Jadikan Kebersihan Budaya Hidup

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam #KempenTerengganuBersih di Pantai Batu Buruk pada petang tadi. Kempen ini adalah kempen kesedaran kepada masyarakat secara khususnya untuk menjaga alam sekitar dan kebersihan. Sesungguhnya kotoron yang merata di tepian pantai boleh merosakkan pemandangan dan sekaligus mencacatkan ekosistem alam.

Sempat saya catatkan di sini beberapa pihak yang terlibat dalam kesedaran kempen ini.

1- Pemimpin masyarakat: Yb Hj Ahmad Amzad Hashim, Yb Ustaz Ahmad Shah Mohamed, Yb Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Dr Balachandran dan Sdr Jefri Chua.

2- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

3- Pelajar-Pelajar OUM dalam program khidmat komuniti mereka.

4- Bridget Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN)

5- Komuniti kaum India dan Tionghua.

6- Ameerah dan Muslimat PAS Terengganu

7- Anggota dari Jabatan Amal Terengganu

8- Wakil dari Dewan Pemuda PAS Terengganu

9- Dan pemimpin-pemimpin masyarakat lain serta individu yang saya tidak sempat tulis di sini.

Usaha #KempenTerengganuBersih ini bukan terhenti setakat ini sahaja. Program-program lain akan terus dirancang bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa betapa pentingnya kebersihan persekitaran. Sekaligus negeri kita akan nampak cantik dan sejuk mata memandang. Kerja-kerja ini tidak lain semata-mata ingin memberi kesedaran kepada masyarakat agar menjaga alam sekitar.

Dua perkara yang perlu saya beri penekanan hasil dari #KTB di Pantai Batu Buruk tadi.

1- Terdapat banyak puntung rokok yang dibuang segenap ceruk terutama di laluan pejalan kaki pantai Batu Buruk. Sedangkan Taman Rekreasi, Pantai Batu Buruk dan Hospital Sultanah Nur Zahirah adalah kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan bebas asap rokok. Sejak tahun 2017 lagi Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mewartakan kawasan tersebut sebagai kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Pewartaan kawasan tersebut adalah sesuai dengan perjanjian kawalan tembakau antarabangsa di bawah artikel 8 Perjanjian FCTC (WHO Framework Convention on Tobacco Control). Namun malang sekali terdapat segelintir masyarakat yang tidak mematuhi amaran yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib. Hasilnya, hampir setengah jam saya kutip puntung rokok dalam 5 meter radius sahaja sudah dapat kumpul lebih 100 puntung rokok. Menyedihkan keadaan ini berlaku di kawasan TBAR.

2- Kebanyakan sampah adalah plastik polisterin bekas makanan yang dibuang dan botol air mineral. Dua bahan ini amat sukar untuk dilupuskan kerana pembakaran terbuka boleh mendatangkan mudarat kesihatan. Apa yang lebih membimbangkan lagi adalah tinggalan bekas plastik tersebut boleh menjadi sumber pembiakan nyamuk Aedes. Negeri Terengganu adalah salah satu negeri yang tidak pernah sunyi dari wabak denggi. Penyakit berjangkit ini merbahaya sehingga membawa maut. Seluruh negara sehingga kini sudah 50 kematian akibat demam denggi. Manakala 100 kes sudah dicatat di negeri Terengganu (statistik sehingga 28 Jun 2018).

Justeru itu masyarakat perlu dididik untuk mengubah sikap. Pentingkan kepentingan kebersihan adalah tanggungjawab diri sendiri bukannya pihak majlis perbandaran masing-masing semata-mata. Pupuk nilai dan budaya ini dari bermula dari kecil hingga tua. Tanamkan budaya sihat ini bukan sahaja pimpinan tetapi setiap rakyat jelata. Semua lapisan tidak terkecuali demi menjadikan negeri kita Terengganu sinonim dengan jolokan Negeri Cantik Budaya Menarik.

Sekian laporan dari

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.Com/drsuhazeli

Aktivis #KempenTerengganuBersih

29.6.2018

Pantai Batu Buruk

Kita nak jadikan bersih budaya org kita…

#SapohTohoSendiri

#BukanOrangkutik

#JumpeSapohKutik

#JangangBuangSapohNgateRawe

Konflik Jual Produk dan EBM

Saya pernah sewaktu awal karier kedoktoran dahulu terlibat dalam jualan MLM. Sempat bertahan 5 bulan sahaja kerana merasakan konflik kepentingan. Pada waktu itu saya bekerja di jabatan surgeri (pembedahan). Saya mengaku, semasa konsultasi bersama pesakit, saya agak bias untuk menawarkan produk pemakanan kesihatan MLM yang saya ceburi. Tetapi saya tidak berjaya meraih keuntungan, kerana pemikiran saya sendiri berkecamuk antara laba untung dengan Evidence based Medicine (EBM). Produk MLM tersebut hanya berdiri atas testimoni. Kekadang sengaja direka-reka untuk memberi keyakinan kepada pesakit supaya terus melabur dalam pembelian produk. Saya menyesal! Terus berhenti tanpa beritahu alasan kepada ‘upliner’. Harap mereka faham apa gejolak yang bermain dalam jiwa saya.

.

Kini, saya lihat segelintir doktor yang terjebak dalam lorong yang pernah saya lalui dahulu. Menyedihkan juga adalah kawan-kawan yang pernah saya bekerja bersama. Saya segan untuk menegur mereka atas rasa hormat ilmu yang mereka sendiri berikan berkaitan dengan EBM sehinggakan saya bergelar pakar. Akan tetapi saya rungsing tenaga mereka hanya digunakan oleh upliner tertentu untuk lariskan jualan produk.

.

Apa harus saya lakukan. Tolong nasihati saya.

.

Suhazeli.com

Fb.com/drsuhazeli

3.12.2017

Kuala Terengganu

Melangkah Jauh

QURBAN AMAL

.

Kenangan menguruskan Qurban setiap musim raya qurban ada pahit dan manisnya. Sejak 2009 saya terlibat sebagai ketua delegasi untuk program ni. Bermula dengan Qurban Amal di Bandar Marawi, Tengah Mindanao sehinggalah sekarang ini, kami akan ke Republik Sudan Selatan dan Ethiopia.

.

Sdr Majid Kadir, salah seorang ahli delegasi pernah sekali diterajang oleh lembu Basilan, Mindanao. Cemas juga sebab hampir pengsan Pak Majid. Spek mata beliau patah dan dahi berdarah. Saya terfikir-fikir bagaimana nak bawa Pak Majid ke Hospital Pusat Bandar Basilan. Tetapi Pak Majid releks sahaja. Alhamdulillah tiada masalah besar. Hingga sekarang beliau tidak terlepas bersama kami ke pelusuk dunia buat amal.

.

Di Sudan pula, salah seorang wakil Yayasan Ehsan (rakan NGO di sana), hampir putus jari kelingking kerana tersadung dengan pisau sembelih. Berderau darah saya lihat kejadian itu. Mujur setiap kali delegasi ke lokasi saya bawa bekal ubat² kecemasan. Kami beri pilihan untuk hantar beliau ke hospital berdekatan atau rawat sekadarnya melalui balut luka. Tapi beliau menolaknya kerana, hospital atau klinik terdekat tiada pun di sana. Hospital paling hampir adalah tengah bandar Kasalla, 100 km dari tempat perkampungan pelarian Sudan yang kami jalankan program. Kedua, beliau tidak mahu tinggalkan program Qurban tersebut yang cukup bersejarah dalam kehidupan mereka di sana. Hanya setahun sekali kehadiran kami. Cukup bermakna. Mungkin putus jari suatu lumrah biasa bagi mereka.

.

Kenangan paling cemas, apabila dikalangan kabilah pelarian tersebut berkelahi kerana berebut bahagian qurban. Kehidupan mereka masih menebal dengan suku dan kabilah. Suka berkelahi dalam isu-isu yang agak sensitif seperti kekeluargaan dan sebagainya. Bayangkan dengan jumlah 10 ekor kami berikan bahagian qurban di kem Sagarab yang jumlah pelariannya 500 ribu. Sudah pasti 10 ekor itu tidak mencukupi. Maka berlakulah perkelahian. Saya dapat maklumat ada yang cedera dicantas pedang. Tetapi dileraikan dengan baik oleh polis UNHCR yang turut bersama dengan kami. Cemas juga kami, rombongan akan diserbu oleh kabilah yang tidak puas hati. Tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Jiwa mereka murni sebenarnya dengan ajaran Islam yang dipandu.

