,

16 Tips berinteraksi di Media Sosial

Pagi ni saya begitu teruja diberi peluang untuk menghadiri satu seminar berkaitan dengan media sosial. Seminar ini bertujuan melatih para peserta menjadikan media sosial sebagai medan untuk mendidik masyarakat. Memperbetulkan persepsi yang palsu serta tidak benar terutama dalam bidang kesihatan.
Berikut adalah nota dari Sdr Anwari Hamzah (Ahli #MedicalMythBustersMalaysia). Nota ini dipetik dari penceramah pertama, Sdr Khairul Hakimin, CEO Social Media Influencer Malaysia.
Butiran ceramah tersebut:
1. Maksud Viral = post bertahan lebih dari 24 jam. Manakala Trending = post bertahan lebih 41 jam.
2. Hanya 49% daripada jumlah friends dan followers akan terdedah dengan post kita pada satu-satu masa. Akuan personal profile lebih tinggi jumlah viewers berbanding dengan fanpage. Fanpage lebih kepada nilai business dan perlu berbayar bagi menaikkan viewers.
3. Faktor content yang berjaya adalah;
i) Bahasa yang tepat dan sepenuhnya, bukan ringkas. Tulis dengan penulisan dan tatabahasa penuh dan tepat. Menunjukkan professionalisma dan tahap pemikiran yang tinggi. Audiens lebih menghormati penulis. Spontan / berbahaa baku, tak ada masalah. Cuma ejaan dan penggunaan kata perlu diambil berat.
ii) Memasukkan unsur² emosi dalam bercerita. Teknik bercerita lebih ramai orang tertarik. Elakkan content berlandaskan emosi negatif. Terutamanya semasa stres. Jika dalam keadaan beremosi, elakkan penggunaan media sosial.
iii) Menulis dalam bentuk fakta sesuai dengan bidang yang kita ceburi. Elakkan ulas isu yang kita tidak mahir. Kurangkan provokasi. Penulisan berbentuk Fakta: Beri fakta penuh tanpa selindung. Tidak selektif dalam pemberian fakta. Beri fakta spesifik jika perlu.
iv) Menulis hanya isu impak positif. Jika negatif, kita akan di follow oleh follower negatif dan tidak akan bertahan lama. Tulisan impak positif akan menarik follower positif. Sesuai dengan fitrah dan naluri setiap manusia. Sampaikan maklumat berbentuk positif. Jika ada isu negatif, sertakan sekali cadangan / idea berbentuk positif.
Tips.
1. Pilih nada content. Sama ada sinis, serius, nilai murni, hiburan, perkongsian pengalaman, berfakta ilmiah, ulasan pendapat diri sendiri, dll.
2. Tulis dalam bentuk point / mempunyai susunan isi yang baik. Tak tunggang langgang dalam penyampaian info. Jika A, habiskan point A. Kemudian mulakan point B. Jika A dan B berkaitan, tuliskan perkaitan AB selepas point B diulas.
3. Pilih topik yang tepat dengan audiens sedia ada. Sebagai contoh, masakan, travel, kesihatan, hiburan, dll.
4. Elak peperangan media sosial. Ini akan mengundang kehadiran audiens negatif dan ada risiko kehilangan 30% audiens sedia ada.
5. Benarkan sesuatu info penulisan ditulis oleh yang benar-benar layak / berpengetahuan dalam isu tersebut (dalam sesebuah kumpulan) dan bantu dapatkan informasi untuk ditulis olehnya. Artikel akan dikendali dengan lebih baik jika ahli dalam ilmu itu yang menulis.
6. Post sekurang-kurangnya 4 hingga 6 posting sehari, berbentuk public, pilihan foto profil perlu tepat. Pengguna FB yang ada 4 hingga 6 post sehari baru dikategori sebagai active Facebookers / social media influencers.
7. Post berbentuk penceritaan di FB lebih mudah mendapat perhatian audiens. Visual pula mudah di Instagram. FB=Story, Ig=visual.
8. Penterjemahan yang tepat penting, elak kekeliruan maksud apa yang ingin disampaikan.
9. Read and write. Tulis perlu rasional. Rajinkan diri untuk menulis dan membaca tentang sesuatu isu. Contoh : jika tulis berkenaan travel, banyakkan baca sumber bacaan travel untuk dapatkan lebih banyak perspektif baharu sebelum menulis. Jawab isu setelah diri lebih rasional.
10. Promote kena tepat. Penggunaan hashtag banyak membantu dalam kempen dan produk. Hashtag digunakan mainly untuk proses pencarian. Guna hashtag bila ada kaitan dengan kempen dan produk yang ingin dipromosikan sahaja. Jemput untuk like sesuatu page amat jarang berkesan.
11. Heading di profile tak perlu. Tapi dalam page, perlu. Sebab heading seolah-olah suatu banner, suatu pengiklanan tentang apa isi artikel yang ingin disampaikan. Perlu diletakkan dari awal, paling tidak diperenggan pertama.
12. Penggunaan dwibahasa tiada masalah.
13. Komen dan soalan negatif yang tidak membantu perkembangan isi artikel, dan hanya mengundang keburukan dan salah faham dalam artikel, jangan respon. Bezakan persoalan dan mempersoalkan. Reaksi terhadap soalan adalah penting.

