, ,

Vaksin Untuk Jemaah Haji 


#Vaksin_Untuk_Jemaah_Haji
Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.
Vaksin / Pelalian
Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Vaksin Meningococcal 

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.
Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.

Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza 

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.
Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal 

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.
Dr Hj Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli
Ahli

#MedicalMythBustersMalaysia

#MedTweetMY

#AktivisKAMI

, ,

Vaksin Untuk Jemaah Haji 

#Vaksin_Untuk_Jemaah_Haji
Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.
Vaksin / Pelalian
Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Vaksin Meningococcal 

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.
Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.

Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza 

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.
Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal 

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.
Dr Hj Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli
Ahli

#MedicalMythBustersMalaysia

#MedTweetMY

#AktivisKAMI

, ,

Vaksin Untuk Jemaah Haji 

#Vaksin_Untuk_Jemaah_Haji
Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.
Vaksin / Pelalian
Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Vaksin Meningococcal 

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.
Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.

Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza 

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.
Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal 

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 50 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.
Dr Hj Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga

Fb.com/drsuhazeli
Ahli

#MedicalMythBustersMalaysia

#MedTweetMY

#AktivisKAMI

, ,

Syarat Lulus Pemeriksaan Haji 

#Syarat_Lulus_Haji

Cabaran besar kepada para doktor semasa sesi pemeriksaan bakal haji adalah ketika ingin tandatangan meluluskan suntikan vaksin. Syarat ketat telah ditetapkan oleh Tabung Haji dan Kementerian Wakaf & Haji Arab Saudi adalah wajib disuntik vaksin meningococcal. Sebelum diluluskan suntikan bakal haji wajib diperiksa dan sahkan beliau sihat fizikal dan mental.

.

Sebilangan kecil mereka yang dikehendaki membuat rawatan susulan beberapa kali kerana tidak lulus dari piawaian garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Majoriti dikalangan mereka itu pula mempunyai penyakit² kronik seperti darah tinggi dan kencing manis. 

“Saya dari muda sampai leni kumpul samah-seriyal untuk pergi haji. Jika doktor tak sign juga kali ni, kesianlah saya.” Keluh seorang bakal haji yang paras gulanya naik mencanak setiap kali lawatan. Bacaan HbA1c pula berbelas-belas. Mereka hanya diluluskan untuk ke tanah suci setelah lulus pemeriksaan doktor. 

.

“Jika ikut garis panduan ni memang Pak Cik tak layak. Saya mohon maaf. Kerja haji ni kena guna tenaga. Pergerakan yang jauh dan memerlukan ketahanan fizikal. Sebab tu penting tubuh badan sihat dan senantiasa cergas. Jika lagu ni bacaan… ish gelap gambo.” Hujah balasku supaya beliau faham prosedur yang tetapkan. 

Sememangnya syarat² yang ditetapkan oleh Tabung Haji sedemikian. Bagi penyakit² kronik perlu benar-benar terkawal, baru boleh diluluskan. Jika bakal haji masih tidak dapat mengawal kencing manis atau darah tinggi mereka, bermakna mereka tidak diluluskan ke sana. Penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi biasanya dua penyakit kronik yang menjadi masalah dalam kelulusan haji. 

Pengalaman saya sebagai petugas haji pun mendapati dua penyakit ini sering menimbulkan kesulitan kepada jemaah haji untuk melaksanakan kerja-kerja haji dengan sempurna. Pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa punca boleh berlaku sedemikian. 

1) Tidak patuh arahan pemakanan ubat-ubatan yang diberikan. Walaupun sudah berpuluh tahun ada penyakit, tetapi mereka tidak mengambil ubat secara tetap. Mereka ambil bila rasa badan ‘berat’, tinggalkan ubat bila badan rasa segar. 

2) Tidak berpantang makan minum. Pantang lihat terus terkam. Sedangkan mereka perlu berdisiplin bab makan minum ni. Jika betul² patuh, mereka wajib mengira jumlah kalori seharian. 

3) Ubat-ubatan yang diberikan tidak optimum. Perawat yang tidak berpengalaman dalam penentuan ubat-ubatan serasi dengan keadaan semasa pesakit juga boleh menjadi faktor. Akhirnya ubat yang diberikan tidak diambil sepenuhnya atau dos tidak optima. 

4) Selalu tidak patuh dengan arahan temujanji. Ramai dikalangan mereka berminggu-minggu kehabisan stok ubat, tetapi masih liat untuk jumpa doktor bagi pemeriksaan ulangan dan membekalkan ubat baru. 

5) Mengamalkan ubatan alternatif. Kawalan penyakit makin parah apabila mereka selang seli dengan ubatan alternatif. Sehingga kini tiada lagi ubatan alternatif secara solo boleh mengawal gula dan tekanan darah. Lebih menyeksakan lagi apabila ubatan alternatif itu dicampur dengan bahan terlarang seperti steroid dan seumpamanya. Bacaan gula dan tekanan darah jadi bengong terus. 

6) Masih lagi mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok. Tabiat yang sukar dibasmi, hatta sudah berada di tanah suci sekali pun mereka tidak insaf. Sepatutnya tarikh panggilan Ilahi untuk mengunjungi rumahNya itu dijadikan tarikh keramat untuk terus berhenti menghisap bahan haram. 

Saya amat mengharapkan para bakal haji akan terus mengambil pesanan ini supaya dapat menjalani ibadah dengan sempurna. 

.

Siirualabarakatillah 

Dr Suhazeli Abdullah 

Fb.com/drsuhazeli 

13.7.2017

Ketengah Jaya 

, ,

Tidak Mampu Ibadah Haji 

#Tidak_Mampu_Ibadah_Haji

Komponen paling utama dalam melakukan ibadah haji adalah gerak geri fizikal. Samada ianya rukun haji atau wajib haji, malah sunnat dilakukan semasa ibadah haji, semuanya memerlukan kekuatan badan kecuali niat. Oleh yang demikian para Duyufurrahman dikehendaki melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum diluluskan ke Tanah Suci. Jika lulus sekalipun, para bakal haji dinasihati supaya kekal sihat sehingga hari keberangkatan, sepanjang berada di Madinah dan Mekkah. Kesihatan optima amat penting semasa waktu kemuncak masyair (bermula wukuf hinggalah hari-hari tasyrik).

.

Definisi kemampuan mengerjakan ibadah haji

Memang berpatutan dengan salah satu syarat wajib haji iaitu: “seseorang yang sihat tubuh badan dan berakal”. Inilah definisi MAMPU yang telah dinukilkan dalam Al-Quran:

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

Bermaksud: Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. [Surah ali Imran Ayat 97]

.

Kemampuan yang dimaksudkan di sini terbahagi kepada tiga:

1. Orang yang sanggup mendapatkan perbekalan dan alat-alat pengangkutan

2. Sihat jasmani dan Akal Fikiran dan

3. Aman perjalanan.

.

Kemampuan pertama dan ketiga di atas senang diperolehi dizaman yang serba canggih kini. Tetapi sihat tubuh badan dan akal fikiran adalah bergantung kepada individu tersebut. Kemampuan dari sudut kesihatan hanya diperolehi setelah setiap jemaah haji menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di Tanah Air. Pegawai Perubatan yang memeriksa mempunyai panduan khusus untuk memeriksa setiap bakal haji. Beberapa objektif utama pemeriksaan kesihatan dilakukan:

1) Memastikan semua bakal haji berkeupayaan dari segi fizikal dan mental untuk melaksanakan ibadat haji dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi kesihatan

2) Mengesan penyakit yang dihidapi oleh bakal haji pada peringkat paling awal dan memberi rawatan sewajarnya ataupun untuk dirujuk kepada doktor pakar jika perlu .

3) Merekodkan status kesihatan bakal haji dan rawatan yang diterima untuk makluman Rombongan Perubatan di Tanah Suci .

4) Memastikan bakal haji wanita hamil tidak diluluskan 

5) Memastikan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke – 84 (15 Disember 2008 ) dipatuhi di mana:

     i) Pesakit yang mengidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialisis adalah tidak wajib menunaikan ibadah haji;

     ii) Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan badal haji sekiranya berkemampuan daripada sudut kewangan dan;

     iii) Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan.

Kes-kes berkaitan sebagaimana di atas adalah tidak layak dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Peringkat Negeri dan ianya juga tidak boleh diluluskan oleh mana-mana Pakar Perubatan.

.

Terdapat beberapa kategori penyakit yang tidak layak untuk menunaikan haji, dengan ertikata lain, jemaah tersebut tidak berkemampuan dari sudut kesihatan dan terhapuslah kewajipan haji keatasnya. Berikut adalah jenis penyakit yang tidak layak untuk mengerjakan haji yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji. Garis panduan ini adalah hasil dari konsensus para pakar yang terlibat terus dalam pengendalian jemaah haji dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) Penyakit paru-paru yang (COPD, Asma dll) sekira-kira tidak membolehkan baginya bergerak cergas.

2) Sejarah serang sakit jantung dalam tempoh 3 bulan lepas.

3) Sakit jantung yang sekira-kira tidak membolehkan baginya bergerak cergas.

