Amalan Perubatan Yang Baik bagi Doktor

Terdapat satu garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia. Garis panduan ini menyentuh mengenai Amalan Perubatan Yang Baik (Good Medical Practice), dikeluarkan pada tahun 2001. . Terdapat Lima ciri asas amalan Perubatan yang baik ialah; 1. Integriti Profesional, 2. Kemahiran Berkomuníkasi, 3. Tingkah Laku Beretika, 4. Merawat Pesakit dengan Hormat dan 5. Menjadi […]

6 Soal Jawab bersama WHO

6 SOAL JAWAB MENGENAI 2019-nCoV [Soal jawab bersama WHO] . . S1: Adakah antibiotik berkesan menghalang dan merawat #coronavirus (2019-nCoV)? J1: TIDAK. Antibiotik tidak bertindak terhadap virus, ia hanya bertindak ke atas bakteria. 2019-nCoV adalah sejenis virus, jadi tidak boleh digunakan untuk menghalang dan merawat (case). . . S2: Adakah #coronavirus (2019-nC0V) mudah menjangkiti orang tua atau […]

Kenapa Nyahjangkit (hand-sanitizers) Perlu Di Sapu?

Kita semua tahu, virus nCov baharu dikenali jenisnya akhir tahun lepas. Ianya satu keluarga dengan SARS dan MersCov yang pernah menggemparkan dunia satu masa dahulu [1]. . Oleh kerana ianya baharu dikenali, zat, sifat dan perangai nCov itupun masih lagi dalam pemerhatian, kajian dan pemantauan. . Apabila timbul isu yang mengarahkan semua barangan yang dibeli […]

Penjelasan Tentang Coronavirus

Apa sebenarnya wabak CoronaVirus yang meriah sangat dihebohkan? Ini adalah penjelasan dari doktor twitfemes, Dr Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga. Video ni panjang sikit tau. Dengar je la dulu mana tahu ada manfaatnya. Share jangan lupa. #coronavirus #viral #kkm #terengganu #TVDarulIman #Coronovirus #Updi #Teganukita #Terengganu https://www.facebook.com/1425774284331666/posts/2510256175883466/

Sekat Kemasukan China & barangan dari China?

Tiada keperluan buat masa ini menyekat kemasukan pelancong dari China secara total kerana Kerajaan China sendiri telah pun menutup pintu masuk ke wilayah-wilayah yang terlibat. Presiden Xi Jin Peng juga mengisytiharkan China sedang berada dalam suasana berkabung. Kerajaan China juga mengarahkan syarikat pelancongan hentikan jualan tiket keluar dari China bermula Jumaat lalu. . Paling penting […]

Produk Lulusan KKM, Tapi Doktor Marah?

Produk Lulus KKM Tapi Doktor Marah! Kenapa? . Produk yang dikategorikan sebagai lulus KKM perlu melepasi syarat-syarat yang ditentukan oleh KKM itu sendiri. Tidak boleh memandai mendakwa bagai bahawa produk mereka telah mendapat persetujuan KKM bagi merawat penyakit. 1. Setiap ubat tradisional yang berdaftar dengan KKM cuba diberikan jaminan berkualiti dan selamat mengikut profile pengeluar […]

Vaksin Boleh Memusnahkan Manusia?

Jika benar vaksin itu boleh memusnahkan manusia, sudah tentu program imunisasi diberhentikan. . Kita boleh lihat sendiri bahawa Program imunisasi kebangsaan yang telah diletakkan secara rasmi dalam negara kita sejak sebelum merdeka lagi (1956) dengan pemberian vaksin DT. . Sebelum dari itu pemberian vaksin Cacar diberikan di zaman kolonial British sejak 1895. Ketika itu hanya […]

Geng Antivaksin Hipokrit

Hipokrit sungguh geng antivaksin. Dulu, hujah mati-matian tolak vaksin atas pelbagai alasan. Vaksin ada kinzir la, AEFI vaksin serius la, vaksin ada logam merkuri la dan banyak lagi. Semua penulisan gavaks itu menolak total vaksin. Hatta termasuk vitamin K yang boleh mencegah perdarahan otak pun mereka phobia. . Kita sudah pun perjelaskan satu persatu semua […]

Baby Potter Anak Syurga

Kes bayi cacat seperti kepala kecik, tempurung kemek, kaki & tangan terpeleok seperti ni (gambar) amat jarang kita temui. Setahun nak jumpa satu kes pun susah. Tetapi sekali kes kami temui, akan dibincang dalam mesyuarat kematian bayi. . Walaupun kita tahu bahawa kes bernama Potter Syndrome ini akhirnya tidak dapat diselamatkan, tetapi beberapa langkah standard […]

Akibat Cucuk Steroid Pada Bayi

OTOT KECUT SEBAB CUCUK . Bukan nak menakut-nakutkan ibu ayah ni. Gambar berikut nak kaboroyak bahawa risiko boleh berlaku otot kecut di tempat kena cucuk oleh steroid. Banyak kes budak yang saya jumpa pinggul dia lekuk kecut. Apabila ditanya, mereka kurang pasti kenapa berlaku. Korek punya korek cerita lama, baru mak dia beritahu bahawa pernah […]

