, , , ,

​Tuan Guru Dato’ Haron Din dan Perubatan Islam

Genap usia 76 tahun yang dikasihi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din (aTGHD) telah kembali kerahmatullah pada jam 7:02 Petang (15-Sep-2016 – Waktu San Francisco USA) bersamaan jam 10:02 Pagi (16-Sep-2016 – Waktu Malaysia). Seluruh rakyat Malaysia kehilangan sebutir mutiara ulama yang sukar dicari ganti. Ramai yang mengucapkan takziah dikalangan kawan dan lawan atas pemergian beliau.
Segelintir kecil pembenci beliau mencemuh, kenapa aTGHD mengambil kaedah moden bagi rawatan sakit jantung beliau? Sedangkan beliau begitu popular dengan kaedah pengubatan air jampi Darussyifa’?
Allahyarham aTGHD cukup sinonim dengan pengubatan Islam Darussyifa’. Satu kaedah perawatan rukyah yang diasaskan oleh beliau sejak 1977 lagi. Darussyifa’ telah diorganisasikan secara tersusun pada tahun 1988 setelah penubuhan Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam (Darussyifa’) yang berpusat di Bangi.[1] Darussyifa’ merupakan sebuah klinik rawatan yang terkenal alternatif nusantara dalam usaha mencari kesembuhan penyakit selepas mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital. Kebanyakan pesakit yang datang bukan hanya mengalami penyakit fizikal tetapi juga melibatkan penyakit rohani seperti terkena ganguan makhluk halus dan seumpamanya. Kaedah yang diamalkan oleh Darussyifa’ iaitu menggunakan konsep doa sebagaimana dianjurkan oleh syariat disaat kita mengalami musibah atau penyakit. Semua  rukyah tersebut diambil dari ayat-ayat al-Qur’an, Hadith dan Doa-doa sebagai salah satu ikhtiar selain mendapat khidmat kepakaran diarus perubatan moden. Kini, Darussyifa berkembang seluruh negara dengan ribuan para perawat yang menggunakan kaedah rukyah tersebut.
Asas yang dikemukakan oleh Darussyifa’ cukup jelas iaitu menerima perubatan moden kerana ianya salah satu dari disiplin dari ilmu-ilmu Islam disamping berikhtiar dengan ayat-ayat doa rukyah. Secara praktisnya, aTGHD tunjukkan sendiri bahawa beliau menggunakan kedua-dua kaedah ini dalam merawat diri. Selain dari bait-bait rukyah yang diamal, aTGHD juga berubat dengan hospital terkemuka negara, IJN. Anakanda dan menantu aTGHD juga doktor perubatan yang senantiasa memberi khidmat nasihat perubatan. Pendek kata mereka bukan ektrimis menggunakan air jampi semata-mata tanpa mengambil asas berubat dengan kecanggihan perubatan terkini.[2]
Pernah aTGHD menulis dalam buku masyhur beliau bertajuk Konsep Perubatan Islam Darussyifa’:
“Dan setiap penyakit, sama ada sakit fizikal, mental ataupun yang berkaitan dengan hati ada penawarnya. Rasulullah s.a.w. menyuruh agar setiap orang yang sakit berusaha untuk berubat dengan pertolongan orang lain yang pakar dalam bidang yang dimiliki, ataupun oleh diri sendiri. Jelas terbukti bahawa tugas manusia di sini ialah berusaha untuk mendapatkan kesembuhan menurut keupayaan dan kemajuan akal tanpa putus asa. Usaha dan ikhtiar adalah tugas manusia manakala kesembuhan adalah urusan Allah yang telah ditetapkan termaktub di Loh Mahfuz.”[3]
Justeru, jika ada yang mempelekeh aTGHD berubat di California untuk sakit jantung yang dihadapi, tidak guna air jampi semata-mata, mereka sebenarnya buta akan keindahan ilmu dan konsep berubat dalam Islam.
Al Faqir ilallah

Dr Suhazeli Abdullah

Fb.com/drsuhazeli
17 Sept 2016

Istanbul
Rujukan

[1] Sejarah Darussyifa. http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=32

[2] Asas Pengubatan Darussyifa’. http://www.darussyifa.org/AsasPengubatanDS_Iss1%285-May-2006%29.php

[3] Harun Din. Konsep Perubatan Islam. DarulSyifa. Ms 7. http://www.darussyifa.org/