4) Jangkitan kuman ke jantung yang masih dalam fasa rawatan antibiotik.

5) Darah tinggi yang tidak terkawal melebihi bacaan diastolik 120 mmHg walaupun sudah diberi ratatan optima.

6) Penyakit hepar cirrhosis.

7) Sakit Buah pinggang

8) Batu karang yang teruk.

9) Kencing manis yang tidak terkawal. Paras gula senantiasa melebihi 13 mmol atau HbA1c melebihi 10%.

10) Penyakit Tiroid yang aktif.

11) Semua jenis kanser.

12) Baharu menjalani pembedahan besar.

13) Mempunyai penyakit berjangkit seperti TB, Kusta, dan beberapa jenis lagi. Penilaian kesesuaian akan dilakukan oleh doktor.

14) Penyakit sawan yang tidak terkawal

15) Penyakit mental seperti maniak, skizofrenia dan beberapa jenis lain lagi yang sekira-kira tidak dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Penilaian khusus akan dilakukan oleh pakar.

16) Penagih dadah. Kelonggaran akan diberikan kepada panagih yang stabil menjalani rawatan gantian methadone.

17) Pesakit HIV. Kelonggaran diberikan kepada pesakit yang stabil mengikut garis panduan yang ditetapkan.

.

Semoga dengan penjelasan ini tidak menimbulkan kekeliruan dikalangan bakal-bakal haji. Semoga beroleh haji mabrur.

.

Suhazeli Abdullah

fb.com/drsuhazeli

14.7.2017

Kuala Berang

, ,

Hukum Qorban atas Orang Mati

Tulisan Ustaz Ahmad Tarmizi Taha berkait isu menjalankan sembelihan qorban semasa raya Haji berniatkan atas orang yang sudah meninggal dunia. Beliau adalah Pensyarah UniSZA. 
BERKORBAN UNTUK ORANG HIDUP

Tidak sah berkorban untuk orang yang masih hidup melainkan dengan izinnya. Namun begitu dikecualikan bapa atau datuk maka harus baginya berkorban untuk si anak atau si cucu dengan menggunakan harta bapa atau harta si datuk itu.

Adapun berkorban dan berniat pahala korban itu untuk orang lain yang masih hidup atau sudah mati maka itu dibolehkan. 

BERKORBAN UNTUK SI MATI

Menurut mazhab Shafei tidak sah berkorban untuk orang yang telah mati melainkan jika si mati itu berwasiat supaya dilakukan korban untuknya.hukum ini berdalilkan kepada hadis berikut:

عَنْ حَنَشٍ قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا يُضَحِّى بِكَبْشَيْنِ فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَوْصَانِى أَنْ أُضَحِّىَ عَنْهُ فَأَنَا أُضَحِّى عَنْهُ.

Maksudnya: _Dari Hanasy katanya aku pernah lihat Ali (RA) mengorbankan dua ekor kibas maka aku berkata kepadanya apa ini? ( mengapa korban dua ekor? ) jawab Ali (RA) sesungguhnya Nabi SAW berwasiat kepada aku agar aku berkorban untuknya, maka akupun berkorban untuk baginda._

Hadis riwayat Abu Daud
Kesimpulan 

*1. Jika arwah pernah berniat dan diwasiatkan untuk buat Qurban maka bolehlah waris membuat qorban diniatkan atas arwah.*

*2. Jika arwah tidak pernah pesan atau wasiat sedemikian, tidak sah. Kecuali waris melakukan qorban atas dirinya sendiri dan pahala qorban itu diniatkan kepada arwah (Perbuatan dan doa anak yang soleh akan terus menerus mengalir kepada ayh bonda yang sudah meninggal).*

Wallahuaklam

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli 

, , , ,

Vaksin Bagi Jemaah Haji 

Ibadah Haji adalah ibadah yang memerlukan kekuatan tenaga dan ketahanan mental. Buktinya adalah segala rukun dan wajib haji berbentuk pergerakan fizikal, bukannya bacaan kecuali niat. Di sini beberapa panduan kesihatan untuk petugas atau jemaah haji yang ingin menunaikan haji di Mekah. Semoga anda semua memperolehi manafaat darinya.

*Vaksin / Pelalian*

Kerajaan Arab Saudi telah mensyaratkan semua jemaah yang ingin mengerjakan haji mengambil beberapa suntikan vaksin / pelalian. Vaksin yang wajib diambil oleh semua jemaah haji yang datang dari pelusuk dunia adalah Vaksin Meninggococcal. Selain dari itu beberapa vaksin lain yang digalakkan seperti, Vaksin Influenza dan Vaksin Pneumococcal.

Pihak Tabung Haji telah mewajibkan kepada bakal jemaah haji mengambil Vaksin Meninggococcal. Malah jika anda tidak mengambil vaksin ini, pihak Tabung Haji berhak untuk tidak membenarkan anda mengerjakan haji pada tahun tersebut. Vaksin lain adalah pilihan yang digalakkan oleh pihak Tabung Haji.

Vaksin Meninggococcal adalah diwajibkan bagi menghalang jangkitan kuman yang diberi nama Neisseria meningitides‎. Kuman ini mendatangkan penyakit yang boleh membawa maut kepada pengidapnya. Jangkaan kematian bagi orang yang telah dijangkiti adalah 10%. Ini adalah salah satu ikhtiar kita untuk menghindarkan diri dari terkena jangkitan kuman ini. Dalam jutaan manusia yang datang dari seluruh dunia, pelbagai virus atau kuman boleh berjangkit. Begitu juga dengan kuman Neisseria Meningitidis ini. Ia boleh merebak melalui pernafasan atau cairan tubuh badan. Orang yang dijangkiti oleh kuman ini akan mengalami demam yang tinggi, ruam seluruh badan, sakit sendi dan boleh menyebabkan koma.
Vaksin ini baik diambil dalam masa 4 hingga 6 minggu sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kekuatan perlindungan vaksin ini dijangka sehingga dua tahun setelah mendapat suntikan.

Vaksin Influenza pula bagi melindung diri kita dari Virus influenza. Virus ini boleh menyebabkan demam selsema yang teruk dan senang berjangkit sesama jemaah. Virus influenza ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada jemaah yang berumur lebih dari 60 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Kencing Manis. Ia boleh menyerang paru-paru mengakibatkan batuk dan demam yang berpanjangan.

Walaubagaimana pun demam selsema boleh diakibatkan juga oleh pelbagai kuman lain yang tidak mendatangkan mudarat yang teruk kepada jemaah. Kebiasaanya demam selsema sebegini akan berlarutan sehingga tiga atau empat hari sahaja. Bagi jemaah yang sudah menghidapi penyakit resdung, demam selsema senang terjadi kepada mereka. Ini berpunca dari perubahan cuaca di Tanah Suci yang beriklim ekstrim (panas dan kering keterlaluan, sejuk dan kering keterlaluan). Perbezaan ini amat ketara dengan negara kita yang beriklim panas dan lembab.

Vaksin Pneumokokal sesuai juga diberikan kepada jemaah yang berumur 60 tahun ke atas atau jemaah yang mempunyai masalah penyakit kronik seperti lelah, asma, kencing manis dan darah tinggi. Kuman ini senang menjangkiti jemaah yang rendah sistem pertahanan badan. Sesiapa yang dijangkiti kuman ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman paru-paru (pneumonia), Serangan selaput otak (Meningitis) dan kuman merebak keseluruh badan (Bacteremia)‎. Dianggarkan 1 dari 20 orang yang telah dijangkiti kuman Pneumokokal akan meninggal dunia. Justeru itu amat digalakkan jemaah haji mengambil suntikan ini sebagai salah satu jalan ikhtiar kita semasa berada di Tanah Suci.

Dr Hj Suhazeli Abdullah 
Pakar Perubatan Keluarga 
Fb.com/drsuhazeli

Ahli
#MedicalMythBustersMalaysia 
#MedTweetMY 

, ,

Tanah Arab yang Tandus kini Menjadi Subur

image

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah harta melimpah ruah sehinggakan seorang manusia membawa harta zakatnya ( untuk dibahagi tetapi tidak dijumpai seseorang pun yang  mahu menerimanya dan sehinggakan  Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”.

H.R.Muslim

Keterangan

Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

Ustaz Ahmad Tarmizi Taha
UniSZA

TAMAT

, , ,

Allah mendidik Hamba-Nya

image

Artikel asal: PN NORSHAHIDAH ABDUL HAMID

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan ‘muka kesian’ memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang
cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.. Bagaimana pula wanita ini?

Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya. 
“here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God.” saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): ” Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. ” airmata saya mula bergenang. “Lihatlah tempat saya..” saya tak mampu lagi terus berkata kata.

Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran m enyampuk. “itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat”. 
Mendengar saja ucapannya
saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan ‘Lewat’. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.
Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis. 
“I am sorry.. bukan saya taknak beri ruang, tapi saya pun tak cukup.” perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. “Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques.”
Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan”.

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk “where is your hometown?”.

