Lembaran Raya Buat Sahabat

29 Ramadhan 1437H Bukit Besi, Dungun ﷽ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّه وَبَرَكَاتُه Kehadapan Dr Rohaidir yang dihormati,      Selamat berpuasa Ramadhan al mubarak dan beramal ibadah didalamnya sehingga penghujung bulan nanti. Seterusnya menyambut perayaan Aidil Fitri yang menjelang tiba. Maaf zahir batin saya hulurkan. Mungkin tuan Dr tidak mengenali saya dan saya pun tidak pernah […]

AEFI Tidak Pernah Dinafikan Sebaliknya Sering DISALAHERTI

Ramai rakan taulan yang mengikuti perkembangan tulisan saya mengenai isu vaksin bertanya tentang dakwaan kesan sampingan yang serius sehingga nak kiamat dibuatnya. Sudah berkali-kali saya sebut dalam penulisan sebelum ini bahawa kami di pihak kedoktoran ini tidak menafikan ada kesan sampingan. Antara yang pernah saya tulis [1]: “Penentangan yang selalu juga ditimbulkan oleh sesetengah golongan […]

Pemakanan Sunnah dan Vaksin

Isu: Kenapa Kementerian Kesihatan tidak menjalankan kesedaran supaya memilih makanan yang baik-baik dan halal?. Berapa ramai masyarakat sekarang tidak menjaga kesihatan mereka dengan mengambil perubatan dari barat! Sebenarnya terdapat kaitan pemakanan sihat dengan sistem imuniti. Apa yang mereka makan, itulah yang membentuk mereka. Secara fitrahnya Allah sudah turunkan habbatus sauda sebagai ubat yang boleh menyembuhkan […]

Vaksin Oral Polio Terbukti Selamat

Menjadi perbincangan umum berkaitan dengan langkah Kementerian Kesihatan Malaysia menukar kaedah pemberian vaksin Polio dari jenis oral (titik dalam mulut- OPV) ke jenis suntikan (IPV). Ramai yang menuduh pihak KKM tidak bertanggungjawab dan sengaja terus memberi vaksin jenis oral (OPV) kerana elakkan pembaziran. Inilah menjadi masalah dalam masyarakat yang kononnya terdapat tulisan ingin menyedarkan kepunahan […]

Adakah Vaksin Menolak Tawakkal?

Seorang ibu mengemukakan pendapat kepada saya bahawa pengambilan vaksin itu menolak konsep tawakkal kepada Allah. Sekali imbas ada benarnya. Ditambah lagi bahawa proses tahnik bayi, susu ibu dan pemakanan sunnah itu sudah cukup sebagai ‘vaksin’ mencegah penyakit. Saya hormati pegangan sedemikian. Saya pun muslim dan mengamalkan sunnah tanpa ingkar. Malah dalam setiap konsultasi pesakit, perkara […]

Polisi Vaksin BCG Bukan dibuat Semberono

Tuberkulosis (TB) adalah jangkitan kuman TB yang boleh membawa maut. Dianggarkan sepertiga penduduk dunia dijangkiti TB. Tahun 2014, 9.6 juta orang menderita akibat TB dan menakutkan, 1.5 juta orang mati akibat TB dan kaitan darinya [1]. Pencegahan yang paling ampuh jangkitan TB dikalangan kanak-kanak adalah melalui vaksin BCG. Vaksin BCG yang diberi seawal jam pertama […]

Suntikan Vaksin   Menurut Para Ulamak

|#MedTweetMY| Minggu lepas tulisan saya telah mendapat reaksi positif para pembaca. Terima kasih atas kesudian membaca dan memahami sebaik mungkin seterusnya ia menjadi suri teladan dalam kehidupan kita. Walaubagaimana pun, ada sebahagian kecil yang yang tak berpuas hati dengan tulisan penjelasan tersebut. Sehingga ada pihak tertentu yang menjawab sinis, sarkastik dan malah menghina ulasan saya. […]

Apa yang Perlu Doktor Beritahu Mengenai Kesan Sampingan Ubat?

Soalan:  Adakah logam berat yang terdapat dalam vaksin memudaratkan tubuh badan (AEFI)? Jawapan: Sepanjang sejarah, program imunisasi telah menjadi perencat kepada perkembangan penyakit berjangkit yang khusus (vaccine preventable diseases). Sekaligus ia adalah ‘ubat’ paling ampuh menghalang Small Pox (Cacar), Polio dan sebagainya. Pun begitu, tidak dinafikan pemberian vaksin ke atas bayi telah menimbulkan kesan yang […]

Hukum Vaksin Harus atau Wajib?

Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat satu kenyataan bersama mengenai keHARUSan penggunaan vaksin. Sebahagian dari kenyataan tersebut adalah seperti berikut: “Imunisasi adalah satu cara pencegahan yang dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya yang mengancam nyawa khususnya kanak-kanak seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio. Penggunaan vaksin dalam program imunisasi bagi […]

Hukum Vaksin: Serahkan Takrifan kepada Ahlinya

Seruan saya dalam wall fb.com/medtweetmy #MedTweetMY pada minggu lalu bersambut dengan beberapa bidasan panas dari pihak tertentu. Terima kasih kerana terasa. Sememangnya pun posting dihantar untuk jiwa terasa akan sentuhan tulisan kita. Kalau tidak terasa, tak faham, tak bertindak apa yang patut, bermakna hati kita sudah mangli. Arakian setiap kali dalam tulisan lepas, saya menyatakan […]

Respons dari Artikel “Vaksin Tuntutan Maqasid Syariah”

Saya mengucapkan terima kasih kepada team #MedTweetMY yang bersungguh memuatkan artikel saya berkaitan Vaksin Tuntutan Maqasid Syariah. [Artikel asal] Ramai netizen yang memahami maksud yang cuba disampaikan, lantas dishare ke wall masing-masing. Terdapat juga pihak tertentu yang mengambil sisi sebaliknya sehinggakan terus menghina dan menuduh saya dengan ucapan yang diluar dari adab seorang Muslim [Link […]

Vaksin adalah Tuntutan Maqosid Syari’yyah

Saya menyeru agar kita semua melihat akan kejayaan yang telah diraih melalui pemberian vaksin kepada seluruh umat manusia sejak berkurun lamanya. Sebagai contoh, dalam tempoh 14 tahun (2000 – 2014) pemberian vaksin Campak telah menyelamatkan 17.1 juta nyawa kanak-kanak daripada diserang penyakit Campak (measles) seluruh dunia [1]. Begitu juga dengan beberapa penyakit berjangkit lain yang […]

Bayi dilemahkan dengan vaksin? Jawapan kepada Jerry Ⓓ Gray

Saya diminta oleh sahabat² untuk memberi ulasan mengenai satu keratan akhbar versi indonesia yang menyebut bahawa pemberian vaksin boleh melemahkan bayi. Pandangan dari Jerry Ⓓ. Gray, seorang bekas tentera Amerika yang sudah memeluk Islam. Saya berterima kasih atas nasihat awal yang disarankan oleh beliau mengenai pemakanan ringan dan segera boleh menjejaskan kesihatan. Sememangnya ia selari […]

Virus Zika dan Agenda Yahudi

Kesihatan sesaorang bukan bergantung kepada pemberian vaksin semata-mata. ianya dipengaruhi oleh persekitaran, pemakanan dan kesihatan spiritual. Hidup mati pun Allah yang tentukan. Cuma Islam memberi ruang berikhtiar bagi menjamin kehidupan yang lebih sempurna dan sihat. Semasa negara merdeka, jangka hayat penduduk negara kita adalah 55.8 tahun. Setelah kita menjalani kehidupan yang  lebih sihat dan mengamalkan […]

Rumusan Siri Jelajah Penerangan Vape JKNT

Berikut adalah beberapa rumusan yang sempat saya catat setelah beberapa siri jelajah penerangan mengenai Vape diseluruh negeri Terengganu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini dengan jayanya. 1. Majoriti peserta beriltizam dan menandatangani akujanji #Vapeoff #SayNoToVape #StopVapping #StopSmoking. Suara padu ini datang dari para pemimpin masyarakat, ketua-ketua organisasi dan penjawat awam […]

CARA MENGEMBALIKAN FILE / FOLDER YANG HILANG AKIBAT VIRUS SHORTCUT

Pengalaman dan kesalahan adalah guru yang sangat berharga buat saya, saya selalu belajar dari sebuah pengalaman dan kesalahan. Pengalaman dan kesalahan membuat kita tahu akan semuanya, kita menjadi tahu solusinya. Okeh,,langsung aja bunk ,,,,!! Seperti yang kita lihat Virus komputer semakin merajalela, terutama “Virus Shortcut” yang gampang sekali muncul. Tapi tenang, Anda tidak usah panik, […]

Kenapa Vape di Rampas KKM

Ramai yang mengajukan soalan kenapa Kementerian Kesihatan bertindak merampas Vape, tetapi rokok boleh dijual bebas tanpa ganguan. 1. Kementerian Kesihatan bertindak atas kapasiti dan bidang kuasa yang sedia ada sepertimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan Malaysia. Di mana, Vape yang mempunyai racun nokotin sahaja akan dirampas kerana menyalahi akta Racun 1952 (Nikotin adalah racun kelas C […]

Ceramah Isu Vape Prof Harmy

Ringkasan Ceramah Prof Harmy Mohd Yusoff, Timb Dekan UniSZA sempena taklimat penggunaan Vape peringkat JKNT  18hb Nov 2015  Wisma Darul Iman 1. Malaysia adalah pengguna & perniagaan terbesar Vape di Asia.  2. Harga Atomizer Vape semakin murah sehingga cecah RM100 pada masa kini.  3. Bukti emperikal bahawa Vape adalah alat bantu utk berhenti merokok masih […]

Haramkan Vape

Saya berdiri teguh di belakang Ketua Pengarah kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bagi menjalankan langkah pengharaman VAPE Di Malaysia. Berikut adalah beberapa sebab sokongan saya. 1. Vape diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan [Irsyad Fatwa ke 63: http://www.muftiwp.gov.my/]. Ianya disokong oleh ulama-ulama muktabar dunia seperti Sheikh Muhammad Saalih al-Munajjid. […]

Demam Campak boleh Bawa Maut

Peningkatan kes penyakit Campak sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Sebagaimana laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada bulan Jun lepas, bahawa kes penyakit Campak (measles) di WP Kuala Lumpur sebanyak 73 kes. Kes berkenaan disahkan positif dihinggapi kuman Campak melalui ujian darah. Julat umur kes tersebut antara sebulan sehingga 43 tahun. Lebih menyedihkan majoriti (79%) […]