, ,

Melangkah Jauh

QURBAN AMAL

.

Kenangan menguruskan Qurban setiap musim raya qurban ada pahit dan manisnya. Sejak 2009 saya terlibat sebagai ketua delegasi untuk program ni. Bermula dengan Qurban Amal di Bandar Marawi, Tengah Mindanao sehinggalah sekarang ini, kami akan ke Republik Sudan Selatan dan Ethiopia.

.

Sdr Majid Kadir, salah seorang ahli delegasi pernah sekali diterajang oleh lembu Basilan, Mindanao. Cemas juga sebab hampir pengsan Pak Majid. Spek mata beliau patah dan dahi berdarah. Saya terfikir-fikir bagaimana nak bawa Pak Majid ke Hospital Pusat Bandar Basilan. Tetapi Pak Majid releks sahaja. Alhamdulillah tiada masalah besar. Hingga sekarang beliau tidak terlepas bersama kami ke pelusuk dunia buat amal.

.

Di Sudan pula, salah seorang wakil Yayasan Ehsan (rakan NGO di sana), hampir putus jari kelingking kerana tersadung dengan pisau sembelih. Berderau darah saya lihat kejadian itu. Mujur setiap kali delegasi ke lokasi saya bawa bekal ubat² kecemasan. Kami beri pilihan untuk hantar beliau ke hospital berdekatan atau rawat sekadarnya melalui balut luka. Tapi beliau menolaknya kerana, hospital atau klinik terdekat tiada pun di sana. Hospital paling hampir adalah tengah bandar Kasalla, 100 km dari tempat perkampungan pelarian Sudan yang kami jalankan program. Kedua, beliau tidak mahu tinggalkan program Qurban tersebut yang cukup bersejarah dalam kehidupan mereka di sana. Hanya setahun sekali kehadiran kami. Cukup bermakna. Mungkin putus jari suatu lumrah biasa bagi mereka.

.

Kenangan paling cemas, apabila dikalangan kabilah pelarian tersebut berkelahi kerana berebut bahagian qurban. Kehidupan mereka masih menebal dengan suku dan kabilah. Suka berkelahi dalam isu-isu yang agak sensitif seperti kekeluargaan dan sebagainya. Bayangkan dengan jumlah 10 ekor kami berikan bahagian qurban di kem Sagarab yang jumlah pelariannya 500 ribu. Sudah pasti 10 ekor itu tidak mencukupi. Maka berlakulah perkelahian. Saya dapat maklumat ada yang cedera dicantas pedang. Tetapi dileraikan dengan baik oleh polis UNHCR yang turut bersama dengan kami. Cemas juga kami, rombongan akan diserbu oleh kabilah yang tidak puas hati. Tetapi semuanya berjalan dengan lancar. Jiwa mereka murni sebenarnya dengan ajaran Islam yang dipandu.

.

Segala kenangan ini tidak dapat digambarkan dengan tulisan dan buku teks. Alami lah sendiri baru tahu perit dan penat.

.

Terima kasih kepada semua penyumbang Qurban dari seluruh rakyat Malaysia yang senantiasa bersama kami.

.

Dr Suhazeli Abdullah

Ketua Delagasi

Qurban Amal Sudan/Ethiopia 2017

Yayasan Amal Malaysia Caw Terengganu.

Fb.com/Amalterengganu
“Ingat Qurban Amal, Ingat Yayasan Amal Malaysia”

#QurbanAmal2017

, , ,

​Sheikh Qaradawi Kecam Penyembelihan Etnik Rohingya

​Sheikh Qaradawi Kecam Penyembelihan Etnik Rohingya Dan Seru Dunia Antarabangsa dan Islam Contohi  Pendirian Malaysia 

Qatar : Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia , Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi pada hari semalam mengecam sekeras-kerasnya kezaliman dan penindasan ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar. 

Beliau juga turut melahirkan rasa sedih kerana ianya berlaku di hadapan penglihatan dan pendengaran masyarakat antarabangsa dan dunia Islam tanpa sebarang tindakan yang  segera diambil.

Beliau juga turut sependapat dengan Naib beliau iaitu Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang agar masyarakat antarabangsa mengambil pendekatan diplomasi secara lebih menyeluruh dan tegas untuk menghentikan penindasan yang berlaku di Myanmar sekarang ini.

Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu juga turut memuji sikap kerajaan Malaysia dan Perdana Menterinya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak  yang mengambil pendirian yang berani dan tegas menentang kezaliman yang berlaku di Myanmar sekarang.
Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dihantar kepada pihak pejabat media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia cawangan Asia Tenggara  disini semalam.
Pada hari Ahad lepas dua tokoh penting Malaysia Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib Tun Razak berada di atas satu pentas dalam majlis Himpunan Solidariti Ummah menentang penindasan rakyat Rohingya mengecam penghapusan etnik yang sedang belaku di Myanmar sekarang.
Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi juga turut menghargai dan menyokong pendirian Pertubuhan Negara-negara Islam OIC yang turut mengecam penindasan ke atas rakyat muslim Myanmar dan desakan agar bantuan kemanusiaan dibenarkan untuk memasuki Myanmar dalam usaha menghulurkan bantuan kepada mereka yang tertindas .
Menurut beliau lagi, masyarakat Islam Rohingya di Arakan telah memeluk Islam sejak sekian lama iaitu sejak kedatangan para saudagar arab pada era zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rasyid lagi. Mereka memeluk Islam bukan disebabkan paksaan bahkan melalui akhlak yang mulia yang ditunjukkan oleh saudagar-saudagar Islam tersebut.

Salurkan sumbangan anda


“Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengistiharkan bahawa  hari Jumaat depan  sebagai Hari Membela Rakyat Rohingya , kami menyeru agar para khatib di seluruh dunia membicarakan tentang bantahan ke atas kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya” demikian tegas beliau dalam kenyataan tersebut .

Sumber: http://ulamasedunia.org/2016/12/09/sheikh-qaradawi-kecam-penyembelihan-etnik-rohingya-dan-seru-dunia-antarabangsa-dan-islam-contohi-pendirian-malaysia/

, ,

Syabas Pak Jamu 

Hj Jamuliddin Elias

Saya cukup tabik Pak Jamuliddin ni. Nama manis dia Pak Jamu. Timb Presiden Yayasan Amal. Kerja jual ikan dan buat caterer secara tak teratur. Hampir syahid dimuncung senapang tentera komando Israel semasa misi Flotila Mavi Marvara ke Gaza. Dalam bab misi kemanusiaan ni dia terkedepan sokmo, tanpa banyak soal. 

Dalam isu tangisan Rohingya pula, setiap minggu tidak menang tangan. Buat ceramah, forum dan kutipan dana. Kali ni beliau akan turut serta flotila bantuan ke Rohingya, jangka 10 January ni. 
Berikut jadual jelajah beliau ke utara tanah air. Jika sesiapa berminat nak panggil sila lah. Dan siapa nak derma pun dipersilakan. 

◾◾◾◾

CERAMAH DAN SLIDE SHOW📽

📌”ROHINGYA MENANGIS”

Oleh: HJ JAMULIDDIN ELIAS 

Timb Presiden Yayasan Amal Malaysia.
5/12 – Masjid Semeling, Merbok (slps maghrib)

6/12- Masjid Abrar Tmn Peruda (slps maghrib)

7/12- sp kedah 

8/12 – Masjid Tmn Selasih, Kulim (7:30 mlm)

0194111000 (hj Zulkifli)
*9 Disember – Jumaat*

1. Kuliah Maghrib – Masjid Seberang Jaya.
*10 Disember – Sabtu*

1. Kuliah Subuh – Masjid Jamek Tasek Gelugor

2. Sesi pagi – *kosong*

3. Sesi petang – Ziarah dan beri bantuan kepada komuniti Pelarian UNHCR Rohingya di Bagan Dalam.

4. Kuliah Maghrib – Masjid Pajak Song
*11 Disember – Ahad*

1. Kuliah Subuh – *kosong*

2. 9.00 pagi – Majlis Pelancaran Relawan Amal Pulau Pinang

3. Sesi petang – *kosong*

4. Kuliah Maghrib – Masjid Daerah Seberang Perai Utara
*Berkhidmat Untuk Kemanusiaan*

13/12/2016  conference bersama ngo Tan Sri Ali Rostam di UTM. 
24/12/2016 

Di Kota raja selangor 

Forum for Rohingya 

Negeri2 lain &  sahabat2 Boleh susun, pm dulu saya 0196644796. (jadual mesyuarat tak di nyatakan disini)

, ,

Air Mata Rohingya 

SEJARAH KONFLIK YANG MENIMPA ROHINGYA.