” I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country”. 
“When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar”

Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata “terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur”.

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. “Hajjah, here is space for you”. Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, “Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah”.

, , ,

MERS-CoV oh MERS-CoV

333988_Saudi-menSekonyong-konyongnya terdapat tiga berita tidak benar yang menjadi viral dalam dunia maya pada musim haji tahun ini.

Berita pertama:

“Dukacita dimaklumkan bahawa arab saudi telah menutup kemasukkan Jemaah haji di seluruh dunia akibat berlakunya ribut taufan di arafah. Jemaah yg telah tiba di jeddah pon diarah pulang ke negara masing-masing. Kemudian diberi sisipan URL YouTube yang menggambarkan ribut taufan tersebut.”

Berita kedua:

“Kubur Saidina Hamzah terbongkar kerana banjir melanda Madinah.”

Berita ketiga:

“Fwd: Pls be careful The deadly MERS-CoV virus is spreading in Malaysia We already have 2 confirmed cases in XXMC ward, both had contact with parents who Middle East countries. Pls wash ur hands especially after visiting public areas. And wear a mask if going to crowded areas. There is NO cure for MERS CoV. Fatality rate is 50%. Incubation period is about 2 weeks. Please please limit ur contact with pple who just arrived from affected areas ..”

Tidak diketahui punca rantaian tulisan berita tersebut. Ianya disebarkan melalui facebook, Twitter, sms, WhatsApp dan beberapa media sosial yang lain. Juga tidak diketahui motif penyebaran maklumat yang tidak benar tersebut.
Ramai di kalangan kita tidak selidiki sepenuhnya maklumat yang diterima. Terlalu ghairah untuk dikongsi dengan orang lain tanpa usul periksa. Akhirnya ia menjadi viral dalam dunia maya. Ketiga-tiga berita tersebut telah menjadikan masyarakat Malaysia panik dan serba ketakutan terutama jika ada saudara mara mereka yang berada di tanah suci. Walaupun benar berlaku hujan lebat dan air bertakung dek kerana sistem perparitan tidak sempurna di tanah suci, tetapi tidaklah sampai membahayakan jemaah haji sehinggakan kerajaan Saudi mengarahkan pulang jemaah haji! Ataupun sehingga kubur Saidina Hamzah terbongkar! Begitu juga dengan kes yang disyaki oleh pusat perubatan tanah air sebagai kes MERS-CoV. Istilah perubatan sentiasa mensyaki sesuatu penyakit, akan tetapi perlu disahihkan dengan ujian khas. Setakat tulisan ini ditulis, tidak ada yang positif serangan virus MERS-CoV.
Penyebaran maklumat seperti ini tidak cermat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada kemuliaan kedua tanah suci Makkah dan Madinah (Al Haramain). Ingat lah pesanan Allah dalam firman Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Al Hujuraat:6

Dengan tersebarnya berita yang tidak sahih sedemikian, kita telah meletakkan satu aras yang sangsi kepada semua jemaah haji atau petugas haji. Di mana, apa sahaja pesakit yang dimasukkan ke wad setelah kembali dari Tanah Suci, kita akan melebelkan mereka berbahaya. Sesiapa sahaja insan yang berkait rapat dengan jemaah haji dan petugas haji juga akan dilebelkan sedemikian.

Tindakan melebelkan ini seolah-olah menggambarkan bahawa Tanah Suci adalah satu tempat yang tidak selamat di lawati, berbahaya dan perlu dijauhkan oleh selluruh umat.

, ,

Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram

Pakai-Mask-webMuzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.

Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam.

 Keterangan/Hujah:

  1. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya.
  2. Penularan wabak ini tidak dapat tidak perlu ada usaha untuk mencegah supaya diri terus terpelihara dan sihat serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah:

    الحاجة تنـزل منـزلة الضرورة

    iaitu Hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan.

  3. Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian berjahit atau pun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan.
  4. Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya.
  5. Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk menutup sebahagian mukanya.
  6. Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walaubagaimanpun pertimbangan keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan.
  7. Dalam keadaan dharurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah:

    درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

, ,

Berhati-hati dengan Teknologi Canggih yang mengalphakan kita, Damlah Jawabnya

“Ustaz doktor, betul ke kita tak boleh ambil gambar selepas tawaf wida?” Tanya seorang petugas mahu kepastian. “Ya” jawab ku ringkas setelah mentelaah beberapa artikel dan bertanyakan petugas bimbingan ibadah haji.

makam ibrahimPerkara ini baru sahaja diputuskan dalam muzakarah haji Peringkat Kebangsaan kali ke 27 baru-baru ini. Salah satu dari 11 resolusi yang telah diputuskan adalah mengambil gambar selepas tawaf Wida. Kita sebenarnya lupa dan alpha niat sebenar tawaf wida yang wajib dijalankan. Sehinggakan membuat sesuatu ibadah itu secara sambil lewa atau hanya ingin berseronok. Ditambahi pula dengan kecanggihan teknologi masa kini. sepanjang masa gajet seperti kamera atau telefon pintar melekat di tubuh. Secara tidak sengaja atau jahil dalam hukum ini, maka beratus-ratus gambar telah diambil dengan pelbagai “posing”.

Berikut adalah salinan dari artikel yang didapati hasil dari keputusan muzakarah haji:

Bergambar Selepas Tawaf Wida

Soalan

Perlukah membayar dam sekiranya kita mengambil gambar selepas tawaf wida dan adakah sah tawaf wida kita tadi.. Mohon pencerahan . Jazakallah.

Jawapan

Waalaikumusalam,

Para  Jemaah haji dan umrah dilarang mengambil gambar di sekitar Tanah Haram, Makkah, selepas melakukan tawaf widak (tawaf selamat tinggal). Ini  kerana ia boleh membatalkan tawaf itu dan menyebabkan ibadat yang dilakukan tidak sempurna.
Persoalan berhubung perbuatan mengambil gambar selepas tawaf widak itu dikemukakan pembimbing ibadat haji pada Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-27 kerana ada jemaah yang musykil sama ada perbuatan itu boleh memberi kesan kepada ibadat mereka atau sebaliknya. Susulan itu, larangan tersebut disenaraikan sebagai antara 11 resolusi pada muzakarah yang dihadiri ulama, tokoh agama dan pembimbing ibadat haji di Pulau Pinang pada Februari lalu.
Mantan Pengurus Besar Bimbingan Tabung Haji, Datuk Daud Che Ngah, berkata mengikut hukum, tawaf widak adalah langkah terakhir sebelum jemaah meninggalkan Masjidil Haram.
‘Selepas tawaf widak, jemaah hanya boleh melakukan solat sunat, mengucup Hajar Aswad dan berdoa, jadi mengambil gambar boleh menyebabkan tawaf widak jemaah terbatal dan wajib melakukannya semula atau membayar dam,’ katanya.
‘ walaupun ibadat sah, jemaah berdosa kerana melanggar hukum syarak.’ tambahnya
‘ Justeru adalah menjadi tanggungjawab memaklumkan jemaah mengenai larangan ini bagi mengelak mereka melanggar hukum syarak hingga wajib melakukan tawaf widak semula,’

Dalam masa yang sama, Pembimbing Ibadat Haji,Ustaz Sapawi Che Mat, berkata larangan itu sememangnya wajar kerana tindakan mengambil gambar selepas tawaf wida tiada kaitan dengan urusan ibadat.

“Malah, jemaah juga dianggap melengahkan perjalanan pulang,” katanya.

Beliau yang juga penceramah bebas, berkata resolusi yang disenaraikan itu wajar disebarkan untuk manfaat jemaah haji dan umrah negara ini bagi mengelak melakukan perbuatan yang dilarang hukum syarak.

Penerangan berikut adalah bayaran DAM yang perlu dilunaskan dalam kategori kesalahan ini.

1. Berdosa tapi tidak dikenakan Dam: Orang yang meninggalkan dengan sengaja lagi tahu hukum wajibnya.Kemudian belum sampai 2 Marhalah ia berpatah balik dan melakukan Tawaf, berpatah balik itu menggugurkan dam tetapi tiada menggugurkan dosa.
2. Berdosa dan wajib bayar Dam: Meninggalkan dengan sengaja tanpa uzur Syar`ie.
3. Jika jahil atau terlupa:Dikenakan Dam dan tidak berdosa.

Bayaran Dam tertib takdir ini

Iaitu dam dibayar mengikut susunan (tertib). Kemampuan dam perlu mengikut ketetapan syarak (takdir)

Dam ini tidak boleh dipilih atau diganti. Di mana jemaah yang meninggalkan tawaf wida’ hendaklah menyembelih seekor kambing  Sekira tidak mampu, Berpuasa 10 hari berpuasa 3 hari setelah berlepas dari Mekah dan 7 hari di tempat masing masing.

Sumber berita:
1. Dilarang mengambil gambar selepas tawaf wida.

2. Dam

3. Tawaf Wada

 

, ,

Membalut kawasan Sakit semasa Ihram Haji/Umrah

image

Terbitan semula dari artikel asal: Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit

Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas”Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi.”Lepas tu Mak Cik nak ambil air sembahyang macam mana?” Dia mengajukan soalan yang menginginkan penerangan lanjut.

Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah Suci. Malah masalah fekah sebegini juga berlaku di wad-wad atau klinik di Tanah Air. Satu hal yang perlu diambil perhatian bahawa ramai kakitangan kesihatan yang beragama Islam sendiri tidak mengetahui cara mengangkat hadas bagi pesakit yang uzur atau berhalangan terkena air. Pengetahuan mengenai tatacara mengangkat hadas tidak pernah diajar di dewan-dewan kuliah. Kecualilah initiatif dari kakitangan berkenaan belajar dengan ustaz atau membaca bahan bacaan tertentu. Walaubagaimana pun bahan bacaan yang menerangkan mengenai cara bersuci dan solat bagi pesakit amat terhad. Bagi sesetengah negeri seperti Kelantan dan Terengganu, Majlis Agama lslam masing-masing telah menerbitkan buku tatacara beribadah bagi pesakit. Akhir-akhir ini Persatuan Perubatan lslam Malaysia (PPIM) juga menerbitkan buku panduan ibadah pesakit.

image

Begitu juga Papisma mengeluarkan satu buku fekah perubatan. Buku-buku sebegini patut dimiliki oleh setiap anggota kesihatan untuk dijadikan panduan dalam mendidik pesakit mengenai ibadah sewaktu sakit.

Berikut adalah panduan ringkas kepada pesakit yang akan melakukan ibadah semasa sakit.

Mengambil wuduk
Syarat sah sembahyang adalah suci dari hadas. Berwuduk adalah kaedah mengangkat hadas dia menjadi wajib sebelum melakukan sembahyang. Dalam keadaan tertentu, pesakit mengangkat hadas dengan tidak sempurna seperti terdapat plaster ditangan. Di sinilah perlunya kaedah mengangkat hadas yang betul dan disepakati oleh ulamak berpandukan sunnah Rasulullah SAW.

3 Perinsip Asas
Terdapat 3 perinsip asas dalam tatacara mengangkat hadas yang telah dibincangkan oleh ulamak berdasarkan hadis Nabi SAW.
Tatacara mengangkat hadas bagi pesakit yang mempunyai halangan dari terkena air dibahagian anggota wajib wuduk, seperti terdapat plaster di tangan atau simen di kaki.
A. Pesakit berwuduk seperti biasa,
B. Sapukan di atas plaster atau simen,
C. Selesaikan wuduk sehingga akhir,
D. Dikehendaki bertayammum menggantikan anggota wuduk yang tidak terkena air wuduk tadi,
E. Satu kali mengangkat hadas seperti a-d untuk satu fardu sembahyang sahaja setelah masuk waktunya,
F. Tidak perlu mengulangi sembahyang setelah penyakit sembuh.

,

Haji Tamattuk Tanpa Dam

arafah 1434hSebagai petugas haji setiap pergerakan amat memerlukan perancangan masa yang tertentu. Ini penting bagi melicinkan khidmat operasi haji di tanah suci. Sebagai pasukan akhir yang berada di Madinah Munawwarah, biasanya hari-hari yang menghampiri wukuf baru boleh ke Mekah. Beberapa faktor yang menyebabkan keadaan sedemikian. Pada kebiasaannya pasukan akhir ini akan memberi pelayanan khidmat kesihatan kepada duyufurrahman yang masuk lewat melalui madinah. Contohnya orang kenamaan negara jemaah haji ‘runcit’ (jemaah haji yang last minute dapat visa haji). Mungkin juga akibat dari jemaah yang tidak sihat dan dimasukkan ke hospital arab. Ini bergantung kepada keadaan jemaah tersebut. Jika stabil dan pihak hospital benarkan bawa ke Mekah, maka jemaah tersebut akan dibawa dihari-hari yang menghampiri wukuf.
Di sini kami mempunyai dua pilihan samada ingin masuk ke mekah dengan niat ihram haji terus atau niat umrah.

A. Bagi petugas yang belum buat umrah wajib, bolehlah dia memilih untuk niat haji Ifrad atau Qiran. Justeru, hendaklah beliau sanggup untuk berada dalam ihram sepanjang waktu hinggalah wukuf, mabit Mudzalifah, melontar Jamrah Aqabah@Tawaf & Saie Haji kemudian bertahallul.
Bagi yang melakukan Haji Ifrad mereka memulakan dengan tawaf qudum atau tawaf selamat datang dan mereka terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah selesai melontar pada hari pertama. Cara ini tidak dikenakan dam kerana mereka hanya melakukan ibadah haji sahaja dalam bulan haji dan tidak dilakukan umrah. Manakala petugas yang ingin melakukan Haji Qiran, dimana dilakukan Haji dan Umrah serentak. Perlaksanaannya sama seperti Haji Ifrad iaitu mereka terus berada dalam keadaan berihram sehinggalah selesai melontor hari pertama. Cuma bezanya cara ini dikenakan dam sama seperti Haji Tamattuk.

B. Cara Haji Tammattuk ialah dilakukan umrah terlebih dahulu dalam bulan haji. Selesai umrah, jemaah bercukur dan bebas berpakaian biasa. Kemudian mereka menunggu sehingga 8hb Zulhijjah untuk kembali berihram dan melaksanakan ibadah haji. Cara ini dikenakan dam seekor kambing atau unta. Bagi petugas Madinah yang datang melalui Jeddah dan telah melakukan Umrah pada awalnya, boleh pula berniat haji di Bir Ali dihari hampir wukuf untuk memasuki Mekah. Dan dia akan terus dalam berihram sehinggalah wukuf dan bertahallul. Cara ini masih dikira sebagai haji Tamattuk dan tidak dikenakan dam kerana beliau berniat di miqat makani.
Cara Inilah yang pernah dilakukan oleh para petugas sektor Madinah.

, ,

Kaitan Haid dan Menopaus bagi Jemaah Haji

Terbitan semula:

“Doktor, nak tanya sikit..Akak dah tak datang bulan lama dah…lebih kurang 3 tahun lalu.” Mula bicara seorang wanita berunur 55 tahun semasa satu sessi klinik Zon Madinah.
“Jadi apa masalahnya?” Soalan pertamaku.
“Datang balik la…Ustazah arahkan akak datang jumpa doktor, darah haid ka? darah penyakit?” Ujar Akak dengan penuh pengharapan dan jawapan yang pasti. Kerana ini boleh menjejaskan ibadah Haji atau Umrah yang akan di jalankan oleh beliau.

depan kaabahLanjutan dari itu….aku menghuraikan mengikut sekelumit ilmu yang ada sebegini. Jika ada yang tak kena sila perbetulkan

Putus Haid (Menopause) adalah satu keadaan di mana ketiadaan perdarahan haid secara kekal bagi seorang wanita . Ia adalah proses biasa yang berlaku bagi seseorang wanita apabila sampai tempoh yang tertentu. Setiap wanita yang mempunyai sistem peranakan akan mengalami fenomena ini setelah sistem ovari dalam badan sudah berkurangan.
Majoriti pakar perubatan mendefinasikan putus haid adalah dimana seseorang wanita yang tidak didatangi haid secara bulanan selama lebih dari setahun (akan dibincangkan lagi dalam artikel ini). Ianya boleh disahkan lagi dengan mengalami tanda-tanda wanita yang putus haid seperti panas badan, sakit sendi, berpeluh malam, sukar tidur dan fikiran gelisah (tidak semua wanita mengalaminya). Pengesahan secara makmalnya apabila paras salah satu dari hormon kesuburan wanita terlalu tinggi. Hormon tersebut diberi nama Follicular Stimulating Hormone (FSH).
Secara ilmiah, kajian telah dijalankan bagi melihat bilakah umur yang biasanya seseorang wanita putus haid. Jadual dibawah menunjukkan umur dan peratus wanita yang kebanyakannya putus haid. Peratus ini hasil dari kajian dipelbagai benua dan geografi.
Umur Putus Haid % wanita
35—40 tahun (11.87%)
40—45 tahun (25.97%)
45—50 tahun (41.03%)
50—55 tahun (14.58%)
sebelum 35 atau selepas 55 tahun (6.54%)
Majoriti umur putus haid bagi seseorang wanita adalah diantara 45 hingga 55 tahun. Tidak dinafikan bahawa umur ini bergantung kepada faktor persekitaran dan iklim, sistem tubuh badan dan keturunan seseorang wanita berkenaan.
Para ulamak berbeza pendapat mengenai umur wanita yang putus haid ini. Berdasarkan kajian danpemerhatian semasa pada waktu itu Ad-darimi menyimpulkan bahawa bilamana sesorang wanita didatangi darah samada berumur belum mencapai 9 tahun atau diatas 50 tahun, ia bererti darah haid juga. Sebab Allah Subhanahuwa Taala dan RasulNya mengaitkan hukum-hukum haid pada kehadiran darah tersebut.
Pendapat Imam Syafie pula menyatakan bahawa tiada tempoh usia wanita putus haid. Pendapat ini mungkin berdasarkan uruf semasa pada ketika itu atau mengambil bukti sirah isteri Nabi Allah Ibrahim yang masih boleh melahirkan anak (Nabi Allah Ismail) walaupun sudah lanjut usia. Walaubagaimanpun pendapat Imam Hanafi, Hambali dan Maliki berbeza, dan menentukan tempoh usia wanita putus haid. Sedangkan jarak perbezaan zaman pada ketika itu tidaklah terlampau jauh. Semoga Allah merahmati mereka semua dalam menyatakan pandangan dan pendapat.
Tulisan ini pula bukan ingin menyanggah apa yang telah dinyatakan oleh para ulamak, tetapi ingin menyatakan beberapa pandangan terkini berdasarkan bukti-bukti kajian ilmiah mengenai wanita yang putus haid.