Follow fb.com/suhazeli 

, , , ,

Metodologi Kajian 


Mulai isnin lepas hingga khamis, handle kursus melibatkan methodologi kajian.

.

Isnin, Selasa berkampung di Klinik Sebarang Takir, tepu otak berbengkel bagaimana menjalankan kajian dan penggunaan SPSS dalam membuat penganalisaan data. 

Rabu, Khamis pula berkampung di RTC AMBS sampaikan ceramah asas kajian QAP. Kemudian sesi sumbangsaran setiap kumpulan bagi melahirkan kertas cadangan kajian masing-masing. Alhamdulillah 7 topik selesai dibentangkan. Semoga akan menjadi mercu kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan di Daerah Dungun. 

Ahad minggu depan, akan bertumas pula seharian di Pkd Dungun dalam penyampaian yang sama – Bengkel kajian dalam perubatan (HSR). 

Sebaik sahaja graduasi dari master hingga sekarang, semakin seronok dengan penyampaian ilmu yang sekelumit ini. Mungkin analisa yang canggih manggih seperti analisa Kaplan, regression, ancova dan pelbagai lagi saya tidak mahir, tetapi analisa asas seperti Chi², Student T Test, Paired T Test boleh lah ajar lebih kurang. 

Pengalaman saya yang berkecimpung dalam ajar SPSS ini, ramai antara kita jadi takut untuk buat analisa kerana tidak familiar dengan arahan komputer dalam SPSS. Mereka tidak yakin dan tidak tahu fungsi menu mana yang nak di pilih. Selain itu ramai juga yang agak kaku dalam pengolahan data bermula dari data mentah ke data yang sudah sedia untuk dianalisa. Walaupun sebahagian dari mereka sudah banyak kali terlibat dalam bengkel seumpamanya, tetapi apabila tidak membiasakan diri dengan pengolahan data dan analisa, mereka juga kekoh untuk keluarkan keputusan bermakna melalui SPSS. 

Bagi memudahkan semua saya sudah upload nota dan sample data latihan dalam suhazeli.com. [http://suhazeli.com/wp/?download_category=statistik-ppt]. Nota tersebut bukan sepenuhnya tulisan saya tetapi diambil dari pelbagai sumber sepanjang penglibatan saya dalam program ini. 