Arakan dulunya adalah sebuah negara berdaulat berada di bawah pemerintahan Raja Min Saw Mun yang beragama Buddha, tetapi mempunyai hubungan yang baik dengan pemerintah Mogul Islam di India (Bangladesh adalah sebahagian dari India waktu itu).
Raja Arakan ini menggalakkan ramai orang Islam dari Benggal untuk tinggal di negara Arakan dan mereka menjawat beberapa jawatan penting di dalam kerajaan dan memakmurkan tanah-tanah di Arakan kerana mereka mewarisi tamaddun yang lebih maju dan mempunyai pengetahuan yang lebih berbanding penduduk asal Arakan dalam bidang pentadbiran dan ekonomi. Maka ramailah orang-orang Islam yang tinggal di Arakan, dan mereka ini membentuk komuniti yang dipanggil Rohingya yang wujud sehingga hari ini.
Pada Tahun 1785, Raja Burma yang juga beragama Buddha menyerang Arakan dan menakluk wilayah tersebut dalam satu peperangan yang sangat kejam. Pembunuhan berleluasa dan ramai pelarian Rohingya terpaksa kembali ke wilayah Bengal. Wilayah Arakan kembali muram dan mundur dari sudut ekonomi.
Pada tahun 1826, British menakluk wilayah Arakan dari Raja Burma. Sekali lagi British membawa orang-orang Rohingya dari Bengal kembali ke Arakan untuk memakmurkan wilayah tersebut. Kemasukan semula orang-orang Rohingya ke Arakan di bawah pengawasan British ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan penduduk asal Rakhine beragama Buddha di Arakan. Maka konflik dan kebencian mula di semai. Orang Rakhine melihat kehadiran Rohingya sebagai usaha British merampas hak mereka di Arakan.Secara umumnya, masyarakat Rohingya pula mempunyai kedudukan ekonomi dan sosial yang lebih baik berbanding masyarakat Rakhine. Tidak banyak bezanya dengan sentimen orang-orang Melayu terhadap masyarakat Cina dan India di Tanah Melayu di zaman British. Seratus tahun British menguasai Arakan, masyarakat Rohingya menjadi semakin besar dan kukuh. Arakan sudah menjadi tanah kelahiran sebahagian besar masyarakat Rohing di wilayah itu.
Apabila British meninggalkan Arakan pada tahun 1942 akibat serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia ke-2, berlaku “power vacum” di Arakan. Komuntiti Buddha Rakhine dan Komuniti Islam Rohingya masing-masing menyerang dan saling berbunuhan bagi mengisi kekosongan kuasa politik. Oleh kerana komuniti Rohingya secara sejarahnya mempunyai hubungan yang baik dengan British, maka pihak Jepun lebih menyebelahi Rakhine. Masyarakat Rohingya tidak lagi dilindungi setelah British melarikan diri dan berhadapan dengan penyeksaan yang dahsyat. Puluhan ribu melarikan diri semula ke Bengal. Namun, masyarakat Rohingya sudah mencapai angka yang besar di Arakan.
Pada tahun 1962 Jeneral Ne Win merampas kuasa dari Raja Burma dan membentuk pemerintahan tentera di Burma. Masyarakat Rohingya mula menuntut kemerdekaan wilayah Arakan dari pentadbiran Yangoon. Jeneral Ne Win menumpaskan tuntutan ini dengan kejam. Masyarakat Rohingya menghadapi menindasan yang lebih dahsyat di bawah pemerintahan tentera. Bagaimanapun, keadaan ini kembali normal setelah gerakan menuntut kemerdekaan di kalangan masyarakat Rohingya berjaya di kekang.
Kebencian orang-orang Burma terhadap Rohingya kembali memuncak setelah Taliban yang memerintah Afghanistan bertindak memusnahkan patung Buddha di Afghanistan. Sentimen kebencian terhadap Islam semakin tersebar di kalangan penduduk Myanmar dan masyarakat Rohingya terpaksa menerima kesannya secara langsung. Semakin lama sentimen kebencian ini semakin membuak-buak dan pada tahun 1997, sentimen ini meletup dengan satu isu apabila seorang lelaki Rohingya di tahan kerana merogol seorang gadis Burma. Isu ini mencetuskan huru-hara dan pembunuhan di kedua-dua komuniti tersebut.
Sejak itu keganasan komuniti, serangan, pembunuhan berlaku secara berterusan ke atas masyarakat Rohingya dan pihak tentera mengambil sikap memusuhi masyarakat Rohingya. Malah kerajaan tentera Burma tidak mengiktiraf kewujudan masyarakat Rohingya di Arakan dan menafikan hak kerakyatan mereka. Masyarakat Rohingya adalah kelompok yang tiada kerakyatan, sepertimana penduduk Palestin, malah lebih teruk dari itu.
Hari ini, bagi rakyat biasa Myanmar, perkataan “Rohingya” itu sendiri adalah taboo. Menyebut perkataan Rohingya boleh menyebabkan pemimpin politik hilang sokongan. Kerajaan Burma tidak akan melayan sebarang dokumen yang tertulis perkataan Rohingya. Tidak ada pemimpin Burma yang cukup kuat untuk berhadapan dengan sentimen kebencian ke atas Rohingya di kalangan rakyat Burma. Apatah lagi di kalangan ekstrimis yang sememangnya mahu menghapus sama sekali masyarakat Rohingya dari Myanmar.
Dalam isu Rohingya, kerajaan baru yang dipilih secara demokrasi mengambil pendirian yang sama dengan junta tentera sebelumnya. Wakil diplomat dari PBB sendiri mengakui bahawa kerajaan Myanmar tidak ada kekuatan politik untuk menyelesaikan masalah kemanusiaan di kalangan Rohingya. Sentimen kebencian terhadap Rohingya di kalangan rakyat biasa Myanmar terlalu tinggi akibat proses penyebaran indoktrinasi yang sudah berlaku ratusan tahun.
Rohingya bagi rakyat Myanmar, adalah ibarat Yahudi bagi umat Islam. Begitulah perumpamaannya.
*أستَغْفِرُاللهَ الْعِٓظِيْم ?*

*اَللَّهُمَّ َّرٓبِّ يٓسِّروٓلآ تُعٓسِّرْ يا كريم*

*اَللَّهُمَّ رٓبِّ تٓمِّمْ بِالْخٓير ياأرحم الراحمين*

*ماشآءالله ٓلاَقُوَّةٓ إِلاَّبِااللهِ ْعٓلِىِّ الْعِٓظيُمِ*

*حَسبُناَ أللهُ وَنِعمَ ألوَكِيل نِعمَ ألمَولَى ونِعمَ النٌَصِير*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ وسَلاٌِم عََلى سيٌِدن مُحَمَّد ﷺ*

Sumber: Tidak dapat ditentukan sekarang.

, ,

Kempen Bantuan Musim Sejuk Syria

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) telah mengadakan Majlis pelancaran *Kempen Bantuan Pelarian Syria* _*Musim Sejuk*_ semalam dengan jayanya malam tadi di SABASUN 2 Gong Badak.

Majlis yang saban tahun di adakan ini yang mana tahun ini merupakan tahun ke empat telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak SABASUN Hyperuncit gong badak.
“Saya selaku Timbalan Pengerusi YAMCT, diamanahkan untuk mengumpul sebanyak mungkin dana bagi menyediakan alatan berupa pakaian sejuk, tilam, kit makanan, alat pemanas badan, bantuan persekolahan, dan waqaf al quran.” Kata Cikgu Fauzi Abu Samah
Untuk tujuan itu, Bermula dari sekarang satu kempen pengumpulan dana sumbangan seberapa banyak yang mungkin akan digerakkan dengan bantuan beberapa NGO lain bagi mencapai objektif utama program ini.
“Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada pemilik SABASUN Che Salmi Ibrahim dan para pelanggannya yang budiman, yang memberikan kepercayaan kepada kami, bagi melaksanakan misi yang mulia ini.”
Turut membantu YAMCT ialah SABASUN Hyperuncit, Majlis Pemuafakatan  Rakyat Terengganu, Pertubuhan Bantu Negeri Terengganu, Persatuan Alumni Syria, Kelab Moca Terengganu, Persatuan Pengguna Dungun dan Kelab Amatur Intelektual UMT.
Sesungguhnya pertelingkahan dan krisis perang di Syria yang berpanjangan, meninggalkan jutaan rakyatnya menjadi pelarian dan gelandangan.

Tanpa belas kasihan kita dan semua umat yang prihatin di seluruh dunia, anak-anak kecil yang tinggal di bawah khemah dalam cuaca yang amat sejuk, berdepan risiko maut.
Justeru saya menyeru dan merayu, kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan warga negeri Terengganu khususnya, ‘membantu kami untuk membantu mereka’.
Salurkan sumbangan kewangan tuan puan melalui akaun YAMCT Maybank Islamic atas nama ‘Amal Terengganu Dana Syuria’ No Akaun 5630 6413 1924.
Doa kami, agar Allah memberikan ganjaran yang setimpal kepada tuan puan yang menghulurkan bantuan dan kami memohon doa dari tuan puan, agar Allah memberkati usaha ini dan memberi kemudahan kepada gerak kerja ini.
Mohamad Fauzi Abu Samah

Pengarah Program

Blanket4Syrians

Edu4Syrians

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu

Tel/Whatsapp 0139238685

Email : mfauzi_72@yahoo.com

W: www.yamct.org.my

F: fb.com/AmalTerengganu

, ,

Hukum Qorban atas Orang Mati

Tulisan Ustaz Ahmad Tarmizi Taha berkait isu menjalankan sembelihan qorban semasa raya Haji berniatkan atas orang yang sudah meninggal dunia. Beliau adalah Pensyarah UniSZA. 
BERKORBAN UNTUK ORANG HIDUP

Tidak sah berkorban untuk orang yang masih hidup melainkan dengan izinnya. Namun begitu dikecualikan bapa atau datuk maka harus baginya berkorban untuk si anak atau si cucu dengan menggunakan harta bapa atau harta si datuk itu.

Adapun berkorban dan berniat pahala korban itu untuk orang lain yang masih hidup atau sudah mati maka itu dibolehkan. 

BERKORBAN UNTUK SI MATI

Menurut mazhab Shafei tidak sah berkorban untuk orang yang telah mati melainkan jika si mati itu berwasiat supaya dilakukan korban untuknya.hukum ini berdalilkan kepada hadis berikut:

عَنْ حَنَشٍ قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا يُضَحِّى بِكَبْشَيْنِ فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَوْصَانِى أَنْ أُضَحِّىَ عَنْهُ فَأَنَا أُضَحِّى عَنْهُ.