.

Segala kenangan ini tidak dapat digambarkan dengan tulisan dan buku teks. Alami lah sendiri baru tahu perit dan penat.

.

Terima kasih kepada semua penyumbang Qurban dari seluruh rakyat Malaysia yang senantiasa bersama kami.

.

Dr Suhazeli Abdullah

Ketua Delagasi

Qurban Amal Sudan/Ethiopia 2017

Yayasan Amal Malaysia Caw Terengganu.

Fb.com/Amalterengganu
“Ingat Qurban Amal, Ingat Yayasan Amal Malaysia”

#QurbanAmal2017

Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) telah mengadakan Majlis pelancaran *Kempen Bantuan Pelarian Syria* _*Musim Sejuk*_ semalam dengan jayanya malam tadi di SABASUN 2 Gong Badak.

Majlis yang saban tahun di adakan ini yang mana tahun ini merupakan tahun ke empat telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak SABASUN Hyperuncit gong badak.
“Saya selaku Timbalan Pengerusi YAMCT, diamanahkan untuk mengumpul sebanyak mungkin dana bagi menyediakan alatan berupa pakaian sejuk, tilam, kit makanan, alat pemanas badan, bantuan persekolahan, dan waqaf al quran.” Kata Cikgu Fauzi Abu Samah
Untuk tujuan itu, Bermula dari sekarang satu kempen pengumpulan dana sumbangan seberapa banyak yang mungkin akan digerakkan dengan bantuan beberapa NGO lain bagi mencapai objektif utama program ini.
“Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada pemilik SABASUN Che Salmi Ibrahim dan para pelanggannya yang budiman, yang memberikan kepercayaan kepada kami, bagi melaksanakan misi yang mulia ini.”
Turut membantu YAMCT ialah SABASUN Hyperuncit, Majlis Pemuafakatan  Rakyat Terengganu, Pertubuhan Bantu Negeri Terengganu, Persatuan Alumni Syria, Kelab Moca Terengganu, Persatuan Pengguna Dungun dan Kelab Amatur Intelektual UMT.
Sesungguhnya pertelingkahan dan krisis perang di Syria yang berpanjangan, meninggalkan jutaan rakyatnya menjadi pelarian dan gelandangan.

Tanpa belas kasihan kita dan semua umat yang prihatin di seluruh dunia, anak-anak kecil yang tinggal di bawah khemah dalam cuaca yang amat sejuk, berdepan risiko maut.
Justeru saya menyeru dan merayu, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga negeri Terengganu khususnya, ‘membantu kami untuk membantu mereka’.
Salurkan sumbangan kewangan tuan puan melalui akaun YAMCT Maybank Islamic atas nama ‘Amal Terengganu Dana Syuria’ No Akaun 5630 6413 1924.
Doa kami, agar Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada tuan puan yang menghulurkan bantuan dan kami memohon doa dari tuan puan, agar Allah memberkati usaha ini dan memberi kemudahan kepada gerak kerja ini.
Mohamad Fauzi Abu Samah

Pengarah Program

Blanket4Syrians

Edu4Syrians

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu

Tel/Whatsapp 0139238685

Email : mfauzi_72@yahoo.com

W: www.yamct.org.my

F: fb.com/AmalTerengganu

Tuliskan Niat Kami 

Sejak tahun 2009, saya turun menjalankan khidmat Qorban luar negara. Bermula dengan program Qorban di Mindanao selama 4 tahun berturut-turut dan kemudian Sudan bermula 2013. Seronok kerana dapat menabur khidmat di negara yang dhaif dan memerlukan ini. Layanan mereka superb. Yang terpenting adalah kami dapat memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat yang fakir lagi miskin. Contohnya di Basilan Mindanao, kami sempat melakukan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk. Walaupun hari raya, mereka menyambut dengan penuh kepasrahan. Sanggup beratur panjang kerana ingin mendapat khidmat perubatan dari kami. Mereka tidak mendapat khidmat sedemikian sepanjang hidup dek kerana kehidupan yang mendesak.


Di Kasalla dan Gardarif (Timur Sudan), kami tidak sempat menjalankan khidmat kesihatan kerana tugasan utama adalah untuk menyembelih ternakan qorban. Masa tiga hari di sana digunakan sepenuhnya sampai malam hari. Penat, tapi puas hati kerana dapat melunaskan amanah yang diberikan oleh para peserta yang masuk bahagian Qorban dengan kami. Kesemuanya dilakukan sendiri oleh delegasi YAMCT. Saya pun bertukar profesion dari doktor kepada tukang sembelih lembu. Jika dikampung sendiri, ketar tangan juga nak menyembelih; tetapi di Sudan memberanikan diri menjadi tukang sembelih. Alah bisa tegar biasa.
Tahun ini juga akan ke sana sekali lagi bagi memberi khidmat terbaik buat para pelarian Sudan, Erithria dan Somalia. Mereka hanya dapat merasai daging setahun sekali. Menunggu dengan penuh pengharapan kedatangan kami. InshaAllah saya akan tunaikan permintaan mereka sejujurnya. Doakan saya. Terima kasih kepada para peserta yang berminat untuk menyertai bahagian lembu atau Kambing Qurban ini.
#QorbanSudan #AmalWorld

Bantuan dan Khidmat Sukarela : Pengalaman Amal Malaysia

image

Oleh : Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM). [Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM]

Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar secara sah telah ditubuhkan pada 30 Mei 2001. Berbekalkan semangat dan slogan ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah’, ia bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah. Suatu yang menarik, Amal Malaysia bergerak atas paksi Islam dengan menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara khususnya dan di peringkat antarabangsa umumnya. Justeru, ia bukan bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. Ini kerana melalui amal kebajikan, anggota Amal Malaysia berhadapan terus dengan ahli masyarakat dan kesempatan itu diambil peluang untuk menggunakan kemahiran berdakwah secara personaliti serta amalan. Pendekatan berkhidmat sambil berdakwah adalah pendekatan yang terpuji bagi menonjolkan kesyumulan dan keluasan Islam. Secara jelas, kebaktiannya diterima oleh masyarakat setempat dan antarabangsa tanpa sebarang prejudis. Ini kerana Amal Malaysia tidak terikat dengan keterbatasan ruang lingkup yang sempit serta tidak dibatasi oleh sempadan geografi dan juga keterikatan bangsa dan agama. Gerak kerjanya termasuklah misi bantuan, perubatan, pendidikan dan dakwah, latihan, penyelidikan, pembangunan remaja, penerbitan dan hubungan luar. Skop amalnya di dalam dan luar negara. Penglibatan dalam negara terbukti ketika membantu mangsa Tsunami di Kedah dan Pulau Pinang, menggerakkan pasukan bantuan mangsa banjir di Johor, Kedah dan negeri-negeri lain serta bantuan penduduk miskin dan ditimpa musibah di Sabah, Sarawak dan seluruh negara. Begitu juga bantuan kemanusiaan di luar negara seperti di Acheh, Jogjakarta, Mindanao, Kemboja, Kashmir, Pakistan, Sri Lanka, Iran, Lubnan, Palestin dan sebagainya. Pengalamannya banyak. Pengalaman ini memberi makna yang besar kepada kita. Termasuk juga untuk terlibat sama.