Sekian 

Suhazeli Abdullah 

Fb.com/drsuhazeli 

suhazeli.com 

9.3.2017 

Kuala Berang 

,

Snap Gambar Cantik Semasa Kursus 

*Tips Snap Slide Guna Smart Phone*

Saya lihat ramai peserta kursus mengambil gambar slide dari presenter menggunakan telefon. Kemudian gambar tersebut disimpan atau dikongsi bersama rakan melalui whatsapp atau seumpamanya. Akan tetapi gambar tersebut akan herot bergantung kepada posisi mana dia duduk. Jika duduk tepi dewan, gambar akan herot dan slide tidak cantik untuk di kongsi.
Terdapat satu android App bernama CamScanner amat berguna utk mengambil gambar ketika berkursus. Aplikasi tersebut percuma dan tidak memberatkan telefon anda.
Pic berikut beberapa step utk donwload App dan cara mengambil serta edit gambar cantik tersebut.
Selamat mencuba 
Dr Suhazeli Abdullah 
Fb.com/drsuhazeli 

, , , ,

Buku Panduan SPSS Keluaran Pertama

frontbookPenyelidikan adalah asas bagi mengukuhan dan meningkatkan penjagaan kesihatan primer di seluruh dunia. Saya mengalu-alukan penerbitan buku ini iaitu nota berkenaan Manipulasi Data  SPSS dan Penyediaan Laporan yang disediakan oleh Dr Suhazeli Abdullah, di bawah Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia.

 

Amalan klinikal kita pada masa kini perlulah berdasarkan bukti saintifik yang terbaik. Bukti ini datangnya dari penyelidikan. Tanpa penyelidikan yang dijalankan dalam persekitaran penjagaan primer, yang melibatkan pesakit yang dikendalikan di perkhidmatan penjagaan primer dan menurut perspektif doktor yang bekerja di penjagaan primer, kita tidak akan dapat bukti perubatan berasaskan dalam persekitaran penjagaan primer.

 

Kita semua perlu berusaha untuk membina asas penyelidikan dalam penjagaan primer dan mengapa setiap doktor penjagaan primer perlu mempunyai minat aktif dalam penyelidikan, sama ada sebagai penjagaan penyelidik utama atau sebagai peserta dalam penyelidikan.

Banyak cabaran untuk menjalankan penyelidikan dalam persekitaran penjagaan primer. Banyak negara telah gagal untuk membina kapasiti penyelidikan di dalam penjagaan primer. Kebanyakan pembiayaan penyelidikan mengabaikan kepentingan penyelidikan yang dijalankan dalam penjagaan primer. Cabaran lain termasuk kekangan masa, kekangan sumber dan kekurangan penyelidikan kepakaran di kalangan doktor penjagaan primer. Kita perlu menangani cabaran tersebut; jika inginkan cara penyampaian penjagaan kesihatan yang terbaik kepada pesakit, dan masyarakat. Kita perlu bekerjasama untuk membina budaya penyelidikan dalam penjagaan primer dan asas penyelidikan di seluruh penjagaan primer.

 

Salah satu cara untuk mula memperkenalkan budaya penyelidikan adalah dengan mengambil langkah-langkah permulaan yang kecil. Menggunakan nota penyelidikan, berbincang dengan kakitangan klinik  dan wakil-wakil masyarakat tempatan anda untuk mengenalpasti cabaran kesihatan yang paling penting yang dihadapi oleh komuniti. Kemudian mula bangunkan projek penyelidikan kecil untuk mengkaji isu-isu utama dalam klinik anda sendiri. Dengan menjalankan penyelidikan yang paling relevan kepada anda amalan sendiri, melaporkan penemuan kepada kakitangan dan komuniti anda, dan kemudian bekerja bersama-sama untuk melaksanakan penambahbaikan berdasarkan penemuan penyelidikan.  Seterusnya mula libatkan klinik lain dalam aktiviti penyelidikan dan bangunkan amalan penyelidikan yang berasaskan rangkaian anda sendiri.