, ,

Tanah Arab yang Tandus kini Menjadi Subur

image

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ الْمَالُ وَيَفِيضَ حَتَّى يَخْرُجَ الرَّجُلُ بِزَكَاةِ مَالِهِ فَلَا يَجِدُ أَحَدًا يَقْبَلُهَا مِنْهُ وَحَتَّى تَعُودَ أَرْضُ الْعَرَبِ مُرُوجًا وَأَنْهَارًا

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah harta melimpah ruah sehinggakan seorang manusia membawa harta zakatnya ( untuk dibahagi tetapi tidak dijumpai seseorang pun yang  mahu menerimanya dan sehinggakan  Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”.

H.R.Muslim

Keterangan

Sekarang kita telab mula menyaksikan kebenaran sabdaan junjungan kita ini. Kita banyak melihat tanah Arab yang dahulunya tandus dan kering kontang tetapi sekarang telah mulai menghijau dan ditumbuhi rumput-rumput dan pohon-pohon kayu. Contohnya, Padang Arafah yang ada di Makkah al-Mukarramah yang dahulunya hanya dikenali sebagai padang yang tandus dan tidak ada pohon kayu. Sekarang ini Padang Arafah dipenuhi pohon-pohon kayu, sehingga kelihatan menghijau dan kita dapat berteduh di bawah naungannya.
Keadaan ini walaupun menyejukkan mata memandang namun ia mengurangkan gambaran suasana padang Mahsyar, tempat berhimpunnya seluruh makhluk pada hari qiamat nanti yang merupakan tujuan utama dan pelajaran penting yang diambil dari suasana wuquf jamaah Haji di Padang Arafah pada setiap 9 Zulhijjah tahun Hijriyah.

Ustaz Ahmad Tarmizi Taha
UniSZA

TAMAT

, ,

CARA MENGEMBALIKAN FILE / FOLDER YANG HILANG AKIBAT VIRUS SHORTCUT

Pengalaman dan kesalahan adalah guru yang sangat berharga buat saya, saya selalu belajar dari sebuah pengalaman dan kesalahan. Pengalaman dan kesalahan membuat kita tahu akan semuanya, kita menjadi tahu solusinya.

Okeh,,langsung aja bunk ,,,,!!

Seperti yang kita lihat Virus komputer semakin merajalela, terutama “Virus Shortcut” yang gampang sekali muncul. Tapi tenang, Anda tidak usah panik, karena Saya akan berbagi kepada anda cara hebat untuk menangani Virus shorcut tersebut.

Mungkin anda sedikit kesal dengan datangnya virus shorcut tersebut. Entah dari mana asalnya, tapi virus shortcut itu gampang sekali muncul. Sering buat kesal, apalagi jika File / Folder kita hilang akibat virus tersebut, tambah jengkel dech…!

Tapi jangan emosi dulu, semua itu bisa di atasi dengan mudah dan simpel. Di bawah ini saya akan uraikan cara mengembalikan data di flasdisk yang hilang akibat virus shortcut berdasarkan pengalaman :

  1. Langkah pertama, scan dulu flasdisk anda yang terinfeksi virus shortcut tersebut. Terserah anda mau scan pakai anti virus apa, kalau saya sih pakai  “Avast dan Smadav”
  2. Setelah anda selesai menyecan flasdisk dan sudah menghapus semua virus, langkah selanjutnya adalah klik kanan flasdisk pilih property-pilih tools-pilih check Now-centang pada scan for and attempt recovery of bad sectors lalu klik start. Tunggu sampai selesai mengecek.

  1. Lihat isi flasdisk anda, sudah munculkah folder yang tadi hilang akibat virus? Jika sudah muncul, hapus secara manual icon – icon shortcut yang ada di flasdisk sampai habis. Tapi jika belum ikuti langkah selanjutnya.
  2. Pada jendela eksplorer tepatnya di menubar, klik tools-pilih folder option-klik view-cari hidden files and folder-cetang pada show hidden files and folder.
  1. Lihat flasdisk anda, file / folder yang tadinya hilang karena virus sekarang sudah muncul kembali. Eits…tapi jangan senang dulu, file / folder di flasdisk anda belum kembali, masih berwarna samar – samar.
  2. Tahap selanjutnya adalah mengembalikan data yang berwarna samar tersebut, begini caranya : buka dulu command prompt. Caranya klik startp-all program-accessories-command prompt, di jendela command prompt ketikan huruf  e  lalu tekan enter, bila flasdisk di e. setelah itu ketikan attrib  –s –r –h /s /d   lalu tekan enter.
  1. kini file / folder anda sudah kembali ke sisinya….(haha..)
  2. Setelah semua kembali, hapus icon – icon shorcut secara manual saja sampai tak tersisa.
  3. Eits,,,,,tugas anda belum selesai, jangan lupa kembalikan seperti semula show and hidden-nya. Jika anda belum kembalikan seperti semula, pasti akan terlihat icon aneh seperti recycle bin dll.