Kenapa wanita didatangi haid dan putus haid.

Sebelum kita melanjutkan perbincangan fekah mengenai hukum wanita yang telah putus haid dan beberapa masalah yang berkaitan dengannya, marilah terlebih dahulu kita memahami apakah yang dikatakan kitaran bulanan haid wanita dan kenapa haid terhenti pada usia tertentu.
Wanita mempunyai sekurang-kurangnya empat hormon penting bagi mengimbangi kitaran bulanan haid mereka. Hormon tersebut adalah Follicular Stimulating Hormon (FSH), Leutinizing Hormon (LH), Progesterone dan Estrogen. FSH dan LH berfungsi untuk membina telur (ovum) yang terdapat dalam kilang telur (ovari) membesar dengan subur dan matang sebelum ia pecah untuk disenyawakan oleh sperma lelaki . Progesteron dan Estrogen pula berfungsi untuk membina dinding peranakan wanita, subur untuk perletakan benih yang telah disenyawakan. Untuk pengetahuan bersama, hormon Progesteron dan Estrogen ini juga penting untuk menjaga keseimbangan fizikal dan mental seseorang wanita. Kulit wanita akan kelihatan cantik dan gebu akibat dari hormon Progesteron dan Estrogen. Begitu juga dangan emosi seseorang wanita dipengaruhi oleh hormon ini.
Hormon FSH dan LH dirembeskan dari kilang Pituatari yang terletak dalam rongga otak. Rembesan ini pula bergantung kepada signal negatif yang diperolehi dari Hormon Progesteron dan Estrogen yang dirembeskan dari kilang telur itu sendiri. Maksudnya jika telur tidak disenyawakan, tiada percambahan benih yang melekat pada dinding peranakan, hormon progesteron dan estrogen akan menurun secara mendadak. Menyebabkan signal akan dihantar ke kilang Pituatari untuk merembeskan FSH dan LH bagi kitaran pembentukan ovum yang kedua bagi bulan berikutnya. Semasa penurunan progesterone dan estrogen mendadak inilah dinding peranakan yang subur tadi berdarah yang kita namakan darah haid. Tujuan perdarahan tadi supaya penyediaan untuk pembinaan sel-sel baru bagi kitaran bulan yang berikutnya. Indahnya kejadian Allah Taala bagi manusia yang berfikir!
Seumur hidup seseorang wanita berupaya mengeluarkan telur sebanyak 400 ribu biji. Pengeluaran ini bergantung terus kepada hormon yang dinyatakan di atas. Proses pengeluaran ini agak kompleks dan hanya Allah SWT sahaja mengetahui secara mendalam. Walaubagaimanapun tidak semua telur akan mencapai tahap kematangan dan disenyawakan. Kajian menyatakan hanya 400 telur sahaja matang dan dikeluarkan untuk persenyawaan . Dalam satu kitaran, hanya satu telur sahaja akan matang dan dikeluarkan untuk persenyawaan. Telur yang masih berbaki, yang dalam proses kematangan akan terhenti tumbesaran setelah hormon-hormon di atas berkurangan. Ada kedapatan telur yang belum matang tadi akan matang pada kitaran yang berikutnya, dan ada di antaranya akan terbantut terus.
Apa yang terjadi semasa proses menopos (putus haid) ialah, telur-telur tadi sudah berkurangan dan ada yang tidak mencapai tahap kematangan untuk dikeluarkan dari kilang telur. Ini mengakibatkan kitaran haid bagi seorang wanita yang hampir putus haid tidak menentu. Pada masa yang sama hormon-hormon FSH, LH, Progesteron dan Estrogen juga akan mengalami gangguan perembesan.
Pada saat inilah wanita akan mengalami beberapa kecelaruan seperti cepat marah, sukar untuk tidur, sentiasa merasakan panas badan, sakit urat sendi dan nafsu berkurangan . Fenomena ini akan berlaku pada wanita bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing. Wanita yang tidak dapat mengatasi perubahan kehidupan ini diberi pilihan untuk mengambil pil yang dinamakan Terapi Hormon Gantian (Hormon Replacement Therapy) .
Sesetengah wanita akan mengalami kecelaruan ini sehingga bertahun-tahun dan sebahagian darinya akan mengalami beberapa bulan sahaja. Malah ada di antara mereka tidak akan merasai perubahan ini secara ketara . Yang pasti mereka akan mengalami gangguan kitaran haid dan akhirnya haid akan terhenti.
Makna Putus Haid (Menopos)
Terdapat dua pandangan dalam ilmu perubatan mengenai tempoh masa yang mengesahkan bahawa seseorang wanita telah putus haid. Pendapat yang pertama adalah enam bulan dan pendapat kedua adalah selepas satu tahun dari haid yang terakhir.
Saya mengambil pendapat kedua kerana keyakinan yang tinggi bahawa kilang telur wanita akan mengalami kepupusan telur dalam tempoh tersebut. Ia juga suatu tempoh yang cukup selesa beserta dengan beberapa tanda fizikal dan mental yang akan dialami oleh seseorang wanita.

Perdarahan selepas Putus Haid (Menopos)

Timbul beberapa hukum fekah yang berkaitan dengan perdarahan yang berlaku selepas putus haid. Penelitian ulamak dalam masalah ini masih belum selesai dan diperbincangkan dalam pelbagai forum.
Dalam keadaan biasa seseorang wanita berusia yang telah putus haid tidak akan mengalami haid kali kedua dalam hidupnya. Kajian menyatakan hanya 5% wanita akan mengalami perdarahan yang seakan-akan haid setelah putus haid. Jika seseorang wanita yang telah putus haid mengalami perdarahan, ia dikira darah penyakit dan perlu diketahui punca-puncanya melalui siasatan lanjut. Perdarahan ini biasanya tidak tetap hari dan tidak mengikut kitaran bulan yang biasa. Ada kalanya darah yang keluar sedikit dan ada yang banyak sehingga memudaratkan. Darah penyakit ini berpunca dari beberapa sebab seperti dibawah :
1. Masalah pembekuan darah seperti hemophilia atau jangkitan virus.
2. Wanita yang mengambil pil hormon atau ubat tradisional tertentu.
3. Pengencutan vagina
4. Pembengkakan rahim.
5. Barah Rahim, pangkal rahim atau barah Ovari (Kilang Telur)
6. Terdapat ketulan (polyps) di dalam rahim atau pangkal rahim.

Perkara yang paling membimbangkan para pakar perubatan mengenai masalah perdarahan selepas putus haid ini adalah Barah Rahim. Lima hingga 10% perdarahan selepas putus haid adalah berpunca dari Barah Rahim. Kajian perlu dijalankan oleh pakar perubatan bagi mengetahui Barah Rahim ini. Antara ujian ringkas yang boleh dijalankan adalah dengan kaedah Ultra Sound sistem Peranakan. Melalui ujian Ultra Sound ini pakar perubatan dapat mengetahui secara asas masalah yang dihadapi oleh seseorang wanita.

Rujukan

  1. Menopause. Dicapai melalui http://en.wikipedia.org/wiki/Menopause pada 10-Nov-08
  2. Marie Carmichael Stopes. Change Of Life in Men And Women. Dicapai Melalui Http://Www.Geocities.Com/Menobeyond/Age.Html#1 Pada 10-Nov-08
  3. Muhammad bin Shaleh Al-‘Uthaimin. Usia dan Masa Haid. Darah Kebiasaan Wanita. Islamic Propogation Office in Rabwah, Riyadh.
  4. The Reproductive System di perolehi dalam talian http://library.thinkquest.org/2935/Natures_Best/Nat_Best_Low_Level/Reproductive_page.L.html#female_repro pada Tuesday, November 11, 2008
  5. Berbagai Ukuran Seputar Seks dan Organ Reproduksi. Di capai melalui http://www.hanyalelaki.com/mod.php?mod=publisher&op=viewarticle&artid=140 pada 13 November 2008
  6. Menopause. Dicapai melalui http://menopause.emedtv.com/menopause/menopause.html pada November 14, 2008
  7. Menopause. Dicapai melalui http://www.healthywomen.org/healthtopics/menopause pada November 14, 2008
  8. Postmenopausal Bleeding. http://www.patient.co.uk/showdoc/40024599/
  9. KATHLEEN A. ORIEL, SARINA SCHRAGER. Abnormal Uterine Bleeding. Dicapai melalui http://www.aafp.org/afp/991001ap/1371.html
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
, ,

Haid tidak menjejaskan ibadah haji

Terbitan semula: Haid tak jejas kesempurnaan ibadah haji

May 25, 2007, 9:36 am Bersama Tabung Haji

tg azizOleh Tengku Aziz Raja Abdullah

MASALAH haid kadangkala mengganggu kelancaran wanita mengerjakan ibadat haji dan umrah. Oleh itu, satu kefahaman dalam masalah ini perlu difahami dan diberi perhatian oleh wanita.