 

 

ORGANISASI BANTUAN DAN KHIDMAT SUKARELA : PENGALAMAN AMAL MALAYSIA

Oleh :
Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM)
Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM

Abstrak

Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar secara sah telah ditubuhkan pada 30 Mei 2001. Berbekalkan semangat dan slogan ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah’, ia bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah. Suatu yang menarik, Amal Malaysia bergerak atas paksi Islam dengan menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara khususnya dan di peringkat antarabangsa umumnya. Justeru, ia bukan bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. Ini kerana melalui amal kebajikan, anggota Amal Malaysia berhadapan terus dengan ahli masyarakat dan kesempatan itu diambil peluang untuk menggunakan kemahiran berdakwah secara personaliti serta amalan. Pendekatan berkhidmat sambil berdakwah adalah pendekatan yang terpuji bagi menonjolkan kesyumulan dan keluasan Islam. Secara jelas, kebaktiannya diterima oleh masyarakat setempat dan antarabangsa tanpa sebarang prejudis. Ini kerana Amal Malaysia tidak terikat dengan keterbatasan ruang lingkup yang sempit serta tidak dibatasi oleh sempadan geografi dan juga keterikatan bangsa dan agama. Gerak kerjanya termasuklah misi bantuan, perubatan, pendidikan dan dakwah, latihan, penyelidikan, pembangunan remaja, penerbitan dan hubungan luar. Skop amalnya di dalam dan luar negara. Penglibatan dalam negara terbukti ketika membantu mangsa Tsunami di Kedah dan Pulau Pinang, menggerakkan pasukan bantuan mangsa banjir di Johor, Kedah dan negeri-negeri lain serta bantuan penduduk miskin dan ditimpa musibah di Sabah, Sarawak dan seluruh negara. Begitu juga bantuan kemanusiaan di luar negara seperti di Acheh, Jogjakarta, Mindanao, Kemboja, Kashmir, Pakistan, Sri Lanka, Iran, Lubnan, Palestin dan sebagainya. Pengalamannya banyak. Pengalaman ini memberi makna yang besar kepada kita. Termasuk juga untuk terlibat sama.

PENDAHULUAN

Di Malaysia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah berjaya muncul menjadi satu institusi yang dekat di hati rakyat. Khidmat masyarakat dan bantuan sukarela dapat dilihat dan boleh dibanggakan. Ini meliputi perkhidmatan di dalam negara dan lebih membanggakan perkhidmatan mereka juga merentas benua dan dunia. Sebutlah apa sahaja nama NGO Malaysia, pasti ada makhluk di dunia ini yang kenal dengan Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia), MERCY Malaysia, Aman Palestin, Muslim Care, Global Peace, Islamic Relief, Yayasan Salam dan sebagainya.

Justeru, kertas ini akan melihat perkembangan dan pengalaman Amal Malaysia dalam merencanakan khidmat amal mereka, sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Perlu dinyatakan, informasi tentang organisasi ini tidak terdapat dalam bentuk buku, prosiding atau jurnal penerbitan. Semua data dalam tulisan ini kebanyakannya dipungut daripada bahan primier seperti undang-undang tubuh, laporan tahunan, minit mesyuarat, ucap utama presiden, wawancara dan keratan-keratan akhbar. Secara umum, keseluruhan cacatan ini merujuk kepada wawancara yang dibuat dengan presiden dan beberapa jawatankuasa tertingginya.

SEJARAH PENUBUHAN

Cadangan penubuhan Amal Malaysia dicetuskan oleh presidennya sendiri, Hj. Husin Ismail melalui kertas cadangan penubuhannya pada tahun 2001. Hasil perbincangan, kerjasama dan buah fikiran beberapa kalangan aktivis masyarakat seperti Hj Jamuliddin Elias (Timbalan Presiden), Hj. Othman Sodikin (Ahli Jawatankuasa), Raja Iskandar Raja Ahmad, Abd Hamid Seman (Ketua Setiausaha) dan lain-lain lagi telah mencetuskan penubuhan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dinamakan Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia). Pada 30 Mei 2001, penubuhannya telah disah dan didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan dengan nombor rujukan 514 beralamat di no. 484, Jalan Sultan Mahmud, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Kemudian Amal Malaysia dikembangkan ke seluruh negeri hinggalah mempunyai 14 cawangan dengan pendaftaran Amal Sarawak sebagai cawangan yang terakhir pada 2008. Untuk memudahkan urusan pentadbiran dan tuntutan semasa, mulai 21 Ogos 2008, pejabat induk dan pusat operasinya dipindahkan ke 127-2 A, Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves, Selangor.

Sejak itu, Amal Malaysia mula bergerak menabur bakti, mencipta rentak dan irama ke pelusuk negara dan dunia. Sehingga kini, ia mempunyai lebih daripada 2,000 orang ahli sukarelawan berdaftar. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan – Beramal Kerana Allah” (Working for Humanity – Serving God) serta kegigihan semangat dan kerja sahabat relawan, Amal Malaysia telah berjaya menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara di peringkat internasional. Aktiviti terasnya adalah melakukan misi kemanusiaan meliputi derma darah, khidmat masyarakat, bantuan perubatan, motivasi remaja, pelajar, ibadat korban dan akikah.

Suatu keistimewaan Amal Malaysia adalah gerak kerjanya berpaksikan Islam. Ini jelas dalam visinya, iaitu ‘Menjadi sebuah pergerakan sukarelawan kemasyarakatan dan kemanusiaan yang cemerlang pilihan generasi baru yang berteraskan Islam.’ Menurut Hj. Husin, Amal Malaysia bukan sahaja bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. Ini kerana melalui amal kebajikan, anggotanya berhadapan terus dengan ahli masyarakat, kesempatan ini mesti diambil peluang untuk menggunakan skill berdakwah kepada mereka. Baginya, pendekatan berkhidmat sambil berdakwah adalah pendekatan yang terpuji yang wajar dicontohi. 

ORGANISASI GERAK KERJA

Amal Malaysia mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan dwi tahunan. Sejak penubuhan hingga sekarang, sudah lima kali mesyuarat ini diadakan. Undang-undang tubuhnya mencatatkan mesyuarat agung perwakilan mesti memilih Ahli Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada seorang presiden, seorang timbalan presiden, tiga orang naib presiden, dan enam orang ahli jawatankuasa.  Selain itu, Amal Malaysia membahagikan gerak kerjanya kepada 10 biro. Setiap biro mempunyai pengerusi dan ahli jawatankuasa masing-masing. 

Struktur organisasinya adalah seperti berikut :
Presiden

Timbalan Presiden

Naib Presiden I    Naib Presiden II    Naib Presiden III

Ketua Setiausaha            Bendahari Pusat

Pen. Ketua Setiausaha I    Pen. Ketua Setiausaha II

Biro Hubungan Luar Antarabangsa              Biro Pembangunan & Logistik 
Biro Kemanusiaan & Relief            Biro Penyelamat 
Biro Perubatan & Kesihatan            Biro Kemasyarakatan
Biro Pembangunan Wanita & Keluarga    Biro Pembangunan Belia
Biro Pendidikan, Latihan & S. Manusia    Biro Ekonomi & Kewangan 
Biro Penerangan & Penerbitan        Biro IT & Website        

Setiap cawangan negeri pula mempunyai struktur organisasi yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, tiga Naib Pengerusi, Setiausaha, dua Penolong Setiausaha, Bendahari dan enam ahli Jawatankuasa. Suatu yang menarik, Amal Malaysia juga memberi peruntukan wajib dalam organisasi kepada wanita, iaitu Timbalan Pengerusi III diperingkat pusat, Timbalan Ketua Setiausaha II diperingkat negeri dan diwujudkan Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Di pejabat pusat, Amal Malaysia telah melantik seorang pegawai sepenuh masa dan dua orang pegawai separuh masa untuk berkhidmat di situ. Agak menarik, bayaran gaji kepada staf serta sewaan bulanan pejabat di Batu Caves sebenarnya dibiayai oleh individu tertentu. Tugasan staf pejabat berbayar ini dibantu pula oleh beberapa pegawai dan sukarelawan Amal Malaysia yang tidak bergaji. Malah, sebahagian besar sukarelawan yang berkhidmat dalam misi kemanusiaan di dalam dan luar negara menggunakan wang poket sendiri, khususnya perbelanjaan pengangkutan ke tempat misi.

KEWANGAN DAN SUMBANGAN

Kepekaan pelbagai pihak terhadap nasib serta bencana yang menimpa umat menyebabkan ramai pihak menjadikan Amal Malaysia sebagai orang tengah untuk diberikan sumbangan. Ini terbukti dengan jumlah derma yang banyak diterima, sama ada berbentuk mata wang atau barangan. Selain itu, ia juga menerima sumbangan material dan kepercayaan daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, ahli korporat, institusi kerajaan, swasta, sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. 

