,

Waspada Penyakit Kencing Tikus 


Saya ingat kembali peristiwa misteri kematian pasukan penyelamat mangsa lemas di lubuk Yu tahun 2010. Penduduk dan masyarakat secara keseluruhan sudah sasau-minda (panik) akan kejadian pelik tersebut. Timbul masa itu pelbagai cerita misteri direka. Wujud jin bunian lah, hantu mengamuk lah dan pelbagai lagi. Akhirnya misteri dirungkai dengan keputusan kematian mengejut para penyelam tersebut akibat dari kuman leptospirosis.
Sudah banyak peristiwa yang hampir sama belaku setiap tahun. Kejadian jangkitan kuman leptospirosis memang selalunya agak pelik. Sakit secara mendadak dan bawa maut dalam masa yang singkat sahaja. Ada juga sesetengah pesakit sakit berpanjangan dan tidak diketahui punca dan akhirnya mati. Setelah kematian baru dapat keputusan darah sebagai leptopsirosis.
Insiden yang serupa juga berlaku terhadap kes kematian “misteri” dari Kelantan yang katanya keluarga mereka berhimpun sempena cuti tahun baru Cina di Selangor. Bagi kami tiada yang menjadi misteri, tetapi sabar menunggu keputusan yang tepat dari makmal. Sudah tentu mengambil masa untuk kesahihan. Dalam masa yang sama mangsa yang terlibat dirawat seoptima mungkin dengan tenaga kepakaran yang ada.
Kita semua sepatutnya berwaspada dengan jangkitan kuman leptospirosis ini, terutama sekali selepas banjir. Kebersihan rumah dan persekitarannya amat-amat dititik beratkan. Ini kerana tikus yang menjadi rantaian sumber kuman leptospirosis amat sukakan kekotoran.
Jika anda mengalami tanda-tanda berikut sila dapatkan rawatan segera:

  1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  2. Bermula dengan demam yang tinggi, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
  3. Batuk tidak berkahak
  4. Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
  5. Radang selaput mata.
  6. Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.

Bagaimana mencegah?

  1. Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
  2. Jika terdedah dan berisiko, dan mengalami tanda-tanda jangkitan, sila ke hospital dengan segera.
  3. Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  4. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  5. Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  6. Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
  7. Menjaga kebersihan sekeliling, sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda, membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.

Sekian terima kasih
Dr Suhazeli Abdullah

Pakar Perubatan Keluarga
fb.com/drsuhazeli
suhazeli.com
11.2.2017

Gong Badak

,

Jari Terpotong: Apa Perlu Buat? 

Oleh: Mofrust 

(Rawatan kecemasan ini boleh diaplikasi untuk jari kaki, jari tangan, atau mana – mana bahagian tubuh badan).

Kalau nampak tepi jalan ada orang terputus jari. Apa nak buat dengan jari yang terputus itu?
A. Pergi tanam belakang rumah

B. Simpan dalam poket bawa pergi hospital

C. Buat-buat tak nampak dan cabut

D. Bawa ke hospital dengan cara yang betul. 

Tick…tock…tick…tock….

Jawapannya sudah tentu lah D.

Tapi macam mana nak buat dengan betul?
1. BAHAGIAN TERPUTUS (Amputated part)
1. Bersihkan bahagian terputus secara berhati – hati. Jika boleh dengan air sterile. Jika tiada sterile water, lalukan dengan air paip pun boleh.


2. Balutkan bahagian terputus dengan kain atau tisu yang bersih dan dilembapkan dengan air. Jika ada gauze, lebih baik.
3. Letakkan bahagian yang dibalut tadi dalam beg plastik yang kedap air seperti Zip Lock bag.
4. Letakkan beg plastik tadi dalam bekas yang berisi ais. Pastikan beg atau bekas ini bersih dan selamat untuk dibawa.
JANGAN ADA DIRECT CONTACT antara ais dan bahagian yang terputus! 


2. BAHAGIAN YANG MASIH SELAMAT (Amputated limb)
1. Bersihkan tangan atau kaki yang masih selamat dengan sterile water atau air paip.
2. Pakai gamgee, gauze atau kain bersih (darurat) untuk menghentikan pendarahan. Jangan diletak adrenaline atau suture salur darah yang masih elok.
3. Naikkan sedikit bahagian ini keatas (elevate limb) untuk mengurangkan pendarahan.
4. Immobilize atau kurangkan pergerakan bahagian yang terselamat dengan splint atau kayu.

3. BAWA MANGSA DAN JARI KE HOSPITAL
Bawa secepat mungkin. Perlu ingat, walau apa pun terjadi, doktor mempunyai prinsip LIFE BEFORE LIMB. Doktor akan berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Jika ada pendarahan di otak dan pendarahan dalam abdomen (intra abdominal injury), para doktor akan fokus kepada yang lebih memudaratkan nyawa.
Masa juga memainkan peranan yang amat penting. Lebih awal ke hospital, lebih tinggi kebarangkalian untuk bahagian terputus disambung semula. Secara am nya, jika bahagian yang terputus masih merah dan nampak bersih, ia petanda yang baik. Tapi jika dah berwarna biru, peluang makin tipis.
Dah belajar sesuatu?

Apa lagi SHARE la biar semua orang tahu.
MOfrust

Bekas Pegawai Perubatan Kecemasan

#Medical_Mythbusters_Malaysia

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1227391800684649&id=1040952502661914