Caranya, pada jendela explorer di menubar pilih tools-folder option-pilih view-cari hidden files and folder-cetang pada  Do not show hidden files and folder.

Selesailah tugas anda, file / folder anda telah kembali seperti semula. Tapi pengalaman saya, biasanya ada file / folder yang hilang, tapi kalu tidak ada bersyukurlah.

Salam sukses, semoga bermanfaat.

Penjelasan :

  • attrib = perintah untuk mengubah attribute suatu file atau folder
  • -s = menghilangkan attribute System
  • -h = menghilangkan attribute Hidden
  • -r = menghilangkan attribute Read-Only
  • *.* = menampilkan seluruh file/folder, jika ingin menampilkan jenis file word saja, ketik *.docx, atau cukup mengganti ekstensi file-nya untuk jenis file yang lainnya.
  • /s = proses diterapkan pada file yang berada pada folder maupun sub folder
  • /d = proses folder agar berjalan dengan baik
  • Jika tanda (-) digunakan untuk menghilangkan attribute, maka tanda (+) digunakan untuk menambahkan attribute. Misalnya +h akan menghasilkan file/folder di-hidden.
, , , ,

Ceramah Isu Vape Prof Harmy

image

Ringkasan Ceramah Prof Harmy Mohd Yusoff, Timb Dekan UniSZA sempena taklimat penggunaan Vape peringkat JKNT 
18hb Nov 2015 
Wisma Darul Iman

1. Malaysia adalah pengguna & perniagaan terbesar Vape di Asia. 
2. Harga Atomizer Vape semakin murah sehingga cecah RM100 pada masa kini. 
3. Bukti emperikal bahawa Vape adalah alat bantu utk berhenti merokok masih tidak muktamad dan masih dipertikaikan. 
4. Anggaran Dual user (Vape dan rokok) mencecah 58% di Malaysia. 
5. Pengguna Vape remaja meningkat 3 kali ganda pada tahun 2014.
6. Bagi mengeluarkan wap dari Vape, haba diperlukan 60 ⁰Ⓒ. 
7. Telah terbukti berlaku kes keracunan akibat Vape. Malah ada kematian kanak-kanak. 
8. Nikotin adalah pencetus kanser. Kerosakan saraf, meningkatkan paras hormon adrenalin (denyutan jantung meningkat, salur darah mengecut) dan menyebabkan aterosklerosis. 
9. Propelyn Glikol akan menghasilkan fomaldehid. Di mana fomaldehid adalah pencetus kanser. 
10. Gliserin pula akan memberi kesan kepada paru-paru. 
11. Ujian kromatografi pensyarah UniSZA menunjukkan Vape mengandungi ganja. 
12. Penyedut pasif Vape juga terdedah kepada nikotin. 
13. Tiada paras selamat jika kita terdedah kepada nikotin. 
14. Penggunaan Vape adalah satu kaedah baru bagi pengedaran dadah merbahaya. 
15. Sebelum Vape berakar umbi menjadi budaya tidak sihat dalam masyarakat, lebih baik dicegah dari awal. 
16. 48% dari pengguna vape masih merokok dalam kaedah utk berhenti merokok. Malah Vape ini menjadi satu ketagihan baru dalam masyarakat. Lebih parah lagi ia akan melibatkan tanpa mengenal jantina dan umur. 
17. Jelas dinyatakan Majlis Fatwa mengharamkan Vape. Menutup pintu-pintu kejahatan lebih utama dalam pengharaman Vape.