Maksudnya: _Dari Hanasy katanya aku pernah lihat Ali (RA) mengorbankan dua ekor kibas maka aku berkata kepadanya apa ini? ( mengapa korban dua ekor? ) jawab Ali (RA) sesungguhnya Nabi SAW berwasiat kepada aku agar aku berkorban untuknya, maka akupun berkorban untuk baginda._

Hadis riwayat Abu Daud
Kesimpulan 

*1. Jika arwah pernah berniat dan diwasiatkan untuk buat Qurban maka bolehlah waris membuat qorban diniatkan atas arwah.*

*2. Jika arwah tidak pernah pesan atau wasiat sedemikian, tidak sah. Kecuali waris melakukan qorban atas dirinya sendiri dan pahala qorban itu diniatkan kepada arwah (Perbuatan dan doa anak yang soleh akan terus menerus mengalir kepada ayh bonda yang sudah meninggal).*

Wallahuaklam

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli 

,

Tuliskan Niat Kami 

Sejak tahun 2009, saya turun menjalankan khidmat Qorban luar negara. Bermula dengan program Qorban di Mindanao selama 4 tahun berturut-turut dan kemudian Sudan bermula 2013. Seronok kerana dapat menabur khidmat di negara yang dhaif dan memerlukan ini. Layanan mereka superb. Yang terpenting adalah kami dapat memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat yang fakir lagi miskin. Contohnya di Basilan Mindanao, kami sempat melakukan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk. Walaupun hari raya, mereka menyambut dengan penuh kepasrahan. Sanggup beratur panjang kerana ingin mendapat khidmat perubatan dari kami. Mereka tidak mendapat khidmat sedemikian sepanjang hidup dek kerana kehidupan yang mendesak.


Di Kasalla dan Gardarif (Timur Sudan), kami tidak sempat menjalankan khidmat kesihatan kerana tugasan utama adalah untuk menyembelih ternakan qorban. Masa tiga hari di sana digunakan sepenuhnya sampai malam hari. Penat, tapi puas hati kerana dapat melunaskan amanah yang diberikan oleh para peserta yang masuk bahagian Qorban dengan kami. Kesemuanya dilakukan sendiri oleh delegasi YAMCT. Saya pun bertukar profesion dari doktor kepada tukang sembelih lembu. Jika dikampung sendiri, ketar tangan juga nak menyembelih; tetapi di Sudan memberanikan diri menjadi tukang sembelih. Alah bisa tegar biasa.
Tahun ini juga akan ke sana sekali lagi bagi memberi khidmat terbaik buat para pelarian Sudan, Erithria dan Somalia. Mereka hanya dapat merasai daging setahun sekali. Menunggu dengan penuh pengharapan kedatangan kami. InshaAllah saya akan tunaikan permintaan mereka sejujurnya. Doakan saya. Terima kasih kepada para peserta yang berminat untuk menyertai bahagian lembu atau Kambing Qurban ini.
#QorbanSudan #AmalWorld

, , ,

Fakta Gaza, Palestin yang dilupakan

image

Artikel | 20 Julai 2014.

PERJUANGAN rakyat Gaza mempunyai sejarah tersendiri. Namun mereka semua adalah sebahagian dari kita. Perjuangan rakyat Gaza tidak ada waktu tidur, mereka terus bersiap sedia untuk membebaskan diri dari penjajahan di bumi sendiri.

Berikut adalah fakta-fakta yang mungkin dilupai oleh kita semua:

1. Tanggal 15hb Mei 1948, Yahudi berjaya menakluki Palestin dan menubuhkan negara haram Israel. Dunia semua menyaksikan kemelut ini, akan tetapi membisu kerana Israel telah memakan jiwa-jiwa mereka dan menusuk jarum kebencian kepada Islam. Rentetan dari itu Segenting Gaza terbentuk.  Gaza telah diserang oleh Israel pada tahun 1967 dan pernah sejak itu Israel secara haram menduduki Gaza.

2. Gaza dikelilingi pada tiga sempadannya oleh Israel. Sempadannya disekat ketiga-tiga belah pihak oleh tentera Israel, tentera laut dan sebelah oleh Mesir. Tentera Mesir bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa dan pemantauan Israel dan PBB menghalang kemasukan mana-mana badan ke Gaza. Jadi Gaza adalah benar-benar penjara besar di mana kapal terbang tidak boleh masuk tanpa kebenaran Israel. Kapal laut tidak dibenarkan berlabuh.

3. Gaza tidak mempunyai pelabuhan laut (pelabuhan nelayan ada, tetapi terhad sekitar 5 batu nautika sahaja) atau lapangan terbang atau stesen kereta api.

4. Penduduk Gaza tidak boleh meninggalkan Gaza kerana ramai mereka tidak mempunyai pasport. Pasport diluluskan secara terhad. Tambahan pula terdapat pusat pemeriksaan Israel di setiap sempadan. Juga tidak ada dari mana-mana negara boleh memasuki Gaza tanpa kebenaran Israel. Kebenaran memasuki Gaza terlalu ketat. Ahli politik negara-negara yang kuat pun telah dinafikan memasuki Gaza oleh Israel. Gaza adalah suatu tempat yang benar-benar terpisah dari seluruh dunia.

5. Setiap komoditi kegunaan harian datang melalui pusat-pusat pemeriksaan Israel. Malah susu, Ubat-ubatan, gandum semua barang harian datang melalui Israel. Sistem kewangannya adalah dikawal oleh Israel dimana mata wangnya shekel. Israel mengenakan caj cukai ke atas semua barang dan akan melalui tempat pemeriksaan.

6. Gaza adalah seperti penjara besar. Ia adalah negara di bawah penyisihan dunia. Tentera Israel mengganggu dan menghina rakyat Gaza setiap hari sebagai rakyat Gaza  berjawatan dalam kerajaan.

7. PBB telah menggesa Israel banyak kali untuk membuang undang-undang penyisihan rakyat Gaza dan ianya menyalahi undang-undang di Gaza tetapi Israel tidak pernah mendengar PBB. Mereka menganggap makhluk selain dari bangsa Yahudi adalah binatang. Lebih daripada 50 resolusi yang telah diluluskan oleh PBB terhadap Israel tetapi Amerika Syarikat sentiasa di sebelah Israel, menyebabkan mereka semakin angkuh.

8. Makanan dan keperluan sentiasa berkurangan di Gaza kerana sekatan import makanan oleh Israel. Kedai tidak mempunyai bekalan yang cukup, hospital tidak mempunyai ubat yang mencukupi dan ubat penting tiada. Kuasa letrik adalah terhad, petrol dan gas adalah dalam kekurangan juga. Inflasi tertinggi di dunia adalah di Gaza. Kemiskinan yang semakin meningkat pada kadar yang paling tinggi juga.

9. Tiada doktor atau peralatan khusus untuk merawat kecederaan serius atau penyakit dalaman di mana-mana hospital. Sejak berlaku perang, Israel menyerang menggunakan bom. Orang awam yang tidak bersalah tercedera semasa pengeboman. Hak kemanusiaan untuk keluar merawat tetapi tentera Israel tidak membenarkan dengan mendesak Mesir berbuat demikian. Oleh itu, luka-luka yang boleh dirawat menjadi lebih teruk dan cedera semakin parah menjadikan mereka cacat untuk sepanjang hidup mereka.

10. Masyarakat dunia berkembang maju dan kaya, namun rakyat Gaza telah menjadi pengemis dan menjadi banduan di negeri sendiri. Anda bayangkan trauma penghinaan gangguan sakit hati orang-orang yang telah menyerang dan menawan serta menjadi hamba di negara sendiri?

11. Mereka telah berjuang untuk kemerdekaan mereka sejak hampir 50 tahun. Dengan setiap hari yang berlalu Israel membina penempatan baru bagi warga Israel di tanah jajahan baru mereka. Setiap hari yang berlalu dengan penuh harapan agar merdeka, harapan untuk hidup kehidupan yang normal seperti mana-mana manusia lain menjadi samar. Setiap malam mereka tidur dalam kesakitan dan setiap pagi mereka bangun dengan kesedihan.

Dalam alasan mahu rundingan damai Israel sebenarnya melambatkan kebebasan mereka. Israel setiap hari menjajah tanah mereka dengan membina rumah baru Israel dan penempatan. Rakyat Palestin tahu ini dan mereka menontonnya tanpa daya. Sama seperti kambing yang berhati singa makan kanak-kanak tetapi tidak boleh berbuat apa-apa walau air mata darah tumpah sekalipun. Dengan askar Israel mengganggu mereka, mengutuk mereka, menyalahgunakan mereka mengejek mereka, mencederakan mereka, membunuh mereka setiap hari di negeri mereka sendiri, semua rakyat Palestin boleh lakukan ialah menonton dan menangis.

12. Apakah pilihan dan solusi yang anda ada sekarang? Kita disuap oleh media barat  yang berasa seolah-olah rakyat Gaza lah yang menceroboh Israel dan Israel sedang berjuang untuk kebebasan rakyatnya. Supaya orang hanya boleh mengutuk dan menyalahkan penduduk Gaza. Bolehkah anda cuba untuk merasa kesengsaraan dan ketidakupayaan mereka? Kita tidak boleh bayangkan perbelanjaan walaupun satu hari dalam penjara yang dipanggil Gaza dan mereka yang tinggal di sana setiap hari…

Silalah bangkit wahai umat untuk Gaza demi kemanusiaan sejagat!

Penulis ialah Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia.