Menurut Hj. Husin, cawangan Amal Terengganu sahaja dapat mengutip sumbangan orang ramai sebanyak RM 350,000 untuk digunakan dalam misi kemanusian. Malah, Amal Malaysia sendiri mendapat kepercayaan kerajaan sebagai pengantara untuk menyalurkan sumbangan mencecah jutaan ringgit kepada pihak yang menerima musibah. Ketika musibah banjir besar di Johor pada akhir 2006, ia telah diamanahkan oleh Kerajaan Kelantan untuk mengagih-agihkan bantuan berjumlah RM 1 juta kepada penduduk yang terlibat. Amal Malaysia juga mendapat sumbangan RM 1 juta daripada Kerajaan Selangor, iaitu setengah juta untuk mangsa banjir di China dan pelarian Mindanao dan setengah juta lagi sumbangan kepada penduduk Gaza, Palestin. Lembaga Zakat Selangor juga memberi sumbangan sebanyak RM 1 juta yang disampaikan sendiri oleh DYMM Sultan Selangor untuk diagihkan kepada penduduk Palestin. 

Pemberian kewangan yang besar sebegini membuktikan kepercayaan pelbagai pihak, termasuk pihak kerajaan terhadap Amal Malaysia supaya sumbangan tersebut terus kepada sasaran. Begitu juga ia merupakan antara 13 NGO Malaysia yang diperakukan oleh Kementerian Luar Negara sebagai wakil kerajaan untuk menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia melalui projek khidmat masyarakat di bumi Gaza. Bagi Amal Malaysia, ia telah diamanahkan bersama NGO Haluan dan Dewan Pemuda Masjid Malaysia untuk menyediakan pemasangan ‘tube well’ bekalan air bersih untuk penduduk Gaza. Projek ini juga melibatkan beberapa NGO Palestin yang diiktiraf kerajaan di sana. Perjanjian untuk projek tersebut telah ditandatangani dengan disaksikan oleh Menteri Luar yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM 2 juta dan perlu diselesaikan dalam tempoh tiga tahun. Bagi pihak Amal Malaysia sendiri, seorang pengurus tetap untuk projek tersebut telah dilantik dan akan berada di Gaza hingga ia disiapkan. Namun, projek ini sehingga kini masih belum dimulakan kerana masalah sekatan sempadan yang dikenakan untuk memasuki Gaza. Sumbangan ini adalah suatu amanah bagi memastikan sumbangan rakyat Malaysia diberikan sepenuhnya untuk kegunaan rakyat Palestin yang memerlukannya. 

PENGALAMAN DALAM NEGARA

Dalam menjalankan aktiviti amal ke pelusuk negara dan dunia, Amal Malaysia menjadikan kebajikan dan relief sebagai teras utama kegiatan. Kegiatan dalam negara terutama mendampingi masyarakat melalui program amal dijalankan mengikut perancangan cawangan-cawangan negeri. Ia bermula dengan kerja-kerja kebajikan seperti program kempen derma darah, gotong-royong, Program ‘Sekampit Beras Sekilo Gula’ dan sebagainya. Program korban akikah, berkhatan, motivasi pelajar, ziarah amal ke hospital, pusat anak yatim, perkampungan pendalaman dan sebagainya sudah menjadi rutin aktiviti Amal Malaysia di seluruh negara. 

Kemampuan sukarelawannya bergerak agak menonjol terutama apabila berlakunya bencana dengan mengambil beberapa langkah dan tindakan pantas seperti menubuhkan sekretariat dan kerahan relawan contohnya membantu mangsa tsunami di Kuala Muda, Kedah dan Pulau Pinang, serta menggerakkan pasukan bantuan membantu mangsa banjir di Kedah, Shah Alam, dan bencana ribut di Kapar, Selat Klang dan sebagainya. Dalam tragedi banjir besar di Johor, Amal Malaysia yang diberi kepercayaan oleh kerajaan Kelantan dan rakyatnya bagi mengagihkan peruntukkan RM 1 juta telah mempamerkan khidmat yang cukup cemerlang dalam tragedi ini. Petugas-petugasnya bukan sahaja membantu dalam aspek kemudahan material dan pengangkutan semata-mata, malahan turut memberi khidmat rawatan perubatan percuma serta memberi motivasi kepada mangsa.

Amal Malaysia melalui Biro Kesihatan dan Perubatan juga telah berjaya mendaftarkan ratusan tenaga relawan medik dan paramedik bagi menjalankan program perubatan cergas dan pantas di seluruh negara. Ia membabitkan Program Rawatan Perubatan Percuma, Program Khitan, Program Ceramah Kesihatan dan lain-lain. Malah, sebahagian cawangan seperti Amal Terengganu menjadikan program ini sebagai rutin mingguan atau bulanan. Sehingga kini, biro tersebut telah mempunyai sebuah ambulan bergerak (mobile clinic) yang lengkap dengan segala kemudahan yang disumbangkan oleh seorang tokoh korporat. 

Aktiviti Amal Malaysia tidak hanya berorientasikan kebajikan semata-mata, tapi ia juga bergerak atas kesedaran dakwah yang tinggi. Baginya, amal kebajikan merupakan sebahagian daripada dakwah dalam bentuk Lisanul Hal. Pelbagai misi kemanusiaan dan dakwah telah dilakukan seperti ke Pulau Ketam, ke pendalaman Sabah dan Sarawak. Fokus di tempat sebegitu lebih tertumpu di bidang dakwah, kebajikan dan perubatan. Selain itu, program Kembara Dakwah khususnya di Sabah dan Sarawak diadakan pada setiap cuti panjang sekolah. Sukarelawan Amal Malaysia ini akan masuk ke kawasan luar bandar dan pendalaman dan tinggal di sana dua atau tiga minggu. Ini sesuatu tempat sasaran itu, pelbagai program kemasyarakat dan kebajikan diberikan kepada penduduk. Progam ini menerima sokongan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (JAKIM) cawangan dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Suatu yang agak istimewa yang perlu dicatatkan di sini adalah program kebajikan dan dakwah Amal Malaysia di Sabah. Program yang dianggap besar dan pertama di situ ialah program kampung angkat di Kg. Luanti, Ranau, Sabah. Masjid yang sebelum ini hanya menjalankan rutin solat berjamaah pada waktu-waktu tertentu telah dijadikan pusat khidmat masyarakat kampung tersebut. Kegiatan Amal Malaysia di sini berpusat di masjid dan kegiatannya melibatkan semua anggota masyarakat. Kini Kg. Luanti menjadi cukup menyerlah hingga kesan dari program di situ, sudah ada beberapa keluarga bukan Islam telah memeluk Islam. Pengalaman manis menjalankan aktiviti di Kg. Luanti, mendorong Amal Malaysia cawangan Sabah mengembangkan kegiatan kampung angkat ke Kg. Nunuk Ragang, Kg. Kayu Putih, Kg. Nopong, Ranau, Kg. Letigi, Kota Belud, perkampungan Kiulu, pendalaman Pitas, Kg. Kiansom, Kota Kinabalu dan sebagainya. Aktiviti tahunan seperti ziarah, korban dan akikah diadakan dengan kerjasama penuh JAKIM cawangan Sabah.

Selain itu, Amal Malaysia Sabah cukup kreatif dan inovatif, Program konvoi kembara diaturkan di Sabah dengan melibatkan para pendakwah dan doktor. Program ini juga diterima baik oleh masyarakat setempat. Bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat mengenai Islam dan isu-isu berkaitan, sebuah Islamic Information Centre (IIC) sudah dibuka di Pitas, sebuah kawasan pendalaman Sabah. Amal Malaysia juga merancang untuk menjadikan Sabah sebagai pusat kerja bagi wilayah Malaysia Timur dan seterusnya menjadi pusat kebajikan dan dakwah bagi kawasan jiran seperti Filipina, Kalimantan dan sebagainya pada masa yang akan datang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA

Lonjakan khidmat masyarakat Amal Malaysia ke persada antarabangsa bermula selepas berlaku peristiwa tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Ia terpanggil untuk menghantar sukarelawan yang pertama ke sana dua hari kemudian. Amal Malaysia merupakan antara NGO luar yang terawal tiba ke lokasi bencana tersebut. Malah, ia merupakan pihak yang bertama membina hospital lapangan yang pertama di kawasan bencana di sana, iaitu di Lamlagam, Bandar Acheh dengan nama Hospital Lapangan Darul Iman, Kemudian, operasi ini diperluaskan ke Meulabuh, Acheh Barat. Amal Malaysia juga menjadi relawan pertama bersama Komiti Kemanusiaan Indonesia (KKI) tiba di kawasan paling teruk dilanda bencana di Kecamatan Samutioga dan terus berperanan di sana sehingga sekarang. Operasi di sana diperkemas dengan pembinaan Pusat Anak Yatim bernilai sekitar RM 400,000 di Desa Chot Darat dan sebuah masjid bernilai RM 250,000. Pusat ini diwujudkan dengan perjanjian dan usahasama dengan pimpinan Gabenor Acheh.