, ,

Aplikasi Hadis dalam Android

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

image

Alhamdulillah, telah launching aplikasi Hadits 9 Imam di Android. Aplikasi ini sangat mudah, cukup search keywords yang ingin kita cari, maka akan dimunculkan hadits dan terjemahnya. Direferensikan pula hadits dari riwayat imam yang lain ketika membukanya…
Baarokallohu fiikum

1. Shahih Bukhari
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.bukhari&referrer=utm_source%3Dgoogle%26utm_medium%3Dorganic%26utm_term%3Dlink+girfa+esuit+hadits&pcampaignid=APPU_C5WNVL_xHImouwTcyIKYDA

2. Shahih Muslim
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.muslim

3. Musnad Ahmad
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.ahmad

4. Muwatho Malik
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.malik

5. Jami’ at Tirmidzi
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.tirmidzi

6. Sunan Nasa’i
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.nasai

7. Sunan Abu Dawud
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.abudaud

8. Sunan Ibnu Majah
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.ibnumajah

9. Sunan Darimi
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.girfa.apps.book.darimi

, , ,

Allah mendidik Hamba-Nya

image

Artikel asal: PN NORSHAHIDAH ABDUL HAMID

Sedikit pengalaman saya ingin kongsikan bersama rakan. Cerita saya semasa menunaikan haji 2014. Lagi empat hari menantikan hari wukuf. Mekah sudah sesak kerana jemaah dari semua penerbangan sudah tiba.

Pada hari itu saya berjanji untuk menelefon anak anak di Malaysia. Kami aturkan temujanji pada pukul 3.00 petang kerana ia bersamaan pukul 8 malam di Malaysia. Waktu yang paling sesuai dan anak anak saya pun belum tidur.

Oleh kerana leka berbual, kami agak lewat memulakan perjalanan ke masjid untuk solat asar hari itu. (Masuknya waktu Asar ialah pada 3.30 petang. Kami memerlukan 20 minit untuk berjalan kaki dari hotel ke masjid). Sampai di masjid, keadaan sudah sesak. Laluan ke tempat kegemaran kami yang berhadapan Multazam di tingkat 1 telah pun ditutup. Lalu saya dan suami memutuskan untuk berpisah di situ dan bertemu semula ditempat yang dijanjikan sesudah solat. Kami pun mencari saf masing masing.

Ruang sudah dipenuhi oleh jemaah. Saya ke kelompok jemaah wanita yang telah penuh dengan jemaah pelbagai bangsa dan warna kulit. Saya meninjau dengan ‘muka kesian’ memohon simpati agar dapat sedikit ruang untuk solat. Akhirnya saya terpandang seorang wanita Arab yang cantik. Dia seakan faham hasrat saya untuk menumpang saf disebelahnya, tetapi awal awal lagi dia menggeleng kepala mengisyaratkan tiada ruang boleh dikongsikan. Saya faham, walaupun sejadahnya lebar tetapi badannya agak gempal. Dia mungkin khuatir nanti dia tidak selesa.

Seketika kemudian azan asar pun berkumandang. Hati saya semakin cemas kerana saya belum dapat ruang solat sedangkan ketika itu saya sudah terperangkap di tengah tengah kelompok jemaah yang ramai. Semua jemaah duduk di sejadah masing masing menunggu azan tamat. Saya sukar untuk keluar dan tidak juga dapat duduk.

Akhirnya ada sedikit ruangan kosong dibahagian hadapan. Betul betul berdepan dengan saf wanita Arab yang
cantik tadi. Namun agak mengecewakan kerana disitulah jemaah melonggokkan selipar mereka. Ada antara selipar itu yang berdebu dan tidak berbungkus. Ia bersebelahan dengan tiang.

Saya tiada pilihan. Sambil azan masih bergema, saya kais selipar selipar itu untuk ruang saya solat. Ia bukanlah lantai yang rata, malahan ia merupakan dua anak tangga untuk ke ruang hadapan yang lebih tinggi paras lantainya. Kesimpulannya, saya akan solat di anak tangga yang penuh dengan selipar, ditepi sebuah tiang. Lebih malang lagi, kerana hendak cepat tadi, saya pula lupa membawa sejadah.

Azan selesai. Saya berdiri sambil meninjau lagi kalau ada ruang yang lebih baik. Seorang lagi jemaah lalu berhampiran dengan saya. Saya lihat wajahnya memohon saf daripada wanita arab cantik itu. Saya menunggu reaksi wanita arab itu. Dalam hati berbisik, aku tadi minta saf dia tidak beri.. Bagaimana pula wanita ini?

