, ,

Kem Remaja Islam 2010 (KERIS)

Ucap syukur kehadrat Ilahi kerana mempermudahkan urusan program sulong ‘Kem Remaja Islam (KERIS)’ yang baru selesai petang tadi. Keris berlangsung selama dua hari iaitu jumaat dan sabtu (10 & 11 dis 2010) lepas. Penutup program telah disempurnakan oleh Timb Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Tn Hj Shamsuddin. Program Keris ini mempunyai tonggak utama, iaitu modul Anda bijak jauhi zina; modul skor A; dan modul smart solat. Maklumbalas secara umum dari peserta amat memberangsangkan, sehingga ada yang tertanya-tanya bila lagi program seperti ini akan diadakan. Insyaallah program keris siri 2 akan diadakan pada cuti sekolah bulan Mac nanti.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008