Sebanyak 14 misi dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dihantar ke Acheh dengan hampir 400 sukarelawan terlibat. Misi ini mendapat kerjasama intim bersama Muslim Aid United Kingdom (UK), KKI, Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan NGO-NGO Malaysia serta antarabangsa. Sumbangan kewangan, makanan, pakaian dan sebagainya daripada rakyat Malaysia berjaya disampaikan oleh Amal Malaysia kepada penduduk Acheh. Dua buah klinik bergerak beroperasi aktif di Bandar Aceh dan Meulabuh, Acheh Barat sehingga kini. Selain di Acheh, Amal Malaysia juga menghantar misi bantuan tsunami di Sri Lanka Selatan khususnya di Hambantota dan Kirinda.

Bermula dengan operasi di Acheh, Amal Malaysia hampir tidak pernah terlepas daripada terlibat dengan semua misi kemanusiaan ke kawasan bencana di kawasan serantau dan Asia. Pengalaman di Aceh tersebut mendorongnya yakin untuk aktif di lokasi bencana besar. Pada Ramadhan 2005, dunia dikejutkan dengan gempa bumi terbesar di Pakistan dan Kashmir. Sekali lagi sukarelawan Amal Malaysia turun ke Balakot, Muzafarabad, Bhar di Pakistan dan Khasmir. Belum selesai di Pakistan dan Kashmir, mereka kemudiannya bergegas ke Iran apabila berlaku gempa di Bham. Ini diikuti dengan bantuan bencana letupan Gunung Merapi di Jogjakarta, gempa bumi di Jawa Barat, Padang Sumatera Utara dan taufan Sidr, Bangladesh. 

Selain itu, misi kemanusiaan juga berbentuk ibadat akikah dan korban telah dilakukan di Kemboja, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, Sierra Lione, selatan Thailand dan Mindanao. Di Kemboja, program ini dimulakan sejak tahun 2005 dengan mendapat kerjasama penuh daripada Cambodian Muslim Development Foundation. Program ini disepadukan pula dengan program kesihatan, perubatan dan khitan. Apabila berlaku peristiwa serangan keganasan penuh dengan sifat kebinatangan Israel di Lubnan, Amal Malaysia turut menghantar dua misi perubatan dan kemanusiaan bagi membantu mangsa keganasan perang di Lubnan. Malah, pada peringkat awal ia adalah di antara satu-satunya NGO dari Asia yang berjaya tiba memberi bantuan ke situ.

Kemudian, Amal Malaysia juga terlibat membantu mangsa taufan Narjis di Myanmar. Belum selesai di Myammar, telah berlaku gempa bumi di wilayah Sichuan, China. Malah, ia merupakan satu-satunya wakil daripada Malaysia yang tiba ke daerah Guang Yuan, 200km dari bandar Chengdu, ibu negeri wilayah Sichuan pada peringkat awal dan pulang hanyalah selepas ketibaan pasukan perubatan ATM. Pada ketika yang sama, dunia dikejutkan pula dengan serangan Israel ke bumi Gaza, Palestin. Amal Malaysia terus menghantar misi kemanusiaan ke sana dengan tumpuan kepada bantuan penyedian bekalan air, bantuan kepada kilang roti dan membaiki pusat pendidikan. Di Sudan pula, Amal Malaysia telah menerima jemputan daripada pihak sukarelawan tempatan untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Darfur, iaitu setelah pihak berkuasa Sudan menghalau 13 NGO luar yang dikatakan mempunyai misi Kritianisasi.

Ketika itu juga berlaku peristiwa peperangan dan pertempuran yang berlarutan di Mindanao, Filipina selepas pembatalan perjanjian perdamaian antara pejuang Bansamoro dengan Kerajaan Filipina yang membabitkan 500 000 pelarian Mindanao (Internally Displaced Persons) di bumi sendiri. Amal Malaysia telah berjaya melaksanakan tiga misi, termasuk satu misi kerjasama perubatan dengan International Monitoring Team (IMT) di bawah pimpinan ATM. Selain itu, ia juga melaksanakan ibadat korban dan akikah di sana dengan fokus di daerah Cotabato dan Marawi. 80 ekor kambing dan 35 ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut pada tahun 2008. Dari aspek jangka panjang, Amal Malaysia mengfokuskan dua lokaliti dalam memberikan sumbangan kemanusiaan secara berterusan, iaitu di Mindanao dan di Palestin. 

AGENDA MASA DEPAN

Menurut Hj. Husin, terdapat beberapa agenda masa depan Amal Malaysia ke arah memperkasa gerakan bantuan sukarela nusantara dan organisasinya sendiri, antaranya :

(i)    Solidariti NGO Bantuan Sukarela
Setakat sekarang penglibatan Amal Malaysia dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan mendapat dokongan pelbagai pihak, sama ada agensi kerajaan, swasta atau pertubuhan-pertubuhan. Selain itu, kerjasama erat dengan NGO bantuan sukarela tempatan, nusantara serta antarabangsa begitu menggalakkan. Justeru, Amal Malaysia dalam rangka kerja mengadakan sekretariat NGO sukarelawan Malaysia, himpunan NGO sukarelawan antarabangsa di Kuala Lumpur dan mengetuai satu meja bulat NGO Islam rantau Asean dan Asia Selatan. Fokus awal pakatan yang dinamakan Islamic Charity Forum ini adalah gerak kerja membantu rakyat Mindanao secara lebih tersusun. Di peringkat tempatan, ia juga memberi perhatian untuk mengajak semua NGO Islam tempatan supaya bersama-sama melaksanakan misi kemasyarakat di Sarawak dan Sabah. Ini dimulai sendiri oleh Amal Malaysia pada awal 2009 dengan pembentukan jawatankuasa ke arah penubuhan sekretariat Borneo Islamic Centre (Bismic), iaitu suatu institusi khidmat masyarakat untuk menjana fizikal dan spiritual masyarakat di sana. 

(ii)    Pembinaan Pusat Latihan Amal (PULA)
Amal Malaysia sebenarnya telah memiliki sebidang tanah seluas dua ekar di Sayung, Kuala Kangsar, Perak. Lebih satu ekar tanah ini telah diwakafkan oleh seorang ahli sukarelawan Amal Malaysia dan sebahagian lagi telah dibeli. Tanah ini dirancang untuk dibangunkan sebuah pusat latihan kemanusiaan yang mengandungi asrama lelaki dan perempuan, dewan seminar, dewan makan, surau, padang kawad dan kuarters pekerja yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM 1.65 juta. Sehingga hari ini, jawatankuasa pengurusan pembinaan pusat tersebut sudah dibentuk. Pusat ini akan berperanan membentuk pembangunan remaja dan belia, di samping boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Amal Malaysia bercita-cita menjadi platform perbagai pihak tanpa mengira ras, ideologi, fahaman politik, jantina dan sebagainya. Ini disalurkan melalui ahli sukarelawan yang terbuka kepada semua. Malah, ia juga berhasrat mengumpulkan ramai sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kepakaran seperti perubatan, penyelamat dan pendakwah.

