Etika Perubatan

Dapat berita seorang doktor yang ditangkap kerana membuka premis klinik tetapi tiada lesen amalan tahunan. Doktor itu bukan calang-calang juga masyhur di kalangan masyarakat setempat. Maka timbul persoalan di sini, adakah ilmu doktor itu salah sehinggakan kena tangkap dek kerana tiada sijil amalan atau sijil membuka premis? Cuba kita bayangkan analogi sebegini, macam saya laksanakan […]

TB Paru-paru

Heboh dalam media sosial, punca kematian 13 orang asal di Kelantan akibat jangkitan kuman Tb. Kenyataan pihak polis itu masih tidak konkrit kerana siasatan oleh pihak perubatan masih belum selesai. Maka pelbagai andaian telah dilontarkan oleh netizen punca penyakit yang meragut nyawa itu. Apapun tunggu lah dahulu siasatan terperinci dari pihak berwajib. Media sosial bukan […]

Ubat Darah Tinggi di Tarik Balik

Ramai yang tanya saya, semua ubat darah tinggi yang mengandungi LOSARTAN tu boleh sebabkan kanser ke? Ramai yang baca dalam media sosial dan buat ulasan sendiri. Termasuk golongan yang selama ni memang sudah anti-ubat hospital, terus menuduh bahawa ubat-ubat lain untuk rawat darah tinggi pun penyebab kanser! Tidak kurang juga mereka yang memerli bahawa kononnya […]

Belajarlah Buat Website

Saya tidak belajar secara formal untuk buat website. Tetapi mula berkecimpung dengan pembuatan web sejak zaman Blogger.com wujud lagi. Kemudian NGO yang saya ceburi mengarahkan supaya wujud website khas untuk memberitahu masyarakat peranan dan sumbangan NGO. Maka saya diberi tanggungjawab untuk buat website. Maka belajarlah saya secara sendiri. Melihat pengalaman website lain yang telah dibina […]

Sejarah Perubatan Islam yang Dilupai

Tulisan Prakata dalam buku Historia Perubatan Islam karangan Tok Ilmam Masyarakat mungkin tidak sedar bahawa Islam adalah pelopor kepada perubatan moden. Kemunculan tokoh-tokoh hebat seperti Ibnu Sina, Al Razi, Al Khawarizmi dan ramai lagi ilmuwan Islam adalah sebagai bukti bahawa Islamlah pencetus kepada kebangkitan sistem perubatan di alaf ini. Istilah Perubatan samada perubatan Islam atau […]

Kaedah Perubatan yang Lebih Di Yakini

Kita silap menilai Perubatan Berasaskan Bukti (Evidence Based Medicine) sebagai hak eksklusif perubatan moden semata-mata. ‘Kita’ di sini merujuk kepada semua penggiat bidang perubatan samada perubatan moden itu sendiri mahupun perubatan komplimentari. EBM adalah kaedah mengambil sesuatu amalan perubatan itu dengan lebih yakin. Walaupun sesetengah kaedah berubat itu masih lagi dalam proses yang belum sempurna, […]

Resepi Telur Goreng Mata Kerbau

Mai, saya juga nak kongsi resepi telur mata kerbau. Setengah tempat sebut mata lembu. Apa-apa saja la, asal menjadi. Cara-cara: 1. Sebiji telur, basuhkan dulu sebab kulit luar tu bernajis. Haram makan telur jika bercampur tahi. 2. Panaskan kuali. Tak kisah kuali warna apa, hitam, putih atau merah. Tak kisah juga dapur mana nak guna, […]

Punca Pesakit Kencing Manis Mandul

Terima kasih atas soalan ini. Satu soalan yang kerap ditanya oleh pesakit. Ubat kencing manis bukanlah punca mandul. Tetapi sebaliknya kencing manis adalah salah satu punca tidak subur samada wanita atau lelaki. Apa yang pasti penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan ‘erectile dysfunction’ atau mati pucuk. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyerang […]

7 Tips Pesakit Menghadapi 1 Syawal

Apabila tibanya 1 Syawal, umat Islam diharamkan berpuasa. Hari itu adalah hari gembira kerana meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Di sini mulalah kita lupa bahawa kita perlu berhati-hati juga mengambil segala jenis maklika makanan di hari raya. Oleh kerana terlalu ingin qodo makan pada waktu siang hari di bulan ramadhan, kita […]

Bengkak Kelenjar Selepas Vaksin BCG

Kesan yang tidak dijangka selepas suntikan vaksin (AEFI) memang wujud. Dalam sejarah pembangunan vaksin sejak lebih 200 tahun, pemberian vaksin tidak sunyi dari kesan sampingan ini. Namun seluruh dunia masih terus menggunakan vaksin sebagai langkah pencegahan. Kenapa? Kerana ianya satu kaedah yang ampuh setakat ini bagi mencegah dari penyakit berbahaya. Maksudnya juga vaksin telah menjadi […]

4 Kesan Negatif Pemakanan Kebulur

“Berat Mak Aji turun 10 kilo dalam 2 bulan? Apa yang dah berlaku ni?” Soalku dalam satu sesi konsultasi klinik Kencing Manis. “Saya amalkan pantang diet ketat doktor.”, jawab Mak Cik berumur separuh abad itu jujur. “Saya ubah pemakanan. Banyak makanan yang biasa saya makan saya tinggalkan. Seperti nasi putih, air manis, dari gula putih, […]

Bahaya Kulit Ayam Goreng?

