6 Sebab Ujian Makmal Tidak boleh Didakwa Mengubati Penyakit

FUN FACTS SIRI 27 Oleh Dr Che Puteh Osman | drcheputeh.com Link Asal: https://www.drcheputeh.com/blog/siri-26-enam-sebab-kenapa-pengujian-piring-petri-tidak-cukup-membuktikan-herba-mengubati-penyakit Mengapakah pengujian secara piring petri (in vitro) tidak boleh diterjemahkan secara langsung dalam bentuk rawatan kepada manusia? 1. Pengujian bioaktiviti secara in vitro atau lebih dikenali sebagai bioassay merujuk kepada penyiasatan potensi perubatan sebatian kimia dan ekstrak yang tidak melibatkan haiwan […]

Peluk Cium dan Kencing Unta Risiko Virus Corona Mers-Cov

AIR KENCING UNTA . Kes kedua akibat dijangkiti oleh Virus Corona (Mers-Cov) telah diistiharkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.[1] Kes pertama positif jangkitan virus Mers-Cov adalah pada pada 2015 yang lalu, juga melalui rentetan cerita yang agak sama. Mereka baru balik dari menunaikan umrah di Tanah Suci. Saranan dari KKM […]

Berubat dengan Air Kencing Unta

Keratan akhbar yang bertajuk “SCIENTIST BACKS URINE CURES CANCER CLAIMS” berbunyi “Seorang pakar sains negeri China telah menyatakan, sejenis kimia yang terdapat dalam air kencing manusia boleh menolong mengubati penyakit barah, dengan sokongan dakwaan berpertikai oleh ahli terapi dalam Persidangan Antarabangsa bahawa najis manusia mempunyai bahan-bahan yang boleh menyembuhkan barah.” DR. Ming Chen Liau, Timbalan […]

Cuci Darah dengan Ulam Raja

Kita cukup skeptikal jika terdapat dakwaan sesuatu bahan yang baharu itu mengubati penyakit tertentu terutamanya penyakit kronik seperti darah tinggi, buah pinggang, kencing manis, jantung dan lain-lain. Tersebar video seorang jejaka yang mempromosi Ulam Raja sebagai herba yang mampu mencuci darah manusia. Walaupun ucapan dia masih ragu-ragu akan dakwaan tersebut, kepandaian beliau mempromosi itu menunjukkan […]

Khasiat Pokok Susu Nabi

Sering kali terdapat ubatan yang baharu samada ubatan tradisional mahupun ubatan moden, rakan-rakan akan merujuk kepada saya sebagai pengesahan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kerana sudi bertanya soalan sedemikian. Ianya satu sikap yang bagus, meminta penjelasan dan kesahihan sebelum menggunakannya. Dalam kebanyakan persoalan, saya akan menjawab tidak pasti atau minta ditangguhkan jawapan sebelum saya […]

Ujian Klinikal atas Herba

Oleh Dr Che Puteh Osman Sebarang petua kekal sebagai petua dan ia tidak boleh menggantikan perubatan moden yang telah terbukti melalui kajian klinikal berpuluh tahun. Sebarang pengujian in vitro atau piring petri dan ujian in vivo, ke atas haiwan, tidak boleh merasionalkan penggunaan sebagai ubat. Sebagai seorang natural product chemist, maklumat penggunaan tradisi memberikan maklumat […]

Al Manna Pemakanan Sunnah? 

Bahagian 1 Ramai yang mendakwa mereka menjual produk yang mujarab serta disebut dalam Al Quran bernama Al Manna. Saya pernah dengar kempen mereka di koridor kedai Jaafar Rawas Kota Bharu seusai sahaja mendengar kuliah ilmu di sana. Penjualan mereka saya anggap secara kecil-kecilan, kerana kezuhudan penjual produk berkenaan, hanya beralaskan tikar dan tiada mesin kira […]

BigPharma milik Yahudi? 

Saya termenung kesian apabila membaca tulisan yang bertajuk “BIG PHARMA milik Yahudi akan jatuh bangkrap jika semua pesakit kanser amalkan HABBATUS SAUDA”. Dakwaan tulisan tersebut bahawa Habbatus Sauda ini ajaib kerana kuasa penyembuhannya menandingi ubat kimoterapi yang termahal atas dunia ini. Kemudian beliau meletakkan beberapa kajian saintifik yang menyokong habbatus sauda, kononnya telah terbukti keberkesanannya. […]

Bawang Putih dan Sel Kanser

Hampir semua media sosial kongsi video berkenaan kononnya sel kanser melarikan diri apabila disua bawang putih. Menghairankan pula apabila disua emas, sel kanser tersebut bergerak minat. Maka ramai yang takjub, lantas bawang putih adalah ubat paling hebat melawan kanser. Manakala sesiapa yang memakai emas boleh menyebabkan kanser semakin teruk.  .  Betul ke?  .  Saya teliti […]

Pemakanan Sunnah 

Oleh: Ustaz Ahmad Tarmizi Taha Pensyarah UniSZA Penggunaan perkataan makanan sunnah belum ditemui dalam kitab-kitab yang dirujuk. Pengertian makanan sunnah dapat difahami setelah dijelaskan pengertian sunnah terlebih dahulu. Sunnah mempunyai beberapa pengertian . PENGERTIAN SUNNAH 1.  Sunnah menurut ulamak hadis dan sirah  ialah apa yang diriwayatkan atau diceritakan tentang nabi SAW sama ada perkataan atau […]

Kayu Manis dan Kencing Manis?