, ,

Bantuan dan Khidmat Sukarela : Pengalaman Amal Malaysia

image

Oleh : Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM). [Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM]

Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar secara sah telah ditubuhkan pada 30 Mei 2001. Berbekalkan semangat dan slogan ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah’, ia bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah. Suatu yang menarik, Amal Malaysia bergerak atas paksi Islam dengan menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara khususnya dan di peringkat antarabangsa umumnya. Justeru, ia bukan bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. Ini kerana melalui amal kebajikan, anggota Amal Malaysia berhadapan terus dengan ahli masyarakat dan kesempatan itu diambil peluang untuk menggunakan kemahiran berdakwah secara personaliti serta amalan. Pendekatan berkhidmat sambil berdakwah adalah pendekatan yang terpuji bagi menonjolkan kesyumulan dan keluasan Islam. Secara jelas, kebaktiannya diterima oleh masyarakat setempat dan antarabangsa tanpa sebarang prejudis. Ini kerana Amal Malaysia tidak terikat dengan keterbatasan ruang lingkup yang sempit serta tidak dibatasi oleh sempadan geografi dan juga keterikatan bangsa dan agama. Gerak kerjanya termasuklah misi bantuan, perubatan, pendidikan dan dakwah, latihan, penyelidikan, pembangunan remaja, penerbitan dan hubungan luar. Skop amalnya di dalam dan luar negara. Penglibatan dalam negara terbukti ketika membantu mangsa Tsunami di Kedah dan Pulau Pinang, menggerakkan pasukan bantuan mangsa banjir di Johor, Kedah dan negeri-negeri lain serta bantuan penduduk miskin dan ditimpa musibah di Sabah, Sarawak dan seluruh negara. Begitu juga bantuan kemanusiaan di luar negara seperti di Acheh, Jogjakarta, Mindanao, Kemboja, Kashmir, Pakistan, Sri Lanka, Iran, Lubnan, Palestin dan sebagainya. Pengalamannya banyak. Pengalaman ini memberi makna yang besar kepada kita. Termasuk juga untuk terlibat sama.

 

 

ORGANISASI BANTUAN DAN KHIDMAT SUKARELA : PENGALAMAN AMAL MALAYSIA

Oleh :
Najahudin Lateh (Pensyarah UiTM)
Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Wahyu Asas Tamadun Islam pada 29-29 Julai 2009 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), anjuran Fakulti Pengajian al-Quran & al-Sunnah, USIM

Abstrak

Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia) merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar secara sah telah ditubuhkan pada 30 Mei 2001. Berbekalkan semangat dan slogan ‘Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah’, ia bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah. Suatu yang menarik, Amal Malaysia bergerak atas paksi Islam dengan menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara khususnya dan di peringkat antarabangsa umumnya. Justeru, ia bukan bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. Ini kerana melalui amal kebajikan, anggota Amal Malaysia berhadapan terus dengan ahli masyarakat dan kesempatan itu diambil peluang untuk menggunakan kemahiran berdakwah secara personaliti serta amalan. Pendekatan berkhidmat sambil berdakwah adalah pendekatan yang terpuji bagi menonjolkan kesyumulan dan keluasan Islam. Secara jelas, kebaktiannya diterima oleh masyarakat setempat dan antarabangsa tanpa sebarang prejudis. Ini kerana Amal Malaysia tidak terikat dengan keterbatasan ruang lingkup yang sempit serta tidak dibatasi oleh sempadan geografi dan juga keterikatan bangsa dan agama. Gerak kerjanya termasuklah misi bantuan, perubatan, pendidikan dan dakwah, latihan, penyelidikan, pembangunan remaja, penerbitan dan hubungan luar. Skop amalnya di dalam dan luar negara. Penglibatan dalam negara terbukti ketika membantu mangsa Tsunami di Kedah dan Pulau Pinang, menggerakkan pasukan bantuan mangsa banjir di Johor, Kedah dan negeri-negeri lain serta bantuan penduduk miskin dan ditimpa musibah di Sabah, Sarawak dan seluruh negara. Begitu juga bantuan kemanusiaan di luar negara seperti di Acheh, Jogjakarta, Mindanao, Kemboja, Kashmir, Pakistan, Sri Lanka, Iran, Lubnan, Palestin dan sebagainya. Pengalamannya banyak. Pengalaman ini memberi makna yang besar kepada kita. Termasuk juga untuk terlibat sama.

PENDAHULUAN

Di Malaysia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah berjaya muncul menjadi satu institusi yang dekat di hati rakyat. Khidmat masyarakat dan bantuan sukarela dapat dilihat dan boleh dibanggakan. Ini meliputi perkhidmatan di dalam negara dan lebih membanggakan perkhidmatan mereka juga merentas benua dan dunia. Sebutlah apa sahaja nama NGO Malaysia, pasti ada makhluk di dunia ini yang kenal dengan Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia), MERCY Malaysia, Aman Palestin, Muslim Care, Global Peace, Islamic Relief, Yayasan Salam dan sebagainya.

Justeru, kertas ini akan melihat perkembangan dan pengalaman Amal Malaysia dalam merencanakan khidmat amal mereka, sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa. Perlu dinyatakan, informasi tentang organisasi ini tidak terdapat dalam bentuk buku, prosiding atau jurnal penerbitan. Semua data dalam tulisan ini kebanyakannya dipungut daripada bahan primier seperti undang-undang tubuh, laporan tahunan, minit mesyuarat, ucap utama presiden, wawancara dan keratan-keratan akhbar. Secara umum, keseluruhan cacatan ini merujuk kepada wawancara yang dibuat dengan presiden dan beberapa jawatankuasa tertingginya.

SEJARAH PENUBUHAN

Cadangan penubuhan Amal Malaysia dicetuskan oleh presidennya sendiri, Hj. Husin Ismail melalui kertas cadangan penubuhannya pada tahun 2001. Hasil perbincangan, kerjasama dan buah fikiran beberapa kalangan aktivis masyarakat seperti Hj Jamuliddin Elias (Timbalan Presiden), Hj. Othman Sodikin (Ahli Jawatankuasa), Raja Iskandar Raja Ahmad, Abd Hamid Seman (Ketua Setiausaha) dan lain-lain lagi telah mencetuskan penubuhan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dinamakan Yayasan Amal Malaysia (Amal Malaysia). Pada 30 Mei 2001, penubuhannya telah disah dan didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan dengan nombor rujukan 514 beralamat di no. 484, Jalan Sultan Mahmud, Gong Kapas, Kuala Terengganu. Kemudian Amal Malaysia dikembangkan ke seluruh negeri hinggalah mempunyai 14 cawangan dengan pendaftaran Amal Sarawak sebagai cawangan yang terakhir pada 2008. Untuk memudahkan urusan pentadbiran dan tuntutan semasa, mulai 21 Ogos 2008, pejabat induk dan pusat operasinya dipindahkan ke 127-2 A, Jalan SBC 1, Taman Sri Batu Caves, Selangor.

Sejak itu, Amal Malaysia mula bergerak menabur bakti, mencipta rentak dan irama ke pelusuk negara dan dunia. Sehingga kini, ia mempunyai lebih daripada 2,000 orang ahli sukarelawan berdaftar. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan – Beramal Kerana Allah” (Working for Humanity – Serving God) serta kegigihan semangat dan kerja sahabat relawan, Amal Malaysia telah berjaya menampilkan imej baik kepada agama dan menyumbang nama baik kepada negara di peringkat internasional. Aktiviti terasnya adalah melakukan misi kemanusiaan meliputi derma darah, khidmat masyarakat, bantuan perubatan, motivasi remaja, pelajar, ibadat korban dan akikah.

Suatu keistimewaan Amal Malaysia adalah gerak kerjanya berpaksikan Islam. Ini jelas dalam visinya, iaitu ‘Menjadi sebuah pergerakan sukarelawan kemasyarakatan dan kemanusiaan yang cemerlang pilihan generasi baru yang berteraskan Islam.’ Menurut Hj. Husin, Amal Malaysia bukan sahaja bergerak atas nama amal kebajikan semata-mata tetapi juga sebagai pendakwah. Ini kerana melalui amal kebajikan, anggotanya berhadapan terus dengan ahli masyarakat, kesempatan ini mesti diambil peluang untuk menggunakan skill berdakwah kepada mereka. Baginya, pendekatan berkhidmat sambil berdakwah adalah pendekatan yang terpuji yang wajar dicontohi. 

ORGANISASI GERAK KERJA

Amal Malaysia mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan dwi tahunan. Sejak penubuhan hingga sekarang, sudah lima kali mesyuarat ini diadakan. Undang-undang tubuhnya mencatatkan mesyuarat agung perwakilan mesti memilih Ahli Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada seorang presiden, seorang timbalan presiden, tiga orang naib presiden, dan enam orang ahli jawatankuasa.  Selain itu, Amal Malaysia membahagikan gerak kerjanya kepada 10 biro. Setiap biro mempunyai pengerusi dan ahli jawatankuasa masing-masing. 

Struktur organisasinya adalah seperti berikut :
Presiden

Timbalan Presiden

Naib Presiden I    Naib Presiden II    Naib Presiden III

Ketua Setiausaha            Bendahari Pusat

Pen. Ketua Setiausaha I    Pen. Ketua Setiausaha II

Biro Hubungan Luar Antarabangsa              Biro Pembangunan & Logistik 
Biro Kemanusiaan & Relief            Biro Penyelamat 
Biro Perubatan & Kesihatan            Biro Kemasyarakatan
Biro Pembangunan Wanita & Keluarga    Biro Pembangunan Belia
Biro Pendidikan, Latihan & S. Manusia    Biro Ekonomi & Kewangan 
Biro Penerangan & Penerbitan        Biro IT & Website        

Setiap cawangan negeri pula mempunyai struktur organisasi yang terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, tiga Naib Pengerusi, Setiausaha, dua Penolong Setiausaha, Bendahari dan enam ahli Jawatankuasa. Suatu yang menarik, Amal Malaysia juga memberi peruntukan wajib dalam organisasi kepada wanita, iaitu Timbalan Pengerusi III diperingkat pusat, Timbalan Ketua Setiausaha II diperingkat negeri dan diwujudkan Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Di pejabat pusat, Amal Malaysia telah melantik seorang pegawai sepenuh masa dan dua orang pegawai separuh masa untuk berkhidmat di situ. Agak menarik, bayaran gaji kepada staf serta sewaan bulanan pejabat di Batu Caves sebenarnya dibiayai oleh individu tertentu. Tugasan staf pejabat berbayar ini dibantu pula oleh beberapa pegawai dan sukarelawan Amal Malaysia yang tidak bergaji. Malah, sebahagian besar sukarelawan yang berkhidmat dalam misi kemanusiaan di dalam dan luar negara menggunakan wang poket sendiri, khususnya perbelanjaan pengangkutan ke tempat misi.