Jangan Pusing Kepala Baby

Jangan duk main-main pusing baby tu. Saya sendiri tak berani nak pusing baby songsang. Kena rujuk pakar kesihatan wanita (obstetrik), hanya depa yang pandai, mahir dan layak untuk pusing baby songsang. Tetapi itupun ada syarat-syarat yang ketat. . Kalau belum cukup bulan, sahih pakar tak akan buat. Banyak kesan buruk. Antaranya lahir pramatang, pecah ketuban […]

TB Akibat Jin

Penyakit TB itu sejenis penyakit berjangkit yang boleh menyebabkan pesakit batuk, demam dan kurang selera makan. Jika tidak dirawat penyakit ini boleh membawa maut. Sebelum penemuan antibiotik, Tb membawa kematian seorang dari 7 penduduk dunia. Penyakit ini sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama, cuma kuman tersebut tidak dapat dikenal pasti secara sahih. Mereka tahun bahawa […]

5 Pesanan Penting Penghidap Ketuat

Lihat kepada bentuk ketuat ini biasa aje kan? Ada orang yang terlalu risau hingga jelajah seluruh klinik dan hospital kawasan dia. Ada orang yang hanya biarkan sahaja, buat tak kisah. Jika jumpa doktor pun, pelbagai reaksi diberikan. Ada doktor yang hanya rileks, beri nasihat supaya tidak perlu buat apa-apa yang drastik. Tapi ada pulak doktor […]

Risô

Benjolan di kaki seperti ini amat jarang berlaku. Pesakit pun tidak kisah sangat kewujudan benjol sebegini kerana tidak sakit dan tidak menjejaskan kecantikan. Lagipun wujudnya benjolan sudah bertahun lamanya. Apabila ditanya, pesakit pun sudah lupa berapa lama dan apa puncanya. Bahaya ke Risô lagu ni? Orang tua-tua kata tak bahaya pun. Ya, benar benjolan ini […]

Cacing Rayap

Cacing Kalau kaki anda nampak berurat sirat seperti rel keretapi seperti ini (gambar), sila jumpa doktor segera. Minyak gamat atau minyak cap kapak tak jalan untuk hapuskan makhluk yang menjalar itu. Kami sebut penyakit ni Cutaneous Larvae Migran. Di mana, sejenis cacing yang boleh masuk melalui kulit manusia dan bergerak menjalar di bawah kulit. Tempat […]

Sebab Pesakit Buah Pinggang Selalu Letih

Pesakit Buah Pinggang kronik akan nampak selalu letih dan tak bermaya. Sebab mereka mengalami anaemia. Apa tu Anemia? Anemia adalah satu keadaan di mana hemoglobin (Hb) sel darah merah berkurangan. Tugas utama Hb adalah membawa oksigen ke seluruh badan. Jadi jika Hb kurang, oksigen yang mengalir juga kurang. Oleh yang demikian pesakit akan senantiasa letih, […]

TB Paru-paru

Heboh dalam media sosial, punca kematian 13 orang asal di Kelantan akibat jangkitan kuman Tb. Kenyataan pihak polis itu masih tidak konkrit kerana siasatan oleh pihak perubatan masih belum selesai. Maka pelbagai andaian telah dilontarkan oleh netizen punca penyakit yang meragut nyawa itu. Apapun tunggu lah dahulu siasatan terperinci dari pihak berwajib. Media sosial bukan […]

Resepi Telur Goreng Mata Kerbau

Mai, saya juga nak kongsi resepi telur mata kerbau. Setengah tempat sebut mata lembu. Apa-apa saja la, asal menjadi. Cara-cara: 1. Sebiji telur, basuhkan dulu sebab kulit luar tu bernajis. Haram makan telur jika bercampur tahi. 2. Panaskan kuali. Tak kisah kuali warna apa, hitam, putih atau merah. Tak kisah juga dapur mana nak guna, […]

Punca Pesakit Kencing Manis Mandul

Terima kasih atas soalan ini. Satu soalan yang kerap ditanya oleh pesakit. Ubat kencing manis bukanlah punca mandul. Tetapi sebaliknya kencing manis adalah salah satu punca tidak subur samada wanita atau lelaki. Apa yang pasti penyakit kencing manis itu sendiri boleh menyebabkan ‘erectile dysfunction’ atau mati pucuk. Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh menyerang […]

7 Tips Pesakit Menghadapi 1 Syawal

Apabila tibanya 1 Syawal, umat Islam diharamkan berpuasa. Hari itu adalah hari gembira kerana meraikan kejayaan kita berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Di sini mulalah kita lupa bahawa kita perlu berhati-hati juga mengambil segala jenis maklika makanan di hari raya. Oleh kerana terlalu ingin qodo makan pada waktu siang hari di bulan ramadhan, kita […]