Orang Melayu memberikan nama kayu manis kerana ianya sejenis rempah ratus yang manis baunya. Kayu manis juga salah satu barang dagangan yang cukup bernilai zaman dahulu kala. Ianya juga menjadi salah satu bahan pengubatan herba sebelum masihi lagi. Popular dikalangan Mesir purba bahawa kayu manis digunakan untuk merawat batuk, sakit sendi dan sakit kerongkong. Bahkan rawatan […]

Kopi Beracun

KENAPA JANTUNG SAYA BERDEGUP LAJU SELEPAS MINUM KOPI INI? Soalan ini biasa saya dapat daripada rakan-rakan netizen. Hmmmm…. selalunya saya akan bertanyakan nama kopi tersebut dan membuat semakan ringkas pada senarai beracun yang telah dikeluarkan oleh KKM (lihat gambar) 1. Cafe Abang Yes 2. Goji Guarana 3. Goji Guarana Extra 4. Guara Cafe 5. King […]

Penyakit Ciptaan Yahudi? 

MENANGKIS MITOS PENJUAL PRODUK SAMPAH Oleh: Dr Abdul Rahman bin Abdul Kadir Kita sering mendengar kata-kata bahawa orang zaman tok nenek kita lebih sihat berbanding kita.  Mereka tidak ada vaksin, tidak ada perubatan moden, jarang kedengaran penyakit-penyakit seperti hari ini dan hidup lama berbanding dengan generasi kita tanpa penyakit.  Lalu dipersalahkan penyakit-penyakit hari ini sebagai […]

Taksub Ilmu 

TAKSUB . Yang saya Hormati Ustaz. Saya cukup tertarik dengan ayat “Taksub” itu. Seolah-olah kami di bahagian perubatan moden ini tidak menerima rawatan herba, dan menolaknya. Sesuatu penerimaan dan penolakannya perlu ada asas. . Taksub bermaksud keyakinan yang keterlaluan kepada sesuatu atau seseorang, juga membawa maksud fanatik. Taksub mampu membuatkan kita menjadi sangat bodoh (walau […]

Penawar Pokok Ekor Ular 

​PATUKAN ULAR TEDUNG  .  Nasihat saya, jangan berlengah-lengah untuk dapatkan bantuan kecemasan apabila dipatuk ular tedung atau ular.  Disebarkan dalam media maya satu pokok herba ini:  Tidak perlulah bersusah payah mencari-cari pokok herba Pokok Ekor Ular. Pokok yang tidak kita ketahui secara sahih khasiatnya ini dibimbangi racun kepada badan kita. Mungkin ianya sesuai bagi sesetengah […]

Meruang dan Korek Najis

Minggu lepas hangat dikalangan warga netizen berbincang isu meruang. Bagi mereka yang menyokong meruang ini, memberikan dalil riwayat sahabat Nabi SAW yang bahawa pernah satu ketika Saidina Abu Bakar ditegur oleh seekor ular yang melingkari mayat. Ular berkenaan memberi sebab kenapa mayat tersebut digigitnya, antaranya tidak membersihkan kemaluan dengan sempurna. Kemudian mereka menganjurkan teknik meruang bagi membersihkan […]

Bahaya Strok / Angin Ahmar

STROK Sembang pagi bersama ahli kumpulan wasap pagi ni.. . “Dinasihatkan sesiapa yang ada Darah Tinggi atau Kencing Manis atau Cholesterol Tinggi atau kesemuanya sekali supaya makan ubat Aspirin atau apa sahaja pencair darah.” Ujar seorang sahabat yang kini menjadi YB di sekitar Selangor. Beliau istiqomah dan terlalu cakna dengan rakyat setempat. “Kalau tidak…boleh terdedah […]

Ubatan Moden Hanya Kajian Saintis

Ramai saya lihat gambar yang memetik kata-kata Dr Alan Greenberg ini dikongsi dalam media sosial. Majoriti yang beria-ria share gambar itu terdiri dari mereka yang antivaksin, anti-perubatan moden, penjual produk kesihatan dan pengusaha perubatan alternatif. Sengih sampai ke telinga geng-geng tu dan share gambar Dr Alan merata-riti. . Saya dapati intipati ucapan Dr Alan ini […]

Ubat Kencing Manis dari Herba 

#Kesan_Metformin_vs_Herba . Ramai pesakit saya bertanya mengenai ubatan herba yang banyak dijual di pasar-pasar malam. Jenis produk yang paling banyak dijual adalah rawatan kencing manis. Mereka cuba membandingkan ubat metformin yang diberikan dengan herba yang dijual itu. Mereka tergugat dengan kempen para penjual produk. Kononnya penjual berkenaan menuduh ubat kencing manis hospital boleh merosakkan buah […]

Buah Letup-letup Ubat Stroke? 

#Buah_Letup_Letup Rakan-rakan bertanya kepada saya mengenai buah letup-letup yang ditularkan mempunyai khasiat ajaib. Antara sebaran yang ditularkan itu adalah:   “Buah letup kelambu, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah. Rebus dgn tiga gelas air sampai tgl satu gelas. Amalkan minum pagi dan ptg selama tiga hari…insha allah, stroke (lumpuh) akn pulih. […]