KEWANGAN DAN SUMBANGAN

Kepekaan pelbagai pihak terhadap nasib serta bencana yang menimpa umat menyebabkan ramai pihak menjadikan Amal Malaysia sebagai orang tengah untuk diberikan sumbangan. Ini terbukti dengan jumlah derma yang banyak diterima, sama ada berbentuk mata wang atau barangan. Selain itu, ia juga menerima sumbangan material dan kepercayaan daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan, ahli korporat, institusi kerajaan, swasta, sekolah, institut pengajian tinggi dan sebagainya. 

Menurut Hj. Husin, cawangan Amal Terengganu sahaja dapat mengutip sumbangan orang ramai sebanyak RM 350,000 untuk digunakan dalam misi kemanusian. Malah, Amal Malaysia sendiri mendapat kepercayaan kerajaan sebagai pengantara untuk menyalurkan sumbangan mencecah jutaan ringgit kepada pihak yang menerima musibah. Ketika musibah banjir besar di Johor pada akhir 2006, ia telah diamanahkan oleh Kerajaan Kelantan untuk mengagih-agihkan bantuan berjumlah RM 1 juta kepada penduduk yang terlibat. Amal Malaysia juga mendapat sumbangan RM 1 juta daripada Kerajaan Selangor, iaitu setengah juta untuk mangsa banjir di China dan pelarian Mindanao dan setengah juta lagi sumbangan kepada penduduk Gaza, Palestin. Lembaga Zakat Selangor juga memberi sumbangan sebanyak RM 1 juta yang disampaikan sendiri oleh DYMM Sultan Selangor untuk diagihkan kepada penduduk Palestin. 

Pemberian kewangan yang besar sebegini membuktikan kepercayaan pelbagai pihak, termasuk pihak kerajaan terhadap Amal Malaysia supaya sumbangan tersebut terus kepada sasaran. Begitu juga ia merupakan antara 13 NGO Malaysia yang diperakukan oleh Kementerian Luar Negara sebagai wakil kerajaan untuk menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia melalui projek khidmat masyarakat di bumi Gaza. Bagi Amal Malaysia, ia telah diamanahkan bersama NGO Haluan dan Dewan Pemuda Masjid Malaysia untuk menyediakan pemasangan ‘tube well’ bekalan air bersih untuk penduduk Gaza. Projek ini juga melibatkan beberapa NGO Palestin yang diiktiraf kerajaan di sana. Perjanjian untuk projek tersebut telah ditandatangani dengan disaksikan oleh Menteri Luar yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM 2 juta dan perlu diselesaikan dalam tempoh tiga tahun. Bagi pihak Amal Malaysia sendiri, seorang pengurus tetap untuk projek tersebut telah dilantik dan akan berada di Gaza hingga ia disiapkan. Namun, projek ini sehingga kini masih belum dimulakan kerana masalah sekatan sempadan yang dikenakan untuk memasuki Gaza. Sumbangan ini adalah suatu amanah bagi memastikan sumbangan rakyat Malaysia diberikan sepenuhnya untuk kegunaan rakyat Palestin yang memerlukannya. 

PENGALAMAN DALAM NEGARA

Dalam menjalankan aktiviti amal ke pelusuk negara dan dunia, Amal Malaysia menjadikan kebajikan dan relief sebagai teras utama kegiatan. Kegiatan dalam negara terutama mendampingi masyarakat melalui program amal dijalankan mengikut perancangan cawangan-cawangan negeri. Ia bermula dengan kerja-kerja kebajikan seperti program kempen derma darah, gotong-royong, Program ‘Sekampit Beras Sekilo Gula’ dan sebagainya. Program korban akikah, berkhatan, motivasi pelajar, ziarah amal ke hospital, pusat anak yatim, perkampungan pendalaman dan sebagainya sudah menjadi rutin aktiviti Amal Malaysia di seluruh negara. 

Kemampuan sukarelawannya bergerak agak menonjol terutama apabila berlakunya bencana dengan mengambil beberapa langkah dan tindakan pantas seperti menubuhkan sekretariat dan kerahan relawan contohnya membantu mangsa tsunami di Kuala Muda, Kedah dan Pulau Pinang, serta menggerakkan pasukan bantuan membantu mangsa banjir di Kedah, Shah Alam, dan bencana ribut di Kapar, Selat Klang dan sebagainya. Dalam tragedi banjir besar di Johor, Amal Malaysia yang diberi kepercayaan oleh kerajaan Kelantan dan rakyatnya bagi mengagihkan peruntukkan RM 1 juta telah mempamerkan khidmat yang cukup cemerlang dalam tragedi ini. Petugas-petugasnya bukan sahaja membantu dalam aspek kemudahan material dan pengangkutan semata-mata, malahan turut memberi khidmat rawatan perubatan percuma serta memberi motivasi kepada mangsa.

Amal Malaysia melalui Biro Kesihatan dan Perubatan juga telah berjaya mendaftarkan ratusan tenaga relawan medik dan paramedik bagi menjalankan program perubatan cergas dan pantas di seluruh negara. Ia membabitkan Program Rawatan Perubatan Percuma, Program Khitan, Program Ceramah Kesihatan dan lain-lain. Malah, sebahagian cawangan seperti Amal Terengganu menjadikan program ini sebagai rutin mingguan atau bulanan. Sehingga kini, biro tersebut telah mempunyai sebuah ambulan bergerak (mobile clinic) yang lengkap dengan segala kemudahan yang disumbangkan oleh seorang tokoh korporat. 

Aktiviti Amal Malaysia tidak hanya berorientasikan kebajikan semata-mata, tapi ia juga bergerak atas kesedaran dakwah yang tinggi. Baginya, amal kebajikan merupakan sebahagian daripada dakwah dalam bentuk Lisanul Hal. Pelbagai misi kemanusiaan dan dakwah telah dilakukan seperti ke Pulau Ketam, ke pendalaman Sabah dan Sarawak. Fokus di tempat sebegitu lebih tertumpu di bidang dakwah, kebajikan dan perubatan. Selain itu, program Kembara Dakwah khususnya di Sabah dan Sarawak diadakan pada setiap cuti panjang sekolah. Sukarelawan Amal Malaysia ini akan masuk ke kawasan luar bandar dan pendalaman dan tinggal di sana dua atau tiga minggu. Ini sesuatu tempat sasaran itu, pelbagai program kemasyarakat dan kebajikan diberikan kepada penduduk. Progam ini menerima sokongan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (JAKIM) cawangan dan Jabatan Agama Islam Negeri.

Suatu yang agak istimewa yang perlu dicatatkan di sini adalah program kebajikan dan dakwah Amal Malaysia di Sabah. Program yang dianggap besar dan pertama di situ ialah program kampung angkat di Kg. Luanti, Ranau, Sabah. Masjid yang sebelum ini hanya menjalankan rutin solat berjamaah pada waktu-waktu tertentu telah dijadikan pusat khidmat masyarakat kampung tersebut. Kegiatan Amal Malaysia di sini berpusat di masjid dan kegiatannya melibatkan semua anggota masyarakat. Kini Kg. Luanti menjadi cukup menyerlah hingga kesan dari program di situ, sudah ada beberapa keluarga bukan Islam telah memeluk Islam. Pengalaman manis menjalankan aktiviti di Kg. Luanti, mendorong Amal Malaysia cawangan Sabah mengembangkan kegiatan kampung angkat ke Kg. Nunuk Ragang, Kg. Kayu Putih, Kg. Nopong, Ranau, Kg. Letigi, Kota Belud, perkampungan Kiulu, pendalaman Pitas, Kg. Kiansom, Kota Kinabalu dan sebagainya. Aktiviti tahunan seperti ziarah, korban dan akikah diadakan dengan kerjasama penuh JAKIM cawangan Sabah.

Selain itu, Amal Malaysia Sabah cukup kreatif dan inovatif, Program konvoi kembara diaturkan di Sabah dengan melibatkan para pendakwah dan doktor. Program ini juga diterima baik oleh masyarakat setempat. Bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat mengenai Islam dan isu-isu berkaitan, sebuah Islamic Information Centre (IIC) sudah dibuka di Pitas, sebuah kawasan pendalaman Sabah. Amal Malaysia juga merancang untuk menjadikan Sabah sebagai pusat kerja bagi wilayah Malaysia Timur dan seterusnya menjadi pusat kebajikan dan dakwah bagi kawasan jiran seperti Filipina, Kalimantan dan sebagainya pada masa yang akan datang.

PENGALAMAN ANTARABANGSA

Lonjakan khidmat masyarakat Amal Malaysia ke persada antarabangsa bermula selepas berlaku peristiwa tsunami di Acheh pada 26 Disember 2004. Ia terpanggil untuk menghantar sukarelawan yang pertama ke sana dua hari kemudian. Amal Malaysia merupakan antara NGO luar yang terawal tiba ke lokasi bencana tersebut. Malah, ia merupakan pihak yang bertama membina hospital lapangan yang pertama di kawasan bencana di sana, iaitu di Lamlagam, Bandar Acheh dengan nama Hospital Lapangan Darul Iman, Kemudian, operasi ini diperluaskan ke Meulabuh, Acheh Barat. Amal Malaysia juga menjadi relawan pertama bersama Komiti Kemanusiaan Indonesia (KKI) tiba di kawasan paling teruk dilanda bencana di Kecamatan Samutioga dan terus berperanan di sana sehingga sekarang. Operasi di sana diperkemas dengan pembinaan Pusat Anak Yatim bernilai sekitar RM 400,000 di Desa Chot Darat dan sebuah masjid bernilai RM 250,000. Pusat ini diwujudkan dengan perjanjian dan usahasama dengan pimpinan Gabenor Acheh.