Wanita yang didatangi haid diharam sembahyang, puasa, tawaf, duduk dalam masjid, bersetubuh, menyentuh dan membaca Al-Quran.

Darah haid keluar paling minimum ialah satu hari satu malam (24 jam), manakala tempoh maksimum ialah 15 hari 15 malam dan tempoh kebiasaannya antara tiga hingga tujuh hari mengikut kebiasaan individu.

Jika haid keluar satu hari satu malam kemudian berhenti satu hari satu malam atau darah haid keluar dua atau tiga hari, kemudian berhenti dua hari secara umum, Mazhab Syafi’e berpendapat hari yang darah keluar dan hari darah berhenti dikira tempoh haid.

Dalam Al-Iqna ditambah tiga syarat :

  • Hari darah terhenti dan hari darah keluar tidak melebihi 15 hari.
  • Tempoh darah terhenti dan keluar tidak kurang daripada satu hari atau satu malam iaitu tempoh minimum haid.
  • Hari suci atau tempoh suci yang menyelangi antara dua haid tidak kurang daripada 15 hari.
  • Tempoh suci antara dua haid ialah 15 hari. Ulama fiqh bersepakat bahawa warna darah haid pada hari kebiasaan ialah kehitaman, merah, kuning dan keruh. Warna kuning dan keruh yang keluar hari kebiasaan haid dikira sebagai darah haid.

Darah yang keluar selepas hari kebiasaan haid tidak dikira sebagai haid. Oleh itu, jika masalah itu berlaku ke atas jemaah haji ketika berada dapatlah melakukan ibadat di Makkah dengan sempurna tanpa ragu-ragu.

Tanda wanita suci daripada haid ialah kering tempat darah keluar (faraj) tanpa ada kesan warna darah, sama ada merah, kuning atau keruh yang tinggal pada kapas atau seumpamanya yang dimasukkan dalam faraj sekadar hujung jari. Jika kapas atau yang seumpamanya itu didapati basah dan tidak ada kesan warna seperti di atas, itu juga sudah dianggap suci.

Putih bersih bermaksud apabila kapas atau seumpamanya yang dimasukkan dalam faraj sekadar hujung jari didapati putih, bersih, kering atau masih ada kebasahan yang putih jernih ia juga dianggap bersih.

Permasalahan wanita dalam haid ialah :

  • Keluar darah selepas tempoh maksimum haid

Bagi wanita yang pertama kali datang haid, Mazhab Syafi’e berpendapat, hendaklah mengira darah haidnya satu hari satu malam saja iaitu tempoh minimum haid. Darah keluar selepas satu hari satu malam adalah dikira sebagai darah istihadah.

Bagi wanita pertama kali datang haid tetapi dapat membezakan antara darah haid atau tidak, maka Syafi’e mensyaratkan dengan tiga syarat iaitu tempoh darah yang keluar tidak kurang daripada tempoh minimum haid (24 jam), darah yang keluar tidak melebihi tempoh maksimum haid (15 hari) dan tidak kurang daripada tempoh minimum suci antara dua haid.

Bagi wanita yang sudah biasa mengalami haid dan dapat atau tidak dapat membezakan warna darah. Wanita ini hendaklah mengira tempoh haid mengikut kebiasaan haidnya. Darah yang keluar melebihi hari kebiasaan haidnya hendaklah dikira sebagai darah istihadah.

  • Darah yang keluar ketika hamil

Wanita yang keluar darah ketika hamil adalah darah haid. Dalam Ashab Al-Syafie berpendapat jika wanita hamil mendapati darah keluar seperti hari kebiasaan haidnya dan sifat darah itu juga sama dengan sifat darah haid, maka darah itu dikira sebagai darah haid. Jika darah itu keluar pada hari yang bukan hari kebiasaan haid, maka darah itu bukan darah haid.

  • Darah keluar selepas putus haid

Tiada had pada tempoh haid. Namun, umur kebiasaan bagi perempuan putus haid adalah di antara umur 49 hingga 62 tahun. Walau bagaimanapun, menurut pandangan perubatan, putus haid berlaku apabila tiada lagi benih aktif yang dapat mengeluarkan hormon. Jika ada, mungkin tidak aktif.

Kebanyakan wanita Malaysia putus haid pada purata umur 49 hingga 50 tahun. Pada pandangan perubatan, wanita akan dikira benar-benar putus haid apabila tiada haid selama enam bulan berturut-turut. Walau bagaimanapun, jika ada haid lagi selepas putus haid, ia bukan darah haid tetapi darah penyakit. Oleh itu, pemeriksaan dengan doktor perlu untuk menentukan darah itu darah haid atau tidak.

  • Angin keluar melalui (qubul) faraj

Pada pandangan Mazhab Syafi’e, angin yang keluar daripada faraj wanita atau zakar lelaki adalah batal wuduk (ada orang yang mengalami keadaan sedemikian). Walau bagaimanapun, jika angin tidak keluar daripada permukaan faraj dan hanya berada di dalam saja, maka ia tidak membatalkan wuduk.

  • Kelembapan faraj

Kadangkala berlaku kelembapan pada faraj. Kelembapan ini adalah sifat faraj menghasilkan lelehan untuk mengelakkan kulit mukosa daripada melekit dan mengering. Ulama fiqh berpendapat, kelembapan faraj akibat daripada lelehan yang dihasilkan mukosa tidak membatalkan wuduk. Bandingan sama keadaannya dengan seorang yang menjulurkan lidahnya keluar daripada mulut dalam keadaan lidah itu basah dan lembap air liurnya. Kemudian dia memasukkannya kembali ke dalam mulutnya dan menelan air liur itu, perbuatannya tidak membatalkan puasa kerana air liur pada lidah tidak terpisah daripada lidahnya.

Permasalahan haid dengan haji/umrah :

  • Datang haid ketika berniat ihram. Boleh mandi sunat ihram, boleh berniat untuk ihram sekalipun dalam keadaan tidak suci.
  • Datang haid selepas berniat ihram. Dibenarkan melakukan semua kerja haji dan umrah kecuali tawaf. Wanita yang datang haid ketika di Makkah dibolehkan melakukan zikir, bertahmid, tahlil dan takbir serta talbiyah.
  • Mengerjakan haji tamattuk dan datang haid sebelum tawaf. Jika wanita memilih melakukan haji tamattuk kemudian datang haid sebelum tawaf umrah dan dibimbangi luput haji, dia boleh niat ihram haji berserta umrah (Qiran). Dengan itu, dia bertukar daripada haji tamattuk kepada haji Qiran. Ini pandangan majoriti fuqaha. Wajib bayar dam.
  • Haid selepas wukuf dan tawaf rukun. Jika wanita datang haid selepas wukuf di Arafah dan selepas tawaf rukun sedangkan haidnya tidak suci sehingga hampir hendak pulang ke tanah air, dia tidak perlu tawaf Wida’ dan tidak dikenakan dam.

Bagi wanita yang datang haid atau nifas ketika hendak melakukan umrah, sampai ke Miqat dia boleh berniat ihram umrah kemudian mengucap talbiyah sehingga sampai ke Makkah.

Apabila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci.

Apabila suci hendaklah mandi wajib, kemudian hendaklah tawaf di Kaabah tujuh keliling, kemudian sa’ie antara Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. Selepas itu bergunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya. Umrah itu sah dan tidak dikenakan dam. (Muhamamad al-Ajami, Al-Umrah : 21)

Bagi wanita yang haid/nifas ketika haji, sampai ke Miqat dia boleh berniat ihram haji (Ifrad) kemudian mengucap talbiyah sehingga sampai ke Makkah. Apabila sampai di Makkah, dia tidak boleh masuk ke Masjidil Haram, dia mesti berada di dalam ihramnya sehingga suci.

Apabila suci hendaklah mandi wajib, kemudian tawaf (selamat datang) di Kaabah tujuh keliling, kemudian tunggu hari berangkat ke Arafah untuk melakukan wukuf. Selepas itu lakukanlah amalan wajib dan rukun haji seperti biasa. Haji itu sah dan tidak dikenakan dam.

Wanita berihram di Miqat, kemudian datang haid atau nifas selepas ihramnya itu, dia terus berada di dalam ihramnya dengan erti tidak boleh melakukan perkara dilarang dan tidak boleh tawaf sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf umrah tujuh keliling dan sa’ie umrah tujuh kali.