Saya kira persoalan ini tak perlu dijawab panjang, anak saya yang kecil pun dah tahu kulit ayam rangup dari pasar malam tu banyak bahaya kepada kesihatan kita. Saya sempat baca kajian yang dijalankan oleh Havard University berkaitan dengan kulit ayam sepertimana yang dilapurkan dalam akhbar tempatan tempoh hari. Suka dinyatakan bahawa penulisan dalam akhbar itu […]

Herba dan Buah Pinggang

“Produk semulajadi atau makanan je Doktor. Takkan boleh rosak buah pinggang.” Adakah makanan atau tumbuhan semulajadi tidak beri kesan negatif kepada manusia? Tidak! Setiap bahan yang masuk dalam badan kita sudah pasti terdapat tindakbalas tertentu, samada manfaat atau mudarat. Jangan terus dakwa kalau ianya makanan alami, selamat untuk dimakan. Lebih-lebih lagi suplemen itu didakwa merawat […]

Program Soal Rakyat TV3

[Mungkin aturan jawapan berubah dalam bentuk kaedah penyampaian] . Q1) Apakah yang dimaksudkan dengan vaksin dan bagaimana fungsinya? Vaksin adalah satu bahan yang digunakan bagi merangsang sistem imun secara spesifik untuk melindungi diri dari serangan penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit yang bahaya tersebut adalah Tb, Hepatitis B, Difteria, Pertusis, Tetanus, Hemofilus Influenza jenis B, Polio, Campak, […]

Itali Tetap Wajibkan Vaksin

Menarik sungguh tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa Itali. Walaupun kerajaaan memerintah itu pro kepada kumpulan antivaksin, namun kesihatan rakyat tetap diutamakan. Berita terkini, Kenyataan dari Menteri Kesihatan Giulia Grillo bertegas untuk meneruskan undang-undang “No Vaccine No School” yang diluluskan oleh Menteri Kesihatan sebelum PRU lepas, Lorenzim.[1] Penegasan ini dibuat demi penjagaan kesihatan rakyat mereka […]

Bahan dalam Vaksin

Empat formulasi utama yang biasa digunakan dalam vaksin a. Kuman yang telah dilemahkan/dimatikan/diambil sebahagian struktur/toksoid. b. Air. Seperti Air Nyah-kuman (Sterile Water), Air Salina (Normal Saline) dan Air berprotin. c. Bahan Pengawet (Preservatives), Bahan Tambahan (Additives) dan penstabil (stabiliser). Seperti Albumin, Phenols, and Glycine d. Bahan Pembantu (Adjuvan). Seperti Aluminium, Antibiotik, Protin Telur, Formaldehyde (dibuang […]

Penjelasan Isu Forum di Pondok Pak Teh, Perak

Forum kali ini adalah program ke 5 saya menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan vaksin di sekolah/pondok agama. Pertama di Pondok Laklok Besut, kedua Sekolah Agama Pinang Merah Paka, ketiga Madrasah An Nur Al Aslamiah Pendang Kedah, ke empat adalah Sekolah Darul Taqwa Rusila dan terakhir di Pondok Pak Teh Pengkalan Hulu. . Jutaan terima kasih kepada […]

Petisyen Wajibkan Akta Vaksin

95,000 sokongan terhadap petisyen menjadikan vaksin mandatory, pagi ini. Mari kita cuba letakkan angka 95,000 ini kedalam beberapa konteks, Hampir sama banyak dengan jumlah kematian Measles seluruh dunia pada tahun 2016, iaitu seramai 90,000 orang. Pada tahun 1990, sebelum vaksin measles diperkenalkan, jumlah kematian akibat measles adalah sepuluh kali ganda, mencecah 872,000 kematian setahun! Hampir […]

Hukum Harus, Wajib Vs Akta Wajib Vaksin

Sekurang-kurangnya dua badan berwibawa meletakkan status kenyataan maya berkaitan HUKUM mengambil vaksin. Pernyataan awal oleh SS Datuk Mufti Wilayah Persekutuan dalam Bayan Linnas ke-166 yang menyatakan bahawa mengambil vaksin MENGIKUT JADUAL IMUNISASI KEBANGSAAN adalah WAJIB.[1] Manakala Bahagian Dakwah, Jakim mengambil sumber yang sama Bayan Linnas SS Datuk Mufti Wilayah itu dengan membuat topik umum VAKSIN […]

Prof Imelda Sedih

PROF IMELDA SEDIH Terjemahan posting Prof Imelda Balchin pagi ni. . Hari ini saya sedih, dan hari ini saya berkabung sedih. . Cabaran paling besar sepanjang program (Analisis TVAH malam tadi) adalah tidak membiarkan air mata saya mengalir dan saya tidak kelihatan beremosi. Semasa duduk dikerusi pentas, sejurus sebelum siaran berlangsung, mata saya terpandang seorang […]