Sebanyak 14 misi dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dihantar ke Acheh dengan hampir 400 sukarelawan terlibat. Misi ini mendapat kerjasama intim bersama Muslim Aid United Kingdom (UK), KKI, Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan NGO-NGO Malaysia serta antarabangsa. Sumbangan kewangan, makanan, pakaian dan sebagainya daripada rakyat Malaysia berjaya disampaikan oleh Amal Malaysia kepada penduduk Acheh. Dua buah klinik bergerak beroperasi aktif di Bandar Aceh dan Meulabuh, Acheh Barat sehingga kini. Selain di Acheh, Amal Malaysia juga menghantar misi bantuan tsunami di Sri Lanka Selatan khususnya di Hambantota dan Kirinda.

Bermula dengan operasi di Acheh, Amal Malaysia hampir tidak pernah terlepas daripada terlibat dengan semua misi kemanusiaan ke kawasan bencana di kawasan serantau dan Asia. Pengalaman di Aceh tersebut mendorongnya yakin untuk aktif di lokasi bencana besar. Pada Ramadhan 2005, dunia dikejutkan dengan gempa bumi terbesar di Pakistan dan Kashmir. Sekali lagi sukarelawan Amal Malaysia turun ke Balakot, Muzafarabad, Bhar di Pakistan dan Khasmir. Belum selesai di Pakistan dan Kashmir, mereka kemudiannya bergegas ke Iran apabila berlaku gempa di Bham. Ini diikuti dengan bantuan bencana letupan Gunung Merapi di Jogjakarta, gempa bumi di Jawa Barat, Padang Sumatera Utara dan taufan Sidr, Bangladesh. 

Selain itu, misi kemanusiaan juga berbentuk ibadat akikah dan korban telah dilakukan di Kemboja, Vietnam, Myanmar, Bangladesh, Sierra Lione, selatan Thailand dan Mindanao. Di Kemboja, program ini dimulakan sejak tahun 2005 dengan mendapat kerjasama penuh daripada Cambodian Muslim Development Foundation. Program ini disepadukan pula dengan program kesihatan, perubatan dan khitan. Apabila berlaku peristiwa serangan keganasan penuh dengan sifat kebinatangan Israel di Lubnan, Amal Malaysia turut menghantar dua misi perubatan dan kemanusiaan bagi membantu mangsa keganasan perang di Lubnan. Malah, pada peringkat awal ia adalah di antara satu-satunya NGO dari Asia yang berjaya tiba memberi bantuan ke situ.

Kemudian, Amal Malaysia juga terlibat membantu mangsa taufan Narjis di Myanmar. Belum selesai di Myammar, telah berlaku gempa bumi di wilayah Sichuan, China. Malah, ia merupakan satu-satunya wakil daripada Malaysia yang tiba ke daerah Guang Yuan, 200km dari bandar Chengdu, ibu negeri wilayah Sichuan pada peringkat awal dan pulang hanyalah selepas ketibaan pasukan perubatan ATM. Pada ketika yang sama, dunia dikejutkan pula dengan serangan Israel ke bumi Gaza, Palestin. Amal Malaysia terus menghantar misi kemanusiaan ke sana dengan tumpuan kepada bantuan penyedian bekalan air, bantuan kepada kilang roti dan membaiki pusat pendidikan. Di Sudan pula, Amal Malaysia telah menerima jemputan daripada pihak sukarelawan tempatan untuk melaksanakan misi kemanusiaan di Darfur, iaitu setelah pihak berkuasa Sudan menghalau 13 NGO luar yang dikatakan mempunyai misi Kritianisasi.

Ketika itu juga berlaku peristiwa peperangan dan pertempuran yang berlarutan di Mindanao, Filipina selepas pembatalan perjanjian perdamaian antara pejuang Bansamoro dengan Kerajaan Filipina yang membabitkan 500 000 pelarian Mindanao (Internally Displaced Persons) di bumi sendiri. Amal Malaysia telah berjaya melaksanakan tiga misi, termasuk satu misi kerjasama perubatan dengan International Monitoring Team (IMT) di bawah pimpinan ATM. Selain itu, ia juga melaksanakan ibadat korban dan akikah di sana dengan fokus di daerah Cotabato dan Marawi. 80 ekor kambing dan 35 ekor lembu telah dikorbankan dalam program tersebut pada tahun 2008. Dari aspek jangka panjang, Amal Malaysia mengfokuskan dua lokaliti dalam memberikan sumbangan kemanusiaan secara berterusan, iaitu di Mindanao dan di Palestin. 

AGENDA MASA DEPAN

Menurut Hj. Husin, terdapat beberapa agenda masa depan Amal Malaysia ke arah memperkasa gerakan bantuan sukarela nusantara dan organisasinya sendiri, antaranya :

(i)    Solidariti NGO Bantuan Sukarela
Setakat sekarang penglibatan Amal Malaysia dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan mendapat dokongan pelbagai pihak, sama ada agensi kerajaan, swasta atau pertubuhan-pertubuhan. Selain itu, kerjasama erat dengan NGO bantuan sukarela tempatan, nusantara serta antarabangsa begitu menggalakkan. Justeru, Amal Malaysia dalam rangka kerja mengadakan sekretariat NGO sukarelawan Malaysia, himpunan NGO sukarelawan antarabangsa di Kuala Lumpur dan mengetuai satu meja bulat NGO Islam rantau Asean dan Asia Selatan. Fokus awal pakatan yang dinamakan Islamic Charity Forum ini adalah gerak kerja membantu rakyat Mindanao secara lebih tersusun. Di peringkat tempatan, ia juga memberi perhatian untuk mengajak semua NGO Islam tempatan supaya bersama-sama melaksanakan misi kemasyarakat di Sarawak dan Sabah. Ini dimulai sendiri oleh Amal Malaysia pada awal 2009 dengan pembentukan jawatankuasa ke arah penubuhan sekretariat Borneo Islamic Centre (Bismic), iaitu suatu institusi khidmat masyarakat untuk menjana fizikal dan spiritual masyarakat di sana. 

(ii)    Pembinaan Pusat Latihan Amal (PULA)
Amal Malaysia sebenarnya telah memiliki sebidang tanah seluas dua ekar di Sayung, Kuala Kangsar, Perak. Lebih satu ekar tanah ini telah diwakafkan oleh seorang ahli sukarelawan Amal Malaysia dan sebahagian lagi telah dibeli. Tanah ini dirancang untuk dibangunkan sebuah pusat latihan kemanusiaan yang mengandungi asrama lelaki dan perempuan, dewan seminar, dewan makan, surau, padang kawad dan kuarters pekerja yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM 1.65 juta. Sehingga hari ini, jawatankuasa pengurusan pembinaan pusat tersebut sudah dibentuk. Pusat ini akan berperanan membentuk pembangunan remaja dan belia, di samping boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak. Amal Malaysia bercita-cita menjadi platform perbagai pihak tanpa mengira ras, ideologi, fahaman politik, jantina dan sebagainya. Ini disalurkan melalui ahli sukarelawan yang terbuka kepada semua. Malah, ia juga berhasrat mengumpulkan ramai sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai kepakaran seperti perubatan, penyelamat dan pendakwah.

(iii)    Amal Charity Shoppe
Amal Charity Shoppe adalah suatu program asas kemanusian yang sedang diuji oleh Amal Malaysia. Konsepnya adalah ia menjadi pusat pengumpulan bahanan keperluan yang didermakan, sama ada barang lebihan atau baru. Pada masa yang sama, barangan tersebut juga dijualkan semula kepada orang awam untuk tujuan derma. Program ini secara tidak langsung akan mengeratkan hubungan kerjasama antara penyumbang, pembeli dan penerima dalam menjana ekonomi. Projek ini secara umumnya diadaptasikan daripada pengalaman dan kejayaan Oxfarm International dalam membiayai kos pengurusannya dengan mengendalikan program sebegini. Sekarang di peringkat percubaan di cawangan Amal Terengganu dan menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak. Program ini akan dilancar di pusat dan diperluas ke setiap cawangan negeri.

PENUTUP

Perkembangan dan pengalaman Amal Malaysia cukap menarik dan banyak. Ini menunjukkan kesungguhan dan keprihatinannya menonjolkan ciri keindahan Islam di samping meluaskan jajaran perjuangan amalnya tanpa dibatasi oleh sempadan geografi, keterikatan atas sebab bangsa dan agama. Malah, inilah yang dianjurkan dalam Islam dan diberi tambahan pahala kebaikan kepada sesiapa yang terlibat. Firman Allah SWT yang bermaksud : 
“Itulah kurniaan yang dengan itu, Allah menggembirakan hamba-hambanya yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan, dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikan itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri” (Surah al-Syura : 23)

Kekuatan Amal Malaysia berdiri di atas kepercayaan yang sangat tinggi, trust from the people untuk deliver atau menyampaikan sumbangan dan bantuan merupakan antara faktor kejayaannya. Ini suatu yang membanggakan ketika wujudnya jurang dalam program kebajikan antara umat Islam dengan masyarakat Kristian atau Eropah yang lain. Justeru, kewujudannya boleh menjadi jambatan penghubung bagi pihak gerakan Islam di Malaysia untuk menggerakkan usaha ke arah kerja sukarelawan dan kemanusiaan sekaligus menjadikan imej Islam itu dilihat cukup cantik dan baik kepada masyarakat keseluruhannya. 