Wanita arab itu menggeleng sambil matanya memandang saya. Saya tahu dia menyedari apa yang ada dalam hati saya. Saya kasihan melihat jemaah yang senasib dengan saya itu. Dalam kesuntukan masa saya lihat wanita itu melangkah langkah dicelah celah jemaah dengan susah payah untuk mencuba nasib diruang lain. Saya amat faham perasaan yang dia lalui.

Saya tiba tiba merasa sebak. Terutama bila terpandang kembali ruang di celahan selipar yang bakal saya sujud kelak. Ia hanya memuatkan muka dan tangan saya sahaja. Kaki dan lutut saya nanti pula akan berada di anak tangga.

Sambil memandang wanita arab itu, Dalam keadaan senyum yang tawar, terkeluar kata kata dari mulut saya. 
“here in masjidilharam sometimes we have to beg for a space. Just to see God.” saya menyambung lagi dalam bahasa inggeris, (translated): ” Saya pun tadi jadi pengemis juga. Syukurlah saya dapat juga tempat. Tapi.. ” airmata saya mula bergenang. “Lihatlah tempat saya..” saya tak mampu lagi terus berkata kata.

Tiba tiba seorang jemaah yang berhampiran m enyampuk. “itulah.. awak sebenarnya cuma lewat sikit saja. Sebelum tadi masih banyak tempat”. 
Mendengar saja ucapannya
saya terus menangis kuat. Tiada lagi rasa malu ketika itu. Saya sebenarnya terusik dengan perkataan ‘Lewat’. Dalam fikiran saya penuh penyesalan. Ada banyak lintasan datang dalam hati saya.

Oleh kerana saya dalam keadaan berdiri di anak tangga dan sebahagian besar jemaah lain duduk (kebanyakannya baru selesai solat sunat qabliyah), maka saya kelihatan jadi tumpuan. Seperti di atas pentas dengan jemaah itu selaku penontonnya.
Wanita Arab tadi datang dengan rasa bersalah lalu memeluk saya yang sedang menangis. 
“I am sorry.. bukan saya taknak beri ruang, tapi saya pun tak cukup.” perbualan kami didengari oleh semua orang kerana jemaah hanya beberapa ketika saja lagi akan memulakan solat.

Sambil mengesat air mata saya mengeluarkan apa yang terbuku di dada tanpa segan silu. “Saya bukan marahkan kamu. I just missed my hometown. In my country, I got a lot of space, I can pray wherever I want, we have a lot of mosques.”
Tapi di sana saya tidak hargai ruang yang Allah beri. Saya selalu lewatkan solat dengan sengaja. Tapi Allah tidak pernah menghina saya atau membalasnya serta merta. Di sini, disebabkan lewat sedikit saya terpaksa terima hukuman, lihat sajalah ruang solat saya. Saya rasa terhina di hadapan Tuhan”.

Kami kelihatan seperti pelakon drama. Semua jemaah lain yang faham bahasa Inggeris menunjukkan muka yang sayu. Jemaah yang tidak faham kelihatan bertanya tanya rakan di sebelah.
Salah seorang menyampuk “where is your hometown?”.

” I am from Malaysia. Its a beautiful muslim country”. 
“When I got back to Malaysia, I dont want to pray late anymore. I dont want Allah to embarrase me in Mahsyar”

Wanita arab tadi memegang tangan saya sambil berkata “terima kasih, hari ini saya belajar sesuatu dari kamu. Allah menegur hambanya dengan pelbagai cara. Saya pun akan hargai ruang dan masa yang saya ada bila saya balik nanti. Semoga kamu mendapat haji yang mabrur”.

Bilal pun qamat, imam pun memberi isyarat memulakan solat. Saya kembali ke ruang saya tadi dan berusaha menyesuaikan diri. Tiba tiba dari barisan belakang, kedengaran suara jemaah lain memanggil. “Hajjah, here is space for you”. Rupa rupanya mereka tadi memahami dan berganjak ganjak sehingga terhasil satu ruang yang cukup cukup untuk saiz badan saya. I feel blessed.

Seusai solat fardhu dan solat jenazah, jemaah pun mula bersurai. Tanpa disangka beberapa jemaah lain yang tidak dikenali datang memeluk saya dan berkata, “Thank you Hajjah, haji mabrur inshaallah”.