 

Ucapan tahniah di atas penerbitan buku Manipulasi Data SPSS dan Penyediaan Laporan yang boleh digunakan sebagai panduan dalam proses penyelidikan.

 

Kita semua perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan primer melalui penyelidikan.

 

Dr Mastura Hj Ismail

Presiden

Plug Ins AlQuran for Ms-Word Ver. 1.3

Plug Ins AlQuran for Ms-Word Ver. 1.3
Office version (2000,2002(XP) ,2003 version) or greather
not cover versi 1997

This program will add new menu “Al-Quran” on your microsoft word application.
You can insert ayah of quran or translation to your word document with easy Sign Guestbook : View Guestbook : Old Guest Book : Donate : Faq
Download Ver 1.3 :
Core Setup ( Only need one of them )
Indonesia translation included (1,076 Kb)
English translation included (1,281 Kb)
Malay translation included (1,068 Kb)
German translation included (1,030 Kb)
Bosnia translation included (1,014 Kb)
Farsi / Persian translation included (1,031 Kb)
Russian translation included (1,031 Kb)
Additional Translation (extract file to program files\quran_in_word\)
English (Yusuf Ali) ( 311 Kb)
Indonesia ( 365 Kb )
Malay ( 358 Kb)
German ( 306 Kb)
Bosnia ( 288 Kb)
English Muhsin Khan ( 342 Kb)
Spanish ( 268 Kb)
French ( 312 Kb)
Albania ( 341 Kb)
Russian ( 314 Kb)
Farsi ( 354 Kb)
Remove bug:

  • Only running first instance of window
  • Only running in administrator privilage

New Feature

  • Support translation more than 1 language in one time
  • Add Swich option, it will display range verse and translation verse by verse
  • New important feature is adding AutoReplace menu

how to use :
Click AutoReplace Menu

type in your microsoft word document
eg:

[qs1:1a]

[qs1:1-7at]

[qs1:1-7atn]

[qs1:1-7ats]

a=arabic
t=translation
n=new line
s=switch Ramadhan 1427
Mohamad Taufiq
Depok , Indonesia .
moh.taufiq at gmail.com
yahoo messenger id : mtaufiq.rm



If you want to get information update or information about this software. (newsletter)

Subscribe to quran_plugins
Powered by groups.yahoo.com
Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Muat Turun Video Dari Youtube

Salah satu seni untuk membuat presentation yang menarik adalah memasukkan video dalam slide. Ramai di antara kita pandai membuat link video yang ada dalam komputer, tetapi ramai yang tidak tahu bahawa video boleh dipaparka terus dalam slide presentation anda. Berikut adalah carannya:

  1. Download satu software bernama videoget. [download]
  2. Install ke komputer anda dan ikut arahan yang diberikan.

Apa yang software ini boleh buat?

With VideoGet you can easily download YouTube videos. VideoGet also supports downloads from more than 900 other video websites, including popular YouTube, MySpace, Google Video, Yahoo Video, MetaCafe, etc.Most of these video websites store video in FLV format. A lot of people don’t know how to playback these files. VideoGet provides a possibility to convert such video into most popular formats for more comfortable playback. VideoGet allows you to convert YouTube video to 3GP, AVI, MPEG1, MPEG2, WMV, FLV, MP4, MP3 and more than 20 other file formats. This lets you not only view it, but also put it into your iPod Video, iPhone, Zune, PSP, mobile phone or any other portable device. Furthermore you can customize video/audio quality, video frame rate, width / height and audio sampling rate.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008

Merge data in SPSS

Berikut adalah panduan bagaimana ingin merge data dari dua file SPSS. Contohnya dalam kajian yang menggunakan variable yang sama, terdapat dua sumber yang memberi input data. Ia nya juga dari temapat yang berbeza. Jadi untuk menganalisa kita terpaksa merge dua file ini kepada satu file sahaja.

Copyright Control by aljazli design (c) 2003 – 2008