(iii)    Amal Charity Shoppe
Amal Charity Shoppe adalah suatu program asas kemanusian yang sedang diuji oleh Amal Malaysia. Konsepnya adalah ia menjadi pusat pengumpulan bahanan keperluan yang didermakan, sama ada barang lebihan atau baru. Pada masa yang sama, barangan tersebut juga dijualkan semula kepada orang awam untuk tujuan derma. Program ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan kerjasama antara penyumbang, pembeli dan penerima dalam menjana ekonomi. Projek ini secara umumnya diadaptasikan daripada pengalaman dan kejayaan Oxfarm International dalam membiayai kos pengurusannya dengan mengendalikan program sebegini. Sekarang di peringkat percubaan di cawangan Amal Terengganu dan menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak. Program ini akan dilancar di pusat dan diperluas ke setiap cawangan negeri.

PENUTUP

Perkembangan dan pengalaman Amal Malaysia cukap menarik dan banyak. Ini menunjukkan kesungguhan dan keprihatinannya menonjolkan ciri keindahan Islam di samping meluaskan jajaran perjuangan amalnya tanpa dibatasi oleh sempadan geografi, keterikatan atas sebab bangsa dan agama. Malah, inilah yang dianjurkan dalam Islam dan diberi tambahan pahala kebaikan kepada sesiapa yang terlibat. Firman Allah SWT yang bermaksud : 
“Itulah kurniaan yang dengan itu, Allah menggembirakan hamba-hambanya yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan, dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri” (Surah al-Syura : 23)

Kekuatan Amal Malaysia berdiri di atas kepercayaan yang sangat tinggi, trust from the people untuk deliver atau menyampaikan sumbangan dan bantuan merupakan antara faktor kejayaannya. Ini suatu yang membanggakan ketika wujudnya jurang dalam program kebajikan antara umat Islam dengan masyarakat Kristian atau Eropah yang lain. Justeru, kewujudannya boleh menjadi jambatan penghubung bagi pihak gerakan Islam di Malaysia untuk menggerakkan usaha ke arah kerja sukarelawan dan kemanusiaan sekaligus menjadikan imej Islam itu dilihat cukup cantik dan baik kepada masyarakat keseluruhannya. 

RUJUKAN

Al-Quran

Laporan Dwi-Tahunan 2007 – 2009 Yayasan Amal Malaysia

Laporan Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-5 Yayasan Amal Malaysia di Dewan Jugra, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya

Ucap utama Presiden Amal Malaysia dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-4 Yayasan Amal Malaysia di Masjid Ghufran, Petaling Jaya

Ucap utama Presiden Amal Malaysia dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-5 Yayasan Amal Malaysia di Dewan Jugra, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya

Undang-undang Tubuh Yayasan Amal Malaysia

Keratan Akhbar
Berita Harian, 9 Januari 2009 dan 20 Mac 2009
Harakah, 29 Disember 2008
News Stright Times, 20 Mac 2009
Utusan Malaysia, 24 Januari 2009

Wawancara
Hj. Husin Ismail – Presiden (Wawancara 24 Mei 2009 di Batu Caves)
Hj Jamuliddin Elias – Timbalan Presiden (Wawancara 25 April 2009 di Kelana Jaya)
En. Abd. Hamid Seman – Ketua Setiausaha (Wawancara 25 April 2009 di Kelana Jaya)
Dr. Halimah Ali Abdullah – AJK (Wawancara 25 April 2009 di Kelana Jaya)

Nostalgia Banjir

image

Pejam celik, genap setahun aku berada di Kemaman. Garis sejarah hidup yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Baharu sahaja lapor diri, selang beberapa hari banjir paling teruk di Kemaman. Dikatakan lebih teruk dari peristiwa bah besar 60 tahun dahulu.
Setiap kali menoleh beberapa ragam manusia banjir tahun lalu, mataku mula berkaca.

***
“Abang Bot, ambik kami ni… ” laungan seorang mangsa kepada pemandu bot pihak berwajib. Rumahnya sudah tenggelam 3 suku dinding. Semua perabot rumah sudah berselerakan. Tak dapat diselamatkan. Sudah lah hati luluh dan sayu mengenang nasib, malah tiada siapa sanggup membantu menyelamatkan nyawa mereka sekeluarga.
“Harung air lah bang oi, kami tak diarahkan mengambil mangsa. Cuma meronda” jawapan abang bot bagai tidak mengenal erti kemanusiaan. Di saat orang bergelut dengan kematian lemas, masih lagi ikut SOP!

***
“Kami tak nak ubat doktor. Kami nak makanan. Sudah 3 hari tak makan sesuap nasi”. Rintihan seorang janda anak lima yang menginap di sebuah pusat pemindahan surau kampung. Mata anak-anak mereka kuyu menagih sepinggan makanan. Memang bantuan disampaikan oleh berapa pihak berwajib. Tapi memilih bulu. Di saat sebegini pun masih meraih milage politik!