Hikmah atas segala sesuatu

image

Allah jadikan sesuatu dengan penuh hikmahnya tersendiri. Samada kita dapat merungkainya hikmah itu atau tidak bukan soalnya. Yang pasti adalah hikmah itu bagi mendambakan kesabaran hambaNya yang diberi sisa kehidupan yang sementara atas bumi ini. Kekal abadi adalah Akhirat nanti.
Di sana, akan dihitung setiap inci amalan kita. Tidak bersisa. Tiada kompromi kecuali rahmatNya. Kekuasan mizanNya akan membawa setiap individu yang terlibat dalam hidup kita satu persatu. Maka berlakulah perbahasan mahkamah maha adil ini. Nafsi-nafsi. Kita sudah tidak berlembut atau mengalah kerana di sana perhitungannya adalah samada Syurga atau Neraka! Kekal selama-lamanya.
Hiduplah kita didunia fana ini bagi menggalur kehidupan akhirat yang akan kekal abadi. Ingatlah setiap amalan kita dicatat setiap masa dan ketika. Apa yang kita lakukan akan dipersoal di sana hatta sebesar zarah.

, , ,

Amalan di Tahun Baru

image

Saya melihat beberapa respons berkaitan amalan tahun baru yang disebarkan melalui media maya. Beberapa Ustaz tersohor memberi komentar masing-masing berdasarkan ketinggian ilmu dan kefasihan menafsir masing-masing. Ada yang menetang keras siap berdalil. Ada yang terlalu open juga berhujah tuntas. Ada yang di pertengahan. Tentang tidak dan terima pun tidak terima.
Terima kasih atas pencerahan yang telah dibuat oleh mereka. Sesungguhnya ilmu Islam itu luas dan ruang beramal itu tidak bertepi. Kitalah orang awam akan mengutip segala mutiara kata berdasarkan tahap keyakinan kita untuk beramal dengannya. Ruang khilafiyah ini sebenarnya memberi kemudahan kepada orang ramai beramal dengan amal Islami. Apa yang merunsingkan kita adalah umat Islam tidak beramal walau sebaris zikir sempena tahun baru ini. Lebih parah lagi ada lagi umat Islam yang bergelumang dengan dosa sempena menyambut tahun baru.
Suka saya membawa satu cerita metafora untuk kita fikirkan bersama.
“Terdapat sekumpulan abid yang melakukan ibadah mereka di satu masjid. Mereka melakukan aktiviti keagamaan mereka tanpa gangguan. Sehinggalah satu hari hadir seekor kucing membuat bising serta mengotori masjid tersebut. Justeru, berbincanglah mereka dengan guru mereka. Bagaimana kesudahannya si kucing ini yang selalu mengganggu ibadat mereka. Jika dibunuh, berdosa kerana membunuh binatang kesayangan seorang sahabat Rasulullah. Akhir sekali guru mereka “berfatwa” bahawa kucing tersebut hendaklah diikat pada tiang masjid pada waktu aktiviti ibadah sedang berlangsung; bagi mengelakkan gangguan si kucing tersebut. Maka khusyuk lah peribadatan mereka tanpa ngiauan dan najis si kucing tadi. Hari berlalu ke minggu dan bulan serta selang beberapa tahun. Setiap kali aktiviti ibadah, mereka akan mengikat kucing tersebut tanpa dinafikan hak kebajikan kucing dari sudut makan minum dan bersosial. Sehinggalah guru mereka meninggal dunia. Aktiviti tetap diteruskan seperti biasa.
Pada satu hari si kucing tersebut pula meninggal dunia kerana sudah lanjut usia. Lalu mereka bermesyuarat, bermuzakarah kembali mengenai ‘fatwa’ dan ‘tradisi’ yang pernah dilakukan oleh arwah guru mereka. Pelbagai pandangan dan pendapat dikemukakan berdasarkan ilmu dan kefakihan masing-masing berhukum. Akhir mereka membuat ‘fatwa’ baru bahawa perlu membeli seekor kucing yang baru bagi menggantikan arwah si kucing yang meninggal dunia tadi. Dan kucing itu wajib diikat setiap kali aktiviti peribadatan berlangsung. Antara alasan utama adalah bagi menambah kekhusyukkan dan mengikuti amalan guru mereka serta ‘menghormati’ ‘fatwa’ yang dikeluarkan.”
Sama-samalah kita fikirkan analogi cerita metafora yang dipaparkan di atas. ..
Wallahuaklam

