sains

Berita Sinar Harian hari ni memaparkan seorang wanita Cina hamil 17 bulan.[1] Saya kira sesuatu yang mengejutkan dunia perubatan semasa dan perlu dibuat ‘case report’ agar ia menjadi satu catatan sejarah. Akan tetapi, diteliti dari sumber pemberitaan, sumbernya hanya dari wanita berkenaan, bukan dari pihak berwajib yang merawat beliau. Berat sebelah dan agak sangsi dengan dakwaan […]

Gelang Magnet untuk Perubatan 

Berubat menggunakan gelang magnet atau tilam bermagnet semakin berleluasa akhir-akhir ini. Kononnya gelang magnet boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan beberapa penyakit pelik yang lain. Testimoni yang dipaparkan begitu menakjubkan sehingga tiada lagi ubatan lain yang boleh menandingi gelang atau tilam magnet tersebut. Paling memberangsangkan ada pengguna yang sanggup menghabiskan beribu-ribu […]

Pesanan Makanan Lemak Babi dari Dr Safurah Jaafar 

​*#SENARAI_MAKANAN_UNSUR_BABI_PALSU* Ada manusia tidak pernah belajar untuk mencari ketepatan dan kesahihan sesuatu berita. Terima sahaja, berita yang berbentuk sensasi terus disebarkan tanpa selidik terlebih dahulu. Sedangkan sebagai muslim kita dianjurkan tabayyun sesuatu berita yang diterima. Kini diviralkan kembali satu tulisan yang kononnya kenyataan rasmi dari Dr Safurah Jaafar (Kini menjawat sebagai Pengarah BPKK). Antara kenyataan […]

Hukum Gugur Bayi Talasaemia 

Soalan  Saya nk minta pendapat ustaz. Saya sekarang mengandung 6 bulan. bulan puasa haritu masa saya buat checkup doc dapat detect ada cecair dalam perot baby. Jadi kami disuruh refer pakar untuk buat detail scan di Hospital. Lepas tu doc dpt detect jantung baby bengkak sebab kurang darah merah. After pelbagai prosedur, baby kami disahkan […]

Mengharmonikan pandangan Hukum perubatan yang membatalkan puasa atau sebaliknya dari sudut Doktor Perubatan

Tiba sahaja bulan Ramadhan, meriah dalam dunia siber membincangkan hukum hakam berkaitan batal-sah puasa. Semuanya mendatangkan satu perbincangan yang baik bagi memberi penerangan kepada masyarakat umum. Tidak terkecuali juga yang hangat dibincangkan dalam negara kita berkaitan dengan perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa dari sudut perubatan. Maka disebarkan beberapa pandangan dari pelbagai sumber, antaranya Seminar Fekah […]

Isu Minum Air Gula (OGTT) Semasa Bulan Ramadhan

Salam Kategori: perubatan Isu: minum air gula untuk ibu mengandung *Soalan:* Ibu mengandung yang mengalami penambahan berat badan yg berlebihan sewaktu hamil disuruh untuk meminum air gula bagi memastikan tidak ada penyakit kencing manis…pada bulan ramadhan, apakah hukumnya? Sekiranya ibu tidak rasa ada sebarang masalah (sakit) dan pertambahan berat adalah kerana selera makan bertambah sewaktu […]

Hukum Berpuasa Ramadhan bagi Wanita Hamil dan Menyusui Bayi

Ramadhan adalah bulan mencari kerahmatan, keberkatan dan keampunan dari Nya. Ia terangkum dalam faedah taqwa yang akan diperolehi jika kita berpuasa dengan penuh keimanan dan keinsafan. Semua kaum muslimin tanpa mengira status jantina dan umur berlumba-lumba mengadakan sebanyaknya ibadah bagi meraih taqwa ini. Namun terdapat sebilangan orang yang mempunyai keuzuran tertentu yang tidak membolehkan berpuasa, […]

Hukum Membaca Al Quran Pada Air

Membaca al Quran pada air untuk diminum atau mandi adalah dibolehkan. Akan tetapi menjual air tersebut dengan penentuan harga air berdasarkan kekerapan bacaan, ianya tidak dibolehkan kerana membuka pintu fitnah. Begitu juga ianya tidak menepati ciri-ciri barang jualan yang dinyatakan dalam ilmu fiqh. Di antara ciri barang jualan ialah bermanfaat. Manfaat secara umumnya dapat diukur […]