Kemudian menggunting rambut dan bebaslah daripada ihramnya itu dan halal baginya melakukan segala yang dilarang ketika ihram. Umrah sah dan tidak dikenakan dam.

Perempuan berihram di Miqat (Tamattuk dan niat haji di Tanah Haram), kemudian datang haid atau nifas selepas ihram, dia terus berada di dalam ihramnya dengan erti tidak boleh melakukan perkara dilarang dan boleh melakukan amalan lain seperti wukuf, bermalam di Muzdalifah, bermalam dan melontar di Mina serta bergunting. Tidak boleh tawaf rukun sehingga suci. Apabila suci hendaklah mandi wajib. Selepas itu tawaf haji tujuh keliling dan sa’ie haji tujuh kali. Haji itu sah dan tidak dikenakan dam.

Jika wanita itu datang haid ketika tawaf, hendaklah cepat-cepat keluar dari tempat tawaf dan pakailah tuala wanita dan terus berada di dalam ihramnya sehingga suci dan mandi wajib. Kemudian tawaf, sa’ie. Ditambah dengan bergunting (jika umrah). Dengan itu bebaslah daripada ihramnya.

Apabila datang haid selepas tawaf dan sebelum sa’ie, hendaklah memakai tuala wanita dan boleh melakukan sa’ie tidak disyaratkan suci daripada hadas. Kemudian bergunting (jika umrah) dan bebas daripada ihramnya.

Jika datang haid selepas selesai mengerjakan umrah atau haji sebelum keluar dari Makkah, dia tidak boleh melakukan Tawaf Wada. Dia boleh pulang ke tanah air tanpa mengerjakan Tawaf Wada’ dan tidak dikenakan dam.

Apabila seseorang wanita hendak mengerjakan haji atau umrah dan bimbang kedatangan haid, dia boleh mengambil pil pencegah haid. Perbuatan ini harus mengikut ulama dan tidak salah.

Kefahaman masalah haid amat berguna dan menjadi fardu ain kepada setiap orang (khasnya wanita). Oleh itu, jika jemaah haji ada persoalan dalam masalah haid, haji atau umrah boleh rujuk kepada ustaz atau ustazah yang berada di maktab dan zon ketika berada di Tanah Suci.

Ia penting bagi menjadikan amalan haji dan umrah kita sempurna dan diterima Allah.

Penulis ialah Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji

 

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
, ,

Tipu Sebelum Tunai Haji?

Terbitan semula:

“Saya teliti buku kesihatan Pak Aji ni sihat dan lulus untuk mengerjakanhaji…” Aku memulakan bicara bersama seorang jemaah haji yang berkungjung ke klinik Maktab pada satu hari.“Aa..a, Doktor kat Klinik Malaysia kata Pak Cik boleh tunaikan haji tahun ni kerana semua pemeriksaan tiada masalah pun”. Cepat-cepat isterinya menyampuk…seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.

“Ni sebak dada, gula dalam darah tinggi dan darah tinggi ni baru kena kat sini le ye?” Aku cuba menduga. Pelik rasanya menurut keilmuan yang ada; penyakit kencing manis dan darah tinggi boleh datang secara tiba-tiba tanpa ada tanda-tanda keabnormalan sebelum darinya.“Melalui pemeriksaan dan pengamatan saya Pak Cik dinasihatkan masuk Hospital untuk pemeriksaan lanjut…” aku memulakan hujah untuk memasukkan jemaah haji tadi ke Hospital Malaysia kat Mekah.

kursus hajiTabung Haji telah menyediakan dua Hospital yang diurus tadbir sepenuhnya oleh Tabung Haji. Bermula dari Pengarah Hospital, Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Penyelia Hospital, Ketua Jururawat sehinggalah kepada Penolong Perawatan Kesihatan, semuanya dilantik melalui Kementerian Kesihatan Malaysia. Jemaah haji yang menunaikan haji setiap tahun begitu bertuah kerana ramai Pakar dalam bidang masing-masing telah dilantik oleh Kementerian Kesihatan untuk berkhidmat di Tanah Suci. Walaupun mereka berjawatan Pegawai Perubatan di Tanah Suci tetapi kepakaran mereka semasa di Tanah Air diguna pakai untuk merawat para tetamu Allah.

“Assalamualaikum Suhazeli!. Enta refer kes MI (Myocardial Infarction) le tadi…” Sergah seorang kawan saya yang berkhidmat di Hospital Aziziah.“Apasal hang tak tanya lanjut ceritanya…dia baru saje keluar IJN (Institut Jantung Negara) sebulan lepas.” Sahabat saya tadi melanjutkan bicara.“Nak cepat tadi..Pak Cik tu dan tak tahan sebak dada…tapi memang aku dah agak dah, dengan tanda-tanda tu, Pak Cik tadi may have some ECG changes…” Sahutku dengan fakta penemuan fizikal semasa aku memeriksa jemaah tersebut pagi tadi.Inilah salah satu kes yang ditemui semasa berkhidmat di Tanah Suci. Ada jemaah haji yang sanggup menyembunyikan status kesihatan mereka semasa pemeriksaan haji. Walaupun mungkin kes sebegini agak terpencil, tetapi kerap ditemui oleh pihak Hospital di Tanah Suci. Tidak salah jika saya mengatakan bahwa mereka sanggup MENIPU dalam melakukan ibadah. Dan padahnya mereka akan menerima balasan semasa di Tanah Suci. Ibadah yang dilakukan tidak sempurna kerana dimasukkan ke Wad sepanjang tempoh mengerjakan haji.
Definisi kemampuan mengerjakan ibadah haji
Memang berpatutan dengan salah satu syarat wajib haji iaitu: “seseorang yang sihat tubuh badan dan berakal”. Inilah definisi MAMPU yang telah dinukilkan dalam Al-Quran

97. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; Barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup Mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), Maka Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. Surah ali Imran Ayat 97
Kemampuan yang dimaksudkan disini terbahagi kepada tiga:
1. Orang yang sanggup mendapatkan perbekalan dan alat-alat pengangkutan
2. Sihat jasmani dan Akal Fikiran dan
3. Aman perjalanan.
Kemampuan pertama dan ketiga diatas rasanya senang diperolehi dizaman yang serba canggih kini. Tetapi sihat tubuh badan dan akal fikiran adalah bergantung kepada individu tersebut. Kemampuan dari sudut kesihatan hanya diperolehi setelah setiap jemaah haji menjalani pemeriksaan kesihatan semasa di Tanah Air. Pegawai Perubatan yang memeriksa mempunyai panduan khusus untuk memeriksa setiap bakal haji.
Terdapat beberapa kategori penyakit yang tidak layak untuk menunaikan haji, dengan ertikata lain, jemaah tersebut tidak berkemampuan dari sudut kesihatan dan terhapuslah kewajipan haji keatasnya. Berikut adalah jenis penyakit yang tidak layak untuk mengerjakan haji yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji dengan bantuan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
, , ,

Air Zam Zam Ganti Ubat?

Siaran semula artikel

”Tak makan ubat pun takpa, Air Zamzam kan ada” jawab seorang jemaah semsa mendapat rawatan di klinik Maktab.

“Pak Cik dah seminggu tak makan ubat!” Ujar seorang lagi jemaah.

”Nak test…Ustaz kata Air Zamzam tu ubat segala ubat” Tambahnya lagi dengan penuh yakin.

“Tapi..saya periksa tekanan darah Pak Cik dan paras gula ni tinggi sangat.” Aku mula sangsi dengan jemaah yang berkata demikian.

Masjid NabawiApa bentuk nasihat yang patut aku berikan kepada jemaah haji sebegini. Mengiyakan pegangan mereka seolah-olah membiarkan mereka ingkar dari memakan ubat Kencing Manis atau Darah Tinggi. Menidakkan fahaman yang mereka pegang, seolah-olah menolak sabdaan Nabi mengenai khasiat Air Zam-zam! Malah ada diantara mereka yang meninggalkan terus dari memakan ubat penyakit kronik yang mereka alami sepanjang hidup mereka. Kefahaman yang mereka perolehi ini menyulitkan pihak perubatan untuk member nasihat dan memberi hujah yang kukuh. Mengakibatkan penyakit yang mereka alami sebelum ini menyerang kembali dan akhirnya mengganggu ibadah haji dan umrah yang mereka tunaikan. Air Zamzam ada disegenap tempat di Tanah Suci. Memperolehinya begitu senang sekali samada di hotel tempat menginap mahupun di dalam Masjidil Haram. Pendek kata jika ubat kencing manis yang sepatutnya dimakan tiga kali sehari boleh ditukar begitu sahaja dengan Air Zamzam bergelas-gelas, lebih dari tiga.

 

Keyakinan Air Zamzam Sebagai Ubat.

Tidak dinafikan bahawa Air Zamzam mempunyai keistimewaan yang tersendiri, sehingga Nabi pernah menyebut akan keistimewaan ini.