RUJUKAN

Al-Quran

Laporan Dwi-Tahunan 2007 – 2009 Yayasan Amal Malaysia

Laporan Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-5 Yayasan Amal Malaysia di Dewan Jugra, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya

Ucap utama Presiden Amal Malaysia dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-4 Yayasan Amal Malaysia di Masjid Ghufran, Petaling Jaya

Ucap utama Presiden Amal Malaysia dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-5 Yayasan Amal Malaysia di Dewan Jugra, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya

Undang-undang Tubuh Yayasan Amal Malaysia

Keratan Akhbar
Berita Harian, 9 Januari 2009 dan 20 Mac 2009
Harakah, 29 Disember 2008
News Stright Times, 20 Mac 2009
Utusan Malaysia, 24 Januari 2009

Wawancara
Hj. Husin Ismail – Presiden (Wawancara 24 Mei 2009 di Batu Caves)
Hj Jamuliddin Elias – Timbalan Presiden (Wawancara 25 April 2009 di Kelana Jaya)
En. Abd. Hamid Seman – Ketua Setiausaha (Wawancara 25 April 2009 di Kelana Jaya)
Dr. Halimah Ali Abdullah – AJK (Wawancara 25 April 2009 di Kelana Jaya)

, ,

Sertai kami Qurban & Aqiqah di Kassala Sudan

imageYayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu mensasarkan 500 ekor lembu dan 500 ekor kambing disumbangkan kepada program Qorban sempena Aidil Adha di Kassala dan Gadrif Timur Sudan tahun ini.
“Program Qorban di Kassala Sudan ini sudah masuk tahun ke 6 Yayasan Amal Malaysia ke sana.” Kata Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengarah Qurban Kassala Sudan 2014.
“Lebih dari 225,000 pelarian Sudan dan Erithrea berada di Daerah Kassala. Sebuah daerah sempadan Erithrea, yang memerlukan bantuan dari semua. Mereka sudah dapat membezakan rasa daging dan warna kerana jarang memperolehi jizi makanan berprotein sedemikian”.  Tambah beliau lagi, di mana beliau sendiri akan ke sana tahun ini bagi melaksanakan amanah para peserta yang mengambil bahagian dalam Qorban tahun ini.

Mereka semua hidup dalam keadaan penuh kemiskinan. Daging bagi mereka hanya akan dapat dinikmati setahun sekali, sempena Raya Qurban, itupun sekiranya mereka bernasib baik.

Pelarian Sudan Memerlukan kita

Yayasan Amal Terengganu mengajak muslimin dan muslimat sekelian untuk sama sama memberi senyuman kepada mereka dengan menunaikan Ibadah Qurban & Aqiqah di kem kem pelarian ummat islam dari Erithrea & Sudan pada Tahun ini.

Dengan hanya RM300 / 1 bahagian lembu @ RM400 /1 ekor kambing anda dapat membantu mereka untuk turut sama merasai daging dalam hidup mereka.

Berkorbanlah di tempat yang benar benar memerlukan.

Misi Qorban dan kemanusiaan pada tahun ini akan turut disertai tiga selebriti terkenal iaitu PU Rahmat, PU Izzat dan Dr Azman Ibrahim.
“Saya menyeru kepada seluruh umat Muslim di negara ini menyertai bahagian dalam program Qorban / Aqiqah pada tahun ini. Tuan-tuan boleh menyertainya dengan mengikuti tatacara berikut. ” seru Ustaz Wan Sukairi sebagai Pengarah Program Sudan 2014.

LANGKAH MENYERTAI IBADAH QORBAN & AQIQAH DI SUDAN ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU ( YAMCT ) 2014.

A) Isikan Maklumat Berikut:

  1. Nama peserta.
  2. Alamat.
  3. No Tel / Hp.
  4. Email jika ada.
  5. Nyatakan Korban atau Aqiqah.
  6. Nyatakan Nama Individu yang nak diniatkan korban @ aqiqah dan jumlah bahagian lembu @ jumlah kambing.
    (RM300/1bahagian lembu,  RM400/ 1 ekor kambing)
  7. Masukkan duit ke akaun Maybank Islamic atas nama YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU,  NO:  5130-1403-6939
  8. Sertakan slip bayaran @ bukti bayaran.
  9. Hantarkan semua perkara A,  dari no 1 – 8 kepada saya (sms/whatsup) 0199563653 atau email suhazeli@yahoo.com

B) Pihak YAMCT akan poskan resit bayaran apabila Pengesahan bayaran dilakukan.

 

C) Sijil penyertaan akan diposkan selepas program ini selesai dilaksanakan. Insyaallah bermula 14 oktober 2014 sijil akan diposkan.

 

D) Tarikh tutup penyertaan ialah pada 1 Oktober 2014.

 

 

Sekian, Terimakasih.

,

Enam Musim Ramadhan Membantu Tabung Darah

image

Pada Ramadhan tahun ini, merupakan tahun yang ke enam, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) menganjurkan kempen derma darah, setiap kali berkunjungnya bulan yang penuh berkat dan rahmat itu.

Program tersebut, yang diadakan di beberapa buah masjid terpilih, merupakan usahasama antara YAMCT dengan Tabung Darah Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Pada Ramadhan tahun ini, 1435H, masjid-masjid yang terbabit adalah sebagaimana senarai di bawah;

  – 1/7, 03 Ramadhan : masjid Batu Burok, Kuala Terengganu
  – 2/7, 04 Ramadhn : masjid Titian Bharu, Kuala Terengganu
  – 5/7, 07 Ramadhan : masjid Unisza, Gong Badak, Kuala Terengganu
  – 8/7, 10 Ramadhan : masjid Chendering
  – 10/7, 12 Ramadhan : masjid Pengadang Baru.
  – 12/7, 14 Ramadhan : masjid Wakaf Tembesu
  – 14/7, 16 Ramadhan : masjid Instep (Batu Rakit)
  – 15/7, 17 Ramadhan : masjid atTaqwa Batu 6
  – 17/7, 19 Ramadhan : masjid Kampung Butut (Kuala Berang)
  – 19/7, 21 Ramadhan : masjid Kampung Rusila (Marang)
  – 20/7, 22 Ramadhan : Surau Gelong Bilal
  – 25/7, 27 Ramadhan : masjid Kampung Batin (Seberang Takir)

Pada tahun pertama kempen derma darah ini bermula, iaitu pada tahun 2009, Amal Terengganu (YAMCT) hanya memilih masjid-masjid sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Secara keseluruhannya,  jumlah penderma paling ramai adalah ketika program diadakan d Masjid Rusila, Marang, diikuti oleh masjid atTaqwa Pekan Batu Enam, masjid Pengadang Baru, masjid Wakaf Tembesu, masjid Unisza dan Masjid Batu Buruk.

Setiap tahun Amal Terengganu mencari premis baru untuk diadakan program yang sama, dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi prinsip ta’awun, bantu membantu untuk kebajikan dan taqwa.

Sebanyak tiga lokasi menjadi premis baru bagi kempen pada tahun ini iaitu iaitu masjid Sura Dungun, masjid Kampung Butut Baru Kuala Berang dan Masjid Tengku Mizan, Kerteh.

Kami menganggap ia satu pencapaian luar biasa, kerana masjid tersebut adalah terletak diluar lingkungan liputan Tabung Darah HSNZ.

Kami mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan ribuan teima kasih kepada semua pihak yang terlibat, kerana objektif kami untuk membantu meningkatkan bekalan darah HSNZ berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 500 pint darah pada setiap kempen, pada setiap masjid, premis.

Keperluan Tabung Darah HSNZ semakin meningkat terutamanya ketika menghadapi musim perayaan utama negara, seperti Eidul Fitri.

Justeru, kami berharap akan dt mencapai sasaran baru untuk mengumpulkan sebanyak 600 pint darah pada setiap lokasi di mana kempen derma darah diadakan.

Semoga dengan usaha dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu ini boleh membantu masyarakat yang amat memerlukan pada saat kecemasan.

Saya, sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan pihak yang terlibat dalam menjayakan kempen pada tahun ini.

Dr Suhazeli Abdullah
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia
Cawangan Terengganu
21 Julai 2014 / 23 Ramadhan 1435H

, ,

Qurban dan Aqiqah Sudan & Eritrea

rayuan qurban 2Buat kali ke-5 Yayasan amal Terengganu di beri mandat untuk menguruskan Program Khidmat komuiti dalam bentuk Qurban dan Aqiqah di Kem Pelarian Erithrea di  Kassala Sudan. Justeru saya membuka peluang kepada semua untuk membantu mereka dengan menyertai Qurban atau Aqiqah disana. Borang pendaftaran online boleh dicapai melalui link ini. Pada tahun  ini harga sebahagian dari 7 bahagian lembu adalah RM300 manakala harga seekor kambing adalah RM400. Anda juga boleh muat turun borang dan print sendiri melalui link ini.