,

Mataku Putih berkaca

wpid-IMG-20131004-WA0015.jpgTerdengar nada sayu dalam ucapannya. Kami pun tak tahu nak buat apa. Tempat ini tak boleh tunggu pesakit. Tak sama dengan Malaysia. Berseorangan diikat katil dan wayar yang bergantungan. Hanya mampu bercakap dengan syiling, dinding dan birai bilik. Jururawat di sini pun tak pandai berbahasa jawi, semuanya arab. Bahasa isyarat je lah. Nasi..jauh sekali. Pagi, tengahari, petang dan malam adalah roti dan susu.
InshAllah kami akan kunjungi lagi..sabarlah wahai dhuyufurrahman. Semoga Allah memberkati mu.

, ,

Sya’ban: antara hadis sahih, dhaif dan palsu

Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman,
13 Jun 2013
Bulan Sya’ban merupakan bulan yang mulia, terletak di tengah-tengah antara dua bulan yang mulia, iaitu bulan Rajab yang merupakan salah satu bulan haram dan bulan Ramadhan merupakan bulan yang diwajibkan umat Islam berpuasa padanya.

Bulan Sya’ban mempunyai beberapa kelebihan yang tersendiri sebagaimana yang disebut dalam hadis, namun banyak juga tersebar hadis yang dhaif atau maudhu’ (rekaan) tentang fadhilatnya, untuk menjelaskannya, risalah ringkas ini ditulis, semoga menjadi panduan dan peringatan buat kita semua.
Read more

,

Masa dan Tenaga kita

image

hidup sehari hari penuh dengan masalah. Samada ianya datang dari kita sendiri atau pun orang lain. Namun kebanyakannya kita menghabiskan banyak masa dengan berbicara tentang masalah masalah itu dan ini, sedangkan memikirkan kaedah penyelesaian kepada masalah itu sedikit sekali.

Manusia Dan Ilmu

image

,

Nikmat perlu di ikat

Nikmat yang paling besar pada diri kita adalah nikmat Iman dan Islam. Mari lah sama sama kita syukur kerana itu lah IKATAN yang paling kukuh.

,

Hikmah seorang doktor

image

Tepat seperti yang di sebut.

Keberanian

image

Keberanian itu ibarat layang-layang.

,

Selamatkan Malaysia

image

Hari ini di kejutkan lagi dengan isu yang tak sudah sudah. Rakyat seolah-olah mangli dengan sogokan berita sayu dan sedih seperti ni. Namun jika kita ber sedih dan merungut dengan apa yang telah terjadi, tanpa melakukan apa apa tindakan pro aktif, ber makna kita lah punca mereka menjadi rosak! Perkara ini terjadi akibat dari: 1. Kita sudah meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar. 2. Hukum syariat Islam kita tidak laksana atau setidak tidak nya berusaha sekadar mampu peraturan itu terlaksana. 3. Institusi kekeluargaan telah punah. 4. Para pemimpin yang tidak amanah memimpin sehingga mementingkan golongan tertentu bukan nya kesejahteraan ummah.

,

Hidup Memberi

image

Keutamaan Hidup dalam ibadah pada yang Maha Esa adalah memberi. Memberi tenaga kita, masa kita dan jiwa kita demi agama.

Istiqamah

image

Kata kata asas untuk kita kekal melakukan ibadah dan amalan lain. Jika kita tak mampu untuk laksana semua tugasan, lakukan sekadar tercapai walaupun sedikit cuma. Semoga usaha minima tersebut akan di kira jua oleh Allah sebagai sebahagian amal soleh.

,

Hidup Bermanfaat

image

Carilah ruang kehidupan ini untuk terus memberi kebaikan untuk diri sendiri dan orang lain. Jangan sesekali kehadiran kita boleh memusnahkan makhluk lain.

,

Tajam akal fikiran

image

Ini lah nilai asertif paling minima bagi setiap dari kita. Menyatakan sesuatu apa yang kita lihat tidak kena itu dan per betulkan secara hikmah dan ber adab. Sudah barang tentu akan di nilai di sisi Allah sebagai satu amalan yang soleh.