 ماءزمزم لماشرب له

Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki.” (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Kelebihan ini tidak akan diperolehi pada air lain diatas dunia ini. Seorang pengkaji bernama Tariq Husin pernah mengkaji kelebihan air zam zamzam ini. beliau menyatakan bahawa air Zamzam ini mengandungi garam mineral seperti kalsium dan Magnesium yang tinggi. Sesuai untuk jemaah haji mengerjakan kerja-kerja haji dan Umrah. Amat menakjubkan juga Air Zamzam mengandungi florida dan klorin yang paling sesuai untuk semua makhluk . Sedangkan air Zamzam ini adalah air yang asli, tidak pernah dirawat atau diproses oleh teknologi terkini.

Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta’ala telah berkata:

“Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta’ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya.”

Berkata al-lmam an-Nawawi Rahimahullah sebagai mengulas hadis di atas:

“Maknanya, barangsiapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperolehi hajatnya itu, Hal ini, telah dicuba oleh para ulama dan orang-orang saleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun hajat dunia, dan Alhamdulillah, semuanya telah memperolehinya.” (Lihat Tahzibul Asma Wal~Lughat 3/139).

Al- ‘Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah Rahimahullah pula berkata:

“Saya dan juga orang-orang lain sudahpun mencuba berubat dengan air Zamzam. Saya telah berubat dengannya dalam banyak penyakit, dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya sudah menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air Zamzam hampir setengah bulan atau lebih , tetapi tidak merasa lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa.”

Menambah lagi al-’Allamah: “Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali, kemudian saya minum, lalu saya mendapati kesembuhan yang sempurna. Semenjak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat.” (Lihat Zadul Ma’ad 4/718)

 Air Zamzam tiada keistimewaan jika tidak berusaha

Meminum air zamzam untuk mendapatkan manafaat dunia atau akhirat tidak akan berhasil jika tidak kena cara dan tidak mematuhi konsep memohon sesuatu permintaan. Rezeki tidak akan datang bergolek tanpa usaha. Begitu juga dengan berubat, ia tidak akan berhasil tanpa melakukan usaha lain. Kalau betul kita merasakan cukup dengan air zamzam sahaja boleh menyembuhkan penyakit, Kerajaan Arab Saudi sepatutnya mengharamkan hospital dan farmasi. Malah Kacip Fatimah dan Minyak Dhab tidak perlu dijual di Bukit Uhud. Air zamzam boleh menyembuhkan penyakit dengan izin Allah. Jika Allah tidak izinkan penyakit kita sembuh minum selori air zamzam pun penyakit kita takkan sembuh. Begitu juga dengan ubat-ubatan, tidak akan sembuh melainkan dengan izin Allah Taala. Jangan kita jatuh syirik dengan mengatakan dengan makan ubat-ubatan atau minum air zamzam boleh menyembuhkan penyakit.

Konsep sebenar yang perlu ada bagi seorang muslim adalah air zamzam itu adalah salah satu ikhtiar dalam berubat. Cuba perhatikan betul-betul tulisan Ibnul Qayyim

…Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Mekah, saya jatuh sakit, dan pada masa itu benar-benar ketiadaan ubat dan doktor. Maka saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air Zamzam, dan saya bacakan di atasnya berulang kali……

Maksudnya beliau telah berusaha mencari ubat dan doktor serta sudah tiada ikhtiar lain dalam menyembuhkan penyakit yang dialami. Air Zamzam menjadi alat untuk berubat pada saat itu. Ianya juga perlu di sertai dengan niat dan keyakinan yang tinggi akan janji Rasulullah tersebut.

Konsep ini sama juga dengan permohonan-permohonan lain semasa meminum air zam-zam. Cuba lihat apa yang dinukilkan oleh Imam Al-Jalal Assayuti;

“Dengan memuji Allah Ta’ala, saya sudah musafir ke negeri-negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi. Apabila saya menunaikan haji, saya telah minum air Zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya sampai (mahir) dalam ilmu fiqeh sehingga mencapai mertabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini. Dalam ilmu hadis sehingga saya mencapai mertabat al-Hafiz lbnu Hajar.” (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).

Imam As Sayuti tidak menjadi ulamak besar semata-mata dengan meminum air zamzam, tetapi perlulah disusuli dengan mengadap guru, menelaah kitab dan mengikuti perbincangan ilmiah. Ilmu tidak datang bergolek tanpa usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal. Air Zamzamlah sebagai pemacu kepada usaha dan ikhtiar itu.

Inilah ulasan saya ketika bersemuka dengan jemaah haji yang mmeberikan alasan meminum Air Zamzam menggantikan ubat biasanya.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008
,

Bumi tidak akan berputar jika orang Islam tidak tawaf?

imageIsu tulisan di bawah yang banyak disebar dimedia baru

¤¤¤¤¤¤¤¤¤ katanya:
NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic.Menurut hasil penelitian dari 15 University : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada.Beberapa astronout yang di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah,Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya.Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, Sholat, Thawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Thawaf Haji dan Umroh.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan.

i) Biarkan superb info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
ii) menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik ‘fowardkan’ supaya orang lain dapat ikut terinpirasi “Subhanallah“
Subhanallah…

☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Namun cuba teliti betul-betul.
Boleh menjejaskan aqidah muslim kerana:
1. Kaabah adalah makhluk. Kenapa bumi juga sebagai makhluk bergantung pada kaabah yang juga makhluk.  Allah yang Maha Kuasa dengan Keagungan KudratNya mentadbir seluruh alam semesta ini.
2. Batu Hajr Aswad adalah dari Syurga. Mana boleh dibandingkan atau sama tara dengan segala kejadian yang ada di alam buana ini.
3. Kalau dia super conductor,  akan mengakibatkan penyakit yang dahysat kepada orang Islam yang mendekatinya.
4. Boleh ke orang kafir masuk Mekah dan buat kajian berkaitan kaabah dan Hajr Aswad? Dan bila dia buat kajian tu?
5. Kalau teori semata-mata jangan percaya. Memang benar sains boleh membuktikan syariat.  Tapi jika pembuktian itu lari dari landasan aqidah, maka tertolaklah ia…

Keningau with love

,

Ibadah Haji dan Umrah dalam sakit

“Luka mak cik perlu ditampal dengan kain kapas”Aku memberi sedikit penjelasan kepada seorang jemaah yang baru dibalut kerana luka dilengan. Dia jatuh dalam bilik air hotel pagi tadi.

”Lepas tu Mak Cik nak ambil air sembahyang macam mana?” Dia mengajukan soalan yang menginginkan penerangan lanjut.
Situasi begini sering berlaku di Klinik Zon atau Maktab di Tanah Suci. Malah masalah fekah sebegini juga berlaku di wad-wad atau klinik di Tanah Air. Satu hal yang perlu diambil perhatian bahawa ramai kakitangan kesihatan yang beragama Islam sendiri tidak mengetahui cara mengangkat hadas bagi pesakit yang uzur atau berhalangan terkena air. Pengetahuan mengenai tatacara mengangkat hadas tidak pernah diajar di dewan-dewan kuliah. Kecualilah initiatif dari kakitangan berkenaan belajar dengan ustaz atau membaca bahan bacaan tertentu. Walaubagaimana pun bahan bacaan yang menerangkan mengenai cara bersuci dan solat bagi pesakit amat terhad. Bagi sesetengah negeri seperti Kelantan dan Terengganu, Majlis Agama lslam masing-masing telah menerbitkan buku tatacara beribadah bagi pesakit. Akhir-akhir ini Persatuan Perubatan lslam Malaysia (PPIM) juga menerbitkan buku panduan ibadah pesakit. Buku-buku sebegini patut dimiliki oleh setiap anggota kesihatan untuk dijadikan panduan dalam mendidik pesakit mengenai ibadah sewaktu sakit.

Berikut adalah panduan ringkas kepada pesakit yang akan melakukan ibadah semasa sakit.

Mengambil wuduk

Syarat sah sembahyang adalah suci dari hadas. Berwuduk adalah kaedah mengangkat hadas dia menjadi wajib sebelum melakukan sembahyang. Dalam keadaan tertentu, pesakit mengangkat hadas dengan tidak sempurna seperti terdapat plaster ditangan. Di sinilah perlunya kaedah mengangkat hadas yang betul dan disepakati oleh ulamak berpandukan sunnah Rasulullah SAW.

3 Perinsip Asas

Terdapat 3 perinsip asas dalam tatacara mengangkat hadas yang telah dibincangkan oleh ulamak berdasarkan hadis Nabi SAW

  1. Tatacara mengangkat hadas bagi pesakit yang mempunyai halangan dari terkena air dibahagian anggota wajib wuduk, seperti terdapat plaster di tangan atau simen di kaki.
  • Pesakit berwuduk seperti biasa,
  • Sapukan di atas plaster atau simen,
  • Selesaikan wuduk sehingga akhir,
  • Dikehendaki bertayammum menggantikan anggota wuduk yang tidak terkena air wuduk tadi,
  • Satu kali mengangkat hadas seperti a-d untuk satu fardu sembahyang sahaja setelah masuk waktunya,
  • Tidak perlu mengulangi sembahyang setelah penyakit sembuh.


Bersambung……entah bila

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008