,

Iktibar di Bumi Gaza

image

Empat hari berkampung di bumi Gaza mencetuskan beberapa bibit pengajaran buat diri ini. 1. Bangsa mereka tidak diterap dengan budaya meminta-minta. Setiap kali sumbangan yang ingin kami hulurkan mereka senantiasa menolak dengan tegas, tambah lagi jika pemberian itu dibuat secara terbuka. Mungkin ini salah satu sifat dan amalan para pewaris bumi ambiya. Namun segala sumbangan yang kami bawa dapat juga dilunaskan ke tangan-tangan yang amat memerlukan.

image

2. Tidak dibenarkan menegur wanita dijalanan. Amat berbeza dengan budaya kita dimana pergaulan lelaki wanita cukup dijaga. Bercakap hanya terhad kepada yang hak sahaja. Menjadi satu aib bagi lelaki wanita yang belum berkahwin menegur sapa tanpa tujuan khusus. Di satu sekolah wanita yang kami lawati, wanita mereka seboleh mungkin mengelak dari terkena lensa kami. Lalu ditegur oleh pengiring yang membawa kami bahawa pantang mengambil foto dalam keadaan sedemikian.

image

3. Mati syahid adalah cita-cita setiap dari mereka. Ianya juga cita-cita unggul setiap dari kita. Bumi Gaza adalah tanah air mereka. Hidup mati mereka akan terus kekal di bumi bertuah itu. Bumi yang hidupnya satu ketika dulu para ambiya dan para pejuang Islam. Mana mungkin mereka beralih tapak kaki mereka di bumi lain melainkan mempertahankannya sehingga terlerai nyawa. Samada syahid atau kemenangan bersolat kembali di Masjidil Aqsa.

image

,

Misi Gaza; Penyelarasan NGO Perlu Bagi Membangun Gaza Baru

image

Pencerobohan Zionis Israel di Bumi Gaza sejak lebih abad lalu mendatangkan kesan yang mendalam kepada kehidupan penduduk Jalur Gaza, Palestin. Mereka hidup dalam keadaan serba kekurangan dengan tiada jaminan keselamatan akibat serangan Zionis yang tidak menentu,tiada Jaminan kesihatan dan tiada peluang pekerjaan untuk membina kehidupan berkeluarga yang sempurna. Mereka ibarat berada dalam satu penjara besar terbuka diatas muka bumi ini.  Dikepung dari segenap penjuru. Di laut Mediterranean yang kaya dengan sumber ikan, meeka dihadkan hanya dalam jarak 3 kilometer saaja dari daratan, untuk mencari sesuap rezeki. Di sebelah timur dan utara adalah sempadan Israel yang senantiasa bergolak, cuma hanya di sempadan Rafah yang memberi sedikit kelonggaran pada hari-hari tertentu untuk keluar masuk Mesir semasa pemerintahan Regim Hosni Mubarak.Kemenangan Dr Mohmamad Morsi sebagai Presiden Mesir setahun lalu dan dikukuhkan lagi setelah mengadakan pungutan suara (Referendum Perlembagaan) pada 15 dan 22 Disember lalu membuka lembaran baru bagi penduduk Gaza Palestin.Dalam masa yang sama, bantuan datang mencurah curah dari seluruh dunia, samada kerajaan atau bukan kerajaan (NGO) menghulur bantuan untuk membantu bumi Gaza. Sebelum ini, bantuan kemanusiaan yang disampaikan di zaman Hosni Mubarak adalah dalam bentuk tersembunyi, melalui individu tertentu yang dikenali atau melalui organisasi tertentu yang dicadangkan dalam pelbagai forum antarabangsa.Namun, selepas pemerintah Dr Morsi, penyelarasan segala bantuan amat perlu bagi menjamin pembangunan optima di negara yang bergolak itu. Justeru, penyelarasan dan pengolahan segala bentuk bantuan dari NGO/Kerajaan mestilah berdasarkan tahap keutamaan kerajaan Hamas yang baru menapak diri di bumi Gaza itu. Matlamatnya, segala bantuan kemanusiaan mencapai sasaran berdasarkan kemashlahatan semasa mereka. AlhamduliLlah, Yayasan Amal Malaysia telah berjaya menganjurkan Misi Perubatan dan Rehabilitasi ke Gaza dari 15 hingga 23 Disember baru-baru ini.Walaupun sebelum ini, beberapa cubaan dibuat untuk menjejakkan kaki dibumi bertuah itu, namun AlhamdulLlah, inilah kali pertama selaku sebuah NGO antarabangsa, Yayasan sampai di Gaza.Yayasan Amal mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendokong Misi yang amat penting itu, khususnya kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan, kewangan dan tenaga.Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) khususnya Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selain mendoakan perjalanan kami, mengirim satu surat kepada Perdaa Menteri Hamas Dr Ismail Haniyeh, yang menjadi asas kepada pengiktirafan kepada Yayasan Amal di bumi Gaza.Kami juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pertubuhan Doktor-Doktor Mesir (Egyptian Medical Syndicate) atas kerjasama ‘cemerlang’ yang diberikan, sehingga hasrat kami dan hasrat kita semua menjejakkan kaki ke bumi Gaza manjadi realiti.Begitu juga dengan segala layanan dan ‘hospitaliti’ kerajaan Hamas di Gaza, yang menyediakan khidmat dan pelbagai kemudahan, sebagai ‘tetamu’ kepada kerajaan.Oleh itu, berikut adalah rumusan dari misi yang telah disempurnakan selama 5 hari oleh Yayasan Amal Malaysia pada 17 hingga 21 disember lalu di bumi Persaudaraan Gaza Palestin.
1.    Bantuan yang diberikan oleh persatuan-persatuan NGO sebelum ini tidak tersusun dan tiada sistem yang teratur. Ia juga diluar dari pengetahuan pihak berwajib samada kerajaan atau pihak berkuasa tempatan. 
2.    Penyaluran bantuan diberikan kepada organisasi-organisasi yang terpencil atau organisasi yang mempunyai hubungan parti pemerintah Gaza, namun tiada pemantauan secara sistematik. Ianya berlaku akibat dari sekatan yang telah dilakukan oleh pihak Israel dan juga Kerajaan Mubarak Mesir pada ketika itu.
3.    Hasil dari itu, terdapat projek bantuan yang disalurkan terbengkalai dan mendatangkan masalah ketidakpuasan hati dikalangan penduduk. Projek bantuan yang dijanjikan itu ada juga diantaranya tidak menjangkaui kemampuan NGO yang ingin menyumbang. Hasilnya janji hanya ditabur dan pulangan manfaat kepada rakyat Gaza tiada. Ianya juga mendatang kesan yang negatif kepada NGO lain yang ingin terus menyumbang kerana keyakinan pihak penduduk Gaza sudah pudar.
4.    Projek bantuan yang disampaikan tidak menepati prioriti sesuatu tempat. Sedangkan kerajaan Gaza yang sedang membangun itu mempunyai keutamaan tertentu yang perlu disegerakan menurut pelan perancangan jangka panjang mereka demi membina Gaza Baru.

Inilah hasil misi singkat kami di bumi palestin pertengahan disember lalu. Mungkin ianya tidak menggambarkan jiwa luka sebenar rakyat Palestin. Dalam masa yang sama kami tidak menafikan bahawa ada NGO-NGO lain terlebih dulu memasuki Gaza dan telah menabur kebaktian. Yang pasti bahawa penyelarasan segera perlu dilaksanakan di semua peringkat.

, ,

Misi Perubatan dan Rehabilitasi ke Ghazzah, Palestin

image

Palestin adalah tanah umat Islam yang perlu dipertahankan. Perjuangan membebaskan Palestin dari kezaliman zionis perlu digerakkan sekadar yang mampu. Kita sebagai umat Islam berjauhan dengan bumi Palestin wajib memainkan peranan yang maksima. Paling tidak kempen 3B yang dilaungkan oleh SABASUN HyperRuncit turut kita sambut. Berdoa, Berderma dan Boikot demi menjatuhkan Zionis Israel. Alhamdulillah dengan doa dan derma dari seluruh rakyat Malaysia, kami akan menjejakkan kaki dibumi Palestin. Bukan untuk mengangkat senjata tapi memberi bantuan sekadar kemampuan. Misi yang saya ketuai melalui Yayasan Amal Malaysia akan bertolak ke Ghazzah pada 15hb Disember hingga 24hb Disember ini. Matlamat utama misi ini adalah memberi bantuan perubatan dan membina Makmal Rehabilitasi di bumi Ghazzah. Makmal ini kelak akan menempatkan enam pemuda Palestin yang sekarang ini berada di Universiti Sains Malaysia Kubang kerian. Mereka sedang menjalani kursus pembuatan prosthesis (Anggota Palsu) selama enam bulan. Dijangka menamatkan kursus tersebut pada januari 2013 nanti.

, ,

Qurban dan Aqiqah Mindanao 2012

image

Bagi pihak Yayasan Amal Malaysia, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua deligasi relawan amal, Bangsamoro Developmental Agency (BDA), para penyumbang Qurban dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program pada tahun ini. Semoga segala usaha kita diberkati Allah jua.

,

Misi Qurban Aqiqah Mindanao

Yayasan Amal Malaysia telah berjaya sampai di Bandar Islam Marawi bagi menyempurnakan misi khidmat kemasyarakatan di Mindanao. Objektif utama kali ini adalah menyempurnakan ibadah Qurban dan aqiqah.
Hari pertama di Marawi, rombongan misi Amal yang diketuai oleh Dr Hj Suhazeli Abdullah (Pengerusi Amal Terengganu) melawat sebuah Hospital Swasta berkebajikan milik Dr Hj Safrullah M. Dipatuan. Beliau yang juga Pengerusi Bangsamoro Development Authority (BDA), berkata hospital tersebut menerima purata kira-kira 20 pesakit luar sehari dan menyediakan khidmat  rawatan lanjutan dengan kapasiti 50 katil.
“Kita ada empat orang doktor yang bekerja sepenuh masa selain dari doktor-doktor pelawat yang datang secara berkala,
“lebih kurang 20 orang pesakit luar yang kami terima pada setiap hari dan mereka akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya memerlukan rawatan lanjutan,”ujarnya.
Delegasi Yayasan Amal yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Suhazeli Abdullah, tiba di bandar Marawi pada 5 November dalam misi kemanusiaan sempena Eidul Adha pada tahun ini.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Mesyuarat Agong Dwi Tahunan Yayasan Amal Malaysia kali ke 6

Sesi 2009/2011 berlalu dengan pengekalan hampir keseluruhan ahli jawatankuasa Amal Pusat pada sesi 2011/2013. Tahniah kepada ajk yang terpilih. Jadikan terus moto amal kerana Allah sebagai ratib seharian kita. Perteguhkan tekad untuk terus beramal. Semoga idea baru dan inovasi terkini dapat dijana melalui perkongsian bijak ajk semua.

Published with Blogger-droid v1.6.8
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008