***
“Tuan-tuan, sudah dapat ke bantuan TV, peti ais dan dapur?” Ucapan berapi dari seorang YB dalam satu majlis besar-besaran penyampaian bantuan banjir.
“Sudah Yb!” Sahut para pengundinya tenggelam timbul dalam hiruk pikuk majlis yang ramai itu.
“Ya, inilah nikmat apabila memangkah saya sebagai Yb. Siapa yang pangkah pembangkang tak akan boleh nikmat ini.” Ucapannya lagi sambil mendabik dada beberapa pengisytiharan bantuan lagi.

~~~
Apabila berlaku bencana, semua orang akan merasainya. Tanpa mengira sempadan parti atau kepegawaian. Adakah hanya dengan memilih parti tertentu kita tidak layak menerima bala banjir ini? Atau hanya memangkah calon dari parti tertentu memperolehi nikmat bantuan banjir? Kita semua manusia. Jadi tolonglah atas dasar kemanusiaan, bukan pegangan ideologi politik mereka.

Sertai kami Qurban & Aqiqah di Kassala Sudan

imageYayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mensasarkan 500 ekor lembu dan 500 ekor kambing disumbangkan kepada program Qorban sempena Aidil Adha di Kassala dan Gadrif Timur Sudan tahun ini.
“Program Qorban di Kassala Sudan ini sudah masuk tahun ke 6 Yayasan Amal Malaysia ke sana.” Kata Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengarah Qurban Kassala Sudan 2014.
“Lebih dari 225,000 pelarian Sudan dan Erithrea berada di Daerah Kassala. Sebuah daerah sempadan Erithrea, yang memerlukan bantuan dari semua. Mereka sudah dapat membezakan rasa daging dan warna kerana jarang memperolehi jizi makanan berprotein sedemikian”.  Tambah beliau lagi, di mana beliau sendiri akan ke sana tahun ini bagi melaksanakan amanah para peserta yang mengambil bahagian dalam Qorban tahun ini.

Mereka semua hidup dalam keadaan penuh kemiskinan. Daging bagi mereka hanya akan dapat dinikmati setahun sekali, sempena Raya Qurban, itupun sekiranya mereka bernasib baik.

Pelarian Sudan Memerlukan kita

Yayasan Amal Terengganu mengajak muslimin dan muslimat sekelian untuk sama sama memberi senyuman kepada mereka dengan menunaikan Ibadah Qurban & Aqiqah di kem kem pelarian ummat islam dari Erithrea & Sudan pada Tahun ini.

Dengan hanya RM300 / 1 bahagian lembu @ RM400 /1 ekor kambing anda dapat membantu mereka untuk turut sama merasai daging dalam hidup mereka.

Berkorbanlah di tempat yang benar benar memerlukan.

Misi Qorban dan kemanusiaan pada tahun ini akan turut disertai tiga selebriti terkenal iaitu PU Rahmat, PU Izzat dan Dr Azman Ibrahim.
“Saya menyeru kepada seluruh umat Muslim di negara ini menyertai bahagian dalam program Qorban / Aqiqah pada tahun ini. Tuan-tuan boleh menyertainya dengan mengikuti tatacara berikut. ” seru Ustaz Wan Sukairi sebagai Pengarah Program Sudan 2014.

LANGKAH MENYERTAI IBADAH QORBAN & AQIQAH DI SUDAN ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU ( YAMCT ) 2014.

A) Isikan Maklumat Berikut:

  1. Nama peserta.
  2. Alamat.
  3. No Tel / Hp.
  4. Email jika ada.
  5. Nyatakan Korban atau Aqiqah.
  6. Nyatakan Nama Individu yang nak diniatkan korban @ aqiqah dan jumlah bahagian lembu @ jumlah kambing.
    (RM300/1bahagian lembu,  RM400/ 1 ekor kambing)
  7. Masukkan duit ke akaun Maybank Islamic atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU,  NO:  5130-1403-6939
  8. Sertakan slip bayaran @ bukti bayaran.
  9. Hantarkan semua perkara A,  dari no 1 – 8 kepada saya (sms/whatsup) 0199563653 atau email suhazeli@yahoo.com

B) Pihak YAMCT akan poskan resit bayaran apabila Pengesahan bayaran dilakukan.

 

C) Sijil penyertaan akan diposkan selepas program ini selesai dilaksanakan. Insyaallah bermula 14 oktober 2014 sijil akan diposkan.

 

D) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Oktober 2014.

 

 

Sekian, Terimakasih.

Selamat Hari Raya Gaza!

image

Masuk minggu ketiga serangan Israel ke atas Segenting Gaza menyaksikan kematian demi kematian, kemusnahan demi kemusnahan. Serangan Israel sebenarnya akan membunuh keseluruhan 1.8 juta rakyat Gaza yang naif. Justeru akan menjadikan Segenting Gaza bagai padang jarak padang tekukur dalam masa yang singkat. Dianggarkan jumlah kemusnahan terkini melibatkan 2655 buah rumah hancur secara total. Manakala 3175 buah rumah runtuh sebahagian besar darinya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan 116 buah sekolah, 18 buah klinik, stadium, Masjid, jalan raya, pondok telefon, saluran paip air dan balai polis telah dibom oleh tentera Israel. Dengan ini menganggarkan kerugian RM2.64 bilion.
Laporan dari Pasukan Perubatan Gaza bahawa seramai 816 orang rakyat awam Gaza telah syahid dan lebih dari 5000 orang cedera. Berbanding dengan rakyat Israel hanya 32 orang tentera dan tiga orang awam terbunuh.
Disinilah memerlukan sokongan padu dari seluruh umat Islam dunia untuk membina semula Segenting Gaza yang hancur musnah. Bantuan kecemasan segera diperlukan walaupun di saat ini bantuan tidak dapat masuk dengan jumlah yang besar akibat dari sekatan di pintu Rafah. Banyak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seluruh dunia mempunyai kaedah-kaedah tertentu untuk menyampaikan saluran kepada pembangunan semula Gaza dalam masa terdekat.
Kawasan yang paling banyak terjejas adalah di sekitar 3 kilometer sempadan Gaza Israel. Laporan dari Badan Kebajikan Oxfam British melaporkan serangan ke atas Stesen Janaletrik menjadikan sistem elektrik di Gaza lumpuh. Begitu juga kemusnahan akibat bom ke atas sumber bekalan air mengakibatkan dua pertiga rakyat Gaza menderita ketiadaan bekalan air yang bersih.
Media Israel mendakwa bahawa 3000 tan telah dijatuhkan di Segenting Gaza dalam tempoh 2 minggu pertama perang. Ini termasuk 120 tan bom di bandar sempadan Shejaia, di mana 100,000 penduduk menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri. Mereka hilang arah tuju untuk berselindung kerana semua sempadan keluar telah ditutup rapat. Menjadikan Gaza adalah penjara terbesar pada masa ini.
Jika perang berterusan, bekalan air bersih, makanan dan ubat-ubatan akan semakin berkurangan. Sekarang ini rakyat Gaza sudah merasai segala penderitaan. Di saat kita bergembira di hari raya, jangan lupa nasib mereka. Di saat kita menjamu selera di pagi raya, titipkan ingatan kita kepada mereka yang dijamu bom dan bedilan peluru. Di saat kita bergembira bersama keluarga, jangan lupa nasib mereka yang sekelip mata menjadi yatim piatu. Satukan doa kita terhadap mereka jua.

Dr Suhazeli Abdullah
Urusetia Isu Palestin
Yayasan Amal Malaysia
27hb Julai 2014
facebook.com/drsuhazeli
facebook.com/AmalTerengganu

=====LIKE & VISIT US======
facebook.com/AmalMalaysia
www.amalmalaysia.org
For latest news
=====EMERGENCY FUND======
Tabung Palestin Amal Malaysia
BIMB 1305-3010-0064-74
Amal Terengganu Dana Palestin
Maybank 5630-6413-1931
===========================

Qurban dan Aqiqah Sudan & Eritrea

rayuan qurban 2Buat kali ke-5 Yayasan amal Terengganu di beri mandat untuk menguruskan Program Khidmat komuiti dalam bentuk Qurban dan Aqiqah di Kem Pelarian Erithrea di  Kassala Sudan. Justeru saya membuka peluang kepada semua untuk membantu mereka dengan menyertai Qurban atau Aqiqah disana. Borang pendaftaran online boleh dicapai melalui link ini. Pada tahun  ini harga sebahagian dari 7 bahagian lembu adalah RM300 manakala harga seekor kambing adalah RM400. Anda juga boleh muat turun borang dan print sendiri melalui link ini.

Misi Perubatan dan Rehabilitasi ke Ghazzah, Palestin

image

Palestin adalah tanah umat Islam yang perlu dipertahankan. Perjuangan membebaskan Palestin dari kezaliman zionis perlu digerakkan sekadar yang mampu. Kita sebagai umat Islam berjauhan dengan bumi Palestin wajib memainkan peranan yang maksima. Paling tidak kempen 3B yang dilaungkan oleh SABASUN HyperRuncit turut kita sambut. Berdoa, Berderma dan Boikot demi menjatuhkan Zionis Israel. Alhamdulillah dengan doa dan derma dari seluruh rakyat Malaysia, kami akan menjejakkan kaki dibumi Palestin. Bukan untuk mengangkat senjata tapi memberi bantuan sekadar kemampuan. Misi yang saya ketuai melalui Yayasan Amal Malaysia akan bertolak ke Ghazzah pada 15hb Disember hingga 24hb Disember ini. Matlamat utama misi ini adalah memberi bantuan perubatan dan membina Makmal Rehabilitasi di bumi Ghazzah. Makmal ini kelak akan menempatkan enam pemuda Palestin yang sekarang ini berada di Universiti Sains Malaysia Kubang kerian. Mereka sedang menjalani kursus pembuatan prosthesis (Anggota Palsu) selama enam bulan. Dijangka menamatkan kursus tersebut pada januari 2013 nanti.

Qurban dan Aqiqah Mindanao 2012

image

Bagi pihak Yayasan Amal Malaysia, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua deligasi relawan amal, Bangsamoro Developmental Agency (BDA), para penyumbang Qurban dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pada tahun ini. Semoga segala usaha kita diberkati Allah jua.

Amal Terengganu akan menyantuni 500 anak Yatim pada 27 Ramadhan ini

PROGRAM IHYA RAMADHAN-IFTHAR BERSAMA ANAK YATIM ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Yayasan Amal Cawangan Terengganu akan mengadakan Program Ihya Ramadhan-Ifthar Bersama Anak Yatim pada Ramadhan tahun ini. Berikut adalah butiran lanjut:
Tarikh : 27 Ramadhan 1433 / 16hb September 2012
Masa : 4.00 ptg.
Tempat : Masjid Pengadang Baru, Terengganu

2. Program ini bertujuan membantu dan memberikan kegembiraan kepada golongan anak yatim dengan berkongsi kegembiraan pada hari raya melalui Majlis Iftor Perdana dan agihan hadiah-hadiah hari raya kepada mereka. Membuka ruang kebajikan sosial dan kerjasama di antara orang kaya dan anak yatim dengan memberikan sumbangan kepada mereka.

3. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk membuat hebahan melalui akhbar dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pembaca yang ingin menyumbang samada dalam bentuk keewangan atau barangan kegunaan harian. Segala sumbangan boleh disalurkan kepadaTn Haji Mustaffa Ismail-0139302197, En Nordin Mahmood-0129831183 atau mana-mana AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu sebelum 13hb Ogos 2012 atau mana-mana AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu seperti yang tertera.

Siri Kempen Jauhi Zina 2010

Bertemakan “Sayangi Diri Anda-Bijak Jauhi Zina” kami berusaha membawa pendekatan baru dalam metodologi dakwah kepada generasi remaja. Lebih dari 12 sesi ceramah motivasi ini berjalan seluruh Terengganu bermula jun 2010. Nisa Terengganu adalah pemula utama ke arah ini. Dengan berpaksikan bahawa anak muda perlu di cakna, Nisa Terengganu telah mengarahkan seluruh Nisa cawangan untuk menganjurkan program ini. Saya dan Ustaz Mohd Hagia dengan semangat cintakan anak bangsa dan agama turut serta menjadikan suara kami sebagai saham memberi nasihat berguna kepada anak-anak muda seluruh Terengganu. Jun tahun lepas bermula di Kuala Nerus, sehinggakan sesi terakhir bersama remaja di Besut. Lebih dari 2000 remaja telah mendengar nasihat dari kami. Semoga pada tahun ini akan diteruskan lagi dengan modul-modul yang memberikan keinsafan kepada anak muda agar kembali kepada agama Allah dan hidup dalam panduan Islam seluruhnya.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Mesra Eidulfitri MSK 2010

Pada hari raya ke 3 lepas saya telah dijemput oleh Markaz Siswazah Kelantan (MSK) dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengisi slot Talk Show di Balai Islam Lundang. Topik yang dibincangkan berkaitan dengan landskap gejala sosial masa kini dan peranan mahasiswa sebagai  agen perubah masyarakat. Saya begitu bertuah kerana saya telah digandingkan dengan sdr Amin Idris (pakar Motivasi) yang terkenal dalam talk show tersebut.  Dalam masa yang sama turut hadir menghadiri Mesra Eidul fitri ialah Sdr Fadzli Yusof, pakar motivasi idola anak saya.

Mesra Eidul Fitri tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuanguru Hj Nik abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Kempen Derma Darah bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun ini meneruskan lagi kebajikan tahunannya dengan mengadakan kempen derma darah. Kempen ini adalah kerjasama dari Unit Tabung Darah HSNZ dan Masjid-masjid terpilih sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang. Bermula dengan Masjid Pengadang Baru (15 Ogos 2010) dan diikuti dengan Masjid Taqwa Batu Enam (24 Ogos 2010), Masjid Titian Baru (26 Ogos 2010), Masjid Wakaf Tembesu (28 Ogos 2010) dan Masjid Rusila (4 Ogos 2010) Setakat ini sejumlah melebihi 150 pint darah telah dapat dikumpulkan. Satu lagi Masjid yang dalam perancangan untuk kempen ini adalah Msjid Kg Batin, Seberang Takir pada 7 Ogos 2010 nanti. Orang ramai dijemput hadir bagi menderma.
link Yayasan amal Malaysia Cawangan Terengganu

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Modul Sayangi Anak Muda- Anda Bijak Jauhi Zina

Dalam minggu lepas, saya berhempas pulas mencari modul yang di katakan agak sempurna mengenai Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Beberapa bahan telah saya dapati dari internet dan interaksi dengan sahabat. Antaranya ceramah pengenalan kepada HEADSS (Teknik mendekati dan kaunseling remaja). Saya cuga mengucapkan terima kasih kepada Pn Intan Idiana Hassan, kerana membekal bahan ceramah beliau di sekolah-sekolah Kelantan (Seks dan kehamilan Remaja & Kehamilan dan kelahiran).
Berdasarkan modul yang dibekalkan serta beberapa bahan bacaan sendiri, saya berjaya menghasilkan satu modul untuk berbincang dengan remaja. Bahan ini mungkin banyak kelompangannya tapi ini adalah yang termampu saya paparkan. Untuk manfaat bersama saya sertakan di laman web ini bahan persembahan tersebut (Sayangi diri Anda- Jauhi diri anda dari Zina).
Sayangi Diri Anda-Jauhi Zina
Sinopsis Ceramah
Ceramah yang disampaikan adalah dalam bentuk santai dan interaksi bersama remaja. Ibu bapa juga turut serta bagi memberi nasihat dan panduan kepada anak remaja mereka.
Program santai tersebut bertujuan mendedahkan kepada remaja mengenai:

  1. Mengenal diri sendiri secara fizikal dan mental. Ketahui kekuatan dan kelemahan setiap organ fizikal mereka. Anggota fizikal yang menjadi perbincangan utama adalah Otak, Kalbu, Tangan dan Organ Reproduktif.
  2. Mengenal siapakah diri mereka, kenapa mereka hidup, apakah tujuan hidup dan kemana kita berkesudahan nanti.
  3. Mengenal siapa pengawal dan siapa musuh mereka.
  4. Bercakap pasal dosa dan pahala.
  5. Mengenal faktor-faktor yang mendekati zina
  6. Mengajak remaja berfikir tentang keburukan zina dan kebaikan tidak berzina.
  7. Mengenal diri remaja kepada kelakuan berisiko dengan menjalani ujian ringkas faktor resiko.

Program tersebut diakhiri dengan mendendangkan lagu adi remajaku (Terima kasih Sdr Razi Mahmud atas perkongsian video ini)

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda

Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda

Seberang Takir, 15hb Jun 2010. Ceramah Motivasi Sayangi Anak Muda telah diadakan dengan jayanya. Program ini adalah anjuran Nisa Kuala Nerus dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari remaja sekitar Seberang Takir. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh Dr Hj Suhazeli bin Abdullah, pengerusi Yayasan Amal Cawangan Terengganu. Turut serta memberi nasihat pada majlis tersebut adalah Tn Hj Zakaria Dagang. Ceramah diserikan dengan beberapa persembahan multimedia dan sesi soal jawab.

Posted by Picasa

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Kenyataan Akhbar PAPISMA: Serangan Askar Yahudi ke atas kapal sukarelawan LifeLine4Gaza

PAPISMA mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis Yahudi keatas kapal sukarelawan misi kemanusiaan LifeLine4Gaza pada 31hb Mei 2010. Sesungguhnya perlakuan biadap dan tidak berperikemanusiaan ini telah mencemar tamaddun kemanusiaan sejagat. Walau apa bangsa atau agama sukarelawan yang telah diserang, PAPISMA dengan sepenuh hati menyeru seluruh dunia agar bersama-sama menentang kezaliman ini. PAPISMA juga menyeru agar OIC mengambil peranan yang proaktif bagi menangani kemelut ini dan berusaha bersungguh-sungguh membebaskan semua sukarelawan yang telah ditangkap.
Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa: Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin; Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin; Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUAN Palestin; Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin; Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin; Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif; Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA); Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM); Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care; Mustafa bin Mansur, MAPIM; Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO AWANI dan Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO.
PAPISMA menyokong penuh usaha sukarelawan ini menyampaikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh rakyat di segmenting Gaza. PAPISMA mengharapkan semua keluarga sukarelawan bersabar dan memperbanyakkan doa agar semuanya selamat.PAPISMA menyeru seluruh umat Islam Malaysia bermunajat kepada Allah samada melalui solat hajat atau dengan apa cara sekalipun sehinggalah bantuan dari Allah tiba.

Dr Suhazeli bin Abdullah
Presiden PAPISMA 08-10

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Pembukaan Ibu Pejabat Amal Terengganu

Amal Charity Shop

010110, Kuala Terengganu. Amal Terengganu mengorak langkah kedepan dengan memiliki Pejabat tersendiri di Bandar Kuala Terengganu. Aktiviti Amal Terengganu akan makin meriah dengan pelancaran Amal Charity Shop di Pejabat Amal Terengganu tersebut.
Pejabat Amal Terengganu ini terletak di Kg Wakaf Jela, Jalan Pulau Musang, Kuala Terengganu. Ia terletak berhadapan dengan Restoran Sri Wangsa. Lokasinya sungguh strategik dengan jumlah ramai orang ramai yang menggunakan jalan tersebut.
Pada hari ini gotong royong membersihkan premis tersebut dijalankan dengan jayanya. Turut serta mencemar duli adalah Presiden Yayasan Amal Malaysia, Cikgu Hussin Ismail.

Cikgu Husin dengan Aksi tersendiri.

Cg Fauzi dan Cg Ros sedang bertungkus lumus…

Mustaffa dan Cg Nawi juga tidak lepas peluang berbakti

Posing menarik…..

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008